Tuesday, June 28, 2011

TIP MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM

1. Mudah mendapat markah penuh.
2. Jawapan berdasarkan novel-novel yang anda pelajari.
3. Jawapan dalam ayat yang lengkap dan sempurna.
4. Tolong baca novel sebenar dan buku analisis novel sebagai bahan rujukkan.
5. Jawapan pelajar perlu ditulis dengan jawapan yang tepat.
6. Jangan menulis jawapan yang umum.

Sebagai contoh latar tempat:

Anda menulis latar tempat Universiti Putra Malaysia (Novel Kabus di Perbukitan). Tempat-tempat yang dipilih dalam novel mempunyai sebab-sebab tertentu.

Pelajar perlu menjelaskan tentang latar tempat itu secara spesifik. Sebutkan Universiti Putra Malaysia sebagai tempat Salmah dan Ghazali belajar (1 markah).

Pelajar yang nulis tentang watak dan perwatakan, perlu menyatakan nama watak-watak tersebut. Sekiranya fakta yang anda beri salah terhadap watak tersebut, maka huraian pelajar tidak akan diberikan markah walaupun huraian betul.

Sebagai contoh watak dan perwatakan:

Setiap huraian bagi fakta yang disertakan mesti menyebutkan peristiwa dengan jelas dengan menyebutkan nama watak dalam novel tersebut seperti Fuad, Farhana atau Robert Lim (Novel Melunas Rindu).

Aspek perlu diberi perhatian
Berikan penekanan dalam tema, persoalan, watak dan perwatakan, plot dan teknik plot, latar, nilai dan pengajaran.

Aspek gaya bahasa dan sudut pandangan. Aspek ini perlu juga diberi perhatian.

Pelajar jangan leka tentang soalan perbandingan novel kerana soalan jenis sering keluar dalam peperiksaan. Tidak mustahil juga hanya satu soalan novel sahaja yang ditanya dalam peperiksaan. Yang pentingnya jawapan anda mesti memperlihatkan kematangan dan penghayatan terhadap novel tersebut.

Pastikan anda tidak membuat sebarang kesalahan ejaan atau tatabahasa kerana jawapan yang baik akan diberi markah penuh untuk bahasa.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment