Thursday, June 23, 2011

Skrip cerpen Pungut Alias

Babak 1

Tempat : Dalam rumah Mak Timah

Pengenalan watak

Pungut

= tergigil-gigil, mengeluarkan bunyi macam suara nyamuk.
= kepalanya digelengkan ke kiri dank e kanan.
= meluru masuk dan ke luar bilik.
= berputar-putar, berpusing-pusing, dan menggoyangkan kepala
= duduk di bangku yang disediakan oleh Mak Timah
= bermain dengan jari sendiri.
= dilahirkan pada tahun 1957
= 24 tahun
= seorang dara muda
= seorang yang cacat ( pekah, bisu dan tidak mengerti apa-apa )
= makan tidak tahu sendiri.
= berak dan kencing di situ.
= Pungut nama gelaran
= Zahara nama sebenarnya
= Yap Siew Hong nama asalnya

+ tubuhnya kecil macam lidi
+ tingginya kira-kira 0.6 meter

# tiga kesan apabila melihat dia
1. terkejut, 2. Timbul rasa belas kasihan krn melihat makhluk tuhan yg cacat.
3. melihat kebesaran Tuhan mencipta hambanya.

Mak Timah

* seorang ibu yang tua, sedang sakit dengan badan yg tidak bermaya lagi.
* mengurus Pungut ( dimandikan, disebokkan, dibersihkan setiap hari )
* hairan dengan tubuh badan Punggut yang kecil.
* hairan orang sihat, dan kaya semuanya mati Cuma Pungut masih hidup.

Doktor
* ramalan doktor Pungut boleh hidup satu atau dua tahun.
* kerana seluruh anggota badan yang kecil.

Kuasa Tuhan
* Pungut kini boleh hidup sehingga umur 24 tahun
* ramalan doctor salah.


Situasi ketika memandikan Pungut

Mak Timah : Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia. (monolog dalaman)

Mak Timah : Mungkin Tuhan nak banyakkan dosa aku. (monolog dalaman)

Situasi selepas Pungut dimandikan

Pungut dibersihkan dan diberi makan oleh Mak Timah. Semasa menyuapkan Pungut Mak Timah terbayang kisah yg berlaku 24 tahu yang lalu.

Situasi imbas kembali

Bibik sebelah rumah tergesa-gesa dating ke rumah Mak Timah. Wajah Bibik kelihatan cemas dan penuh kesedihan.

Mak Timah dan anak-anak sedang menggoreng pisang di dapur.

Mak Timah : Mengapa Bik ?

Bibik : Siew Lan. (jawabnya lambat)

Mak Timah : Mengapa Siew Lan ?
(mulut anak Mak Timah Katijah dan Munah melopong melihat Bibik)

Bibik : Siew Lan, sudah beranak.

Mak Timah : Huh, baguslah! Anak apa, jantan ke betina ?

Bibik : Mana ada jantan, betina. Ini bukan kucing. (jawab sedikit sinis)
: Perempuan, kita orang tak begitu suka anak perempuan, lagi-lagi yang ini.

Mak Timah : Mengapa yang ini ? Kenapa ?

Bibik : Kecil, dua paun setengah, macam buah betik. Doktor tahan dekat hospital,
Tak kasi balik.
: Dulu, belum beranak, kita pergi tengok datok. Kata datok ini anak tak guna,
bawa sial. Sekarang Siew Lan susah hati.

Mak Timah : Mana datok Bibik pergi tengok ?

Bibik : Itu kita punya laktonglah. Kita punya bangsa itu macam, anak belum beranak
kita Pergi Tanya datok, tengok dia punya nasib, ada baik atau sueh.

Mak Timah : (Kehairanan melihat cara kehidupan Bibik. Bernujum dan berdatok)
: Bila balik hospital, itu Siew Lan ?

Bibik : Belum tahu, doctor tahan. Itu budak betul-betul kecil macam anak patung.

Babak 2

Selepas dua minggu di hospital

Siew Lan pulang ke rumah. Mak Timah segera pergi menziarahi Siew Lan.

Mak Timah terperanjat melihat anak Siew Lan, betul-betul macam sebiji buah betik, kecil dan halus.

Siew Lan mempunyai lima orang anak termasuk yang baru lahir ini. Semuanya sihat tiada yang cacat kecuali bayi yang baru dilahirkannya.

Bibik ialah tauke rumah tempat Mak Timah menyewa.

Bibik berketurunan Cina peranakan, pandai cakap Melayu.

Seminggu selepas Siew Lan pulang dari Hospital. Suatu petang Bibik datang lagi berjumpa Mak Timah.

Bibik : Siew Lan tak suka dia punya anak.
: Dia mahu kasi orang, tak ada orang mahu. Kalau tak ada orang mahu dia mahu
buang itu budak.

Mak Timah : (Terperanjat mendengar penerangan Bibik)

Khatijah dan Munah : (merengek-rengek lalu menyuruh Mak Timah mengambil budak itu)
: Ambillah mak budak itu.

Mak Timah : (rasa kasian mengenangkan budak yang tidak berdosa itu akan dibuang)
: (Saya akan mendapat pahala jika mengambil budak itu dan jika pandai dibela
nanti besar juga budak itu). Monolog dalaman

Bibik : Lu, mahu anak Siew Lan, ambillah. Kita kasi, kalau lu mahu. Semua duit
angkat sumpah, kita kasi. Kita kasih lagi lu duit satu ratus lima pulut
ringgit.

Mak Timah : (Teringat hutang yang sedang ditanggung oleh suaminya pada masa itu
sebanyak RM150.00)

Babak 3

Katijah : Ambillah mak, ambillah, Jah nak adik, Jah nak adik ! (Katijah merengek)

Mak Timah : (Terfikir pahala yang akan didapati hasil kerja amal yang bakal dibuatnya)

Mak Timah dan suaminya bersetuju mengambil anak Siew Lan, mereka pun pergi ke mahkamah membuat surat sumpah ini bererti rasmilah anak Siew Lan menjadi anak angkat Mak Timah.

Mak Timah memberi nama Zahara Binti Muhamad alias Yap Siew Hong dan Mak Timah memberi gelaran sebagai Pungut sahaja.


Babak 4

Situasi

Pungut : (Mengeluarkan suara, itu tandanya Pungut sedang lapar)

Mak Timah : (Merenung Pungut lama-lama dia tahu Pungut lapar)

Imbas kembali

Mak Timah : (Semasa dia mengambil Pungut, dia tidak menyangka yang Pungut akan
membesar, bisu, pekak dan tidak terfikir yang Pungut cacat segala-galanya).

Mak Timah : (Harapannya Pungut membesar seperti gadis-gadis lain ini kerana dia pernah
melihat anak orang yang lahirnya kecil dan tidak cukup bulan, tetapi
boleh membesar seperti manusia biasa).

Mak Timah : (Dia berharap Pungut membesar dapat bekerja, membantunya, dan menjaga dia
apabila dia tua, tetapi dia kecewa kerana perkara dia pulak terpaksa
menjaga Pungut).

Pungut : (Bangun dan berjalan sambil mengeluarkan suara menandakan dia lapar ).
(kepalanya digeleng-gelengkan, ke kiri dan ke kanan dengan amat pantas).

Bomoh Dollah : (Budak ini terkenan patung, dia tak boleh besar. Teringat kembali
kata-kata Bomoh Dollah ketika dia membawa Pungut berjumpa dengannya
kira-kira dua puluh tahun lalu).

Bomoh Dollah : Itu Siew Lan pergi tengok wayang patung habis tengok loktang.

Bibik : (Memberi penerangan kelakuan Siew Lan semasa dia mengandungkan Pungut).

Mak Timah : (Sebab itulah jika diperhatikan betul-betul, bentuk tubuh badan Pungut
sama macam Patung). Fikir mak Timah ada betulnya kata-kata Bomoh itu dua
puluh tahun).

Babak 5

Mak Timah : (Mengambil secawan teh susu kemudian dicecahnya roti ke dalam teh itu dan
Kemudian disuapkan ke mulut Pungut).

Pungut : (Pungut menelan roti macam ular sawa makan, sebab Pungut tidak tahu
mengunyah).(Gigi Pungut habis rosak sebab tidak terjaga).

Mak Timah : (Dia terus menyuapkan makanan kepada Pungut sambil berdoa di dalam hati
kepada Tuhan. Jika Tuhan mahu mengambil nyawanya, biarlah Tuhan mengambil
nyawa Pungut. Sebab dia tahu tiada siapa yang sanggup menjaga/membela,
membersihkan najis dan kencing Pungut).


Mak Timah : (Munah dan Katijah tidak boleh diharap menjaga Pungut kerana mereka sudah
berkahwin dan mempunyai anak sendiri, bahkan mereka sendiri geli
mendekati Pungut. Padahal , dahulu merekalah yang gatal hendak mengambil
Pungut).

Mak Timah : (Dia juga tidak menyalahkan anak-anaknya dalam perkara ini, kerana ketika
itu mereka masih kecil, belum mengetahui apa-apa).

Mak Timah : (Dia hairan kenapa Pungut tidak mati-mati. Dia terfikir mungkin Tuhan
sengaja hendak menguji kesabarannya menjaga Pungut).

Mak Timah : (Dia terpaksa berleter, menyeranah, memaki Pungut apabila terpaksa bangun
semasa sakit untuk membersihkan najis di badan Pungut).

Mak Timah : (Dia juga berpendapat bahawa Tuhan mahu membanyakkan dosanya dengan
memanjangkan umur Pungut).

Mak Timah : (Disebabkan segala langkah Mak Timah tersekat).
(Dia juga terpaksa membawa Pungut ke mana-mana sahaja dia pergi).

Mak Timah : ( Dia kini menumpang di rumah anak lelakinya yang bongsu).
( Kadang-kadang terjadi juga pertengkaran antara dia dan anak lelakinya
tentang Pungut).

Anak Lelaki : Hantarkan ke rumah kanak-kanak cacat. Buat susah-susah mak pelihara si Pungut tu,apa dapat ? Kalau anak orang lain, dah besar boleh kerja, dah boleh bantu bayar duit air, duit api.

Mak Timah : (Pilu hatinya mendengar pendapat anak lelakinya tentang Pungut).

Mak Timah : (Dia hairan dengan sikap orang sekarang. Semua mengira duit, semua mahu untung,tidak mahu rugi, menjaga anak mahu balasan.

Mak Timah : (Berpendapat orang dulu menjaga anak dengan ikhlas kerana Allah SWT).

Mak Timah : (Setiap kali anak lelakinya mencadangkan Pungut dihantar ke rumah kanak-kanak cacat. Dia menjawab), Bila aku dah mati, hantarlah Pungut ke mana kau suka, apabila aku dah tak ada nanti. Selagi aku hidup ini, biarlah aku pelihara, selagi aku masih terlarat. Dah dua puluh empat tahun pun aku pelihara dia, kalau kucing pun orang sayang, inikan pulak manusia. Aku hanya minta pada Tuhan biarlah Pungut mati dulu sebelum aku mati, biar dia tak susahkan kau orang lagi.

Anak lelaki : (Diam tidak memberi sebarang cadangan apabila Mak Timah menyebut tentang mati).

Babak 6

Pungut : (masih menelan roti yang disuap oleh Mak Timah).
: (The susu meleleh di kiri kanan bibir Pungut dan menitis ke bajunya).

Mak Timah : (Memandang wajah Pungut dengan pandangan belas kasihan).
: (Memikirkan mengapakah Tuhan mencipta manusia seperti Pungut di dunia ini ?)
: (Mengapakah Tuhan mencipta manusia cacat ini di dunia ?)
: (Mengapakah Tuhan mengambil nyawa orang yang tidak cacat)
: (Mengapakah Tuhan mencabut nyawa orang tidak cacat ?)
: (Mengapakah Tuhan mencabut nyawa orang yang seharusnya hidup lama kerana
mereka berguna kepada masyarakat dan Negara).
: (Mengapakah manusia macam ini cepat mati).
: (Mengapakah Pungut dibiarkan hidup lama menderita di dunia selama 24 tahun).
` : (Mengapakah orang peka dan bisu tidak tahu makan sendiri, berak, kencing dalam
Seluar)
: (Semua persoalan itu Mak Timah tidak mendapat jawapannya)

Mak Timah : (Meletakkan mulut gelas ke bibir Pungut. Pungut tidak berbuat apa-apa. Apabila Gelas dijunamkan dam air susu keluar barulah Pungut membuka mulutnya.

Pungut : (Dia membuka mulutnya dan kemudian Pungut menelan air berdeguk-deguk
bunyinya).

Pungut : (Air teh meleleh tumpah daripada bibir Pungut membasahi bajunya).
: (Menggeleng-gelengkan kepala)
: (Mulut mengeluarkan suara bunyi seperti nyamuk)
: (Pungut bangun memusing-musingkan kepala)
: (Melihat jari-jarinya kemudian duduk semula)
: (pengulangan pergerakan Pungut setiap hari)

Mak Timah : (Berdoa kepada Tuhan).
: Tuhan ambillah nyawa Pungut sebelum kau ambil nyawaku, supaya dia tidak menderita
hidup, setelah aku mati, nanti. Kabulkanlah permintaanku, ya Allah.


Nostalgia yang hilang 2004
Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment