Sunday, June 26, 2011

RUMUSAN : MENGOLAH AYAT SENDIRI contoh 1

Soalan
kesan-kesan kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negara kita dan kekangan dalam mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin.

PENULISAN PENGENALAN RUMUSAN

Petikan membincangkan akibat/impak/implikasi/hasil/efek kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negara kita.

PENULISAN ISI TERSURAT

Adakah isu pendatang tanpa izin ini merupakan masalah keselamatan negara? Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu melihatnya dari pelbagai perspektif. Yang jelas, kedatangan mereka sebagai pekerja separuh mahir dan tidak mahir memberikan sumbangan yang besar kepada pembangunan negara kita. Bilangan mereka dikatakan terlalu banyak sehingga sukar untuk ditaksirkan jumlah yang sebenarnya. Hal ini demikian kerana kedatangan mereka tidak berdaftar dengan pihak berkuasa. Sehingga tahun 2007, dianggarkan terdapat lebih satu juta orang pendatang tanpa izin di negara kita tetapi jumlah tersebut sukar untuk dikuantifikasikan kerana tidak ada bukti yang sahih untuk mengesahkan jumlah tersebut.

Isi tersurat daripada petikan.

kedatangan mereka sebagai pekerja separuh mahir dan tidak mahir memberikan sumbangan yang besar kepada pembangunan negara kita.

Isi tersurat yang telah diolah oleh pelajar.
(Isi tersurat tidak harus disalin daripada petikan secara bulat-bulat)
(Pelajar perlu mengolah menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan)

contoh 1
Kedatangan PATI menyumbangkan tenaga buruh untuk pembangunan negara. (IS 2M)

contoh 2
Kehadiran PATI memberikan tenaga kerja untuk pembangunan negara Malaysia.(IS 2M)

contoh 3
Kemasukkan PATI sebagai pekerja banyak membantu dan menyokong pembangunan negara.(IS 2M)

contoh 4
kedatangan mereka sebagai pekerja separuh mahir dan tidak mahir memberikan sumbangan yang besar kepada pembangunan negara kita. (IS 0 Markah)

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment