RUANG SEMBANG

Latihan interatif

Panduan Penulisan Rumusan Bahasa Melayu SPM

Sunday, June 26, 2011

RUMUSAN : MENGOLAH AYAT SENDIRI contoh 5

Soalan
kesan-kesan kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negara kita dan kekangan dalam mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin.

PENULISAN ISI TERSURAT

Di Kota Kinabalu, masalah utama yang dihadapi oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ialah membanteras kegiatan pendatang asing yang menjalankan perniagaan di kaki-kaki lima. Mereka bukan sahaja menjual barang-¬barang yang diseludup dari negara jiran, tetapi juga bahan-bahan terlarang seperti dadah. Di Sabah, adalah sukar untuk membezakan rakyat tempatan daripada pendatang asing. Pendatang asing selalunya dikaitkan dengan jenayah seperti menyeluk saku, peras ugut, rogol, dan pembunuhan.

Isi tersurat daripada petikan.

Pendatang asing selalunya dikaitkan dengan jenayah seperti menyeluk saku, peras ugut, rogol, dan pembunuhan.

Isi tersurat yang telah diolah oleh pelajar.
(Isi tersurat tidak harus disalin daripada petikan secara bulat-bulat)
(Pelajar perlu mengolah menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan)

Contoh 1
Pendatang asing selalunya dikaitkan dengan jenayah seperti menyeluk saku, peras ugut, rogol, dan pembunuhan. (IS 0 markah)

contoh 2
Mereka juga kerap dikaitkan dengan pelbagai jenayah. (IS 2M)

contoh 3
Golongan PATI ini sering menimbulkan masalah jenayah. (IS 2M)

contoh 4
Masyarakat PATI suka melakukan aktiviti jenayah. (IS 2M)

contoh 5
PATI ini telah menyumbang peningkatan jenayah. (IS 2M)

contoh 6 (cadangan anda jika ada. Terima kasih)


http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment