Sunday, June 26, 2011

RUMUSAN : MENGOLAH AYAT SENDIRI contoh 4

Soalan
kesan-kesan kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negara kita dan kekangan dalam mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin.

PENULISAN ISI TERSURAT

Dengan kad pengenalan Malaysia, pendatang tanpa izin ini bebas untuk mendapatkan pasport Malaysia yang membolehkan mereka masuk ke dan keluar dari negara ini secara bebas. Dengan kad pengenalan ini juga, pendatang asing ini dapat menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Akan tetapi, isu pendatang asing ini, sama ada yang sah atau yang tidak sah, sering dikaitkan dengan masalah ketenteraman awam.

Isi tersurat daripada petikan.

isu pendatang asing ini, sama ada yang sah atau yang tidak sah, sering dikaitkan dengan masalah ketenteraman awam.

Isi tersurat yang telah diolah oleh pelajar.
(Isi tersurat tidak harus disalin daripada petikan secara bulat-bulat)
(Pelajar perlu mengolah menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan)

contoh 1
Ketenteraman penduduk tempatan juga akan terancam oleh kehadiran mereka. (IS 2M)

contoh 2
Keselamatan masyarakat tempatan juga akan tergugat akibat kedatangan PATI. (IS 2M)

contoh 3
Keamanan komuniti negara ini akan musnah efek kemasukkan PATI. (IS 2M)

contoh 4
isu pendatang asing ini, sama ada yang sah atau yang tidak sah, sering dikaitkan dengan masalah ketenteraman awam. (IS 0 Markah)

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment