Sunday, June 26, 2011

RUMUSAN : MENGOLAH AYAT SENDIRI contoh 3

Soalan
kesan-kesan kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negara kita dan kekangan dalam mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin.

PENULISAN ISI TERSURAT

Jika jumlah yang besar ini diambil kira untuk menjustifikasikan bahawa pendatang tanpa izin merupakan ancaman kepada negara, maka penulis tidak bersetuju. Jumlah tersebut tidak akan melambangkan bahawa negara kita akan musnah kerana kehadiran mereka. Walau bagaimanapun, kita dapat menerima hujah bahawa dengan jumlah yang tinggi, keupayaan negara untuk memastikan kestabilan sistem politik, ekonomi, dan sosialnya akan terancam. Aspek penting kepada pemuliharaan sistem keselamatan negara ialah memastikan pemalsuan dokumen dapat dibanteras. Walaupun kes-kes pemalsuan masih dapat dikawal lagi, hal ini tidak bererti sistem keselamatan kita tidak dapat ditembusi. Keupayaan kita untuk mempertahankannya terletak pada jati diri rakyat. Jika tidak, maka terjadilah pemalsuan kad pengenalan.

Isi tersurat daripada petikan.

pemuliharaan sistem keselamatan negara ialah memastikan pemalsuan dokumen dapat dibanteras.

Isi tersurat yang telah diolah oleh pelajar.
(Isi tersurat tidak harus disalin daripada petikan secara bulat-bulat)
(Pelajar perlu mengolah menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan)

contoh 1
Keselamatan negara akan terjejas disebabkan pemalsuan dokumen oleh mereka. (IS 2M)

contoh 2
Keamanan negara akan terancam akibat pemalsuan dokumen oleh PATI. (IS 2M)

contoh 3
Ketenteraman/kesentosaan negara boleh terjejas implikasi/impak/akibat/hasil/efek daripada penipuan dokuman oleh PATI. (IS 2M)

contoh 4
Pemuliharaan sistem keselamatan negara ialah memastikan pemalsuan dokumen dapat dibanteras. (IS 0 Markah)

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment