Monday, June 27, 2011

Rumusan Lengkap

Rumusan lengkap kesan-kesan kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negara kita dan kekangan dalam mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin

Petikan membincangkan akibat kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita.

Antara akibatnya ialah kedatangan pendatang tanpa izin menyumbangkan tenaga buruh untuk pembangunan negara. Namun begitu, jumlah mereka yang ramai akan mengancam kestabilan negara. Selain itu, keselamatan negara akan terjejas akibat pemalsuan dokumen oleh mereka. Lagipun, ketenteraman penduduk tempatan juga akan terancam oleh kehadiran mereka. Di samping itu, mereka juga kerap dikaitkan dengan pelbagai jenayah.

Antara kekangan dalam mengawal kemasukan mereka ialah pantai negara yang panjang sukar dikawal sepenuhnya. Selain itu, wujud sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin ke negara ini. Lagipun, operasi untuk membanteras kegiatan penyeludupan tidak berkesan.

Kesimpulannya, pihak berkuasa harus membendung kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita agar keselamatan dan ketenteraman negara tidak diganggu gugat oleh mereka.
(119 patch perkataan)


http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment