Wednesday, June 29, 2011

Latar Masyarakat NOVEL MELUNAS RINDU

Jika diperhatikan latar masyarakat Novel Melunas Rindu, boleh saya katakan semuanya berhampiran dengan kehidupan seorang pelajar, oleh itu jika soalan ini keluar, saya yakin pelajar boleh menjawab dengan cemerlang. Pelajar wajib membaca dan menguasai novel tersebut kerana semua contoh yang anda berikan mestilah berdasarkan peristiwa yang terdapat dalam novel, dan bukan cerita rekaan anda.

Masyarakat yang tahu membalas jasa orang tua
– Fuad membalas jasa Pak Ismail dengan membelikannya sebuah motosikal untuk kemudahan Pak Ismail

Masyarakat guru yang dedikasi
– Cikgu Farhana menyusun program untuk meningkatkan prestasi pelajar di sekolahnya

Masyarakat kampung yang prihatin
– Fuad membawa anak Borhan ke bandar Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan

Masyarakat yang mementingkan pendidikan
– Cikgu Abas meminta Fuad membantu anak-anak muridnya dalam pelajaran bahasa Inggeris

Masyarakat yang suka memburuk-burukkan orang lain
– Cikgu Zamani tidak suka akan sikap Farhana dan menasihati Fuad agar tidak memilih Farhana sebagai isteri.

Masyarakat yang reda dengan ketentuaan Ilahi
– Fuad menerima hakikat tidak dapat berkahwin dengan Farhana kerana mereka adik beradik malah bersyukur Farhana dapat menggantikan tempat Sofia

Masyarakat yang kuat berpegang kepada ajaran agama
– Fuad rajin mengerjakaan solat walau di mana-mana dia berada

Masyarakat yang menghormati tetamu
– adik-adik Farhana menyediakan hidangan, kain pelekat dan tuala untuk Fuad yang datang ke rumah mereka.



http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment