Wednesday, June 01, 2011

Kehendak peperiksaan penulisan Rumusan

1. Soalan ini wajib dijawab.
2. Satu petikan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan diberikan.
3. Pelajar dikehendaki supaya membuat suatu rumusan berdasarkan dua perkara yang berikut:
a) menyatakan isi-isi tersurat dalam petikan berdasarkan kata kunci yang diberikan;
b) mengemukakan isi-isi tersirat berpandukan kata kunci yang dikuncikan.
4. Panjangnya rumusan itu hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
5. Markah yang diperuntukkan ialah 30 markah.
6. Murid dicadangkan supaya menulis rumusan dalam EMPAT perenggan seperti yang di bawah ini;

a) Perenggan 1 = Pengenalan
b) Perenggan 2 = Enam isi-isi tersurat
c) Perenggan 3 = Dua isi-isi tersirat
d) Perenggan 4 = Kesimpulan

7. Soalan rumusan mempunyai DUA kata kunci atau DUA tugasan. Contohnya ;

Buat suatu rumusan tentang kepentingan (kata kunci 1) mengusahakan pertanian organik di negara
kita dan usaha-usaha (kata kunci 2) yang perlu diambil untuk memajukannya.

Kata kunci yang pertama ialah tugasan untuk menyatakan isi tersurat.
Kata kunci yang kedua pula ialah tugasan untuk menyatakan isi tersirat.

Sumber : Perbincangan guru-guru BM

No comments:

Post a Comment