Monday, June 13, 2011

KATA KERJA TERIKAT

1. Ada juga kata kerja yang tidak berimbuhan tetapi bukan pula kata kerja asal melainkan kata kerja terikat, yakni tidak bebas, kerana memerlukan imbuhan ber-, me-, atau ter- untuk dapat digolongkan sebagai kata kerja sepenuhnya. Contoh kata kerja terikat ialah;

adu, agah, ajak, alih, air, ambil, ampu, anggap, angkat, antuk, asah, asuh, atur, babas, bakar, balah, bancuh, banting, bantu, basmi, basuh, bawa, bayar, beli, bengkalai, berantas, beri, beritahu, bimbing, bina, bongkar, buat, buru, cabut, cadang, cakap, cangkung, capai, cari, cedok, cegah, cekik, celur, cencang, cubit, cucuh, cukur, cuit, curah, curi, dadak, dakap, daki, dedah, dengar, dan sebagainya.

2. Kata kerja yang berawalan ber-, atau be-, atau bel- dikenal sebagai kata kerja dalam bentuk terbitan kerana kata itu terbit daripada kata lain yang menjadi dasarnya. Contohnya berasal, beroda, belajar dan sebagainya.

3. Kata kerja yang berapitan ber...an terbit daripada kata lain yang diberi awalan ber- serta akhiran -an. Contohnya bercucuran, berdekatan, berguguran, dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment