Wednesday, June 29, 2011

Cadangan contoh Soalan novel sebagai latihan SPM 2011

Contoh 1
(a) Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca dalam pembinaan jati diri. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, berikan tiga peristiwa yang dapat membina jati diri kepada pembaca. [7 markah]

(b) Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan, satu perwatakan watak utama dalam dua bush novel yang anda pelajari. [8 markah]

Contoh 2
(a) Huraikan dua teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang sebuah novel yang anda pelajari. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu contoh tanggungjawab yang terdapat dalam, setiap novel.[8 markah]

Contoh 3
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan perasaan anda setelah selesai membaca novel tersebut dan nyatakan sebab-sebab anda berperasaan sedemikian. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelasakan satu contoh konflik kekeluargaan yang terdapat dalam setiap novel. [8 markah]

Contoh 4
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang berkaitan keberanian.

(b) Bandingkan satu latar tempat dalam dua buah novel yang anda kaji.

Contoh 5
(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, nyatakan satu peristiwa yang terdapat pada akhir cerita,
novel tersebut. Jelaskan sebab penulis memilih pengakhiran cerita sedemikian rupa.[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan dua persamaan nilai murni.[8 markah]

Contoh 6
(a) Huraikan dua cara, watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapinya berdasarkan sebuah novel yang anda kaji. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan sudut pandangan yang digunakan oleh penulis. [8 markah]

Contoh 7
(a) Huraikan dua cara, watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapinya berdasarkan sebuah novel yang anda kaji. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan sudut pandangan yang digunakan oleh penulis.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment