Friday, May 27, 2011

Latihan peribahasa SPM

Tentukan peribahasa yang sesuai.

1. jauh bau bunga, dekat bau tahi
2. laksana pahat dengan penukul
3. ibarat bunga, sedap dipakai layu dibuang
4. seperti belangkas
5. umpama burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung
6. bagai manik putus tali

1. Sejak Rosma dipelihara ibu tirinya, dia rasakan hidupnya begitu terkongkong.
__________________________________________________________
2. Fadli hanya melakukan tugasannya dengan sempurna apabila disuruh oleh penyelianya.
__________________________________________________________
3. Air mata Kalsom bercucuran apabila mendapat berita kematian tunangnya dalam
kemalangan jalan raya.
__________________________________________________________
4. Perhubungan yang terjalin antara Aiman dengan Adlin erat kerana mereka sering
kelihatan bersama.
_________________________________________________________
5. Semasa muda, Puan Saadiah sangat dikasihi oleh suaminya, tetapi setelah tua, dia
diceraikan oleh suaminya.
_________________________________________________________
6. Ahli keluarga yang tinggal berjauhan akan selalu dikenang, tetapi apabila berdekatan
mereka akan bertengkar dan berbalah.
_________________________________________________________

No comments:

Post a Comment