Monday, May 02, 2011

Kecek (Abdullah Awang)

Maksud

Rangkap 1
Seorang yang berjawatan pengarah dalam sebuah bank sibuk mengumpul kekayaan dengan hasil simpanan pelanggan. Semasa menjalankan tugas dia begitu licik pecah amanah dan menggelapkan wang. Perbuatan jenayah itu telah lama dilakukan.

Rangkap 2
Di kampung pula, seorang petani hidup dalam serba daif dan kekurangan. Dia tabah dalam membesarkan anak-anak dan menyara keluarga. Namun dia tidak pernah mengambil hak orang lain dalam usaha untuk keluar dari belenggu kemiskinan.

Rangkap 3
Di kawasan pantai, seorang nelayan juga terus dibelenggu kemiskinan. Anak-anaknya turut dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Namun dia juga tidak pernah menggunakan hasil titik peluh orang lain sepanjang meniti kehidupan yang semakin lama semakin menghimpit.

Rangkap 4
Setiap dosa dan pahala, kebaikan dan kejahatan setiap individu itu akan dicatatkan. Mereka akan mendapat pembalasan dari Tuhan seperti yang telah dijanjikan.

Tema

Sikap amanah. Dalam mencari rezeki kita perlu amanah kerana wang yang diperoleh digunakan untuk menyara keluarga. Golongan yang berjawatan didapati seringkali pecah amanah untuk hidup mewah berbanding golongan yang berpendapatan rendah.

Persoalan

1. Persoalan sikap pecah amanah oleh golongan berjawatan tinggi.
2. Persoalan golongan miskin terus dibenggu kemiskinan dan hidup susah.
3. Persoalan setiap perbuatan pasti mendapat balasan seperti yang dijanjikan oleh Allah.

Bentuk

1. Bentuk bebas

2. Jumlah rangkap - 4 rangkap
- Rangkap 1 - 8 baris ayat
- Rangkap 2 - 11 baris ayat
- Rangkap 3 - 12 baris ayat
- Rangkap 4 - 5 baris ayat

3. Rima akhir setiap rangkap
- Rangkap 1 – abbcddba
- Rangkap 2 – abcdccedccb
- Rangkap 3 – abcccdebcfgc
- Rangkap 4 – abcbd

Nada

Sinis.

Gaya Bahasa

1.Ayatnya pendek-pendek. Contohnya ; di kampung

2.Diksi – mudah difahami. Contohnya: seorang nelayan

3.Aliterasi – perulangan konsonan’n’ Contohnya : dan mengunci sedozen anak-anaknya

4.Asonansi – perulangan vokal ’a’. Contohnya :di dalam pagar sengsara

5.Perulangan perkataan ’di’. Contohnya :di sebuah, di pantai

6.Metafora Contohnya : akaun kemiskinan, ruang kedaifan, pagar sengsara, akaun sengsara, pusaran nasib, papan hidupnya, rumah keadilan

7.Perlambangan. Contohnya ; akaun, musim berlumut.

Nilai

1. Nilai amanah dalam menjalankan tugas. Apabila menjalankan tugas, laksanakan dengan penuh amanah.

2. Nilai bertanggungjawab dalam mencari rezeki yang halal.Bertanggungjawablah untuk mencari yang halal.

3. Nilai kegigihan berusaha walaupun mengalami kesusahan. Walaupun kesusahan melanda, kita perlu gigih berusaha mencari rezeki.

4. Nilai simpati terhadap nasib golongan kurang berada.Perasaan ini perlu wujud terhadap golongan kurang berada.

5. Nilai rasional dalam peredaran kehidupan.Untuk menjalani kehidupan, kerasionalan amat diperlukan.

Pengajaran

1.Kita hendaklah amanah semasa menjalankan tugas.

2.Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab mencari rezeki yang halal.

3.Kita tidak boleh mencari kekayaan dengan menindas orang lain.

No comments:

Post a Comment