Wednesday, May 11, 2011

KARANGAN BERPANDU / RANGSANGAN

* Kertas BM 1 (1103/2) SPM
* Mula dipekenalkan pada tahun 2004

Pengenalan penulisan karangan berpandu

* Karangan ini berdasarkan TEMA, iaitu menguji kemahiran menulis karangan berdasarkan TEMA.

* Komponen karangan yang mesti diketahui oleh murid;
- Panjang huraian hendaklah ANTARA 200 HINGGA 250 patah perkataan.
(Jika terlebih 250 ptk tidak akan disemak oleh pemeriksa kertas jawapan)
- 30 markah
- Peruntukan masa 45 minit untuk menjawab soalan ini.

* Semua soalan berkaitan dengan bahan rangsangan gambar foto, gambar rajah, ilustrasi kartun, pelan, petikan, iklan, catatan, isu berdasarkan tema atau isu yang telah ditetapkan.

* Aras kesukaran soalan tahap sederhana dan mencakupi bidang interpersonal, maklumat, dan estetik.

* Soalan karangan berpandu sesuai bagi murid yang tahap pencapaian yang lemah dan sederhana.

* Karangan ini amat membantu murid kerana mereka mengemukakan idea, pendapat atau huraian sekitar tema. isu atau tajuk gambar yang telah ditetapkan. Hal ini demikian soalan jenis ini mempunyai bahan rangsangan yang dapat dilihat untuk menjana daya kreativiti murid bagi menghasilkan karangan yang lengkap.

Panduan penulisan karangan berdasarkan TEMA


1. Pada keseluruhan penulisan karangan jenis ini bergantu pada TEMA BAHAN RANGSANGAN yang dikemukakan.

2. Ciri atau prasyarat untuk menghasilkan karangan yang baik:
- Penulisan hendaklah menepati TEMA bahan rangsangan.

3. Murid bebas mengemukakan apa-apa sahaja pendapat atau huraian yang berkaitan dengan tema bahan rangsangan tersebut.

4. BAHAN RANGSANGAN yang dikemukakan mempunyai kaitan secara tidak langsung sekali gus memperjelaskan tema yang telah ditetapkan.

5. Idea, isi, pendapat, atau huraian yang diajukan mestilah relevan dengan tema bahan rangsangan dan huraian mestilah jelas dan matang.

6. Soalan ini mengemukakan isi-isis yang berkaitan dengan tema bahan rangsangan. Hal ini bermakna murid tidak perlu memikirkan isi-isi yang releven, tetapi sekadar mengolah dan mengembangkan isi-isi yang telah ditetapkan, namun murid perlu menulis dalam wacana yang lengkap yang terdiri daripada PENDAHULUAN, sekurang-kurangnya 3 ISI, dan KESIMPULAN.

Sumber : Guru cemerlang BM

No comments:

Post a Comment