Friday, May 27, 2011

Isikan jawapan dengan peribahasa yang sesuai.

 Seperti ulat kena palu
 Tiada beban batu digalas
 Seperti rumput di tepi jalan
 Biar lambat asalkan selamat
 Siapa makan lada, dialah berasa pedas
 Melentur buluh biarlah dari re bungnya
 Belakang parang kalau diasah nescaya tajam
 Jika ular menyusur akar, tiada akan hilang bisanya
 Orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getahnya
 Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak

1. Murid-murid yang lemah dala m aspek membaca itu akan dapat menguasai aspek itu kalau diajar dengan baik kerana ________________________________________________________________

2. “ Tidak sesiapa pun yang ingin berkawan dengan saya. Saya hina dan miskin serta hidup saya
_____________________________________________________________,” kata Bush.

3. Brad Pitt dinasihati supaya berhati -hati ketika memandu kereta ke Tanah Tinggi Cameron kerana jalan itu____________________________________________.

4. “ Saya rasa tidak perlulah saya menyebut nama -nama orang yang melakukan perbuatan itu
________________________________________________________, kata Datuk K.

5. “ Perkelahian antara jiran kita itu, sukar dileraikan dan campur tangan abang dalam hal itu dikatakan_________________________________________ _,” kata Angelina Jolie kepada suaminya.

6. Encik Tom berpesan kepada Katie, “ Apabila kamu ke kampung nanti, jangan memandu kereta terlalu laju kerana ____________________________________________.

7. Mak cik Mariah Carey mendidik anaknya supaya berjimat cermat sejak kecil lagi kerana beliau
berpendapat bahawa _______________________________________________.

8. Lelaki itu amat marah kerana ditahan oleh polis atas tuduhan mencuri walhal yang melakukan perbuatan itu ialah teman serumahnya. Hal ini diibaratkan _____________________

9. Pak John selalu menuduh anak orang lain melakukan perbuatan yang tidak senonoh, sedan gkan anak
beliaulah yang melakukan perbuatan itu. Sikap yang ditunjukkan oleh Pak John ini diibaratkan
______________________________________________________

10. Pooh cerdik dan selalu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Namun demikian dia tidak pernah menolak permintaan rakan -rakannya yang lemah untuk m engajar subjek Matematik. Sikapnya diibaratkan ___________________________________________

No comments:

Post a Comment