Thursday, April 07, 2011

SKRIP DIALOG CERPEN HARGA REMAJA DAN DIRGAHAYU BAHASAKU

Assalamualaikum ww.

Saya sedang menyediakan skrip dialog cerpen yang terdapat dalam buku Antologi Harga Remaja dan Dirgahayu Bahasaku. Skrip dialog cerpen ini dapat membantu para guru dan pelajar memahami dengan mudah jalan cerita cerpen-cerpen tersebut. Saya juga menggunakan skrip dialog ini untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, dengan ini saya dapat menarik minat para pelajar dan melibatkan pelajar aktif dalam pembelajaran serta mengujudkan pembelajaran yang kondusif.

Pelajar saya boleh menggunakan skrip dialog ini untuk tujuan analisis cerpen-cepren tersebut dengan mudah semasa sesi pembelajaran sedang dilaksanakan. Seterusnya melalui skrip dialog ini, saya dapat melatih para pelajar berlakon seterusnya dapat memberi peluang kepada pelajar empati terhadap masyarakat tersebut serta merasai situasi pengambaran lakonan sesuatu drama.

Saya masih lagi mencari cara yang terbaik atau kaedah untuk pelajar mempelajari KOMSAS ini tanpa menimbulkan rasa bosan. Sehubungan ini saya mengharapkan sekiranya ada cadangan atau pandangan yang membina untuk membantuh saya.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment