Saturday, April 30, 2011

1 ) PMR BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 – BAHAGIAN D NOVEL

Soalan 1
Berdasarkan satu daripada novel di atas, nyatakan tiga latar masa. Bagi setiap latar masa
tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku.

Zon 1: Pahlawan Pasir Salak

1. Waktu senja - Deli selesai menolong ayahnya di gerai. Sewaktu mahu pulang ke rumah, dia terlihat sebuah perahu meluncur di pangkalan. Lamin dan Pak Wan meminta Deli menolong mereka kerana mereka telah diserang oleh orang suruhan Inggeris.

2. Waktu malam - Penduduk Kampung Pasir Salak berkumpul di halaman rumah Datuk Maharaja Lela untuk mendengar ucapan beliau. Datuk Maharaja Lela memberitahu penduduk-penduduk kampung supaya bersedia untuk menentang kehadiran Inggeris yang mahu menjajah kampung mereka.

3. November 1875 - Berlakunya suatu peristiwa berdarah di Pasir Salak apabila Seputum berjaya membunuh Residen British Perak yang pertama, iaitu Residen British. Peristiwa berdarah ini mengakibatkan Inggerls menyerang Kampung Pasir Salak.

Zon 2: Timulak Kapal Perang

1. Waktu pagi - Paduka Mat Salleh menerima laporan daripada ketua pemungut cukai bahawa
orang-orang Inggeris tidak membenarkan mereka menjalankan urusan memungut cukai di pangkalan Sungai Sugut lagi. Paduka Mat Salleh begitu marah dengan tindakan Inggeris itu.

2. Waktu petang - Berlakunya pergaduhan antara pegawai Inggeris dengan pedagangpedagang di pangkalan. Pak Cik Tidung dan rakan-rakannya telah memberikan bantuan kepada pedagang-pedagang tersebut sehingga pergaduhan menjadi semakin besar. Pegawai-pegawai Inggeris telah menggunakan senapang untuk menghadapi Pak Cik Tidung dan rakan-rakannya. Pak Cik Tidung dan rakan-rakannya tewas dan dibawa ke Pulau Gaya.

3. Waktu malam - Andayu dari Paduka Mat Salleh serta pengikut-pengikutnya pergi ke Pulau Gaya untuk membebaskan Pak Cik Tidung dan rakan-rakannya. Akibatnya, berlakulah pertempuran yang sengit antara mereka dengan orang-orang Inggeris. Akhirnya, pasukan Paduka Mat Salleh berjaya membebaskan Pak Cik Tidung.

Zon 3: Tragedi Empat disember

1. Waktu petang - Keluarga Kamarul Azam minum petang bersama-sama. Kamarul Azam memberitahu ayah dan ibunya bahawa dia.akan mengikuti perkhemahan pengakap di Tanjung Pangku untuk mengambil Ujian Kelas Pertama Persatuan Pengakap sementara ayahnya pula memberitahu bahawa dia akan mengikuti rombongan kerja menteri ke negeri-negeri di utara tanah air.

2. Waktu malam minggu - DSP Yazid mendapat laporan tentang rampasan kapal terbang HM356. Selepas itu, dia berusaha untuk mendapatkan pengesahan daripada lapangan terbang iain
menggunakan alat perhubungan di balai polis tersebut. Laporan tersebut ternyata benar dan DSP Yazid terkejut apabila disahkan bahawa kapal terbang tersebut dinaiki oleh abangnya, ayah Kamarul Azam.

3. Tengah malam Isnin - Pak Widodo telah menemui Kamarul Azam dan Razi yang hanyut di tengah laut. Mereka telah menyelamatkan Azam dan Razi serta membawa mereka berdua ke Pulau Rangsang di Sumatera Timur.

Zon 4: Kapten Hassan Wira Bangsa

1. Awal tahun 1942 - Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Jepun telah mengarahkan belia-belia Melayu untuk menyertai perkhidmatan tentera Jepun yang dinamakan pasukan aiho dan oabang.
Mereka juga dikehendaki menyertai pasukan polis Jepun yang dikenali sebagai kabotai. Jepun berbuat demikian untuk membantu menjaga keselamatan dan keamanan Tanah Melayu.

2. 14 Ogos 1945 - Jepun menyerah kalah tanpa syarat kepada Tentera Berikat. Tempoh 14 hari sebelum kedatangan Inggeris telah digunakan oleh Kumpulan Bintang Tiga untuk mentadbir beberapa buah bandar di Tanah Melayu dengan penuh kekejaman.

3. 16 November 1953 - Pasukan yang diketuai oleh Sarjan Hassan telah membuat serang hendap ke atas kawasan perkhemahan sementara pasukan komunis di hutan Pahang. Dalam serangan itu, pasukan Sarjan Hassan berjaya membunuh empat orang pengganas komunis.

Sumber : www.andrewchoo.com

No comments:

Post a Comment