Saturday, April 30, 2011

EKSPEDISI

SINOPSIS

Hadi kecewa dengan sikap ayahnya yang membantah niatnya untuk berekspedisi bersama-sama Cikgu Murad dan kawan-kawannya. Walau bagaimanapun Hadi berpeluang menyertai ekspedisi tersebut apabila ayahnya pergi berburu pada masa yang sama dengan jangka waktu rancangan ekspedisi mereka. Sekembalinya dari ekspedisi itu, dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Cikgu Murad telah ditangkap polis. Dia semakin bingung dengan pengakuan ayahnya tentang harta kekayaan yang sedang mereka nikmati dan rahsia di sebalik kegemaran ayahnya yang selalu pergi berburu. Semua persoalan itu terjawab setelah mereka dibawa ke balai polis. Akhimya mereka mendapat tahu bahawa penjenayah yang sedang diburu itu bukanlah Cikgu Murad tetapi seorang lelaki yang menyerupai wajah seiras dengannya.

PLOT

Permulaan cerita
- Pak Salleh bercakap dengan Hadi tentang rancangan Cikgu Murad untuk mengadakan ekspedisi ke hutan di belakang kampung mereka

Perkembangan cerita
- Pak Salleh menghalang niat Hadi untuk menyertai ekspedisi tersebut
- Hadi memberitahu Cikgu Murad bahawa dia tidak akan menyertai ekspedidi itu
- Pak Salleh memberitahu Hadi bahawa dia akan pergi berburu
- Cikgu Murad dan murid-muridnya diketuai oleh Pak Musa meredah hutan menuju ke Gunung Itik

Perumitan cerita (Koflik)
- Hadi dan Mak Jamilah gelisah apabila Pak Salleh tidak pulang pada hari yang dijanjikannya
- Seorang Inspektor polis menjemput Pak Salleh sekeluarga ke balai polis
- Qrang kampung sibuk memperkatakan hal Cikgu Murad yang ditangkap polis atas tuduhan merompak
- Hadi tidak bersetujtu dengan pendapat ayahnya bahawa Cikgu Murad sememangnya seorang penjenayah
- Pak Salleh terkejut apabila melihat Cikgu Murad dibebaskan
- Inspektor itu menceritakan pergalaman mereka menangkap penjenayab-penjenayah yang dikehendaki

Puncak cerita (Klimaks)
- Pak Salleb sekeluarga terkejut apabila mendapal tahu bahawa salah seorang daripada penjenayah itu mempunyai wajah seiras dengan Cikgu Murad
- Tanggapan Pak Salleh bahawa Cikgu Murad meleset

Peleraian
- Pak Salleh menyesali perbuatannya yang telah merosakkan nama baik Cikgu Murad dan meminta maaf daripadanya
- Pak Salleh sekeluarga kembali hidup bahagia seperti masa-masa sebelum dia dikenali sebagai Orang Kaya Baru.

TEKNIK PLOT

1. Imbas muka
Hadi membayangkan bahawa sekiranya mereka tersilap langkah mendaki puncak gunung, mereka akan ditimpa bahaya. Mereka akan cedera bahkan boleh membawa maut.

2. Monolog dalaman
- Malam kepunyaan mereka, detik suara hatinya.
- Kalau aku masuk hutan seorang dah lama tenggelam dalam sungai. Cuai betul! Desis Nazri dalam hati.
- Keparat kau Cikgu Murad! Seranahnya keras dalam hati.

GAYA BAHASA

Bahasa Inggeris
Cool down, friend, chef, zero eight hundred

Bahasa Arab
Insya-Allah, assalamualaikum

Personifikasi
- Sebaik jasad Nazri hilang ditelan khemah, seorang demi seorang bangun lalu mengikut jejaknya.
- Tentu selang beberapa ketika lagi senja merangkak tiba
- Sesekali angin dingin bertiup kencang, menolak tompokan awan daripada meliputi matahari.

Inversi
- Cikgu Murad kembali bersuara. Sepatutnya ditulis: Cikgu Murad bersuara kembali.
- Pertanyaan Pak Musa itu menyebabkan Hadi sedikit tersentak. Sepatutnya ditulis: Pertanyaan Pak Musa itu menyebabkan Hadi tersentak sedikit.

Peribahasa
Bagai menentang minyak yang penuh

Simile
- Bicara Cikgu Murad persis memberi taklimat
- Muka Mak Jamilah seperti harimau kelaparan

NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai

1. Berani dan cekal apabila membuat sesuatu pekerjaan Contohnya, anggota ekspedisi berjaya sampai di puncak Gunung Itik setelah mereka berjaya menempuh pelbagai dugaan.

2. Setia kawan dan bekerjasama Walaupun anggota ekspedisi terdiri daripada berbilang bangsa dan agama tetapi mereka mengamalkan sikap setia kawan dan saling bekerjasama semasa mendaki Gunung Itik.

3. Saling menyayangi kerana perasaan sayang dapat mempengaruhi tindaktanduk manusia Contohnya, Pak Salleh menghalang Hadi menyertai ekspedisi kerana bimbang akan keselamatan anak tunggalnya itu.

4. Bersedia untuk memohon maaf setelah melakukan kesalahan supaya segala kesilapan dapat dibetulkan Kesanggupan Pak Salleh yang mahu memohon maaf daripada Cikgu Murad merupakan
tindakan yang terpuji.

5. Bersedia untuk memaafkan Manusia sering melakukan kesilapan. Lantaran itu, Cikgu Murad bersedia memaafkan Pak Salleh yang telah memusuhinya semenjak dia rnenetap di Kampung Dataran.

6. Bertanggungjawab
Contohnya, tindakan Pak Salleh dan anggota ekspedisi yang telah memberi maklumat kepada polis sehingga tertumpasnya kumpulan sindiket yang merompak jongkong emas Tauke Eddie Jar dan seterusnya menyelesaikan kes rompakan kedai emas yang berlaku di
seluruh negara sejak kebelakangan ini.

7. Mengenang budi
Manusia hidup haruslah berbudi dan orang yang telah menerima budi berusaha pula untuk membalas jasa. Contohnya, tindakan Tauke Eddie Jar yang memberi ganjaran lumayan
kepada Pak Salleh.

8. Bersyukur dan sentiasa mengingati Tuhan
Bersyukur bererti berterima kasih atas segala pertolongan dan nikmat yang telah diterima. Contohnya, Pak Salleh bersyukur apabila dapat mencari jalan pulang setelah tersesat di dalam hutan.

Pengajaran

1. Kita hendaklah bersikap berani, cekal, dan sabar semasa melaksanakan sesuatu program kerana sikap berani, cekal, dan sabar merupakan asas kejayaan.

2. Kita hendaklah mengamalkan sikap setia kawan dan toleransi supaya dapat meningkatkan kualiti kerja.

3. Setelah melakukan kesilapan, kita hendaklah memohon maaf dan berusaha kembali ke pangkal jalan.

4. Kita hendaklah memberi kemaafan kepada orang yang telah sedar akan kesalahan yang dilakukan. Kemaafan itu hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas dan jujur.

5. Kita hendaklah menyemai perasaan saling menyayangi terutama antara ahli keluarga supaya dapat membentuk sebuah keluarga yang bahagia.

6. Kita hendaklah memikul tanggungjawab seperti melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan terutama yang berkaitan dengan keselamatan negara.

7. Kita hendaklah sentiasa menyimpan hasrat untuk membalas budi baik seseorang dengan hati yang ikhlas.

8. Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah diperoleh dan sentiasa
menginsafi akan kelemahan diri sendiri.

9. Kita hendaklah gigih berusaha untuk menyelesaikan masalah ataupun untuk mengubah
kehidupan.

10. Setiap orang haruslah membantu orang lain yang memerlukan bantuan.

11. Pertolongan yang dihulurkan hendaklah ikhlas tanpa tujuan lain.

sumber : www.andrewchoo.com

No comments:

Post a Comment