Tuesday, April 26, 2011

Contoh 1 Soalan SPM Bahasa Malaysia (NOVEL)

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(ii) PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(iii) Renyah karya Gunawan Mahmood
(iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamza

(a) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
(b) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua persoalan daripada novel tersebut.

Contoh Jawapan:

(i) Novel Azfa Hanani

(a) Pengajaran yang terkandung dalam novel ini ialah:

➥ Kita hendaklah sedia berkorban demi kesejahteraan orang lain.
Contohnya, Azfa Hanani yang sanggup menerima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai arwah adiknya, Tengku Murni setelah Tengku Mazran berjanji untuk menanggung kos perubatan penyakit sepupunya Zurina.

➥ Kita perlu berusaha untuk memperbaik kelemahan diri.
Contohnya, Azfa Hanani yang belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca
bagi mengatasi kelemahannya dalam bahasa Inggeris.

(b) Persoalan yang terkandung dalam novel ini ialah:

➥ Kehilangan anak tersayang yang menyebabkan penderitaan batin.
Contohnya, Datin Maziah yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak gadisnya, Tengku Murni telah meninggal dunia dalam kemalangan menghadapi tekanan jiwa.

➥ Perhubungan yang terhalang kerana perbezaan darjat.
Contohnya, perhubungan antara Tengku Murni dengan Ekran tidak direstui oleh keluarga Tengku
Murni dan Tengku Muzaffar berusaha untuk memisahkan hubungan mereka. Keluarga Tengku
Murni menganggap Ekran berasal dari keluarga yang susah kerana sikap merendah diri Ekran.

Novel PAPA…(akhirnya kau tewas jua!)

(a) Pengajaran yang terkandung dalam novel ini ialah:

➥ Janganlah membelakangkan aspek kesihatan dalam memenuhi keinginan mahu mendapatkan zuriat.
Contohnya, Intan Maliana yang ingin memenuhi impian suaminya Jeffri, membelakangkan risiko yang bakal dihadapinya memandangkan dia pernah mengalami komplikasi yang teruk semasa melahirkan Intan Julia.

➥ Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kepercayaan yang diberikan untuk melaksanakan sesuatu tugas.
Contohnya, Jeffri telah melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa dengan menjaga Intan Julia dengan sebaik-baiknya semasa isterinya koma dan dia juga telah menjaga isterinya yang koma dengan baik walaupun terpaksa meninggalkan beberapa aktiviti yang sering dilakukannya semasa isterinya sihat.

(b) Persoalan yang terkandung dalam novel ini ialah:

➥ Kasih sayang suami kepada isteri.
Jeffri sangat mengasihi isterinya. Demi kasih sayangnya, Jeffri sanggup menjaga isterinya yang sakit di rumah.

➥ Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan.
Ketabahan Jeffri diuji ketika isterinya koma. Dia tidak berputus asa berusaha untuk mengubati isterinya supaya pulih seperti sediakala. Ketabahan Jeffri juga jelas semasa menghadapi kematian anak kembarnya.

(iii) Novel Renyah

(a) Pengajaran yang terkandung dalam novel ini ialah:

➥ Jangan mengamalkan rasuah untuk hidup senang.
Contohnya, Hasnol yang kesempitan wang menerima rasuah sebanyak RM300 ribu daripada Tengku Munir bagi mempengaruhi jabatan tender agar meluluskan tender-tendernya. Hasnol bernasib malang, apabila Tengku Munir tidak berpuas hati dan melaporkan hal itu kepada Menteri Besar yang akhirnya Hasnol ditahan atas kes rasuah.

➥ Kita hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan bersungguh-sungguh supaya dapat mencapai kejayaan.
Contohnya, Amera yang menjalankan tugasnya sebagai pendidik dengan penuh dedikasi sehingga dipilih sebagai Tokoh Pendidik Cemerlang Negeri.

(b) Persoalan yang terkandung dalam novel ini ialah:

➥ Golongan muda yang terlibat dalam kegiatan dakwah secara melulu.
Contohnya, Mukhlis yang menyertai kegiatan dakwah tanpa ilmu yang mencukupi sehingga terjebak dalam masalah kehidupan.

➥ Sikap tamak yang menguasai diri sehingga terlibat dalam rasuah.
Contohnya, Hasnol yang kesempitan wang akhirnya menerima tawaran sebanyak RM300 ribu bagi membantu Tengku Munir mendapatkan tendernya.

(iv) Novel Melunas Rindu

(a) Pengajaran yang terkandung dalam novel ini ialah:

➥ Kita mesti taat dalam mengerjakan suruhan Tuhan.
Contohnya, Fuad yang tidak pernah meninggalkan solat walaupun ketika bermusafir. Dia juga rajin
membaca al-Quran dan solat secara berjemaah.

➥ Kita mestilah sentiasa berusaha bagi mencapai sesuatu yang diinginkan.
Fuad telah berusaha untuk mencari ibu kandungnya melalui keluarga sebelah ibu kandungnya
sehingga bertemu dengan ibu kandungnya semula.

(b) Persoalan yang terkandung dalam novel ini ialah:

➥ Cinta adik-beradik terjalin akibat tidak mengenali asal usul.
Fuad terpaksa menerima hakikat bahawa gadis yang dicintainya ialah adiknya sendiri.

➥ Bertanggungjawab terhadap tugasan yang diamanahkan.
Fuad menjalankan tugasnya sebagai guru sandaran dengan penuh dedikasi.

No comments:

Post a Comment