RUANG SEMBANG

Latihan interatif

Panduan Penulisan Rumusan Bahasa Melayu SPM

Friday, April 08, 2011

CONTOH SKRIP PERBUALAN CERPEN

BAHAGIAN PERTAMA

Ketika Pak Itam menyapu air mata yang luruh di atas kulit pipinya yang sudah dipintali oleh kedutan, Tuk Mamat sudah berdiri didepannya.

Tuk Mat : Keratan akhbar ini hendak dipamerkan juga ?

Pak Itam : (Pak Itam hanya mengangguk).

Tuk Mat : Tempat pameran dah pun saya sediakan.
: Buku-buku dan semua makalah Pak Itam sudah saya kumpulkan, Cuma tunggu budak
Jali menguruskannya!

Pak Itam : (Pak Itam hanya mengangguk).
: Dah kaujemput budak-budak surat khabar ?

Tuk Mat : Sudah!

Pak Itam : Semua ?

Tuk Mat : Ya semua!

Pak Itam : Budak-budak UM, UKM, UPM dan orang kampong macam mana ?

Tuk Mat : Pun sudah!

Pak Itam : Mamak the terik,Si Jabal cendol, Mak Munah rojak, Si Kamsi soya bean macam mana ?

Tuk Mat : Semuanya sudah, pak.

Pak Itam : Nampaknya kau terpaksa uruskan semua!
:(Pak Itam mendongak sebentar ke muka Tuk Mat)
.
Tuk Mat : Kira-kira begitulah, pak!

Pak Itam : Budak-budak sekarang semuanya tak boleh diharap.(Perasaan kesal)

No comments:

Post a Comment