Tuesday, April 26, 2011

Contoh 2 Soalan SPM Bahasa Malaysia (NOVEL)

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(ii) PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(iii) Renyah karya Gunawan Mahmood
(iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(a) Latar tempat merupakan ruang sesuatu peristiwa itu berlaku serta dapat mencerminkan perwatakan sesuatu watak. Jelaskan latar tempat dalam novel yang telah anda pelajari.

(b) Huraikan secara ringkas bahagian peleraian novel yang telah anda kaji.

Contoh Jawapan:

(i) Novel Azfa Hanani

(a) Latar tempat yang terkandung dalam novel ini ialah:

➥ Di Sekolah Menengah Sri Diah : Sekolah lama Hanani yang terletak kira-kira 15 kilometer dari
rumahnya.

➥ Di Sekolah Menengah Taman Sari : Tempat Hanani belajar semasa dia menyamar sebagai Tengku
Murni.

➥ Di Hotel Universe : Tempat Hanani diajar oleh Tengku Mazran cara-cara untuk makan, minum, dan bertutur apabila berhadapan dengan Tengku Maziah.

➥ Di Institut Lingua Franca : Tempat Hanani belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun.

➥ Di banglo Datin Maziah : Tempat Tengku Maziah dan Datuk Tengku Makmur tinggal bersamasama
dengan anak-anaknya dan tempat Hanani menyamar sebagai Tengku Murni.

(b) Peleraian novel ini ialah:
➥ Keluarga Datin Maziah datang ke rumah pak long Hanani. Mereka memberitahukan rahsia bahawa
merekalah yang menjadi punca kemalangan sehingga menyebabkan kematian ibu dan bapa
Hanani. Mereka berjanji akan akan menebus dosa itu dan akan memberikan kasih sayang kepada
Hanani. Hanani diterima semula tinggal di banglo Datin Maziah. Kali ini dia tidak perlu menyamar sebagai Nini lagi.

➥ Sementara itu, Hari Sumbangsih berjaya mengumpulkan sebanyak RM16 655.00.

➥ Iskandar pula terbunuh dalam kemalangan dan Laili yang membonceng motosikal itu cedera
parah.

➥ Semasa Hanani ke rumah Ekran, dilihatnya Tengku Muzaffar sedang membantu Ekran menyiapkan
sebuah gerai.

➥ Akhirnya, Hanani mendapat tahu akan latar belakang keluarga Ekran yang sebenarnya.


(ii) Novel PAPA…(akhirnya kau tewas jua!)

(a) Latar tempat yang terkandung dalam novel ini ialah:
➥ Di rumah Jeffri di Kelana Jaya – Tempat Jeffri dan keluarganya serta Mak Cik Noraini pembantu rumah mereka tinggal dalam suasana yang harmoni.

➥ Di Sekolah Menengah Seri Gading – Tempat Julia belajar dan tempat Intan Maliana menjadi guru Matematik.

➥ Di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia – Tempat Intan Maliana melahirkan anak kembarnya dan dirawat semasa dia dalam keadaan koma.

➥ Di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) – Tempat Julia dan rakan rapatnya Rasylan meneruskan pengajian selepas tamat sekolah menengah.

➥ Di Restoran Starbucks Coffee di Mid Valley – Tempat Julia dan Rasylan kunjungi untuk minum dan di sinilah jugalah mereka terserempak dua kali dengan papa Julia minum bersama Aisyah.

(b) Peleraian novel ini ialah:
➥ Kematian Mama amat menyedihkan Julia dan buat pertama kalinya papa menangis.

(iii) Novel Renyah

(a) Latar tempat yang terkandung dalam novel ini ialah:
➥ Di rumah Datuk Dolhi : Tempat Datuk Dolhi dan isterinya berbincang tentang anak-anak.
➥ Di Bukit Serakah : Tempat Datuk Dolhi dan Albert Lee berjoging.
➥ Di Wisma Dolhi-Albert Lee Holding : Tempat beroperasinya perniagaan Datuk Dolhi.
➥ Di Jepun : Tempat Wahi belajar serta tempat Datuk Dolhi bercuti selama dua minggu.
➥ Di Teratai Inn : Tempat Hasnol berjumpa dengan Tengku Munir berkaitan dengan tender Jambatan Kota yang bernilai RM80 juta.
➥ Di Kelab Mawar : Tempat Amera bertemu dengan lelaki yang meminatinya, iaitu YB Wahab.
➥ Di Lapangan Terbang Narita : Tempat Wahi menjemput ayahnya yang datang dari Malaysia.
➥ Di kawasan hutan di Sarawak : Tempat Ilham menghasut orang-orang asli supaya menunjuk perasaan terhadap penerokaan hutan dan pembalakan.

(b) Peleraian novel ini ialah:
➥ Wahi pulang dari Jepun dengan isterinya, Yuka seorang warga Jepun.
➥ Wahi dilantik sebagai pengarah syarikat menggantikan Datuk Dolhi yang bersara.
➥ Datuk Dolhi berehat mencari ketenangan sambil berdoa agar anak-anaknya diberikan hidayah.

(iv) Novel Melunas Rindu

(a) Latar tempat yang terkandung dalam novel ini ialah:
➥ Di Danau Seberang : Tempat tinggal Pak Ismail, Mak Salamah, dan Fuad
➥ Di Sekolah Menengah Seri Setia : Tempat Fuad bertugas sebagai seorang guru sandaran.
➥ Di Kuantan Rumah ibu Farhana
➥ Di Sungai Ruan : Tempat Fuad dibesarkan oleh bapa saudarnya, Peter Lim.
➥ Di Lembah Klau : Tempat asal ibu kandung Fuad.
➥ Di Kampung Sedili : Tempat tinggal kakak kepad aibunya, Mariah.
➥ Di Restoran Terapung di Taman Syahbandar : Tempat Fuad dan Farhana singgah untuk meraikan
hari lahir Farhana.
➥ Di Pantai Batu Buruk : Tempat Fuad menenangkan jiwanya.
➥ Di Hospital Tengku ampuan Afzan : Tempat ibu Farhana, Mariana dirawat kerana penyakit lelah.

(b) Peleraian novel ini ialah:
➥ Fuad dan Farhana terpaksa menerima hakikat bahawa mereka adik-beradik.
➥ Fuad membawa ibu kandungnya serta ibu dan bapa angkatnya ke Makkah.
➥ Sewaktu hendak berangkat ke Makkah, Robert Lim datang untuk mengucapkan selamat jalan.

No comments:

Post a Comment