Saturday, April 30, 2011

6 ) PMR BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 – BAHAGIAN D NOVEL

Soalan 6

Pilih satu watak sampingan dalam novel yang anda kaji, kemudian huraikan tiga sifat positif yang ada pada watak tersebut. Jawapan anda hendaklah berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji dalam Tingkatan 2.

Zon 1: Pahlawan Pasir Salak - Datuk Maharaja Lela

1. Bijaksana - Sebagai penghulu Kampung Pasir Salak, Datuk Maharaja Lela merupakan seorang pemimpin yang. bijak, terutama dalam mengatur strategi untuk bertempur dengan orang-orang Inggeris. Beliau tidak membenarkan pengikut-pengikutnya bertindak melulu dengan menyerang wakil Inggeris yahg sedang membina pondok. Hanya selelah pondok tersebut siap, barulah beliau bertindak membakar pondok tersebut.

2. Cinta akan tanah air- Demi perasaan cintanya yang kuat akan tanah air, Datuk Maharaja
Lola sanggup berjuang bermati-matian dalam mempertahankan Kampung Pasir Salak
daripada jatuh ke tangan Inggeris.

3. Berani - Sifat berani yang ada dalam diri Datuk Maharaja Lela menyebabkannya tidak
pernah berasa gentar dalam menghadapi orang Inggeris. Beliau bukan sahaja tidak menghiraukan arahan pihak Inggeris yang mahu menjalankan sistem pungutan cukai secara paksa di Pasir Salak, malahan telah mengarahkan pengikut-pengikutnya agar mengoyakkan surat pernyataan cukai yang ditampal oleh pihak Inggeris sebagai tanda protes terhadap arahan tersebut.

Zon 2: Timulak Kapal Perang – Paduka Mat Salleh
1. Bertanggungjawab - Atas dasar tanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak buahnya . Mat Salleh sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan Pak Cik Tidung ditangkap dan ditahan oleh pihak Inggeris di Pulau Gaya.

2. Tegas pendirian - Sewaktu wakil Inggeris Paduka Mat Salleh supaya menyerahkan daerah Inaman kepada pihak Inggeris, beliau tidak akan menyerahkannya. Sebaliknya, beliau semakin berazam untuk mempertahankan itu daripada jatuh ke tangan Inggeris.

3. Bijak dalam melaksanakan tanggunjawab pemimpin - Paduka Mat Salleh mangatur stategi untuk bertempur dengan orang-orang Inggeris walaupun pihak Inggeris telah berundur, Beliau tetap mengarahkan pengikut-pengikutnya bersiap sedia dan memperkuat jentera serangan kerana beliau yakin bahawa orang-orang melakukan serangan balas terhadap pasukan mereka.

Zon 3: Tragedi Empat Disember - DSP Yazid
1. Amanah dalam melaksanakan tanggungjawab - DSP Yazid melaksanakan tugasnya dalam menyiasat kes rampasan kapal terbang yang mengorbankan kesemua penumpang termasuk abangnya sendiri dengan penuh amanah dan tidak dipengaruhi oleh emosi.

2. Sabar dan tenang - Berita rampasan kapal terbang dan kematian abangnya dalam tragedi
tersebut bukan sahaja tidak melemahkan semangat DSP Yazid dalam melaksanakan tugasnya malahan beliau terus berusaha untuk mengetahui punca kejadian, seterusnya menyiasat kes tersebut sehingga selesai. Beliau juga sangat tabah dalam menghadapi dugaan itu biarpun abangnya sendiri turut terkorban dalam tragedi tersebut.

3. Bertanggungjawab - Sifat bertanggungjawab ini terserlah apabila DSP Yazid sentiasa mengambil berat terhadap keluarga abangnya dengan sentiasa berada bersama-sama kakak ipar dan anak-anak saudaranya sewaktu upacara pengebumian dijalankan.

Zon 4: Kapten Hassan Wira Bangsa - Penghulu Ismail
1. Bertanggungjawab - Sebagai seorang datuk yang bertanggungjawab, beliau telah mengambil Hassan daripada jagaan ayahnya kerana ayahnya tidak dapat menjaga Hassan dengan baik setelah kematian ibunya. Penghulu Ismail telah menjaga Hassan dengan penuh kasih sayang.

2. Mementingkan ilmu - Walaupun beliau tidak membenarkan Hassan belajar di sekolah Inggeris, beliau tetap mengutamakan ilmu. Hassan dihantar belajar di sekolah pondok untuk mempelajari ilmu agama. Hassan juga digalakkan belajar ilmu mempertahankan diri.

3. Rajin - Penghulu Ismail mengamalkan sikap rajin dan berbudi kepada tanah. Beliau begitu rajin bercucuk tanam di atas tanah pemberian pihak Jepun, iaitu dengan menanam padi, ubi, keladi dan sebagainya.

Sumber : wwww.andrewchoo.com

No comments:

Post a Comment