Saturday, April 30, 2011

EKSPEDISI

SINOPSIS

Hadi kecewa dengan sikap ayahnya yang membantah niatnya untuk berekspedisi bersama-sama Cikgu Murad dan kawan-kawannya. Walau bagaimanapun Hadi berpeluang menyertai ekspedisi tersebut apabila ayahnya pergi berburu pada masa yang sama dengan jangka waktu rancangan ekspedisi mereka. Sekembalinya dari ekspedisi itu, dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Cikgu Murad telah ditangkap polis. Dia semakin bingung dengan pengakuan ayahnya tentang harta kekayaan yang sedang mereka nikmati dan rahsia di sebalik kegemaran ayahnya yang selalu pergi berburu. Semua persoalan itu terjawab setelah mereka dibawa ke balai polis. Akhimya mereka mendapat tahu bahawa penjenayah yang sedang diburu itu bukanlah Cikgu Murad tetapi seorang lelaki yang menyerupai wajah seiras dengannya.

PLOT

Permulaan cerita
- Pak Salleh bercakap dengan Hadi tentang rancangan Cikgu Murad untuk mengadakan ekspedisi ke hutan di belakang kampung mereka

Perkembangan cerita
- Pak Salleh menghalang niat Hadi untuk menyertai ekspedisi tersebut
- Hadi memberitahu Cikgu Murad bahawa dia tidak akan menyertai ekspedidi itu
- Pak Salleh memberitahu Hadi bahawa dia akan pergi berburu
- Cikgu Murad dan murid-muridnya diketuai oleh Pak Musa meredah hutan menuju ke Gunung Itik

Perumitan cerita (Koflik)
- Hadi dan Mak Jamilah gelisah apabila Pak Salleh tidak pulang pada hari yang dijanjikannya
- Seorang Inspektor polis menjemput Pak Salleh sekeluarga ke balai polis
- Qrang kampung sibuk memperkatakan hal Cikgu Murad yang ditangkap polis atas tuduhan merompak
- Hadi tidak bersetujtu dengan pendapat ayahnya bahawa Cikgu Murad sememangnya seorang penjenayah
- Pak Salleh terkejut apabila melihat Cikgu Murad dibebaskan
- Inspektor itu menceritakan pergalaman mereka menangkap penjenayab-penjenayah yang dikehendaki

Puncak cerita (Klimaks)
- Pak Salleb sekeluarga terkejut apabila mendapal tahu bahawa salah seorang daripada penjenayah itu mempunyai wajah seiras dengan Cikgu Murad
- Tanggapan Pak Salleh bahawa Cikgu Murad meleset

Peleraian
- Pak Salleh menyesali perbuatannya yang telah merosakkan nama baik Cikgu Murad dan meminta maaf daripadanya
- Pak Salleh sekeluarga kembali hidup bahagia seperti masa-masa sebelum dia dikenali sebagai Orang Kaya Baru.

TEKNIK PLOT

1. Imbas muka
Hadi membayangkan bahawa sekiranya mereka tersilap langkah mendaki puncak gunung, mereka akan ditimpa bahaya. Mereka akan cedera bahkan boleh membawa maut.

2. Monolog dalaman
- Malam kepunyaan mereka, detik suara hatinya.
- Kalau aku masuk hutan seorang dah lama tenggelam dalam sungai. Cuai betul! Desis Nazri dalam hati.
- Keparat kau Cikgu Murad! Seranahnya keras dalam hati.

GAYA BAHASA

Bahasa Inggeris
Cool down, friend, chef, zero eight hundred

Bahasa Arab
Insya-Allah, assalamualaikum

Personifikasi
- Sebaik jasad Nazri hilang ditelan khemah, seorang demi seorang bangun lalu mengikut jejaknya.
- Tentu selang beberapa ketika lagi senja merangkak tiba
- Sesekali angin dingin bertiup kencang, menolak tompokan awan daripada meliputi matahari.

Inversi
- Cikgu Murad kembali bersuara. Sepatutnya ditulis: Cikgu Murad bersuara kembali.
- Pertanyaan Pak Musa itu menyebabkan Hadi sedikit tersentak. Sepatutnya ditulis: Pertanyaan Pak Musa itu menyebabkan Hadi tersentak sedikit.

Peribahasa
Bagai menentang minyak yang penuh

Simile
- Bicara Cikgu Murad persis memberi taklimat
- Muka Mak Jamilah seperti harimau kelaparan

NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai

1. Berani dan cekal apabila membuat sesuatu pekerjaan Contohnya, anggota ekspedisi berjaya sampai di puncak Gunung Itik setelah mereka berjaya menempuh pelbagai dugaan.

2. Setia kawan dan bekerjasama Walaupun anggota ekspedisi terdiri daripada berbilang bangsa dan agama tetapi mereka mengamalkan sikap setia kawan dan saling bekerjasama semasa mendaki Gunung Itik.

3. Saling menyayangi kerana perasaan sayang dapat mempengaruhi tindaktanduk manusia Contohnya, Pak Salleh menghalang Hadi menyertai ekspedisi kerana bimbang akan keselamatan anak tunggalnya itu.

4. Bersedia untuk memohon maaf setelah melakukan kesalahan supaya segala kesilapan dapat dibetulkan Kesanggupan Pak Salleh yang mahu memohon maaf daripada Cikgu Murad merupakan
tindakan yang terpuji.

5. Bersedia untuk memaafkan Manusia sering melakukan kesilapan. Lantaran itu, Cikgu Murad bersedia memaafkan Pak Salleh yang telah memusuhinya semenjak dia rnenetap di Kampung Dataran.

6. Bertanggungjawab
Contohnya, tindakan Pak Salleh dan anggota ekspedisi yang telah memberi maklumat kepada polis sehingga tertumpasnya kumpulan sindiket yang merompak jongkong emas Tauke Eddie Jar dan seterusnya menyelesaikan kes rompakan kedai emas yang berlaku di
seluruh negara sejak kebelakangan ini.

7. Mengenang budi
Manusia hidup haruslah berbudi dan orang yang telah menerima budi berusaha pula untuk membalas jasa. Contohnya, tindakan Tauke Eddie Jar yang memberi ganjaran lumayan
kepada Pak Salleh.

8. Bersyukur dan sentiasa mengingati Tuhan
Bersyukur bererti berterima kasih atas segala pertolongan dan nikmat yang telah diterima. Contohnya, Pak Salleh bersyukur apabila dapat mencari jalan pulang setelah tersesat di dalam hutan.

Pengajaran

1. Kita hendaklah bersikap berani, cekal, dan sabar semasa melaksanakan sesuatu program kerana sikap berani, cekal, dan sabar merupakan asas kejayaan.

2. Kita hendaklah mengamalkan sikap setia kawan dan toleransi supaya dapat meningkatkan kualiti kerja.

3. Setelah melakukan kesilapan, kita hendaklah memohon maaf dan berusaha kembali ke pangkal jalan.

4. Kita hendaklah memberi kemaafan kepada orang yang telah sedar akan kesalahan yang dilakukan. Kemaafan itu hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas dan jujur.

5. Kita hendaklah menyemai perasaan saling menyayangi terutama antara ahli keluarga supaya dapat membentuk sebuah keluarga yang bahagia.

6. Kita hendaklah memikul tanggungjawab seperti melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan terutama yang berkaitan dengan keselamatan negara.

7. Kita hendaklah sentiasa menyimpan hasrat untuk membalas budi baik seseorang dengan hati yang ikhlas.

8. Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah diperoleh dan sentiasa
menginsafi akan kelemahan diri sendiri.

9. Kita hendaklah gigih berusaha untuk menyelesaikan masalah ataupun untuk mengubah
kehidupan.

10. Setiap orang haruslah membantu orang lain yang memerlukan bantuan.

11. Pertolongan yang dihulurkan hendaklah ikhlas tanpa tujuan lain.

sumber : www.andrewchoo.com

Rio 2011



Genre: Animation | Adventure | Comedy | Family
IMDB Rating: 7.6/10
Directed By: Carlos Saldanha
Starring: Jesse Eisenberg, Anne Hathaway and George Lopez

Release Name: Rio.TS.XViD-IMAGiNE
Size: 300mb
Video: XviD |2227 Kbps | 720×304 | 25.000 fps
Audio: English | MP3 | 128kbps
Subs: Subs English, English Forced

Fail download ( copy dan paste )
http://www.filesonic.com/file/817675051

Link : www.warez

6 ) PMR BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 – BAHAGIAN D NOVEL

Soalan 6

Pilih satu watak sampingan dalam novel yang anda kaji, kemudian huraikan tiga sifat positif yang ada pada watak tersebut. Jawapan anda hendaklah berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji dalam Tingkatan 2.

Zon 1: Pahlawan Pasir Salak - Datuk Maharaja Lela

1. Bijaksana - Sebagai penghulu Kampung Pasir Salak, Datuk Maharaja Lela merupakan seorang pemimpin yang. bijak, terutama dalam mengatur strategi untuk bertempur dengan orang-orang Inggeris. Beliau tidak membenarkan pengikut-pengikutnya bertindak melulu dengan menyerang wakil Inggeris yahg sedang membina pondok. Hanya selelah pondok tersebut siap, barulah beliau bertindak membakar pondok tersebut.

2. Cinta akan tanah air- Demi perasaan cintanya yang kuat akan tanah air, Datuk Maharaja
Lola sanggup berjuang bermati-matian dalam mempertahankan Kampung Pasir Salak
daripada jatuh ke tangan Inggeris.

3. Berani - Sifat berani yang ada dalam diri Datuk Maharaja Lela menyebabkannya tidak
pernah berasa gentar dalam menghadapi orang Inggeris. Beliau bukan sahaja tidak menghiraukan arahan pihak Inggeris yang mahu menjalankan sistem pungutan cukai secara paksa di Pasir Salak, malahan telah mengarahkan pengikut-pengikutnya agar mengoyakkan surat pernyataan cukai yang ditampal oleh pihak Inggeris sebagai tanda protes terhadap arahan tersebut.

Zon 2: Timulak Kapal Perang – Paduka Mat Salleh
1. Bertanggungjawab - Atas dasar tanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak buahnya . Mat Salleh sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan Pak Cik Tidung ditangkap dan ditahan oleh pihak Inggeris di Pulau Gaya.

2. Tegas pendirian - Sewaktu wakil Inggeris Paduka Mat Salleh supaya menyerahkan daerah Inaman kepada pihak Inggeris, beliau tidak akan menyerahkannya. Sebaliknya, beliau semakin berazam untuk mempertahankan itu daripada jatuh ke tangan Inggeris.

3. Bijak dalam melaksanakan tanggunjawab pemimpin - Paduka Mat Salleh mangatur stategi untuk bertempur dengan orang-orang Inggeris walaupun pihak Inggeris telah berundur, Beliau tetap mengarahkan pengikut-pengikutnya bersiap sedia dan memperkuat jentera serangan kerana beliau yakin bahawa orang-orang melakukan serangan balas terhadap pasukan mereka.

Zon 3: Tragedi Empat Disember - DSP Yazid
1. Amanah dalam melaksanakan tanggungjawab - DSP Yazid melaksanakan tugasnya dalam menyiasat kes rampasan kapal terbang yang mengorbankan kesemua penumpang termasuk abangnya sendiri dengan penuh amanah dan tidak dipengaruhi oleh emosi.

2. Sabar dan tenang - Berita rampasan kapal terbang dan kematian abangnya dalam tragedi
tersebut bukan sahaja tidak melemahkan semangat DSP Yazid dalam melaksanakan tugasnya malahan beliau terus berusaha untuk mengetahui punca kejadian, seterusnya menyiasat kes tersebut sehingga selesai. Beliau juga sangat tabah dalam menghadapi dugaan itu biarpun abangnya sendiri turut terkorban dalam tragedi tersebut.

3. Bertanggungjawab - Sifat bertanggungjawab ini terserlah apabila DSP Yazid sentiasa mengambil berat terhadap keluarga abangnya dengan sentiasa berada bersama-sama kakak ipar dan anak-anak saudaranya sewaktu upacara pengebumian dijalankan.

Zon 4: Kapten Hassan Wira Bangsa - Penghulu Ismail
1. Bertanggungjawab - Sebagai seorang datuk yang bertanggungjawab, beliau telah mengambil Hassan daripada jagaan ayahnya kerana ayahnya tidak dapat menjaga Hassan dengan baik setelah kematian ibunya. Penghulu Ismail telah menjaga Hassan dengan penuh kasih sayang.

2. Mementingkan ilmu - Walaupun beliau tidak membenarkan Hassan belajar di sekolah Inggeris, beliau tetap mengutamakan ilmu. Hassan dihantar belajar di sekolah pondok untuk mempelajari ilmu agama. Hassan juga digalakkan belajar ilmu mempertahankan diri.

3. Rajin - Penghulu Ismail mengamalkan sikap rajin dan berbudi kepada tanah. Beliau begitu rajin bercucuk tanam di atas tanah pemberian pihak Jepun, iaitu dengan menanam padi, ubi, keladi dan sebagainya.

Sumber : wwww.andrewchoo.com

5 ) PMR BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 – BAHAGIAN D NOVEL

Soalan 5
Berdasarkan satu daripada.novel di atas, huraikan tiga persoalan serta contoh yang sesuai daripada novel tersebut. Jawapan anda hendaklah berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji dalam Tingkatan 2.

Zon 1: Pahlawan Pasir Salak
1. Persoalan tentang sikap seseorang yang sanggup belot terhadap tanah air- Lamsah, seorang pemuda yang berumur lebih kurang 25 lahun sanggup menjadi tali barut Inggeris untuk kepentingan diri sendiri. Latnsah telah menyamar sebagai pejuang dan memburuk-burukkan Inggeris demi mendapatkan maklumat untuk Inggeris. Maklumat yang disampaikan digunakan oleh Inggeris untuk menyerang Kampung Pasir Salak.

2. Perancanganaiaustrategiyangbaikpentingdalam perjuangan - Datuk Maharaja Lela, selaku ketua Kampung Pasir Salak bijak merancang strategi dengan membina kubu di BandarTila semata-mata untuk mengelirukan pihak Inggeris.

3. Sikap sayang terhadap anak akan kekal selamanya - Pak Wan begitu sayang akan anaknya, Mat Nor walaupun anaknya telah lama meninggal dunia. Pak Wan sentiasa teringat akan anaknya kerana jika anaknya itu masih hidup, tentu dia akan sama-sama berjuang untuk mempertahankan Pasir Salak daripada ancaman Inggeris,

Zon 2: Jimulak Kapal Perang
1. Usaha mempertahankan tanah air tidak mengenal jantina - Walaupun Andayu seorang perempuan, dia begitu bersemangat untuk mempertahankan daerah Inanam daripada jatuh ke tangan Inggeris.

2. Perjuangan memerlukan pengorbanan - Andayu terpaksa berkorban dengan mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan Pak Cik Tidung daripada menjadi mangsa kekejaman Inggeris.Dia telah mengekorl dan mengintip pergerakan Inggeris yang telah menangkap Pak Cik Tidung dan membawanya ke Pulau Gaya. Usahanya berhasil apabila akhirnya Pak Cik Tidung berjaya dibebaskan.

3. Sikap terburu-buru sering kali membawa padah/ bencana - Sikap Pak Cik Tidung yang panas baran dan campur tangan dalam perbalahan yang melibatkan seorang pedagang dengan pemungut cukai Inggeris telah menyebabkan berlakunya pertumpahan darah. Walaupun dia berjaya membunuh beberapa- orang -pemungut cukai mggeris, akhirnya dia telah ditangkap oleh Inggeris.

Zon 3: Tragedi Empat Disember
1. Kehidupan yang penuh dengan pancaroba/dugaan - Puan Katijah yang menjalani kehidupan penuh bahagia bersama-sama anak-anak dan suaminya Encik Razali telah melalui detik-dstik hitam dalam hidupnya setelah anaknya hilang dan suaminya pula terbunuh dalam kemalangan udara.

2. Hubungan kekeluargaan mengeratkan kasih sayang - DSP Yazid, adik kepada Encik Razali yang terbunuh dalam nahas kapal terbang, seorang yang begitu rapat dengan anak-anak saudaranya. Dia juga telah bertungkus lumus untuk mengetahui berita kemalangan yang melibatkan abangnya dan menguruskan pengebumian abangnya sehingga selesai.

3. Sikap suka membantu tidak mengenal bangsa Pak Widodo dan keluarganya telah menyelamatkan Kamarul Azam dar Razi yang ditemui di Pulau Rangsang, Pak Widodo dan keluarganya telah menjaga kedua-dua mereka dengan baik .dan telah menghantar Azam dan Razi pulang ke Malaysia.

Zon 4: Kapten Hassan Wira Bangsa
1. Tanggungjawab mempettahankan negara - Hassan sanggup menyertai pasukan tentera kerana ingin membela agama dan bangsa daripada dijajah oleh bangsa asing.

2. Kepentingan menuntut iltnu - Hassan begitu tekun belajar sehingga darjah lima dan ingin menyambung pelajaran di sekolah Inggeris. Walaupun hasratnya tidak kesampaian, namun dia tetap meneruskan pelajarannya dalam jurusan agama demi mempertingkatkan ilmu dalam dirinya.

3. Kekejaman pasukan Bintang Tiga - Pasukan Bintang Tiga bertindak ganas terhadap orangorang kampung. Ramai orang yang tidak bersalah telah dibunuh kerana tidak memberi kerjasama kepada mereka. Isteri Hassan, ibu menlua dan anak saudara isterinya telah dibunuh dengan kejam oleh Kumpulan Bintang Tiga semata-mata kerana mereka tidak mahu menyerahkan barang-barang yang dikehendaki oleh mereka.

sumber : www.andrewcho.com

4 ) PMR BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 – BAHAGIAN D NOVEL

Soalan 4
Nyatakan empat latar tempat berserta contoh peristiwa yang berlaku dalam novel yang anda kaji, iaitu dua latar tempat berserta contoh peristiwa daripada sebuah novel Tingkatan 1 dan dua latar tempat berserta contoh peristiwa daripada sebuah novel Tingkatan 2.

Meniti Kaca
1. Hospital Bahagia, Janjung Rambutan, Perak
- Ibu Nazar, iaitu Mahyun telah dihantar ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan, Perak untuk mendapatkan rawatan penyakit nanar yang dialaminya.

2. Rumah Nazar
- Suasana di rumah Nazar menjadi riuh-rendah kerana jiran-jirannya datang untuk menziarahi Mahyun yang baoi sahaja pulang dari Hospital Bahagia. Mereka sibuk membaniu Pak Sahar
menyediakan minuman.

Pahlawan Pasir Salak
1. Kampung Pasir Salak, Perak
- Berlakunya kisah penentangan orang-orang kampung ini terhadap Inggeris yang mahu menjajah dan menguasai kampung mereka. Penduduk Kampung Pasir Salak diketuai oleh Datuk Maharaja Lela.

2. Sungai Perak
- Berlakunya peristiwa berdarah apabila Seputum, seorang anak buah Datuk Maharaja Lela telah membunuh Residen Inggeris, iaitu J.W.W Birch yang ketika itu sedang mandi di Sungai Perak.

Limpahan Darah di Sungai Semur
1. Port Dickson, Negeri Sembilan
- Jamaluddin telah berjaya dalam temu duga menjadi tentera. Dia dan rakan-rakannya menjalani latihan ketenteraan di Port Dickson selama enam bulan.

2. Sungai Semur di Hulu Kelantan
- Koperal Jamaluddin dari Platun 12 Kompeni D Batalion Ketiga Askar Melayu dan rakanrakannya berhadapan dengan serangan daripada pasukan komunis di Sungai Semur. Leftenan Hassan dan beberapa orang tentera telah terkorban dalam pentempuran ini

Anak Din Biola
1. Rumah Bonda,
- Budiman, Chong dan Chandra serta rakan-rakannya tinggal di Rumah Bonda, sebiiah rumah anak-anak yatim. Di sinilah mereka menjalani kehidupan seharian di bawah seliaan Pak Jais.

2. Sekolah Muzik Lagu Bayu di tengah kota raya
- Budiman belajar menggesek biola di sekolah muzik milik Datin Siti Norbayu ini kerana dia begitu berminat dalam bidang seni. Budiman juga berhasrat untuk menyertai Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya.

Tragedi Empat Disember
1. Di rumah Kamarul Azam
- Kamarul Azam memberitahu ayah dan ibunya bahawa dia akan menyertai perkhemahan pengakap dan mengambil Ujian Kelas Pertama Persatuan Pengakap sekolahnya.

2. Tanjung Pangku, Johor
- Kamarul Azam dan rakan-rakannya memulakan perkhemahan di sini. Pada waktu malam, mereka terlihat suatu cahaya menjunam jatuh tidak jauh dari tempat perkhemahan mereka. Tanpa pengetahuan Kamarul Azam dan rakan-rakannya, cahaya itu adalah daripada kapal terbang yang dinaiki oleh ayahnya.

Aku Anak Timur
1. Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
- Zarina, ibu dan adiknya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Mereka hendak pergi ke Belanda untuk mengunjungi Encik Ali, iaitu ayah Zarina yang bertugas di Universiti Leiden.

2. Rumah kawan Niek Van Hoeve di Belanda
- Zarina yang berasa bosan kerana duduk di rumah telah mengikut Niek Van Hoeve pergi ke
rumah rakan Niek untuk menghadiri majlis hari jadi. Di situ, Zarin.a melihat pergaulan bebas anak-anak muda di luar negara. Mereka merokok dan minum minuman keras. Zarina mengambil keputusan untuk melarikan diri.

Kapten Hassan Wira Bangsa
1. Sekolah Pengajian Pondok Kampung Sega, Kuala Sawah, Negeri Sembilan
- Hassan melanjutkan pelajaran dalam bidang agama. atas kehendak datuknya, Penghulu Ismail walaupun dia sebenarnya bercita-cita unluk menyambung pelajaran di sekolah Inggeris.

2. Hutan Pahang
- Pasukan pimpinan Sarjan Hassan telah membuat serangan hendap terhadap pasukan komunis yang sedang b.erkhemah di kawasan hutan Pahang. Dalam serangan itu, empat orang pengganas komunis berjaya ditembak mati.

Sumber : www.andrewchoo.com

3 ) PMR BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 – BAHAGIAN D NOVEL

Soalan 3
Berdasarkan novel yang anda kaji, Huraikan peleraian cerita dalam novel tersebut. Jawapan anda hendaklah berdasarkan sebuah novel yang anda kaji dalam Tingkatan 3.

Zon 1: Panas Salju

1. Lima tahun selepas Bushrah menjalani pembedahan imluk pemindahan hatinya kepada anaknya, Nadhirah, akhirnya Bushrah meninggal dunia di pangkuan suaminya, Zulkifli pada jam 4 pagi. Ramai sahabat dan jirarvtetangga menziarahi keluarga Zulkifli. Zulkifli dan anak-anaknya benar-benar terasa kehilangan Bushrah yang telah banyak berkorban unluk keluarga.

2. Zulkifli mendapat tawaran kerja sebagai pengarang sastera di Mingguan Malaysia sementara Nadhirah telah bekerja di Bank Islam dan Mulyadi pula menjadi pensyarah kanan di ITM. Mereka hidup bahagia sekalipun Bushrah lelah liada dan Zulkifli tidak berkahwin lagi demi cintanya kepada isterinya itu.

Zon 2: Ekspedisi

1. Pak Salleh dijemput ke balai polis. Dia mulanya begitu marah apabila melihat Cikgu Murad dibebaskan. Pihak polis memberi penjelasan bahawa wajah penjenayah yang melakukan kegiatan haram di kawasan hutan itu mirip wajah Cikgu Murad. Cikgu Murad tidak bersalah. Walau bagaimanapun, pihak polis berterima kasih kepada Pak Salleh kerana laporannya berhubung kegiatan penjenayah itu banyak membantu pihak polis menjalankan siasatan sehingga tertangkapnya penjenayah tersebut.

2. Pak Salleh meminta maaf kepada Cikgu Murad atas sikapnya yang amat membenci Cikgu Murad dan menuduhnya sebagai penjenayah. Hadi begitu gembifa kerana ayahnya telah insaf akan kesilapannya dan berita kejayaan pihak polis dengan bantuan Pak Salleh itu mendapat liputan meluas di radio dan televisyen.

Zon 3: Kanang: Cerrta Seorang Pahlawan

1. Kanang menyertai pasukan Gerakan Setia 8/79 di kawasan Hutan Korbu, Perak Dia berjuang tanpa berputus asa dalam memerangi pengganas.korminis. Kanang cedera dalam pertempuran dan dimasukkan ke hospital selama sebulan. Isterinya Helen begitu selia menjaganya.

2. Kanang dinaikkan pangkatkepada Pegawai Waran. Pada 30 Mei 1986, Kanang mengambil keputusan untuk bersara daripada tentera. Beliau hidup sebagai orang awam dan menjalani kehidupan yang agak susah walaupun telah berjasa kepada bangsa dan negara selama 21 tahun. Kanang menerima pingat Bintara Bintang Sarawak setelah beliau bersara.

Zon 4: Merdeka! Merdeka!

1. Walaupun Inggeris berkeras mahu mengisytiharkan Malayan Union dan mahu melantik Edward Gent sebagai Gabenor, pada 1 April 1946 satu perhimpunan besar-besaran lelah dibuat oleh orang-orang Melayu untuk menolak Malayan Union. Datuk Onn telah bemsaha meyakinkan Raja-Raja Melayu agar tidak menghadiri majlis perasmian Malayan Union. Akhirnya Raja-Raja Melayu sepakat menolak Malayan Union.

2. Datuk Onn telah menyeru dan memberikan kata-kata semangat kepada orarig-orang Melayu agar
terus berjuang.demi tanah air. Laungan 'Merdeka!' benar-benar menyemarakkan semangat patriotik dalam jiwa anak bangsa. Kudin terharu' apabila menyaksikan perisliwa bersejarah negara Itu.

Sumber : www.andrewchoo.com

2 ) PMR BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 – BAHAGIAN D NOVEL

Soalan 2
kita hendaklah berani melakukan sesuatu perkara demi melaksanakan sesuatu tugas Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan dua contoh sifat berani yang ditunjukkan oleh watak-watak dalam novel yang anda kaji.

Zon 1: Pahlawan Pasir Salak

1. Datuk Maharaja Lela dengan beraninya telah membakar pondok yang dibuat oleh Inggeris untuk memungut cukai daripada penduduk Pasir Salak. Walaupun tindakan Datuk Maharaja Lela itu telah menyebabkan Inggeris semakin marah, Datuk Maharaja Lela dan anak-anak buahnya telah bersedia untuk menentang Inggeris.

2. Datuk Maharaja Lela telah mengarahkan penduduk-penduduk Pasir Salak supaya mengoyakkan surat kenyataan memungut cukai yang ditampal oleh orang suruhan Inggeris di kampung mereka. Keberanian Datuk Maharaja Lela ini mendapat sokongan daripada penduduk-penduduk Pasir Salak yang sayang akan kampung halaman mereka.

Zon 2: Timulak Kapal Perang

1. Pak Cik Tidung amat marah apabila melihat sifat berani yang ditunjukkan pegawaipegawai. Inggens berbalah dengan pedagang-pedagang di pangkalan. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk membantu pedagang-pedagang tersebut menentang pegawai-pegawai Inggeris walaupun hanya bersenjatakan pidak (keris Bajau). Pak Cik Tidung telah menunjukkan kehebatan bersilat untuk menentang mereka. Keberanian Pak Cik Tidung terbukti apabila dia berjaya membunuh dua orang pegawai Inggeris.

2. Sementara Andayu pula begitu berani mengambil keputusan untuk menyiasat di mana Pak Cik Tidung ditawan dan setelah dia berjaya mengetahui keadaan Pak Cik Tidung, dia melaporkannya kepada Paduka Mat Salleh. Demi misinya itu, Andayu sanggup berenang merentasi laui. yang bergelora semata-mata mahu mendapatkan maklumat tentang Pak Cik Tidung yang ditawan dan dibawa ke Pulau Gaya.

Zon 3: Tragedi Empat Disember

1. Azam dan Razi cuba menyiasat apakah benda yang menjunam dan terhempas berhampiran dengan tempat mereka berkhemah. Mereka berani berjalan.pada waktu malam semata-mata untuk mengetahui apakah yang terjadi. Malah, mereka juga merancang untuk melaporkan perkara' tersebut kepada pihak polis. Malangnya mereka berdua telah ditangkap oleh penjahat-penjahat.

2. Antik berani mengambil keputusan untuk meminjam bot laju daripada Pak Mostar, seorang taukeh ikan kerana mahu menolong Azam dan Razi pulang ke Malaysia. Antik terpaksa berbohong kepada Pak Mostar dengan menyatakan bahawa dia mahu menggunakan bol tersebut untuk menangkap ikan di tengah laut. Antik, Azam dan Razi sanggup mengharungi lautan luas asalkan dapat sampai ke Malaysia.

Zon 4: Kapten Hassan Wira Bangsa

1. Hassan bertindak berani untuk membebaskan datuknya, Penghulu Haji Ismail yang telah ditangkap oleh Kumpulan Bintang Tiga. Hassan ditemani bapa saudaranya serta penduduk kampung berbasikal ke Pekan Pantai untuk menyiasat kejadian yang menimpa datuknya. Apabila sampai ke tempat tersebut, Hassan telah meluru ke kereta tempat datuknya diikat, tetapi berjaya dihalang oleh orang ramai. Walaupun Hassan tidak berjaya membebaskan datuknya, dia bertekad untuk menegakkan keadilan.

2. Hassan dan rakan-rakannya ,yang bertugas dalam Platun 12 diarahkan melakukan serbuan terhadap segerombolan komunis di kawasan Sungai Temenggur. Hassan dan anggota Platun 12 dengan beraninya .telah ..{tierentasi... Sungai Temenggur dengan pantas walaupun dihujani tembakan pengganas komunis sehinggalah mereka sampai di tebing sungai.

Sumber : www.andrewchoo.com

1 ) PMR BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 – BAHAGIAN D NOVEL

Soalan 1
Berdasarkan satu daripada novel di atas, nyatakan tiga latar masa. Bagi setiap latar masa
tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku.

Zon 1: Pahlawan Pasir Salak

1. Waktu senja - Deli selesai menolong ayahnya di gerai. Sewaktu mahu pulang ke rumah, dia terlihat sebuah perahu meluncur di pangkalan. Lamin dan Pak Wan meminta Deli menolong mereka kerana mereka telah diserang oleh orang suruhan Inggeris.

2. Waktu malam - Penduduk Kampung Pasir Salak berkumpul di halaman rumah Datuk Maharaja Lela untuk mendengar ucapan beliau. Datuk Maharaja Lela memberitahu penduduk-penduduk kampung supaya bersedia untuk menentang kehadiran Inggeris yang mahu menjajah kampung mereka.

3. November 1875 - Berlakunya suatu peristiwa berdarah di Pasir Salak apabila Seputum berjaya membunuh Residen British Perak yang pertama, iaitu Residen British. Peristiwa berdarah ini mengakibatkan Inggerls menyerang Kampung Pasir Salak.

Zon 2: Timulak Kapal Perang

1. Waktu pagi - Paduka Mat Salleh menerima laporan daripada ketua pemungut cukai bahawa
orang-orang Inggeris tidak membenarkan mereka menjalankan urusan memungut cukai di pangkalan Sungai Sugut lagi. Paduka Mat Salleh begitu marah dengan tindakan Inggeris itu.

2. Waktu petang - Berlakunya pergaduhan antara pegawai Inggeris dengan pedagangpedagang di pangkalan. Pak Cik Tidung dan rakan-rakannya telah memberikan bantuan kepada pedagang-pedagang tersebut sehingga pergaduhan menjadi semakin besar. Pegawai-pegawai Inggeris telah menggunakan senapang untuk menghadapi Pak Cik Tidung dan rakan-rakannya. Pak Cik Tidung dan rakan-rakannya tewas dan dibawa ke Pulau Gaya.

3. Waktu malam - Andayu dari Paduka Mat Salleh serta pengikut-pengikutnya pergi ke Pulau Gaya untuk membebaskan Pak Cik Tidung dan rakan-rakannya. Akibatnya, berlakulah pertempuran yang sengit antara mereka dengan orang-orang Inggeris. Akhirnya, pasukan Paduka Mat Salleh berjaya membebaskan Pak Cik Tidung.

Zon 3: Tragedi Empat disember

1. Waktu petang - Keluarga Kamarul Azam minum petang bersama-sama. Kamarul Azam memberitahu ayah dan ibunya bahawa dia.akan mengikuti perkhemahan pengakap di Tanjung Pangku untuk mengambil Ujian Kelas Pertama Persatuan Pengakap sementara ayahnya pula memberitahu bahawa dia akan mengikuti rombongan kerja menteri ke negeri-negeri di utara tanah air.

2. Waktu malam minggu - DSP Yazid mendapat laporan tentang rampasan kapal terbang HM356. Selepas itu, dia berusaha untuk mendapatkan pengesahan daripada lapangan terbang iain
menggunakan alat perhubungan di balai polis tersebut. Laporan tersebut ternyata benar dan DSP Yazid terkejut apabila disahkan bahawa kapal terbang tersebut dinaiki oleh abangnya, ayah Kamarul Azam.

3. Tengah malam Isnin - Pak Widodo telah menemui Kamarul Azam dan Razi yang hanyut di tengah laut. Mereka telah menyelamatkan Azam dan Razi serta membawa mereka berdua ke Pulau Rangsang di Sumatera Timur.

Zon 4: Kapten Hassan Wira Bangsa

1. Awal tahun 1942 - Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Jepun telah mengarahkan belia-belia Melayu untuk menyertai perkhidmatan tentera Jepun yang dinamakan pasukan aiho dan oabang.
Mereka juga dikehendaki menyertai pasukan polis Jepun yang dikenali sebagai kabotai. Jepun berbuat demikian untuk membantu menjaga keselamatan dan keamanan Tanah Melayu.

2. 14 Ogos 1945 - Jepun menyerah kalah tanpa syarat kepada Tentera Berikat. Tempoh 14 hari sebelum kedatangan Inggeris telah digunakan oleh Kumpulan Bintang Tiga untuk mentadbir beberapa buah bandar di Tanah Melayu dengan penuh kekejaman.

3. 16 November 1953 - Pasukan yang diketuai oleh Sarjan Hassan telah membuat serang hendap ke atas kawasan perkhemahan sementara pasukan komunis di hutan Pahang. Dalam serangan itu, pasukan Sarjan Hassan berjaya membunuh empat orang pengganas komunis.

Sumber : www.andrewchoo.com

Beyond The Ring 2008 DVDRip



Family man and martial arts champion Andre Lima's
fighting days ended with his wife's death. The past nine years Andre has
struggled to rebuild his world around his two children. When his daughter's
health suddenly fails, his finances collapse. Returning to the ring to save
her life, Andre finds himself in a fight to save his own.

Fail download (copy and paste)
MegaUpload
http://www.megaupload.com/?d=FAFTTQ3O
http://www.megaupload.com/?d=Y31XU7HH
http://www.megaupload.com/?d=JKZPTGJX
http://www.megaupload.com/?d=NNLLQ2XG

sumber :http://www.blogger.com/

Friday, April 29, 2011

Naruto Shippuden Movie 4: The Lost Tower [2010] WEBrip-MKV [Eng Hard-Subbed]



"Assigned on a mission to capture Mukade, a missing-nin, Naruto Uzumaki sets out for the once glorious historic ruins of “Ouran”, where he pursues and corners the rogue ninja. Mukade’s goal is revealed to be a dormant leyline within the ruins; he unleashes the power of the leyline, causing a light to envelop Naruto, sending him into the past, 20 years before the series began. When Naruto awakens, he comes into contact with the Fourth Hokage, His father, Minato Namikaze" ...

Fail Download (copy and paste )
http://www.duckload.com/download/5190658/NSM04-jieazzmovie.net.mkv

Sumber : http://www.syok.org/portal/news.php?rowstart=5

Senjakala [2011] PPVrip-AVI



"Just after the tragic death of her fiance, Karlina (Liyana Jasmay) encounters strange dreams that call upon her return to her mother’s village. Out of curiosity, Karlina and her best friend Isabella decide to head to the village and strange things start to occur almost instantly. Karlina then learns about her family’s history from a recluse yet handsome villager named Armand (Zahiril Adzim). She finds out that her mother ran away from the village to stay away from a ‘haunting presence’ (‘saka warisan’) passed down by her grandmother. The ‘haunting presence’ had attacked Karlina’s father years back when Karlina’s mother refused to accept her legacy. Karlina then struggles to discover the mysteries that lie within her family curse, and whether she will be next to inherit ‘it’" ...

Fail Download (copy and paste )
http://www.fileserve.com/file/qmHvwtD

Sumber : http://www.syok.org/portal/news.php?rowstart=0

Thursday, April 28, 2011

Kata Majmuk yang Mantap

1. antarabangsa
2. beritahu
3. bumiputera
4. jawatankuasa
5. kakitangan
6. kerjasama
7. olahraga
8. matahari
9. setiausaha
10. sukarela
11. suruhanjaya
12. tandatangan
13. tanggungjawab
14. warganegara
15. pesuruhjaya

Tuesday, April 26, 2011

Contoh 3 Soalan SPM Bahasa Malaysia (NOVEL)

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(ii) PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(iii) Renyah karya Gunawan Mahmood
(iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(a) Huraikan klimaks novel yang telah anda kaji.
(b) Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan empat nilai murni yang terkandung dalam novel tersebut.

Contoh Jawapan:

(i) Novel Azfa Hanani

(a) Klimaks novel ini ialah:

Klimaks dalam novel ini bermula pada Hari Sumbangsih diadakan. Pada hari itu, Hanani berpeluang
bersemuka dengan Ekran dan mendengar penjelasan daripada Ekran tentang hubungannya dengan
Tengku Murni terputus atas sebab-sebab tertentu. Hanani juga diberitahu tentang dompet Tengku
Murni yang ada pada Ekran. Melalui diari Tengku Murni, Hanani mendapat tahu bahawa hubungan
Ekran dan Tengku Murni terputus disebabkan oleh Tengku Muzaffar yang menghalang hubungan
tersebut demi menjaga nama baik keluarga meraka. Hanani berasa terhina lalu terjadi pertengkaran antara mereka. Pertengkaran itu menyebabkan Datin Maziah mengetahui tentang penyamaran Hanani. Akibatnya Hanani ditampar dan dihalau oleh Datin Maziah.

(b) Nilai murni yang terkandung dalam novel ini ialah:

➥ Bertanggungjawab
Contohnya, sikap pak long dan mak long Hanani yang menjaga dan menyekolahkannya walaupun
mereka sendiri hidup dalam kesempitan.

➥ Prihatin
Contohnya, Tengku Mazran dan isterinya Safinaz yang membantu pak long Hanani dengan
membiayai kos perubatan Zurina.

➥ Merendah diri
Ekran bersikap merendah diri walaupun keluarganya berada.

➥ Berdikari
Ekran menjual burger.

(ii) Novel PAPA…(akhirnya kau tewas jua!)

(a) Klimaks novel ini ialah:

Klimaks cerita ini bermula semasa Julia mengajak papanya bersembahyang maghrib secara berjemaah. Selepas bersembahyang bersama, mereka menjenguk mama di biliknya. Setelah ditegur oleh suaminya, mama mula membuka mata dan mula bercakap. Pada masa itu, semua ahli keluarganya ada di sisi. Walau bagaimanapun, air muka mama berubah tatkala melihat Aisyah yang berada di sisi suaminya. Jeffri yang dalam keadaan serba salah itu akhirnya menjelaskan hal yang sebenar. Intan Maliana berasa kecewa dan akhirnya meninggal dunia.

(b) Nilai murni yang terkandung dalam novel ini ialah:

➥ Bertanggungjawab
Jefri bertanggungjawab membawa Mak Cik Noraini tinggal bersamanya setelah keluarganya meninggal dunia dalam kemalangan.

➥ Prihatin
Datuk Mustakim sanggup mengambil Rasylan dari rumah JKM menjadi anak angkatnya.

➥ Kasih sayang
Jefri sangat mengasihi keluarganya. Dia sanggup membawa isterinya balik dari hospital untuk membolehkannya menjaga isterinya.

➥ Berhati mulia
Julia tidak membenci Rasylan walaupun dia tahu bahawa Rasylan berasal dari JKM.

(iii) Novel Renyah

(a) Klimaks novel ini ialah:

Klimaks dalam novel ini bermula pada majlis pernikahan Amera. Di majlis ini, Datuk Dolhi bertemu dengan rakannya, Ustaz Wahab dan bercerita tetang Mukhlis. Mereka mencari Mukhlis tetapi gagal sehinggalah mendapat berita bahawa Mukhlis menjadi tidak siuman dan cuba menyerang tuk guru dan kini merayau-rayau sambil membawa pedang. Sementara itu, Hasnol didesak oleh Tengku Munir supaya meluluskan semua tendernya dan gesaan ini menyebabkan Hasnol berasa tertekan kerana dia tahu bahawa dia tidak dapat berbuat demikian. Walau bagaimanapun, Hasnol meneruskan percutian dengan keluarganya. Tengku Munir yang tidak berpuas hati melaporkan kepada Menteri Besar. Akhirnya Hasnol ditahan semasa pulang dari percutian. Dani pula ditahan oleh polis kerana terlibat dalam penagihan dadah. Berita penangkapannya disiarkan dalam akhbar yang menyebabkan imej Datuk Dolhi terjejas. Ilham dianggap pengkhianat negara kerana memburuk-burukkan negara berkaitan dengan isu pembalakan. Semua kejadian yang dialami oleh anak-anak Datuk Dolhi menaikkan kemarahan Albert Lee dan mahu merampas tampuk penguasaan dalam syarikat.

(b) Nilai murni yang terkandung dalam novel ini ialah:

➥ Kasih sayang
Albert Lee tetap meluangkan amsa bersama-sama dengan isteri dan anak-anaknya walaupun sibuk dengan urusan perniagaannya.

➥ Patriotik
Datuk Dolhi yang menggunakan kereta buatan Malaysia walaupun dia mampu untuk menggunakan kereta mewah yang diimport.

➥ Ketabahan
Datuk Dolhi tetap tabah menghadapi pelbagai musibah angkara perbuatan anak-anaknya.

➥ Kerajinan
Datuk Dolhi rajin membaca pelbagai bahan bacaan bagi memantapkan ilmu keusahawanannya.
(iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(a) Klimaks novel ini ialah:

Klimaks dalam novel ini bermula apabila berlakunya pertengkaran antara Cikgu Farhana dengan Cikgu Zamani. Pertengkaran ini telah mengganggu perasaan Fuad sehingga dia mengambil langkah drastik dengan menyusul Farhana ke Kuantan yang pulang kerana melawat ibunya di hospital. Sewaktu di hospital, Fuad terbaca nama ibu Farhana yang sama dengan nama ibu kandungnya. Hal ini menyebabkan Fuad menyelidiki latar belakang ibu Farhana. Kemusykilannya terjawab apabila bapa kandungnya Robert Lim sampai di hospital dan mengesahkan bahawa ibu Farhana itu ialah ibu kandung Fuad.

(b) Nilai murni yang terkandung dalam novel ini ialah:

➥ Dedikasi
Contohnya, Fuad yang sangat berdedikasi sewaktu menjalankan tugasnya sebagai tenaga pengajar.

➥ Bekerjasama
Contohnya, Fuad dan Farhana sentiasa bekerjasama dalam meningkatkan pencapaian murid-murid mereka dalam Bahasa Inggeris.

➥ Bertindak secara rasional
Contohnya, Fuad dan Farhana reda menerima hakikat bahawa mereka adik-beradik, walaupun mereka saling mencintai.

➥ Prihatin
Contohnya, Fuad yang prihatin terhadap kesusahan keluarga Peter Lim dan keluarganya yang akhirnya membantu menanggung segala perbelanjaan persekolahan anak-anak Peter Lim.

Contoh 2 Soalan SPM Bahasa Malaysia (NOVEL)

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(ii) PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(iii) Renyah karya Gunawan Mahmood
(iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(a) Latar tempat merupakan ruang sesuatu peristiwa itu berlaku serta dapat mencerminkan perwatakan sesuatu watak. Jelaskan latar tempat dalam novel yang telah anda pelajari.

(b) Huraikan secara ringkas bahagian peleraian novel yang telah anda kaji.

Contoh Jawapan:

(i) Novel Azfa Hanani

(a) Latar tempat yang terkandung dalam novel ini ialah:

➥ Di Sekolah Menengah Sri Diah : Sekolah lama Hanani yang terletak kira-kira 15 kilometer dari
rumahnya.

➥ Di Sekolah Menengah Taman Sari : Tempat Hanani belajar semasa dia menyamar sebagai Tengku
Murni.

➥ Di Hotel Universe : Tempat Hanani diajar oleh Tengku Mazran cara-cara untuk makan, minum, dan bertutur apabila berhadapan dengan Tengku Maziah.

➥ Di Institut Lingua Franca : Tempat Hanani belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun.

➥ Di banglo Datin Maziah : Tempat Tengku Maziah dan Datuk Tengku Makmur tinggal bersamasama
dengan anak-anaknya dan tempat Hanani menyamar sebagai Tengku Murni.

(b) Peleraian novel ini ialah:
➥ Keluarga Datin Maziah datang ke rumah pak long Hanani. Mereka memberitahukan rahsia bahawa
merekalah yang menjadi punca kemalangan sehingga menyebabkan kematian ibu dan bapa
Hanani. Mereka berjanji akan akan menebus dosa itu dan akan memberikan kasih sayang kepada
Hanani. Hanani diterima semula tinggal di banglo Datin Maziah. Kali ini dia tidak perlu menyamar sebagai Nini lagi.

➥ Sementara itu, Hari Sumbangsih berjaya mengumpulkan sebanyak RM16 655.00.

➥ Iskandar pula terbunuh dalam kemalangan dan Laili yang membonceng motosikal itu cedera
parah.

➥ Semasa Hanani ke rumah Ekran, dilihatnya Tengku Muzaffar sedang membantu Ekran menyiapkan
sebuah gerai.

➥ Akhirnya, Hanani mendapat tahu akan latar belakang keluarga Ekran yang sebenarnya.


(ii) Novel PAPA…(akhirnya kau tewas jua!)

(a) Latar tempat yang terkandung dalam novel ini ialah:
➥ Di rumah Jeffri di Kelana Jaya – Tempat Jeffri dan keluarganya serta Mak Cik Noraini pembantu rumah mereka tinggal dalam suasana yang harmoni.

➥ Di Sekolah Menengah Seri Gading – Tempat Julia belajar dan tempat Intan Maliana menjadi guru Matematik.

➥ Di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia – Tempat Intan Maliana melahirkan anak kembarnya dan dirawat semasa dia dalam keadaan koma.

➥ Di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) – Tempat Julia dan rakan rapatnya Rasylan meneruskan pengajian selepas tamat sekolah menengah.

➥ Di Restoran Starbucks Coffee di Mid Valley – Tempat Julia dan Rasylan kunjungi untuk minum dan di sinilah jugalah mereka terserempak dua kali dengan papa Julia minum bersama Aisyah.

(b) Peleraian novel ini ialah:
➥ Kematian Mama amat menyedihkan Julia dan buat pertama kalinya papa menangis.

(iii) Novel Renyah

(a) Latar tempat yang terkandung dalam novel ini ialah:
➥ Di rumah Datuk Dolhi : Tempat Datuk Dolhi dan isterinya berbincang tentang anak-anak.
➥ Di Bukit Serakah : Tempat Datuk Dolhi dan Albert Lee berjoging.
➥ Di Wisma Dolhi-Albert Lee Holding : Tempat beroperasinya perniagaan Datuk Dolhi.
➥ Di Jepun : Tempat Wahi belajar serta tempat Datuk Dolhi bercuti selama dua minggu.
➥ Di Teratai Inn : Tempat Hasnol berjumpa dengan Tengku Munir berkaitan dengan tender Jambatan Kota yang bernilai RM80 juta.
➥ Di Kelab Mawar : Tempat Amera bertemu dengan lelaki yang meminatinya, iaitu YB Wahab.
➥ Di Lapangan Terbang Narita : Tempat Wahi menjemput ayahnya yang datang dari Malaysia.
➥ Di kawasan hutan di Sarawak : Tempat Ilham menghasut orang-orang asli supaya menunjuk perasaan terhadap penerokaan hutan dan pembalakan.

(b) Peleraian novel ini ialah:
➥ Wahi pulang dari Jepun dengan isterinya, Yuka seorang warga Jepun.
➥ Wahi dilantik sebagai pengarah syarikat menggantikan Datuk Dolhi yang bersara.
➥ Datuk Dolhi berehat mencari ketenangan sambil berdoa agar anak-anaknya diberikan hidayah.

(iv) Novel Melunas Rindu

(a) Latar tempat yang terkandung dalam novel ini ialah:
➥ Di Danau Seberang : Tempat tinggal Pak Ismail, Mak Salamah, dan Fuad
➥ Di Sekolah Menengah Seri Setia : Tempat Fuad bertugas sebagai seorang guru sandaran.
➥ Di Kuantan Rumah ibu Farhana
➥ Di Sungai Ruan : Tempat Fuad dibesarkan oleh bapa saudarnya, Peter Lim.
➥ Di Lembah Klau : Tempat asal ibu kandung Fuad.
➥ Di Kampung Sedili : Tempat tinggal kakak kepad aibunya, Mariah.
➥ Di Restoran Terapung di Taman Syahbandar : Tempat Fuad dan Farhana singgah untuk meraikan
hari lahir Farhana.
➥ Di Pantai Batu Buruk : Tempat Fuad menenangkan jiwanya.
➥ Di Hospital Tengku ampuan Afzan : Tempat ibu Farhana, Mariana dirawat kerana penyakit lelah.

(b) Peleraian novel ini ialah:
➥ Fuad dan Farhana terpaksa menerima hakikat bahawa mereka adik-beradik.
➥ Fuad membawa ibu kandungnya serta ibu dan bapa angkatnya ke Makkah.
➥ Sewaktu hendak berangkat ke Makkah, Robert Lim datang untuk mengucapkan selamat jalan.

Contoh 1 Soalan SPM Bahasa Malaysia (NOVEL)

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(ii) PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(iii) Renyah karya Gunawan Mahmood
(iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamza

(a) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
(b) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua persoalan daripada novel tersebut.

Contoh Jawapan:

(i) Novel Azfa Hanani

(a) Pengajaran yang terkandung dalam novel ini ialah:

➥ Kita hendaklah sedia berkorban demi kesejahteraan orang lain.
Contohnya, Azfa Hanani yang sanggup menerima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai arwah adiknya, Tengku Murni setelah Tengku Mazran berjanji untuk menanggung kos perubatan penyakit sepupunya Zurina.

➥ Kita perlu berusaha untuk memperbaik kelemahan diri.
Contohnya, Azfa Hanani yang belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca
bagi mengatasi kelemahannya dalam bahasa Inggeris.

(b) Persoalan yang terkandung dalam novel ini ialah:

➥ Kehilangan anak tersayang yang menyebabkan penderitaan batin.
Contohnya, Datin Maziah yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak gadisnya, Tengku Murni telah meninggal dunia dalam kemalangan menghadapi tekanan jiwa.

➥ Perhubungan yang terhalang kerana perbezaan darjat.
Contohnya, perhubungan antara Tengku Murni dengan Ekran tidak direstui oleh keluarga Tengku
Murni dan Tengku Muzaffar berusaha untuk memisahkan hubungan mereka. Keluarga Tengku
Murni menganggap Ekran berasal dari keluarga yang susah kerana sikap merendah diri Ekran.

Novel PAPA…(akhirnya kau tewas jua!)

(a) Pengajaran yang terkandung dalam novel ini ialah:

➥ Janganlah membelakangkan aspek kesihatan dalam memenuhi keinginan mahu mendapatkan zuriat.
Contohnya, Intan Maliana yang ingin memenuhi impian suaminya Jeffri, membelakangkan risiko yang bakal dihadapinya memandangkan dia pernah mengalami komplikasi yang teruk semasa melahirkan Intan Julia.

➥ Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kepercayaan yang diberikan untuk melaksanakan sesuatu tugas.
Contohnya, Jeffri telah melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa dengan menjaga Intan Julia dengan sebaik-baiknya semasa isterinya koma dan dia juga telah menjaga isterinya yang koma dengan baik walaupun terpaksa meninggalkan beberapa aktiviti yang sering dilakukannya semasa isterinya sihat.

(b) Persoalan yang terkandung dalam novel ini ialah:

➥ Kasih sayang suami kepada isteri.
Jeffri sangat mengasihi isterinya. Demi kasih sayangnya, Jeffri sanggup menjaga isterinya yang sakit di rumah.

➥ Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan.
Ketabahan Jeffri diuji ketika isterinya koma. Dia tidak berputus asa berusaha untuk mengubati isterinya supaya pulih seperti sediakala. Ketabahan Jeffri juga jelas semasa menghadapi kematian anak kembarnya.

(iii) Novel Renyah

(a) Pengajaran yang terkandung dalam novel ini ialah:

➥ Jangan mengamalkan rasuah untuk hidup senang.
Contohnya, Hasnol yang kesempitan wang menerima rasuah sebanyak RM300 ribu daripada Tengku Munir bagi mempengaruhi jabatan tender agar meluluskan tender-tendernya. Hasnol bernasib malang, apabila Tengku Munir tidak berpuas hati dan melaporkan hal itu kepada Menteri Besar yang akhirnya Hasnol ditahan atas kes rasuah.

➥ Kita hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan bersungguh-sungguh supaya dapat mencapai kejayaan.
Contohnya, Amera yang menjalankan tugasnya sebagai pendidik dengan penuh dedikasi sehingga dipilih sebagai Tokoh Pendidik Cemerlang Negeri.

(b) Persoalan yang terkandung dalam novel ini ialah:

➥ Golongan muda yang terlibat dalam kegiatan dakwah secara melulu.
Contohnya, Mukhlis yang menyertai kegiatan dakwah tanpa ilmu yang mencukupi sehingga terjebak dalam masalah kehidupan.

➥ Sikap tamak yang menguasai diri sehingga terlibat dalam rasuah.
Contohnya, Hasnol yang kesempitan wang akhirnya menerima tawaran sebanyak RM300 ribu bagi membantu Tengku Munir mendapatkan tendernya.

(iv) Novel Melunas Rindu

(a) Pengajaran yang terkandung dalam novel ini ialah:

➥ Kita mesti taat dalam mengerjakan suruhan Tuhan.
Contohnya, Fuad yang tidak pernah meninggalkan solat walaupun ketika bermusafir. Dia juga rajin
membaca al-Quran dan solat secara berjemaah.

➥ Kita mestilah sentiasa berusaha bagi mencapai sesuatu yang diinginkan.
Fuad telah berusaha untuk mencari ibu kandungnya melalui keluarga sebelah ibu kandungnya
sehingga bertemu dengan ibu kandungnya semula.

(b) Persoalan yang terkandung dalam novel ini ialah:

➥ Cinta adik-beradik terjalin akibat tidak mengenali asal usul.
Fuad terpaksa menerima hakikat bahawa gadis yang dicintainya ialah adiknya sendiri.

➥ Bertanggungjawab terhadap tugasan yang diamanahkan.
Fuad menjalankan tugasnya sebagai guru sandaran dengan penuh dedikasi.

Nilai dalam Novel Melunas Rindu

Kasih sayang
Nilai ini digambarkan melalui kasih sayang antara Fuad dengan Farhana.
(Rujuk halaman 201)

Ketabahan
Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang tabah menghadapi liku-liku dalam hidupnya.
(Rujuk halaman 192)

Tolong-menolong
Nilai ini digambarkan melalui watak Robert Lim yang membantu keluarga abang dan kakak iparnya iaitu Peter Lim dengan Swee Lan. (Rujuk halaman 89)

Kerajinan
Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad, Pak Ismail dan Mak Salmah yang rajin mengusahakan tanah yang baru dibeli oleh Fuad. (Rujuk halaman 23)

Hormat-menghormati
Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripadanya seperti dia menghormati emak Farhana. (Rujuk halaman 84)

Taat akan agama
Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang tidak pernah meninggalkan sembahyang termasuklah semasa dalam keadaan musafir, dia menunaikan solat qasar. (Rujuk halaman 81)

Murah hati
Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang memberikan jagung yang ditanamnya sendiri kepada Farhana dan guru-guru lain di sekolahnya. (Rujuk halaman 55)

Meminta maaf
Nilai ini digambarkan melalui watak Robert Lim yang ingin memohon maaf kepada Mariana iaitu emak kandung Fuad. (Rujuk halaman 169)

Menepati janji
Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang menepati janjinya iaitu dia pergi ke rumah emak Farhana selepas sembahyang Maghrib di surau hospital untuk memastikan adik-adik Farhana dalam keadaan baik dan terurus. (Rujuk halaman 188)

Monday, April 25, 2011

KEMPEN ANTI DADAH



Memandangkan penyalahgunaan dadah boleh menimbulkan pelbagai implikasi negatif ke atas kestabilan dan keselamatan negara, saya merayu kepada tuan-tuan dan puan-puan yang hadir dan semua lapisan masyarakat supaya menanamkan sikap prihatin dan memberi kerjasama dan bantuan kepada agensi-agensi kerajaan bagi memantapkan usaha sepadu membanteras gejala dadah yang menjadi musuh utama negara kita.

Adalah menjadi harapan agar kerjasama dan keprihatinan tuan-tuan dan puan-puan dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah dapat merealisasikan matlamat Agensi Dadah Kebangsaan untuk mencapai tahap Negeri Sabah bersih daripada dadah. Saya percaya, matlamat tersebut hanya dapat dicapai melalui pembentukan masyarakat yang prihatin terhadap usaha pencegahan dadah menjelang tahun 2015.

Sunday, April 24, 2011

Penanda wacana rumusan

Selain itu / malahan / di samping itu / lagipun
Selain itu / tambahan pula / oleh itu / akibatnya
Selain itu / di samping itu / tambahan pula / oleh itu / lagipun
Selain itu / oleh itu / oleh sebab / seterusnya
Selain itu / malahan / di samping itu / seterusnya
Malahan / selain itu / di samping itu / tambahan pula / seterusnya
Selain itu / di samping itu / tambahan pula / namun demikian / seterusnya
Selain itu / di samping itu / sehubungan itu / seterusnya
Selain itu / di samping itu / seterusnya / akhirnya
Selain itu / di samping itu / lagipun / seterusnya
Oleh sebab itu / dengan langkah tersebut / tambahan lagi / Yang lebih penting /
Hal ini ada hubungannya dengan / tambahan lagi / dalam sesetengah hal / lebih-lebih lagi
Tambahan pula / lagipun / di samping itu

Sinonim rumusan Bahasa Malaysia

Langkah-langkah = cara-cara / usaha / langkah mengatasi masalah
Masalah = kesulitan
Faktor = punca / sebab / alasan / perihal
Kepentingan = kebaikan / kelebihan / faedah / manfaat
Kekangan = halangan
Kesan = akibat / akibat-akibat / akibat buruk / implikasi buruk / impak
Kewajaran = rasionalnya /
Hal = perkara-perkara /
Ciri = kriteria /
Keburukan = kelemahan / kekurangan
Sumbangan = pengorbanan / jasa
Peranan = tugas / tanggungjawab

Saturday, April 23, 2011

Maharaja Lawak (2011) SDTVrip-MKV - Minggu 04



Pengacara : AC Mizal .... Panel Juri : Mamat Khalid, Ahmad Idham, Saiful Apek ... 12 Finalis Raja Lawak telah ditemukan untuk bersaing dalam Maharaja Lawak. Mereka tersebut ialah: Yus dan Taukeh (Jambu),Zizan dan Johan (Jozan),Nabil,Kumpulan XN3,Kumpulan Sepah,Jihan,Amir,Kumpulan Kechik & Idlan (Wai),Alex,Man,Kumpulan R2 dan Kumpulan Balas. Dikongsikan oleh Jie Azz ... Sila join menggunakan hj split atau 7zip sebelum play (kecuali single link)

File download
http://www.filesonic.com/file/823470261/ML04-jieazzmovie.net.mkv

sumber : http://www.syok.org

Friday, April 22, 2011

UNSUR MOTIVASI dalam NOVEL MELUNAS RINDU

Motivasi merupakan satu daripada unsur yang terkandung dalam Melunas Rindu. Unsur itu telah mewarnai kehidupan watak yang ditonjolkan dalam novel tersebut. Murid pula sememangnya wajar mendapat input unsur motivasi itu demi memperkaya pengetahuan yang berguna, khususnya ketika menghadapi peperiksaan, di samping menambah kekuatan jiwa agar menjadi murid yang lebih mandiri.

Pengorbanan ialah unsur motivasi yang amat berkaitan dengan tugas dan perjuangan guru. Dia perlu bersabar ketika menghadapi kerenah murid dan cara untuk mengatasi masalah itu. Guru harus bersabar apabila berkorban masa dan waktu rehat demi menyampaikan ilmu pengetahuan untuk kemajuan murid. Hal tersebut bertepatan dengan kata hikmat bahawa guru ibarat lilin yang membakar dirinya demi menerangi keadaan sekeliling.

Sebagai contohnya, Cikgu Fuad mempunyai kesabaran dan semangat yang kental dengan mengorbankan masa senggangnya untuk melayan, memberikan bimbingan dan mengajar murid di luar waktu persekolahan di kantin. Dia sanggup mengorbankan masa berjam-jam lamanya tanpa mengira bilangan murid yang diajarnya. Fuad dengan ikhlasnya berkorban untuk masa hadapan murid ibarat lilin yang berjasa tersebut, seperti yang dinyatakan pada halaman 98.

"Hinggalah Fuad datang memberikannya cahaya. Berbanding dengan dirinya, Fuad lebih sabar melayan kerenah anak-anak murid. Dia boleh tahan duduk di kantin dua tiga jam lamanya untuk mengajar hanya sekumpulan kecil pelajar."

Antara unsur motivasi yang penting termasuklah memberikan nasihat kepada orang yang menghadapi masalah. Nasihat itu mampu mengubah pemikiran dan merawat jiwa individu. Misalnya; Cikgu Zamani memberikan nasihat kepada Fuad agar jangan suka menyendiri kerana tindakan begitu dapat melemahkan individu, menjadikannya murung, mullah dijangkiti rasa rendah diri dan mullah kehabisan idea. Sebaliknya, Fuad dinasihati supaya menyertai masyarakat agar selalu riang, sentiasa mendapat kekuatan diri dan mullah mengatasi cabaran. Perkara itu dinyatakan pada halaman 144.

"Apa-apa pun yang kita buat Fuad, kita perlukan jemaah. Kita tidak boleh bertindak bersendirian. Jemaah yang besar akan menjadikan kita kuat dan mampu mengubah apa yang kita rasa salah selama ini." Cikgu Zamani menyambung lagi.

Pakar motivasi Barat, Louis Paster, menekankan bahawa yang membolehkan seseorang mencapai matlamat dan memberikan kekuatan dalam kehidupannya ialah pergantungan pada ketabahan hatinya. Fuad mempunyai hati yang tabah untuk mencapai matlamatnya. Contohnya, dia sentiasa tabah untuk mencari ibu kandungnya yang dikhabarkan telah meninggal dunia. Fuad tidak pernah berputus asa untuk mencari ibunya itu walaupun dengan mengambil masa yang begitu lama dan menghadapi berbagai-bagai kesukaran. Akhirnya, dia berjaya menemukan ibu kandungnya yang tersayang itu.

Kerajinan merupakan unsur motivasi yang mampu memugar potensi individu, khususnya murid, untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran. Misalnya, Fuad sangat rajin ketika melaksanakan tugasnya walaupun dia hanya guru sementara. Sifatnya yang rajin itu telah mendapat pujian dan mengagumkan pentadbir dan guru di sekolahnya. Hal itu dinyatakan pada halaman 119.

"Hatinya senang melihat guru yang seorang itu. Betapa pun cuma seorang guru sementara, kerajinannya mengagumkan. Memang dia tidak silap pertaruhan waktu melobi pengetua untuk meletakkan Fuad sebagai guru Bahasa Inggeris tingkatan lima."

Tidak dapat dinafikan bahawa ketenangan dan keriangan dalam jiwa amat diperlukan oleh seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti, seterusnya meraih kejayaan. Kemurungan, kesedihan dan kerunsingan akan menyebabkan seseorang kehilangan kewarasan pemikiran serta membantutkan sebarang aktiviti dalam kehidupan yang membawa kegagalan. Ketenangan dan keriangan dapat dirangsang serta dinikmati daripada kesan wujudnya slam semula jadi. Tidak secara langsung, anugerah Allah itu mampu memberikan semangat baharu dan memotivasikan jiwa seseorang ke arah medan yang lebih murni lagi positif.

Misalnya, Mariana (ibu Farhana) terkenang akan peristiwa anaknya yang baru pulang daripada belajar di luar negara. Farhana sedih dan hampa kerana tidak dapat bertemu dengan ayahnya yang telah meninggal dunia. Bagi Mariana, suaminya insan yang baik dan prihatin terhadap keluarganya amat terkilan untuk menatap wajah Farhana sebelum meninggal dunia. Mariana dilanda kesedihan dan mengalir air matanya apabila diasak dengan kenangan tersebut. Namun begitu, jiwanya kembali tenang dan riang apabila dia menikmati keindahan jambangan pokok bunga orkid dan sekitarnya. Pengarang menyatakan perkara itu pada halaman 102.

"Farhana ketawa kecil sambil berlalu, menjadikan ibunya terus tergeleng-geleng. Dia ingin melamun lagi, tetapi kesedihan yang bertamu membuatkannya bingkas. Langsung dia ke halaman rumah. Lamunannya mati setelah pandangannya diganti oleh jambangan orkidnya, berwarna-warni sehingga mampu meriangkan kembali perasaannya."

Keyakinan yang tinggi merupakan unsur motivasi yang penting untuk seseorang mencapai sesuatu matlamat dalam kehidupannya. Seseorang tidak akan mencapai matlamat hidup jika tidak mempunyai keyakinan yang jitu. Pakar motivasi sering menyuntik semangat yang jitu kepada insan yang kehilangan keyakinan kerana kelemahan diri dan kehilangan semangat apabila menghadapi pelbagai cabaran untuk mencapai sesuatu matlamat dalam kehidupan. Apabila keyakinan sudah wujud dalam jiwa, orang itu akan mullah untuk menyelesaikan sesuatu masalah, apatah mencapai matlamat yang diimpikan.

Sebagai contohnya, ketika berusaha untuk mencari ibunya, Fuad menghadapi cabaran. Keluarganya pula berpecah belah kerana berlainan agama. Maklumat tentang ibunya masih kabur dan memerlukan pencarian yang seolah-olah tiada berkesudahan. Namun begitu, dengan berbekalkan keyakinan yang tinggi dan kepercayaan bahawa ibunya masih hidup, akhirnya Fuad dapat merealisasikan usahanya itu.

Oleh hal yang demikian, unsur motivasi menjadikan Melunas Rindu lebih menarik untuk dibaca dan dihayati oleh murid.

"Ketenangan dan keriangan dalam jiwa amat diperlukan oleh seseorang untuk melakukan aktiviti, seterusnya meraih kejayaan. Kemurungan, kesedihan dan kerunsingan akan menyebabkan seseorang kehilangan kewarasan pemikiran serta membantutkan sebarang kehidupan yang membawa kegagalan"(Ismail Mis)

Sumber
Sastera dalam Bahasa (keluaran PELITA BAHASA MAC 2011)
Unsur Motivasi dalam Novel Melunas Rindu
Oleh ISMAIL MIS

Thursday, April 21, 2011

7 Tips Membeli Laptop

1. Penggunaan – Motif atau tujuan utama laptop tersebut dibeli. Jika untuk bermain games perlukan laptop yang lebih canggih. Jika hanya untuk menaip dan melayari internet, cukup sekadar yang sederhana.


2. Budget – Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan.


3. Warranty – Jaminan sesuatu laptop kebiasaannya adalah satu tahun. Tetapi kita tidak mahu menggunakan laptop dalam tempoh satu tahun sahaja. Mahukan lebih daripada itu. Pastikan warranty lebih lama supaya kita lebih bersedia dengan kemungkinan buruk.


4. Buat pemerhatian – Kunjungi mana-mana kedai yang menjual laptop. Tanya dan buat perbandingan antara satu produk atau jenama dengan yang lain. Tidak terburu-buru membeli dengan tawaran kerana ianya melibatkan duit yang beribu-ribu. Pastikan jangan tertipu.


5. Tanya pemilik – Ini salah satu cara paling berkesan sebelum membuat sebarang tindakan. Pemilik laptop, biasanya rakan-rakan sendiri lebih mudah memberikan nasihat, pro dan kontra sesebuah laptop yang ingin dibeli.


6. Model - Jenama juga memainkan peranan penting. Kadangkala jenama memberikan keyakinan kepada kita untuk membeli.


7. Bantuan – Servis bantuan selepas jualan juga penting. Ke mana kita akan rujuk jika ada masalah? Siapa kita perlukan? Bagaimana dengan servisnya? Adakah meluas? Itu semua penting.

Sumber : www.syok.org

Drama Dato’Onn (Othman Hj Zainudin)

Sinopsis

Drama ini mengisahkan sejarah hidup Dato’ Onn yang berjuang menentang penjajahan dan menuntut kemerdakaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Selepas kematian isteri, Dato’ Onn berkahwin dengan anak panggung iaitu Cik Kah tetapi jodoh mereka tidak panjang. Dato’ Onn mengahwini Halimah, balu adiknya. Dato’ Onn dipecat dari jawatan pemungut cukai kerana menentang keras dasar penjajah Inggeris yang ingin memungut cukai. Rumah dan tanah keluarganya dirampas. Mereka sekeluarga berhijrah ke Singapura.

Di sana Dato Onn dan Syed Hussien Alsagoff menerbit Akhbar Warta Malaya untuk menyatakan pendapat, membentuk fikiran rakyat dan menentang Inggeris secara halus. Rakyat Tanah Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris bersama-sama Dato Onn. Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk mewujudkan Malayan Union.

Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu dan Inggeris melarikan diri. Selepas Jepun menyerah kalah, berlaku huru-hara apabila MPAJA cuba mengambil alih pemerintahan secara kekerasan. Banyak nyawa yang terkorban dan kerugian harta benda yang banyak. Kemudian Dato Onn dilantik menjadi pegawai daerah Muar. Satu pertemuan diatur bersama pemimpin MPAJA dan KMM, ketua kampung, Kiai Salleh dan lain-lain. Masing-masing tidak mahu mengalah. Dato Onn menegah mereka berpecah belah dan menyeru mereka bersatu dan menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.

Pada tahun 1946 dalam Kongres Melayu, UMNO telah lahir untuk memperjuangkan hak orang Melayu. Dato Onn keluar parti lantaran cadangan untuk membuka keahlian kepada semua kaum ditolak. Masih ramai yang menyokong kepimpinannya sehingga namanya tersohor. Tanah Melayu diistiharkan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman. Dato’ Onn menghembuskan nafasnya pada usia 67 tahun di Larkin, Johor Bahru.


Pemikiran

Drama ini mengetengahkan pemikiran betapa pentingnya anak watan bangkit menentang sebarang bentuk penjajahan. Drama ini menyorot kisah perjuangan Dato’ Onn menentang penjajah yang menguasai negeri Johor. Walaupun menghadapi pelbagai dugaan berat dan hidup melarat, tidak melunturkan semangat juangnya menentang Inggeris. Penentangan dibuat dengan pelbagai kaedah seperti melalui akhbar, penubuhan parti dan mengadakan permuafakatan dengan matlamat mencapai kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan. Dalam keadaan genting Dato’ Onn tetap bersama anak-anak buahnya. Perjuangan diteruskan melalui penentangan Malayan Union. Walaupun menjadi pengasas UMNO, Dato’ Onn terpaksa keluar parti kerana berlainan pendapat.


Persoalan

1. Persoalan golongan bangsawan yang berjiwa rakyat. Persoalan ini dapat dilihat melalui watak Dato’ Onn yang sanggup hidup susah dan tidak akan meninggalkan anak-anak buahnya dalam keadaan genting sekalipun.

2. Persoalan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat. Perpaduan amat penting untuk kesepakatan dan mewujudkan sebuah negara yang kukuh dan kuat. Dalam drama ini, rakyat jelata khususnya orang Melayu bersatu padu bersama Dato’ Onn menentang penjajah demi mencapai kemerdekaan. Kesannya Malayan Union dibatalkan.

3. Persoalan pengorbanan seorang pemimpin. Dato’ Onn sanggup dipecat daripada menjadi pemungut cukai lantaran tidak bersetuju dengan dasar penjajah yang menindas rakyat Johor. Rumahnya dilelong oleh Inggeris dan beliau terpaksa berpindah ke Singapura dan menjalani kehidupan getir sebagai seorang nelayan.

4. Persoalan keganasan pihak komunis di Tanah Melayu. Dalam novel ini, pihak komunis sanggup melakukan pelbagai keganasan jika ada pihak yang enggan memberikan kerjasama. Banyak nyawa terkorban dan tidak kurang yang kehilangan harta benda.

5. Persoalan menjaga kepentingan dan maruah keluarga. Demi menyelamatkan keluarganya dan demi menyelamatkan anak-anak adiknya, Dato’ Onn sanggup mengahwini Halimah iaitu balu kepada arwah adiknya, Muhammad. Dia tidak sanggup melihat Halimah dan anak-anaknya yang juga anak saudaranya hidup terbiar dan merempat.

6. Persoalan kesenian bangsa yang pupus ditelan dek kemunculan teknologi terkini. Dalam drama ini, banyak kumpulan bangsawan yang terkubur dengan kemunculan wayang-wayang gambar. Orang ramai tidak mahu lagi menonton pementasan bangsawan. Secara tidak langsung ramai penggiat bangsawan pada ketika itu hilang pekerjaan.

7. Persoalan kezaliman penjajah menindas rakyat jelata. Pihak Inggeris melalui tipu daya berjaya mendapatkan perintah Sultan Johor untuk memungut cukai di negeri ini. Mana-mana rakyat yang gagal menjelaskan cukai akan ditindas. Rumah dan tanah keluarga Dato’Onn di Bukit Senyum turut dirampas kerana kononnya bapanya banyak berhutang dengan kerajaan Johor sedangkan harta benda itu semuanya anugerah Sultan Johor kepada bapa Dato’ Onn.

8. Persoalan akhbar dalam membentuk minda rakyat. Dato’ Onn berjaya membentuk fikiran bangsanya yang jauh ketinggalan melalui akhbar Warta Malaya. Melalui akhbar Warta Malaya, rakyat mula sedar akan kepentingan menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Akhirnya mereka bangkit menentang Malayan Union.


Plot

Secara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu :

(i) Permulaan
• Pada peringkat ini, watak Dato’ Onn digambarkan sebagai pemimpin orang-orang Melayu yang berasal dari keturunan bangsawan. Beliau seorang yang berpendidikan tinggi dan berjiwa rakyat. Dato’ Onn juga pernah berkahwin dengan perempuan daripada kumpulan bangsawan, tetapi perkahwinan mereka gagal.

(ii) Perkembangan
• Pada bahagian ini, watak Dato’ Onn sebagai pejuang kemerdekaan tanah air berkembang. Adiknya meninggal dunia dan beliau telah mengahwini balu adiknya Halimah demi menyelamatkan keluarganya. Beliau telah dilantik menjadi pemungut cukai oleh Inggeris tetapi menentangnya dengan keras. Beliau telah dipecat dan hartanya dirampas dengan cara licik. Selepas berhijrah ke Singapura, beliau dan beberapa orang rakan menerbitkan akhbar sendiri untuk menyuarakan penentangan dan menyedarkan bangsanya. Banyak pihak bangkit menentang Inggeris apabila ada ura-ura akan diwujudkan gagasan Malayan Union. Keadaaan tanah air menjadi huru-hara semasa penjajahan Jepun dan Komunis. Dato’ Onn tetap berusaha menyatupadukan rakyat jelata untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan.


(iii) Konflik
• Perkahwinan Dato’ Onn tidak mendapat restu keluarga dan akhirnya terpaksa berpisah.
• Dato’ Onn menentang sekeras-kerasnya tindakan Inggeris untuk memungut cukai di negeri itu. Akhirnya dia dipecat daripada tugasnya sebagai pemungut cukai. Tanah dan rumah keluarganya dirampas.
• MPAJA dan orang-orang di bawah pimpinan Kiai Salleh berperang. MPAJA bertindak zalim dengan membunuh dan membakar kampung. Orang-orang Kiai Salleh bertindak balas. Huru-hara berlaku.
• MPAJA berkonflik dengan pemimpin KMM tentang isu hak sama rata antara orang-orang Melayu dan bukan Melayu selepas merdeka.
• Dato’ Onn tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin KMM Burhanuddin dan Ahmad Boestamam yang ingin mengangkat senjata dan menyertai MPAJA menentang Inggeris untuk menuntut kemerdekaan.

(iv) Klimaks
• Dato’ Onn menubuhkan UMNO untuk memperjuangkan nasib orang Melayu yang jauh ketinggalan.

(v) Peleraian
• Oleh sebab dasar yang diperkenalkan dalam UMNO tidak dipersetujui banyak pihak, Dato’ Onn meninggalkan UMNO. Sebelum ajalnya, Dato’ Onn sempat mendengar berita kemerdekaan tanah air.


Teknik Penceritaan

1. Pemerian
• Dato Onn Jaafar, nama yang menghias setiap bibir bangsa Melayu, nama yang harum bermadu menjadi penawar keresahan dan kesengsaraan hidup di bawah penjajahan…


2. Imbas Kembali
• Tapi, semalam dia sihat walafiat. Kawan tengok dia macam biasa. Tak Nampak pun tanda-tanda dia sakit. Oh Muhammad adikku…

3. Dialog
• Onn: “Apakah ertinya ini? Inggeris ingin merampas tanah saya di Bukit Senyum


Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Dato’ Onn b Jaafar

• seorang reformis dan pemimpin Melayu yang terulung
• Menteri Besar
• Pengasas kemerdekaan
• Seorang yang bertanggungjawab. Dato’Onn b Jaafar tidak melepaskan adik iparnya Halimah keluar dari rumah membawa anak-anaknya setelah kematian suaminya kerana mereka kerabat dan darah daging beliau.
• Seorang yang berani. Beliau senggup menegur Tuan Campbell yang menekan pegawai-pegawai Melayu dengan sikapnya yang bakhil.

Watak Sampingan

Halimah
• isteri Dato Onn
• seorang yang tegas, rajin berusaha. Halimah membantu Dato’ Onn mancari nafkah dengan menjual kuih selepas Dato’ Onn diberhentikan kerja.


Cik Kah
• seri panggung
• Penari yang dapat menarik perhatian Dato’ Onn

DJ Campbell
• Pegawai Inggeris
• Sukar menerima teguran. DJ Campbell menuduh Dato’ Onn menentang pentadbiran British selepas menerima teguran dari Dato’ Onn.

Dr Burhanuddin
• Pemimpin KMM
• Pengasas Parti PAS
• Seorang yang tidak berfikiran jauh. Beliau menyangka Dato’ Onn. Lebih rela dijajah Inggeris di bawah Malayan Union apabila Dato’ Onn.tidak bersetuju bergabung dengan MPAJA menentang Inggeris.


Latar

Latar Masa
1. 1927, Dato Onn menjadi nelayan
2. 21 Ogos 1945 Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM.
3. 14 Mac 1946 semasa penentangan Malayan Union.
4. 1947 peanugerahan Darjah Kerabat Kelas Dua
5. 1951 Dato Onn berucap
6. 31 Ogos1957 tarikh pengisytiharan kemerdekaan

Latar Tempat
1. Singapura Dato Onn menjadi nelayan.
2. Bukit Pasir, Muar Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM.
3. Kuala Lumpur, Kongres bersama pemimpin Melayu menentang Malayan Union
4. Istana Johor, Dato Onn dianugerahkan Darjah Kerabat Kelas Dua
5. Hotel Majestic, KL, Dato Onn berucap
6. Bandar Hilir, Melaka, pengisytiharan kemerdekaan tanah air

Latar Masyarakat
1. Masyarakat golongan bangsawan yang berjiwa rakyat dan sayang akan tanah air
Contohnya Dato Onn.
2. Masyarakat Melayu negeri Johor dan Tanah Melayu yang dijajah, ditindas dan jauh ketinggalan.
3. Masyarakat penjajah yang suka menindas dan mengaut kekayaan negara yang dijajah, contohnya DJ. Campbell dan Maxwell
4. Masyarakat yang inginkan kemerdekaan melalui kekerasan seperti MPAJA dan KMM


Gaya Bahasa

Diksi
Kata pinjaman (bahasa Inggeris)
Contoh: miss ,cabaret night club , Johor Sport Club

Kata pinjaman (bahasa Arab)
Contoh: Masya-Allah, Insya-Allah
Peribahasa
Bagai melukut di tepi gantang, Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang


Nilai

1. Nilai taat kepada ibu bapa. Contohnya , lantaran tidak mendapat restu keluarga, akhirnya perkahwinan Dato’ Onn dan Cik Kah tidak bertahan lama.

2. Nilai bertanggungjawab. Contohnya Dato’ Onn bertanggungjawab terhadap keluarga dan negaranya. Dia sanggup mengahwini balu adiknya. Dia juga bertanggungjawab memimpin rakyat jelata untuk menuntut kemerdekaan.

3. Nilai bersatu padu . Contohnya rakyat jelata bersatu padu agar menjadi lebih kuat. Dato’ Onn menegah sama sekali perbalahan dalam kalangan rakyat sehingga berlakunya pergaduhan dan pertumpahan darah.

4. Nilai kesetiaan. Contohnya rakyat jelata perlu menyatakan kesetiaan pada tanah air tanpa berbelah bagi dalam apa keadaan sekalipun. Keadaan inilah yang ditunjukkan oleh orang-orang Melayu di bawah pimpinan Dato’ Onn

5. Nilai menghargai jasa. Contohnya Sultan Johor menganugerahkan Darjah Kerabat kelas Dua kepada Dato’ Onn dan beberapa orang pemimpin lain yang berjasa kepada tanah air.

6. Nilai muafakat. Contohnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah, muafakat amat penting. Tanpa muafakat masalah tidak dapat diselesaikan. Dato’ Onn
telah mengaturkan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk menyatupadukan mereka demi menuntut kemerdekaan.


Pengajaran

1. Pemimpin hendaklah sanggup berkorban demi kepentingan rakyat dan negaranya.
2. Kita hendaklah sanggup mempertahankan tanah air dari sebarang bentuk penjajahan.
3. Kita hendaklah bersatu padu supaya lebih kuat dalam menentang penjajah.
4. Kita perlu pandai memilih maklumat daripada media massa agar tidak terpengaruh dengan unsur negatif.
5. Kita perlu pandai memilih jalan penyelesaian yang terbaik dan jangan menggunakan kekerasan yang banyak merugikan.
6. Kita perlu berbincang secara rasional untuk mendapatkan keputusan yang terbaik berbanding perbincangan yang disertai emosi.

Sumber : BPK KPM

Drama 1400 (Nordin Hassan)

Sinopsis

Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap masyarakat yang menolaknya disebabkan harta dan kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya dan mengubah pendirian orang kampung.

Dollah bertemu dukun dengan menggunakan azimat daripada mayat ibunya. Hasil pertolongan dukun Dollah mendapat harta karun dengan pertolongan Jin. Dollah bertukar corak dengan memakai kaki palsu dan pakaian mahal serta mempunyai pembantu bernama Doli.
Pada peringkat awal peminangannya ditolak. Walaupun begitu dengan kekayaanya Dollah telah membina empayar yang luas dengan membeli tanah orang kampung. Dollah juga telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman dan baik perangainya. Sikap Intan Siti Rahimah itu menyebabkan dia disayangi oleh orang surau dan orang kampung. Sebaliknya Dollah dibenci orang kampung kerana Dollah menindas orang kampung dan memelihara kuda yang banyak serta mengotorkan sungai dengan najis kuda yang menjadi sumber air penduduk kampung. Akibat pencemaran tersebut, penyakit merebak dan ramai penduduk kampung yang menggunakan air sungai yang tercemar itu mendapat zuriat yang cacat.

Dollah suka berburu, dia gembira dengan kehamilan isterinya dan meminta Intan Siti Rahimah makan makanan yang baik sahaja dan tidak mengambil makanan dari kampung tersebut.
Apabila anaknya lahir, anak itu cacat. Anak tersebut dibuang dan isterinya dihalau. Dollah telah bertemu dengan mayat ibunya yang minta dia bertaubat. Akhirnya semua harta kekayaannya hilang dan balik kepada keadaan asal.

Dollah bertemu semula dengan isterinya di kampung lain yang memperjuangkan Islam. Akhirnya Dollah hilang di laut dan Siti Rahimah mendoakan keselamatannya.



Pemikiran

Kekayaan mengubah sikap manusia ke arah kemungkaran dan menindas golongan yang lemah. Dollah seorang pemuda yang asalnya miskin dan capik. Dia dipandang hina oleh masyarakat . justeru dia berazam untuk menjadi kaya. Malangnya setelah hajatnya untuk menjadi kaya termakbul, sikap Dollah terus berubah. Dia sering menindas orang kampung. Dollah langsung tidak mempedulikan akibat pencemaran sumber air penduduk kampung yang berpunca dari najis kuda yang dipeliharanya. Dia juga tidak membenarkan isterinya bergaul dengan golongan susah. Dollah lupa daratan.


Persoalan

1. Persoalan kepincangan masyarakat memilih kepada orang yang berharta
2. Persoalan keimanan yang kukuh menjadi panduan pada kebaikan
3. Persoalan pencemaran sungai memberi kesan yang buruk kepada pengguna dan membawa penyakit
4. Persoalan penindasan kepada golongan yang lemah
5. Persoalan penipuan kepada orang yang kurang berilmu

Plot

Secara keseluruhannya, plot ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

(i) Permulaan
• Memperkenalakan watak Dollah yang tempang, tiada berharta tetapi baik budi bahasa serta suka membantu. Dollah sering ditindas atas kelemahan dirinya menyebabkan dia ingin menjadi kaya. Nasihat Soud kepada Dollah supaya ikhlas membantu dan jangan mencari rezeki haram.

(ii) Perkembangan
• Dollah bertemu bomoh yang membantunya menggunakan azimat mayat ibunya bagi mendapatkan harta karun. Dollah berubah menjadi kaya dan berperwatakan orang yang mewah.

(iii) Konflik
• Pinangannya ditolak pada peringkat permulaan walaupun Dollah sudah kaya.
• Dollah mengambil tanah orang kampung dan memelihara kuda yang mencemar
sungai dan membawa penyakit kepada penduduk kampung.
• Dollah disondol binatang ganjil dan Siti Rahimah melahirkan anak cacat lalu
dibuang.

(iv) Klimaks
• Dollah hilang kekayaan dan harta benda dan pertemuan dengan mayat ibunya yang meminta dia bertaubat atas segala perbuatan syiriknya.

(v) Peleraian
• Dollah insaf dengan kesalahan dan kembali beriman dengan bantuan Siti Rahimah yang ditemui semula di kampung lain. Walau bagaimanapun Dollah hilang di laut.

Teknik Plot

1. Kejutan
• Dollah bertemu dengan mayat ibunya
• Siti Rahimah melahirkan anak yang cacat dan hodoh

2. Suspens
• Dollah disondol binatang ganjil

3. Pemerian
• Manusiakah? Jinkah? Jembangkah! Apa dia! Kepalanya besar, telinganya panjang, matanya halus, berbulu di sana, berbulu di sini, tabik-tabik cakap ...

4. Imbas Kembali
• Dollah: Imah pernah tak ke tepi laut?
Siti Rahimah: Pernah, tapi lewat petang saja, apabila matahari hampir terbenam, sebelum maghrib. Waktu itu angin kerap kali sayu dan laut beranak ombak di gigi air. Pantai tak jauh.

5. Monolog
• Dollah: (Agak kehilangan akal pada mulanya, tetapi tiba-tiba dia berkata) Ya Allah, ampunlah dosaku. Berilah aku rahmat-Mu.


Watak dan Perwatakan

Watak Utama
1. Dollah
• Capik, miskin dan dihina masyarakat
• Seorang yang bertukar haluan apabila mempunyai kekayaan. Dollah sudah tidak mengambil berat tentang solat setelah dia menjadi kaya.
• Seorang yang menindas orang lemah. Dollah tidak membenarkan isterinya membantu orang-orang kampung mengajar anak-anak jirannya yang susah..
• Seorang yang sombong apabila mempunyai kekayaan. Dollah marah apabila semua pinangannya ditolak walaupun dia mempunyai harta yang banyak.

Watak Sampingan
1. Intan Siti Rahimah
• Isteri Dollah
• Perempuan yang cantik
• Beriman dan baik tingkah laku disukai oleh semua orang. Intan Siti Rahimah menerima jemputan ke surau daripada isteri dan ibu-ibu pekerja mereka.

2. Abu Lahab
• Broker tanah
• Menipu orang kampung menjual tanah mereka untuk mengaut keuntungan. Abu Lahab hampir-hampir dikenakan hukuman ditanam hidup-hidup kerana menipu orang-orang kampung.

3. Pak Sudin
• Pekerja Dollah yang setia kepadanya. Pak Sudin terlalu setia kepada Dollah sehingga dianggap sebagai tali barut Tuan Dollah.


Latar

1. Latar masa

• Lewat petang (sebelum Maghrib) Siti Rahimah pergi ke tepi laut
• Minggu depan – Intan Siti Rahimah pergi mengajar anak-anak orang kampung di surau
• Petang – di surau, Dollah berbual dengan Pak Long

2. Latar tempat

• Kampung Kuala dan Kampung Kenanga – tempat Dollah membeli tanah dan memelihara kuda-kuda
• Sungai Nenek–airnya yang jernih telah tercemar dan dipanggil Sungai Kuda
• Surau – tempat Intan Siti Rahimah mengajar anak-anak orang kampung mengaji
• Di rumah pawang – Dollah meminta pertolongan mendapat azimat untuk menjadi kaya

3. Latar masyarakat

• Masyarakat yang mementingkan harta benda. Abu Lahab sanggup menipu orang kampung demi mengumpul harta kekayaan.
• Masyarakat yang sombong dengan kekayaan / kuasa. Dollah bangga dan sombong dengan kekayaan yang dimiliki .
• Masyarakat yang beriman dan taat pada perintah Tuhan. Maulana mengingatkan Dollah supaya menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk.
• Masyarakat yang mementingkan diri . Dollah tidak membenarkan isterinya Intan Siti Rahimah membantu bergaul dengan orang susah.
• Masyarakat yang saling membantu. Intan Siti Rahimah ingin membantu keluarga pekerja Dollah yang susah dengan mengajar anak-anak mereka.

Gaya Bahasa

1. Simpulan Bahasa
• Besar hati, naik kepala, duri dalam daging

2. Repetisi
• Mereka, merekalah…
• Cakap, cakap, cakap, cakap ...

3. Personifikasi
• Kambing-kambing tersenyum

4. Kata Pinjaman
• Bahasa Inggeris
Order, secret,you, I
• Bahasa Arab
Fajar, sidik, hijrah


Nilai

1. Nilai kesabaran
Contoh:
• Soud meminta Dollah agar bersabar dengan hinaan orang kampung.

2. Nilai tolong-menolong
Contoh:
• Intan Siti Rahimah menolong anak orang kampung mengajar mengaji.

3. Nilai menghargai barangan tempatan
Contoh:
• Dollah yang tidak menggunakan batu mamar dari Langkawi untuk membuat rumah sebaliknya memilih batu mamar dari Itali.

4. Nilai kasih sayang antara suami isteri
Contoh:
• Tuan Dollah menjaga isterinya yang sedang mengandung dengan baik.

5. Nilai ketaatan
Contoh:
• Intan Siti Rahimah mendengar arahannya suaminya iaitu Dollah semasa mengandung.

Pengajaran

1. Kita hendaklah mencari rezeki atau harta yang halal. Abu Lahab mengumpul harta dengan menipu orang kampung dan akhirnya mereka telah dimasukkan dalam tahanan.

2. Kita janganlah menindas golongan yang lemah atau miskin. Dollah dihina oleh masyarakat kampung sehingga tidak ada orang yang mahu menerima pinangannya kerana dia capik dan miskin.

3. Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar.Dollah mencemarkan sungai dengan najis-najis kuda yang dipeliharanya.

4. Kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah. Maulana mengingatkan Dollah supaya mentaati Allah dan bukannya menurut nafsu.

5. Kita hendaklah insaf dan bertaubat atas segala kesalahan yang telah kita lakukan. Abu Lahab dan isterinya insaf atas perbuatan mereka menipu orang kampung. Mereka berjanji akan memulangkan harta orang kampung semula.

Sumber : BPK KPM

Saturday, April 16, 2011

SEBUAH KISAH BENAR....Bahaya Panadol

Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang Biasa?ini ke dalam mulut anda.

TIGA BELAS AURAT WANITA

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tan gan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59.

Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya -

Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
http://www.syok.org/portal/

Gambaran hari Kiamat..( bacalah..jika kamu seorang manusia)

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak²nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi
http://www.syok.org/