RUANG SEMBANG

Latihan interatif

Panduan Penulisan Rumusan Bahasa Melayu SPM

Sunday, March 27, 2011

KAJIAN LINGUISTIK DESKRIPTIF

1. Bidang yang dikaji ialah bidang fonologi, bidang morfologi dan bidang sintaksis.

BIDANG FONOLOGI

1. Mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia.
2. Terbahagi kepada dua iaitu :
- fonetik
- fonemik

Fonetik

1. Mengkaji segala bunyi bahasa.
2. Memberikan lambang/simbol fonetik yang ditulis dalam kurungan [ ].
3. Mengkaji bunyi dari segi artikulasi iaitu bagaimana cara bunyi itu dihasilkan.
4. Bunyi-bunyi dikelas kepada beberapa bahagian seperti a. vokal, b. konsonan dan
doftong dan c. mekanisme pengeluarannya.

Contoh : nasal, glotal, afrikat dan lain-lain.

Fonemik

1. Mempunyai kaitan erat dengan bidang fonetik kerana kedua-dua mengkaji bunyi-bunyi bahasa.
2. Fonemik menganalisis data-data bunyi yang dikumpulkan oleh bidang fonetik untuk menghasilkan satu fonem.
3. Fonem ditulis dengan tanda (//).
4. Tujuan fonem untuk mendapatkan satu sistem ejaan berdasarkan kepada fonem-fonem yang ada dalam sesuatu bahasa.

BIDANG MORFOLOGI

1. Bidang ini menghuraikan morfem dan hubungan morfem untuk membentuk perkataan.
2. Morfem terbahagi kepada dua jenis iaitu :

- morfem terikat
- morfem bebas

3. Proses pecantuman kedua-dua morfem untuk membentuk sesuatu perkataan, akan timbullah pula alomorf-alomorf tertentu yang ditentukan oleh bunyi awal sesuatu perkataan yang mengikutinya.
4. Proses pembentukan kata terdiri daripada berbagai-bagai jenis, misalnya :
a. pengimbuhan
b. penggandaan
c. pemajmukan
5. Proses pembentukan kata mempunyai undang-undang yang tersendiri.

BIDANGA SINTAKSIS

1. Menumpukan kajian kepada cara-cara pembentukan ayat dan rangkai kata.
2. Terbahagi kepada "Pola" antaranya :
a. rangkai kata karyaan
b. rangkai kata bendaan
c. rangkai kata sifatan

3. Ayat ialah ujuran yang mengandungi satu idea yang lengkap.
4. Ayat mempunyai intonasi tertentu.
5. Ayat dibentuk berpandukan empat pola ayat asas bahasa Melayu :

subjek / predikat
a. FN + Frasa Nama
b. FN + Frasa Kerja
c. FN + Frasa Adjektif
d. FN + Frasa Sendi Nama

6. Pembahagian pola-pola ayat asas ini berdasarkan kepada strukturnya.
7. Struktur pola ayat boleh juga disongsangkan seperti berikut :

subjek / predikat
a. Frasa Nama + FN
b. Frasa Kerja + FN
c. Frasa Adjektif + FN
d. Frasa Sendi Nama + FN

8. Ayat diasingkan satu sama lain berdasarkan fungsi ayat tersebut. Contoh ayat penyata, ayat perintah, ayat seruan dan ayat tanya.

Sumber rujukan :Teori Bahasa Implikasi Terhadap Pengajaran Tatabahasa oleh Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir

No comments:

Post a Comment