Wednesday, March 30, 2011

Need For Speed: Shift 2 Unleashed PC



Need For Speed Shift 2 Unleashed builds on the true driving experience that the NFS franchise is renown for by introducing the driver’s battle, an even more authentic and primal feeling of power and speed which elevates the fundamental competitive race into a struggle for supremacy against other drivers and even the track itself. In Shift 2 Unleashed, players’ hands sweat and ache as they clutch onto the controller, their pulse races from the break-neck speeds experienced through the first-person cockpit view.

Tech Info
Publisher: Electronic Arts
Developer: Slightly Mad
Genre: GT / Street Racing
Release Date: Mar 29, 2011
ESRB: EVERYONE 10+

Minimum System Requirements
OS: Windows XP (SP3) or Vista (SP2) or Windows 7
CPU: Intel Core 2 Duo 2.0 GHz / AMD X2 64 2.4 GHz
RAM: 2 GB
Hard Drive: 7 GB
VGA: DirectX 9.0c Compatible 3D-accelerated 512 MB video card with Shader Model 3.0 or higher
DirectX: Version 9.0c

Check Download Links:
http://www.rapidgamez.com/need-for-speed-shift-2-unleashed-pc/

Sunday, March 27, 2011

PANTUN LAPAN KERAT

Buat bangsal di tengah hutan,
Tebaslah hutan buat halaman,
Di tepi halaman menanam kubis,
Diselang dengan pokok papaya;
Biarlah sabar dengan perlahan,
Itulah tanda tuan beriman.
Tidak patah digoncang syaitan,
Akhirnya tuan menang berjaya.

Maksud
Bersifat sabar ialah tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan terpedaya dengan bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan.
(Sifat sabar dapat melindungi diri kita godaan syaitan/ memperoleh kejayaan hidup.)

Ikan teluk parang-parang,
Anak ketam disangka lelabi,
Berburu musim tengkujuh,
Dapat buruan dibelah-belah;
Bukan makhluk sebarang-barang,
Cucu Adam sepaian nabi,
Turun dari langit ketujuh,
Jadi khalifah kepada Allah.

Maksud
Keturunan manusia berasal daripada Nabi Adam. Dipilih menjadi menjadi khalifah/ pemimpin di muka bumi Allah.
(Manusia yang menjadi khalifah di dunia ialah mahkluk pilihan Tuhan.)

Lengkang-lengkung apa dipaku,
Paku jatuh patah dua,
Menjadi riuh orang di darat,
Anak Cik Itam jatuh jalar;
Bumi kandungan nenek moyangku,
Kerana lalai rosak binasa,
Kebudayaan Timur dinodai Barat,
Bahasa ibunda hina terbiar.

Maksud
Kelalaian manusia menyebabkan bumi rosak binasa. Kebudayaan Timur telah dicemari oleh budaya Barat malah bahasa ibunda juga turut diabaikan.
di negara sendiri akibat sikap mengagung-agungkan budaya orang lain/budaya Barat.

Gaya Bahasa/Unsur Bunyi
1. Sinkof
Bumi kandungan nenek moyangku

2. Kata ganda
Anak ketam disangka lelabi
Dapat buruan dibelah-belah

3. Unsur alam
Tumbuhan – kubis, papaya
Haiwan – ikan , ketam, lelabi
Alam – hutan, langit, bumi

Unsur bunyi
Asonansi - kerana lalai rosak binasa (rangkap 3 baris 6)

Aliterasi – bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)


Bentuk/ Kosa Kata

1. Mempunyai 3 rangkap.
2. Mempunyai 8 baris dalam setiap rangkap.

3. Jumlah perkataan antara 3 hingga 5 patah perkataan.
Contoh : ikan teluk parang-parang
Contoh : biarlah sabar dengan perlahan
Contoh : Di tepi halaman menanam kubis

4. Terdiri daripada 8 hingga 13 suku kata.
5. Rima akhir abcdabcd
6. Bentuk pantun terikat.

Persoalan

Persoalan kunci kejayaan ialah kesabaran. (rangkap 1)
Persoalan keistimewaan sebagai seorang manusia. (rangkap 2)
Persoalan pencemaran budaya dan bahasa . (rangkap 3)

Nilai

Kesabaran
Kesyukuran
Bertanggungjawab/ jati diri

Pengajaran

Kita hendaklah sabar menghadapi ujian dan cabaran dalam kehidupan.
Kita haruslah sentiasa bersyukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Tuhan.
Kita perlulah menjalankan tanggungjawab untuk memelihara budaya dan bahasa kebangsaan.

Huraian

-Seseorang yang berjaya menempuh setiap dugaan dengan tabah dan sabar pasti akan berjaya.
-Sebagai seorang manusia, kita bertanggungjawab menjaga dan memakmurkan bumi.
-Kelalaian kita menjaga dan memelihara budaya serta bahasa akan menyebabkan kita kehilangannya pada masa depan.

Mengintai Ruang Insaf

Semakin berat kejahilan
terpikul di bahu
semakin jauh perjalanan
memburu nur-Mu.

Maksud
Apabila pengetahuan agama semakin cetek, seseorang itu semakin jauh dari Tuhan/ cahaya kebenaran.

Sewaktu berlari di padang hidup
kerap kakiku tersadung selirat akar
tubuhku tercalar duri pidana
pada samar kejauhan
ancala mulia makin kabur
dan menghilang.

Maksud
Dalam menjalani kehidupan penyajak mengakui bahawa dia sering melakukan kesalahan/kesilapan. Jalan menuju kebenaran semakin jauh dan sifat-sifat mulia dalam dirinya juga menghilang.

Sekadar songsang aksara kata
tanpa kembali ke tunjang makna,
“Apakah dalam saraf khilaf
masih terbuka ruang untuk
dianugerahkan keinsafan?”

Maksud
Seseorang yang telah melakukan pelbagai kesilapan tertanya-tanya sama ada masih ada peluang untuk dirinya kembali insaf.

Rabb,
moga pintu taubat-Mu terbuka
sebelum api dari bara itu menyala.

Maksud
Penyajak berdoa dan berharap agar Tuhan akan mengampunkan segala dosanya/pintu taubat untuknya masih terbuka sebelum tiba hari pembalasan.

Maksud kata:
• nur ~ cahaya
• tersadung ~ tersepak / terlanggar
• pidana ~ kejahatan (bahasa Indonesia)
• ancala ~ gunung
• songsong ~ berlawanan
• aksara ~ huruf
• khilaf ~ kesalahan / keliru / kesilapan

Tema:
Bertemakan keagamaan. Penyair dengan rasa rendah diri mengakui bahawa kejahilan telah menjarakkan/menjauhkan dirinya daripada Tuhan. Hal ini menyebabkan dirinya sering melakukan kesilapan. Penyair telah menginsafi diri, memohon taubat dan ingin kembali ke jalan yang betul.

Persoalan:
1. Manusia biasa tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan semasa hidup.
2. Kepentingan perasaan untuk insaf bagi seseorang yang melakukan kesalahan.
3. Keinginan dan ruang untuk bertaubat.

Gaya Bahasa
1. metafora: padang hidup – tempat menjalani
kehidupan
2. sinkope - kakiku

Nilai/Pengajaran (Kita haruslah/perlulah...)
1. Keinsafan (kesilapan yang dilakukan)
2. Kejujuran (mengaku kesalahan)
3. Keikhlasan (bertaubat dengan ikhlas)
4. Kepatuhan kepada Tuhan (tidak melakukan kejahatan)
5. Kesyukuran (diberikan peluang untuk insaf dan bertaubat atas kesalahan yang dilakukan)

Sumber rujukan : Panitia Bahasa Malaysia

TEMA DAN PERSOALAN NOVEL PAPA

Tema:

Novel ini bertemakan kasih sayang antara ahli keluarga. Kasih sayang amat penting untuk mewujudkan keluarga yang bahagia dan harmoni. Buktinya,

1. Papa

- Sebelum mama koma, hubungan mama dan papa sangat mesra dan erat. Setelah mama koma, papa tidak pernah cuai menjaga mama. Papa sentiasa menemani dan berbual-bual dengan mama.

- Papa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Walaupun telah berkahwin lain, kasih sayang papa kepada mama tidak pernah pudar bahkan papa melarang isteri keduanya, Aisyah masuk ke dalam bilik mama berseorangan kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku. Kali terakhir papa menangis sewaktu kelahiran Julia, namun papa menangis lagi sewaktu mama meninggal dunia.

2. Mama

- Mama membuktikan kasih sayangnya kepada papa dengan mengandung lagi walaupun dia mengetahui risiko yang bakal dihadapinya. Mama pernah mengalami komplikasi dan koma semasa melahirkan Julia.

- Namun begitu, mama tetap meneruskan kandungannya walaupun telah dinasihati oleh Mak Cik Noraini dan rakannya, Cikgu Suzie.

3. Julia

- Demi kebahagiaan dan kesejahteraan papa, Julia membenarkan papa berkahwin dengan Aisyah walaupun pada awalnya, dia menentang hasrat papa itu.



Persoalan:

1. Ketabahan dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup.

- Papa tetap tabah menerima kenyataan yang anak kembar yang dinanti-nantikan meninggal dunia manakala isteri yang amat disayanginya pula koma. Papa sentiasa bersikap optimis dan berharap mama akan pulih pada suatu hari nanti. Papa telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa dengan baik.

- Julia juga tabah mengharungi dugaan hidup tanpa seorang ibu di sisinya.

2. Kegigihan menimba ilmu pengetahuan.

- Julia gigih dan tekun belajar untuk menghadapi SPM. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan meneruskan pelajarannya di Kolej Matrikulasi UIA. Walaupun Julia menghadapi tragedi dan masalah keluarga serta cinta, dia tetap gigih menimba ilmu.

3. Poligami dalam sesebuah keluarga.

- Sebagai manusia biasa, papa juga mempunyai naluri dan berasa sunyi apabila insan yang dicintainya telah koma. Akhirnya, papa membuat keputusan untuk berkahwin lagi walaupun tidak dipersetujui oleh Julia. Setelah mendengar alasan-alasan papa yang munasabah, Julia membenarkan papa berkahwin dengan Aisyah. Walau bagaimanapun, papa tetap mendahulukan kebajikan dan keperluan mama dan Julia.

4. Keprihatinan terhadap masalah orang lain.

- Mak Cik Noraini dan Cikgu Suzie amat prihatin dengan masalah kesihatan mama (Intan Maliana). Mereka meningatkan mama keadaannya semasa melahirkan Julia 17 tahun lalu. Mama mengalami komplikasi dan koma. Julia dilahirkan tidak cukup bulan dan menghidapi demam kuning. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana mama tetap dengan keputusannya untuk meneruskan kandungannya.

5. Cinta pada zaman remaja.

- Julia berkenalan dengan Rasylan sejak di tingkatan lima. Hubungan mereka bertambah intim selepas mereka belajar di kolej matrikulasi yang sama. Rasylan dan Julia sering bertukar-tukar pendapat jika salah seorang daripada mereka mempunyai masalah. Namun begitu, sudah menjadi lumrah orang bercinta, masalah cemburu telah timbul sehingga merunsingkan hati Julia.

6. Gejala sosial dalam masyarakat.

- Rasylan menjadi mangsa kepada gejala pembuangan bayi yang berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini. Dia merupakan anak luar nikah yang dibuang oleh ibu dan bapanya. Dia dijaga di rumah JKM sebelum menjadi anak angkat Datuk Mustakim. Rasylan mengalami konflik apabila Encik Muaz al-Khalibi tiba-tiba datang mengaku sebagai ayah kandungnya.

GELANGGANG TUK WALI

Tema: Kekentalan dan semangat juang dan jati diri seorang guru silat untuk mempertahankan warisan budaya bangsa.

Persoalan:
1. Golongan muda yang semakin melupakan nilai-nilai budaya.
2. Penyalahgunaan dadah
3. Dengki khianat
4. Tamak haloba
5. Kasih sayang dalam keluarga

Sinopsis mengikut babak

Babak 1
Ripin telah pergi ke rumah Tuk Wali untuk memberitahunya tentang jemputan bersilat di majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri. Walaupun demam, Tuk Wali tetap mahu memenuhi jemputan tersebut. Ripin mengingatkan Tuk Wali bahawa pemberita (wartawan) akan datang pada malam itu. Tuk Wali memberitahu Ripin bahawa jika manusia menurut petua dan pantang larang apabila di hutan, akar-akar kayu tidak akan habis hingga ke anak cucu. Menurut Tuk Wali, pokok yang sedang berbunga, masih kecil atau tidak pasti jenisnya tidak boleh ditebang. Tuk Wali meluahkan perasaan tidak puas hatinya dengan cara Si Guan tauke kedai singse yang mencari akar kayu dengan menggunakan traktor. Pokok besar atau pokok induk turut dicabut dan menyebabkan benih tidak dapat dihasilkan lagi. Tuk Wali turut merungut kerana harga akar-akar kayu semakin rendah kerana sebelum dijual akar-akar kayu perlu dicuci, dijemur dan diracik. Tuk Wali mengingatkan Ripin agar mengumpulkan murid-murid silat kerana wartawan akan datang pada malam itu.

Babak 2
Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi ke rumah Haji Kodri. Tuk Wali berpakaian baju Melayu yang lengkap dengan samping dan bersongkok. Tuk Wali membonceng motosikal Ripin untuk ke sana. Sejurus Tuk wali dan Ripin pergi, Imam dan Siak berkunjung ke rumah Tuk Wali. Kedatangan mereka disambut oleh Mak Umi. Mereka mengatakan bahawa mereka mempunyai tujuan yang besar. Siak meluahkan rasa tidak setujunya aktiviti bersilat yang diajar oleh Tuk Wali. Baginya, orang yang sudah berusia tidak sesuai bersilat lagi dan tidak manis dipandang orang. Mak Umi kehairanan dan ingin tahun jika bermain silat di majlis perkahwinan itu salah di sisi agama. Siak mengatakan bahawa masa yang ada perlu diisi dengan beramal di masjid. Mak Umi menyanggah dan mempertahankan suaminya kerana Tuk Wali tidak pernah tertinggal sembahyang berjemaah di masjid malah mengerjakan solat sunat setiap malam lagi. Imam menyatakan kebimbangannya jika Tuk Wali meninggal dunia semasa sedang bersilat di tengah gelanggang. Mak Umi menyatakan pendapatnya bahawa cara dan tempat seseorang itu meninggal dunia ditentukan oleh Tuhan. Baginya, Tuk Wali hanya memenuhi hajat orang untuk memeriahkan majlis dan tidak melanggar adat serta agama. Mak Umi menyuruh Imam dan Siak menasihatkan Tuk Wali sendiri bukannya melalui dirinya. Walau bagaimanapun, Mak Umi mengatakan bahawa dia akan memberitahu perkara itu kepada Tuk Wali.

Babak 3
Tuk Wali meluahkan rasa marahnya terhadap cucu tirinya, Piee yang telah memalukan dirinya di rumah Haji Kodri. Mak Umi meminta Tuk Wali mengubatkan Piee yang menagih dadah. Menurut Tuk Wali, dia dapat mengubatkan Piee, tetapi ibu bapanya perlu memberikan perhatian kepadanya apabila sudah sembuh. Tuk Wali menyuruh Mak Umi menghalau Piee jika datang ke rumah itu lagi. Tuk Wali terlalu marah kepada Piee kerana dia telah mencuri wang tambang Tuk Wali ke Mekah yang berjumlah RM2000.00. Tuk Wali berasa terkilan kerana dia telah menyimpan wang itu sedikit demi sedikit tetapi dicuri dengan mudah sekali. Tuk Wali ingin tahu tujuan kedatangan Imam.

Mak Umi menyatakan Imam dan Siak datang untuk memberikan nasihat seperti yang dipesan oleh mereka kepada Abang Ngah. Tuk Wali mengatakan bahawa dia boleh duduk berzikir di masjid sehingga mati tetapi dia perlu mengubatkan orang yang patah kaki, terseliuh, dan histeria. Dengan perasaan tersinggung dan sedih Tuk Wali mengimbas peranan dirinya ketika muda dahulu. Pada zaman darurat dahulu, semua pemuda di kampung itu menjadi muridnya dan dia dilantik menjadi ketua untuk mengawal kampung. Semua perkara yang dilakukannya pada waktu itu dipandang manis oleh orang kampung. Apabila dia sudah tua apa-apa yang dilakukannya dipandang tidak elok. Tuk Wali memberitahu Mak Umi bahawa dia sengaja dimalukan di majlis itu. Cara berpakaian dan gerak silatnya dipersendakan oleh orang kampung. Dahulu, semua jurus silat Tuk Wali dipuji dan orang penuh sesak di gelanggang untuk melihatnya bersilat. Kini, setiap perbuatannya akan dicemuh, dihina dan diketawakan.

Selain bersilat Tuk Wali mencari akar kayu, mengurut orang yang patah atau terseliuh, sakit yang sudah tidak dapat dirawat oleh doktor, pinang-meminang, tuk mudin, memandikan mayat dan menggali kubur. Tuk Wali tidak pernah meminta upah setiap kali membantu orang. Baginya, adalah tidak adil orang menghina dan menjatuhkan maruahnya hanya kerana dia terus bersilat walaupun sudah tua. Mak Umi mencadangkan anak-anak muridnya yang lain seperti Ripin menggantikan tempatnya untuk bersilat di majlis kahwin. Tuk Wali mengatakan bahawa silat sudah sebati dengan dirinya dan dia tidak boleh duduk diam dengan menjadi penonton sahaja.

Ripin dan Mariam datang ke rumah Tuk Wali membawa barang-barang keperluan untuk adat menerima murid baharu. Tuk Wali mencadangkan Ripin dan Mariam mengambil tempatnya untuk mengajar silat kerana dirinya sudah tua. Walau bagaimanapun, mereka berdua menyatakan bahawa mereka tidak bersedia mengambil tugas tersebut. Ripin dan Mariam merayu agar Tuk Wali terus mengajarkan silat kepada mereka kerana orang yang lebih muda daripada Tuk Wali sibuk dengan hal masing-masing. Tiada orang lagi yang sanggup mengajar mereka seikhlas Tuk Wali. Jika adapun, pasti mereka dikenakan bayaran.

Tuk Wali mengambil sebilah keris di dinding dan menceritakan asal usul keris perguruan mereka tersebut kepada Ripin dan Mariam. Tuk Wali telah menyimpan keris perguruan mereka itu selama 50 tahun dan merasakan bahawa Ripin yang layak untuk menjadi pewaris keris itu. Keris tersebut melambangkan kegagahan pendekar zaman silam yang rela mengorbankan nyawa. Tuk Wali menerangkan bahawa dia tidak merantau untuk mencari harta dan tidak kaya seperti kawan-kawannya yang lain demi mempertahankan seni silat yang dilambangkan oleh keris tersebut. Tuk Wali tetap dengan pendiriannya untuk menyerahkan keris tersebut kepada Ripin walaupun ditolak oleh Ripin berkali-kali.

Dua orang wartawan dari majalah Pejuang, iaitu Halim dan Jamil datang ke rumah Tuk Wali untuk menemu ramahnya. Mereka ingin tahu kisah Tuk Wali menewaskan empat perompak kedai emas. Ripin juga memberitahu bahawa Tuk Wali pernah membunuh komunis semasa mempertahankan kampung itu daripada serangan komunis. Semasa berbual, Piee cucu tiri Tuk Wali yang baru keluar dari pusat pemulihan muncul. Kehadirannya tidak disenangi Tuk Wali. Ripin memberitahu kedua-dua wartawan itu bahawa Piee bekas anak murid Tuk Wali yang handal. Sebelum pulang, Jamil menyatakan rasa bangganya kerana masih ada gelanggang silat yang aktif pada zaman moden ini. Halim pula menyatakan keyakinannya bahawa gabungan Tuk Wali dengan orang muda seperti Ripin dan Mariam akan memastikan kehebatan seni silat ini.

Setelah kedua-dua wartawan itu pulang, Tuk Wali menampar dan memarahi Piee kerana masuk ke dalam biliknya. Piee memberikan alasan bahawa dia hendak menumpang tidur di bilik itu. Tuk Wali yang masih marah ekoran peristiwa wangnya ke Mekah dicuri Piee telah menghalau Piee keluar dari rumahnya.

Empat orang pemuda telah datang ke rumah Tuk Wali. Mereka menyangka Tuk Wali tiada di rumah kerana pergi ke masjid. Sementara menunggu Tuk Wali dan Ripin, salah seorang pemuda bermain gitar. Mereka menyanyi dengan gembira sambil menari-nari. Tiba-tiba Tuk Wali menjerkah dan memarahi mereka yang tidak menghormati harta benda dan hak kawasan orang lain walaupun tuannya tiada di rumah. Salah seorang pemuda telah ditampar oleh Tuk wali kerana bersikap biadap. Mereka menyatakan tujuan mereka ke situ adalah untuk menunggu Ripin. Mereka ingin belajar silat. Tuk Wali menyuruh mereka belajar berbahasa dengan orang tua dahulu sebelum belajar silat dengannya. Apabila Ripin dan Mariam sampai, Tuk Wali mengarahkan mereka berdua menyuruh keempat-empat pemuda itu pulang.


Babak 4
Siak datang ke rumah Tuk Wali dengan cara yang kasar dan terburu-buru. Siak mencabar Tuk Wali agar bersilat dengannya. Siak berasa marah kerana Tuk Wali telah menampar cucunya yang mahu belajar silat. Mereka berlawan dengan menggunakan sundang. Mak Umi meminta pertolongan daripada Ripin untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Ripin berjaya melucutkan sundang, mengunci pergerakan Siak dan menyebabkan Siak terjelepok di gelanggang silat. Ripin mencadangkan Tuk Wali dan Siak menyelesaikan masalah dengan cara berunding. Tuk Wali menyatakan bahawa Siak sudah lama berdendam dengannya sejak Tuk Wali berkahwin dengan Mak Umi. Siak sebenarnya bekas tunang Mak Umi. Siak juga telah memfitnah dan menghasut orang masjid supaya memulaukan Tuk Wali. Mak Umi menyuruh Ripin menghantarnya ke rumah Berahim kerana dia tidak mahu melihat pergaduhan antara Tuk Wali dengan Siak. Siak akhirnya meninggalkan rumah Tuk Wali tanpa sepatah kata. Selepas Tuk Wali melepaskan kemarahannya dengan melepaskan penumbuk di awangan, dia pun bersandar di beranda lalu terlena dan bermimpi yang amat indah baginya. Tuk Wali bermimpi gelanggang silatnya dipenuhi oleh anak muridnya yang gagah, hebat dan berketerampilan.

Babak 5
Piee masuk ke rumah Tuk Wali dalam keadaan yang mencurigakan. Piee menghampiri dinding beranda dengan langkah yang perlahan-lahan. Dia mengambil biola dan salah sebilah keris yang tersisip di dinding beranda itu. Walau bagaimanapun,, dia terlanggar sesuatu dan menyebabkan Tuk Wali terjaga. Tuk Wali memarahi Piee yang mengambil biola dan keris pusaka yang menjadi lambang perguruannya. Piee meluahkan rasa kecewanya kerana Tuk Wali telah menjatuhkan maruahnya di depan orang lain. Tuk Wali menyuruh Piee meletakkan keris dan biola di dinding semula. Piee memberitahu bahawa dia boleh mendapat wang beratus-ratus ringgit jika menjual keris itu. Pada pendapatnya, Tuk Wali sudah tidak berdaya lagi untuk menggunakan keris itu. Pergaduhan dan pertikaman antara Tuk wali dengan Piee terjadi. Semasa Tuk Wali ingin mengambil biola yang dijatuhkan Piee, Tuk Wali ditikam oleh Piee. Tikaman itu terkena di perut Tuk Wali. Tuk Wali dapat mengambil keris daripada tangan Piee. Tuk Wali merawat dirinya dan mengikat perutnya yang terluka dengan kain yang ditabur dengan serbuk akar kayu. Tuk Wali melepaskan kemarahannya dengan menikam guni yang berisi pasir. Tuk Wali pergi ke tengah gelanggang sambil memegang perutnya. Kerisnya ditikam di atas tanah. Tuk Wali semakin lemah apabila banyak darah keluar daripada lukanya.

Ripin yang baru sampai ke tengah gelanggang terkejut apabila melihat Tuk Wali yang terbaring berlumuran darah. Ripin mahu menghantar Tuk Wali ke hospital tetapi Tuk wali tidak mahu. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Tuk Wali menyerahkan keris tersebut kepada Ripin. Ripin ingin menuntut bela atas kematian Tuk Wali. Dia menyangka Siak yang membunuh Tuk Wali.

Siak dan Imam sampai ke tengah gelanggang dan melihat Ripin memegang keris manakala Tuk Wali telah terbujur kaku. Imam menyangka bahawa Ripin telah membunuh Tuk Wali. Bagi Siak, tujuan Ripin membunuh Tuk Wali adalah untuk mendapatkan keris pusaka itu. Ripin menuduh Siak membunuh Tuk Wali dan dia ingin membunuh Siak. Imam meminta Ripin menyerahkan keris itu kepadanya untuk diletakkan di masjid kerana pada pendapatnya, Ripin tidak berhak atas keris itu. Ripin bertambah marah apabila Imam dan Siak lebih berminat dengan keris tersebut daripada gelanggang silat yang tidak mempunyai guru lagi.


Mariam dan Mak Umi sampai dan menerpa ke arah mayat Tuk Wali. Mak Umi dan Mariam ingin tahu orang yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Ripin saling menuduh antara satu sama lain. Mak Umi menafikan Ripin membunuh Tuk Wali kerana Ripin telah menghantarnya ke rumah Berahim meninggalkan Tuk Wali yang sedang bertikam dengan Siak.

Sumber rujukan : Panitia Bahasa Malaysia

KAJIAN LINGUISTIK DESKRIPTIF

1. Bidang yang dikaji ialah bidang fonologi, bidang morfologi dan bidang sintaksis.

BIDANG FONOLOGI

1. Mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia.
2. Terbahagi kepada dua iaitu :
- fonetik
- fonemik

Fonetik

1. Mengkaji segala bunyi bahasa.
2. Memberikan lambang/simbol fonetik yang ditulis dalam kurungan [ ].
3. Mengkaji bunyi dari segi artikulasi iaitu bagaimana cara bunyi itu dihasilkan.
4. Bunyi-bunyi dikelas kepada beberapa bahagian seperti a. vokal, b. konsonan dan
doftong dan c. mekanisme pengeluarannya.

Contoh : nasal, glotal, afrikat dan lain-lain.

Fonemik

1. Mempunyai kaitan erat dengan bidang fonetik kerana kedua-dua mengkaji bunyi-bunyi bahasa.
2. Fonemik menganalisis data-data bunyi yang dikumpulkan oleh bidang fonetik untuk menghasilkan satu fonem.
3. Fonem ditulis dengan tanda (//).
4. Tujuan fonem untuk mendapatkan satu sistem ejaan berdasarkan kepada fonem-fonem yang ada dalam sesuatu bahasa.

BIDANG MORFOLOGI

1. Bidang ini menghuraikan morfem dan hubungan morfem untuk membentuk perkataan.
2. Morfem terbahagi kepada dua jenis iaitu :

- morfem terikat
- morfem bebas

3. Proses pecantuman kedua-dua morfem untuk membentuk sesuatu perkataan, akan timbullah pula alomorf-alomorf tertentu yang ditentukan oleh bunyi awal sesuatu perkataan yang mengikutinya.
4. Proses pembentukan kata terdiri daripada berbagai-bagai jenis, misalnya :
a. pengimbuhan
b. penggandaan
c. pemajmukan
5. Proses pembentukan kata mempunyai undang-undang yang tersendiri.

BIDANGA SINTAKSIS

1. Menumpukan kajian kepada cara-cara pembentukan ayat dan rangkai kata.
2. Terbahagi kepada "Pola" antaranya :
a. rangkai kata karyaan
b. rangkai kata bendaan
c. rangkai kata sifatan

3. Ayat ialah ujuran yang mengandungi satu idea yang lengkap.
4. Ayat mempunyai intonasi tertentu.
5. Ayat dibentuk berpandukan empat pola ayat asas bahasa Melayu :

subjek / predikat
a. FN + Frasa Nama
b. FN + Frasa Kerja
c. FN + Frasa Adjektif
d. FN + Frasa Sendi Nama

6. Pembahagian pola-pola ayat asas ini berdasarkan kepada strukturnya.
7. Struktur pola ayat boleh juga disongsangkan seperti berikut :

subjek / predikat
a. Frasa Nama + FN
b. Frasa Kerja + FN
c. Frasa Adjektif + FN
d. Frasa Sendi Nama + FN

8. Ayat diasingkan satu sama lain berdasarkan fungsi ayat tersebut. Contoh ayat penyata, ayat perintah, ayat seruan dan ayat tanya.

Sumber rujukan :Teori Bahasa Implikasi Terhadap Pengajaran Tatabahasa oleh Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir

STRATEGI MENJAWAB RUMUSAN BAHASA MALAYSIA SPM

Langkah 1 : Kenal Pasti Kata Kunci

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang masalah yang dihadapi oleh pengguna pengangkutan awam dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah pengangkutan awam. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

===========================================
Langkah 2 : Tulis Pengenalan dalam satu perenggan

1. Perkataan yang bersinonim dengan tugasan utama untuk menyatakan isi tersurat: masalah – kesulitan

Petikan membincangkan kesulitan yang dihadapi oleh pengguna pengangkutan awam.

===========================================
Langkah 3 : Garisi Isi-isi Tersurat

Jumlah pemilik kenderaan persendirian didapati semakin bertambah. Namun begitu, pengangkutan awam masih menjadi pilihan utama sebahagian besar rakyat negara kita terutamanya yang tinggal di kota. Meskipun pelbagai langkah telah diambil untuk meningkatkan mutu perkhidmatannya, masih ramai pengguna yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap mutu perkhidmatan pengangkutan awam.

Antara masalahnya ialah pengangkutan awam yang ada di negara kita tidak cekap, kurang efisien, melambatkan perjalanan dan menyebabkan mobiliti ataupun pergerakan menjadi terbatas. Oleh sebab itulah ramai orang lebih suka menggunakan kenderaan sendiri untuk pergi ke tempat kerja daripada menaiki pengangkutan awam. Mereka tidak mahu sampai lewat di tempat kerja sehingga menimbulkan tindakan disiplin.

Selain itu, terdapat pengangkutan awam yang sudah uzur keadaannya sehingga menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan penumpang. Antaranya ialah kusyen tempat duduk yang sudah koyak, kerusi goyang dan keadaan yang kotor di dalam bas. Keadaan ini menyebabkan penumpang berasa tawar hati untuk menggunakan pengangkutan awam.

Seterusnya, terdapat sesetengah pengusaha pengangkutan awam mengenakan tambang yang amat mahal terhadap penumpang mereka. Biasanya, hal ini dilakukan oleh pemandu-pemandu teksi. Walaupun teksi mereka bermeter, masih terdapat pemandu teksi yang tidak menggunakan meter sebaliknya menentukan kadar tambang teksi tersebut. Hal ini akan menjejaskan nama baik negara di mata pelancong asing.

Di samping itu, sikap sesetengah pemandu pengangkutan awam yang memandu kenderaan dalam keadaan laju dan berbahaya turut membimbangkan penumpang. Hal ini biasanya dilakukan oleh pemandu bas ekspres. Tambahan pula, ada sesetengah pemandu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan memandu di bawah pengaruh alkohol. Apabila ini berlaku, sudah tentu penumpang tidak mahu mengambil risiko dengan menaiki bas tersebut.

Masalah pengangkutan awam yang lain adalah dari segi sikap pemandu yang kasar dan tidak sopan kepada penumpang, malahan ada penumpang yang diherdik atau dimaki oleh pemandu kerana timbul salah faham. Hal ini sudah tentu akan menimbulkan perasaan tidak puas hati penumpang.

Masalah-masalah dalam pengangkutan awam di negara ini perlu ditangani dengan baik kerana pengangkutan awam mempunyai kepentingan dan peranannya yang tersendiri dalam membantu orang ramai sampai di destinasi yang ditujuinya. Di negara maju seperti Amerika Syarikat, England dan Jepun, pengangkutan awam menjadi pilihan utama rakyatnya untuk berulang-alik ke tempat kerja.

==========================================
Langkah 4 : Tulis isi-isi Tersurat dengan ayat sendiri

Isi Tersurat daripada petikan
S1 : pengangkutan awam yang ada di negara kita tidak cekap, kurang efisien, melambatkan perjalanan dan menyebabkan mobiliti ataupun pergerakan menjadi terbatas. (18 ptk)

Isi Tersurat daripada petikan
S1 : Pengangkutan awam yang selalu lambat dan tidak menepati masa menyebabkan pekerja lewat sampai di tempat kerja. (15 ptk)

Isi Tersurat daripada petikan
S2 : pengangkutan awam yang sudah uzur keadaannya sehingga menimbulkan rasa kurang selesa

Isi Tersurat yang telah diolah dengan ayat sendiri
S2 : Keuzuran pengangkutan awam menimbulkan rasa tidak selesa pengguna.

Isi Tersurat daripada petikan
S3 : pengusaha pengangkutan awam mengenakan tambang yang amat mahal terhadap penumpang mereka.

Isi Tersurat yang telah diolah dengan ayat sendiri
S3 : Tambang pengangkutan awam yang tinggi membebankan pengguna.

Isi Tersurat daripada petikan
S4 : pemandu pengangkutan awam yang memandu kenderaan dalam keadaan laju dan berbahaya

Isi Tersurat yang telah diolah dengan ayat sendiri
S4 : Pemandu yang memandu dengan laju membimbangkan penumpang.

Isi Tersurat daripada petikan
S5 : pemandu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Isi Tersurat yang telah diolah dengan ayat sendiri
S5 : Ada pemandu yang mengambil dadah dan minuman keras.

Isi Tersurat daripada petikan
S6 : sikap pemandu yang kasar dan tidak sopan kepada penumpang

Isi Tersurat yang telah diolah dengan ayat sendiri
S6 : Pemandu yang bersikap kasar dan tidak menghormati penumpang turut menjadi masalah.

========================================
Langkah 5 : Tulis isi-isi Tersurat dalam Satu Perenggan

Pengangkutan awam yang selalu lambat dan tidak menepati masa menyebabkan pekerja lewat sampai di tempat kerja. Selain itu, keuzuran pengangkutan awam menimbulkan rasa tidak selesa penggunanya. Malahan, tambang pengangkutan awam yang tinggi membebankan pengguna. Di samping itu, pemandu yang memandu dengan laju membimbangkan pengguna. Lagipun, ada pemandu yang mengambil dadah dan minuman keras. Pemandu yang bersikap kasar dan tidak menghormati penumpang turut menjadi masalah.

==========================================
Langkah 6 : Tulis isi-isi Tersirat dalam Satu Perenggan

1. Langkah-langkah untuk mengatasi masalah pengangkutan awam:

(a) pihak berkuasa perlukan bertindak tegas terhadap pengusaha pengangkutan awam yang melakukan kesalahan
(b) kerajaan juga patut memberikan pinjaman kepada pengusaha untuk membeli kenderaan baharu

2. Menulis isi-isi tersirat dalam satu perenggan:

Untuk menangani masalah ini, pihak berkuasa perlulah bertindak tegas terhadap pengusaha pengangkutan awam yang melakukan kesalahan. Kerajaan juga patut memberikan pinjaman kepada pengusaha untuk membeli kenderaan baharu.

==========================================
Langkah 7 : Tulis Kesimpulan dalam Satu Perenggan

1. Unsur 1 - pengusaha pengangkutan awam dan kerajaan perlulah bekerjasama untuk menangani masalah pengangkutan awam

2. Unsur 2 - mutu pengangkutan awam memuaskan hati penumpang

3. Kesimpulan lengkap:

Kesimpulannya, pengusaha pengangkutan awam (tema ) dan kerajaan perlulah bekerjasama untuk menangani masalah pengangkutan awam agar mutu pengangkutan awam memuaskan hati pengguna.

===========================================
Rumusan lengkap

Petikan membincangkan kesulitan yang dihadapi oleh pengguna pengangkutan awam.

Pengangkutan awam yang selalu lambat dan tidak menepati masa menyebabkan pekerja lewat sampai di tempat kerja. Selain itu, keuzuran pengangkutan awam menimbulkan rasa tidak selesa penggunanya. Malahan, tambang pengangkutan awam yang tinggi membebankan pengguna. Di samping itu, pemandu yang memandu dengan laju membimbangkan pengguna. Lagipun, ada pemandu yang mengambil dadah dan minuman keras. Pemandu yang bersikap kasar dan tidak menghormati penumpang turut menjadi masalah.

Untuk menangani masalah ini, pihak berkuasa perlulah bertindak tegas terhadap pengusaha pengangkutan awam yang melakukan kesalahan. Kerajaan juga patut memberikan pinjaman kepada pengusaha untuk membeli kenderaan baharu.

Kesimpulannya, pengusaha pengangkutan awam (tema ) dan kerajaan perlulah bekerjasama untuk menangani masalah pengangkutan awam agar mutu pengangkutan awam memuaskan hati pengguna.

Thursday, March 17, 2011

Watak Faridah

• Faridah merupakan watak utama dan dia mempunyai saudara kembar bernama Rahayu.
• Ayahnya berkahwin kali kedua dengan seorang wanita bernama Hamidah.
• Dia terpisah daripada adik kembarnya semasa berusia tujuh tahun akibat ayahnya berpindah ke Pontianak, Indonesia.
• Faridah seorang yang tabah menghadapi dugaan hidup. Contohnya, dia tabah menghadapi kematian adik kembar kesayangannya, Rahayu akibat barah paru-paru. Selepas itu dia juga kehilangan ibu kesayangannya dan suaminya yang tercinta, Ghazali.
• Faridah seorang yang sangat prihatin akan kanak-kanak istimewa. Contohnya, dia menganggap menjalankan khidmat kepada kanak-kanak istimewa dianggap sebagai satu ibadah.
• Faridah seorang yang beriman. Dia bersolat Tahajud selepas mengalami mimpi Ayu dan ibunya. Dia yakin akan berasa tenang selepas menunaikan solat sunat Tahajud.
• Faridah juga mementingkan ilmu pengetahuan. Contohnya, dia sanggup menggadaikan tanahnya untuk perbelanjaannya semasa berkursus di New Zealand.
• Faridah seorang yang penyayang. Dia sentiasa berusaha memenuhi permintaan anak-anaknya, terutama yang melibatkan penyediaan makanan untuk anak-anaknya, Anne dan Melina.
• Dia juga seorang yang mempunyai jati diri yang tinggi. Walaupun hidupnya senang dan sudah 25 tahun di New Zealand, Faridah sanggup pulang semula ke Malaysia kerana terlalu rindu akan kampung halamannya. Dia juga berjanji akan mengekalkan kerakyatannya sebagai rakyat Malaysia sampai bila-bila.

Sumber : KPM BPK

The Mechanic (2011) R5 LiNE XviD-SLiNKS



The Mechanic (2011) R5 LiNE XviD-SLiNKS
Language: English | 1h 27m | R5 | avi | 720 x 400 | XviD @ 2043 Kbps | MP3 @ 128 Kbps | 1.34 GB
Genres: Action | Drama | Thriller
IMDb Info

Follows an elite hit man as he teaches his trade to an apprentice who has a connection to one of his previous victims.

Check Download Links:
http://www.downtr.net/442945-the-mechanic-2011-r5-line-xvid-slinks.html

Monday, March 14, 2011

Battle Los Angeles 2011 CAM XVID



For years, there have been documented cases of UFO sightings around the world – Buenos Aires, Seoul, France, Germany, China. But in 2011, what were once just sightings will become a terrifying reality when Earth is attacked by unknown forces. As people everywhere watch the world’s great cities fall, Los Angeles becomes the last stand for mankind in a battle no one expected. It’s up to a Marine staff sergeant (Aaron Eckhart) and his new platoon to draw a line in the sand as they take on an enemy unlike any they’ve ever encountered before.

Check Download Links
http://www.rapidgamez.com/battle-los-angeles-2011-cam-xvid/#more-9941

Drive Angry 2011 TS XViD V1



A vengeful father escapes from hell and chases after the men who killed his daughter and kidnapped his granddaughter.

Check Download Links
http://www.rapidgamez.com/drive-angry-2011-ts-xvid-v1/

Thursday, March 10, 2011

PELBAGAI KELEMAHAN DAN KESALAHAN YANG DAPAT DIKESAN (PENULISAN RUMUSAN)

1. Antara kesalahan dan kelemahan yang dapat dikesan :

a. Tidak menulis ayat pendahuluan;
b. Tidak menulis ayat kesimpulan; tiada ( Cadangan + Harapan );
c. Menulis isi-isi tersurat sahaja;
d. Tidak menulis isi tersirat;
e. Jumlah perkataan yang melebihi hadnya
f. Kesalahan bahasa;
g. Kesalahan dalam penggunaan tanda bacaan;
h. Menyalin kata-kata dalam petikan asal bulat-bulat;
i. Menggunakan kaedah merigkaskan karangan;

j. Kesalahan Struktur ayat atau tatabahasa;
Contoh :
a. "Memandu dengan laju kenderaan mereka". (SALAH)
b. "Memandu kenderaan mereka dengan laju". (BETUL)

k. Tidak menulis jumlah patah perkataan; menipu menulis jumlah patah perkataan;
L. Kurang menggunakan kata hubung atau penanda wacana;
M. Kesalahan penggunaan kata atau istilah.
N. Kesalahan ejaan.

O. Kesalahan penulisan abjad
Contoh :( huruf "M" bagi perkataann Malaysia ditulis seperti huruf kecil "m" )
:( huruf "g" ekor huruf "g" sepatutnya berada di bawah garisan tapi ada pelajar menulis
di atas garisan )

Sumber rujukan : JU Bahasa Malaysia dan Ketua Guru pepemeriksa kertas SPM Bahasa Melayu

Wednesday, March 09, 2011

PERSEDIAAN SPM 2011 BAHASA MALAYSIA

1. Karangan jenis PENDAPAT, PERBINCANGAN, FAKTA, PENERANGAN DAN DAN CERITA BERUNSUR SASTERA merupakan kararangan yang paling POPULAR DALAM PEPERIKSAAN kerana hampir setiap tahun soalan sedemikian diajukan dalam peperiksaan tersebut.

2. Karangan jenis ini calon bebas memberikan pendapat sendiri. Namun demikian calon perlulah memberi pendapat tersebut haruslah LOGIK dan BERSESUAIAN dengan tajuk atau soalan yang diketengahkan.

3. Pelajar boleh memetik pendapat orang lain untuk memperkukuhkan hujah-hujah yang dinyatakan tetapi pelajar perlu menyebut sumbernya dengan menyatakan nama tokoh, pemimpin, pengarang atau penulis tersebut.

4. Karangan jenis ini pelajar perlu banyak membaca isu-isu semasa serta membuat penyelidikan dan pemikiran yang kreatif dan kritis, dan pelajar WAJIB menganalisi contoh dan membuat latihan soalan jenis ini.

Sumber : JU Bahasa Malaysia

Sunday, March 06, 2011

AYAT

1. Setiap bahasa mempunyai tatabahsanya.
2. Tatabahasa ialah peraturan berdasarkan "sesuatu teori tertentu yang menghuraikan ayat-ayat dalam sesuatu bahasa dengan kaedah yang paling MUDAH, TEPAT dan LENGKAP.
3. Ayat mengandungi unsur KLAUSA.
4. KLAUSA terbentuk daripada unsur FRASA.
5. FRASA terdiri daripada bentuk-bentu perkataan.

* Ayat terletak pada peringkat tertinggit susunan yang tertimggi dalam tatabahasa.
* Perkataan terletak pada peringkat susunan yang paling bawah.

CONTOH AYAT : Anak orang itu sedang tidur.

CONTOH KLAUSA : anak orang itu sedang tidur.

CONTOH FRASA 1 : anak orang itu
CONTOH FRASA 2 : sedang tidur

CONTOH PERKATAAN : anak / orang / itu / sedang / tidur
(Tergolong sebagai perkataan sebab sifatnya sebagai bentuk yang terkecil dan bebas, yakni bentuk yang dapat berdiri sendiri dengan membawa erti atau fungsi tatabahasa)


Sumber : Tatabahasa Dewan Edidi Ketiga

Wednesday, March 02, 2011

KARANGAN SURAT KIRIMAN RASMI

1. Surat kiriman rasmi mempunyai format yang khusus.
2. Format surat rasmi mempunyai ciri-ciri teknikal tertentu.
3. Surat kiriman rasmi mestilah bersifat formal dan tidak menyentuh perkara-perkara peribadi.
4.Beberapa contoh surat kiriman rasmi adalah seperti berikut:

(a)Surat aduan
(b)Surat rayuan
(c)Surat memesan barangan
(d)Surat undangan menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang penting dan rasmi
(e)Surat permohonan
(f)Surat pekeliling

5.Gunakanlah bahasa yang mudah, tepat dan padat. Bahasa yang digunakan mestilah baku dan betul dari segi ejaan dan tanda baca.
6.Elakkan penggunaan unsur-unsur kiasan dan ungkapan peribahasa dalam penulisan karangan jenis ini.

Format Surat Kiriman Rasmi:


1. Surat kiriman rasmi mempunyai format yang khusus.



Sumber : http://www.tutor.com.my, http://www.scribd.com