Friday, April 27, 2012

TIPS TATABAHASA ( PADA )

1. Pada digunakan untuk :-

i. Masa ( Contoh : hari, bulan, tahun, minggu )
=. Pada hari itu. (/)
=. Di hari itu. (x)

2. pendapat/pandangan
Contoh:-
=. Pada pendapat saya (/)
=. Dari pendapat saya (x)
=. Daripada pendapat saya (x)
=. Dalam pendapat saya (x)

3. Ada pada
Contoh:-
=. Wang itu ada pada ibu saya (/)
=. Wang itu ada dengan ibu saya (x)
=. Wang itu ada bersama ibu saya (x)
=. Wang itu ada kepada ibu saya (x)

4. Kata kerja ( perbuatan )
Conto:-
=. Pak Abu menambat (kata kerja) kambingnya pada sebatang pokok. (/)
=. Pak Abu menambat (kata kerja) kambingnya di sebatang pokok. (x)

sumber rujukan : www.andrewchoo.com

No comments:

Post a Comment