Tuesday, February 22, 2011

KATA PEMERI

1. Perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

(IALAH)
1. Digunakan jika di depannya kata/frasa nama dan kata/frasa kerja sahaja.
2. Digunakan untuk menunjukkan persamaan ayat predikat dengan subjek.

Contoh ayat:
1. Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
2. Rojak ialah makanan kegemaran saya.
3. Nama kampung saya ialah Kampung Pinang Sebatang.
4. Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu ialah buah-buahan.

(ADALAH)
1. Di gunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi sahaja.
2. Digunakan untuk menunjukkan huraian ayat predikat terhadap subjek.

Contoh ayat:
1. Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
2. Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.
3. Keadaan di pusat perkelahan itu adalah sangat cantik dan menarik.
4. Tempat tinggalnya adalah di Kampung Pinang Sebatang.
5. Pegawai itu adalah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.

LATIHAN.

Isi tempat-tempat kosong dengan kata pemeri yang sesuai.

1. Kedatangan pegawai kesihatan itu _______ untuk memeriksa kebersihan di kawasan taman itu.
2. Sungai Rejang _______ sungai yang terpanjang di Sarawak.
3. Ikan Bakar _________ makanan yang paling laris dijual di kedai makanan itu.
4. Rumah anak saudara Siti _______ di Tanah Merah, Port Dickson.
5. Jambatan yang ketiga terpanjang di dunia ________ Jambatan Pulau Pinang.
6. Encik Marzuki ________ guru Bahasa Inggeris di sekolah saya.

No comments:

Post a Comment