Tuesday, February 22, 2011

KATA PEMERI

1. Perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

(IALAH)
1. Digunakan jika di depannya kata/frasa nama dan kata/frasa kerja sahaja.
2. Digunakan untuk menunjukkan persamaan ayat predikat dengan subjek.

Contoh ayat:
1. Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
2. Rojak ialah makanan kegemaran saya.
3. Nama kampung saya ialah Kampung Pinang Sebatang.
4. Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu ialah buah-buahan.

(ADALAH)
1. Di gunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi sahaja.
2. Digunakan untuk menunjukkan huraian ayat predikat terhadap subjek.

Contoh ayat:
1. Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
2. Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.
3. Keadaan di pusat perkelahan itu adalah sangat cantik dan menarik.
4. Tempat tinggalnya adalah di Kampung Pinang Sebatang.
5. Pegawai itu adalah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.

LATIHAN.

Isi tempat-tempat kosong dengan kata pemeri yang sesuai.

1. Kedatangan pegawai kesihatan itu _______ untuk memeriksa kebersihan di kawasan taman itu.
2. Sungai Rejang _______ sungai yang terpanjang di Sarawak.
3. Ikan Bakar _________ makanan yang paling laris dijual di kedai makanan itu.
4. Rumah anak saudara Siti _______ di Tanah Merah, Port Dickson.
5. Jambatan yang ketiga terpanjang di dunia ________ Jambatan Pulau Pinang.
6. Encik Marzuki ________ guru Bahasa Inggeris di sekolah saya.

Thursday, February 17, 2011

Contoh-contoh ayat penutup Surat Kiriman Rasmi

07. Sesungguhnya, kami bukan menentang usaha pembangunan, tetapi sebagai penduduk asal kami memerlukan jaminan agar kami tidak menjadi mangsa kerakusan pihak-pihak yang tertentu. Kami juga mengaku dan sedar, tiada sesuatu apa-apapun yang boleh mengatasi undang-undang dan peraturan. Oleh itu, saya dengan rendah diri merayu agar arahan tersebut ditangguhkan lebih dahulu sebelum beberapa prosedur penting dipatuhi oleh semua pihak.

07. Oleh sebab itu, kami sangat mengharapkan agar tuan sudi menerima undangan kami ini. Kedatangan tuan sangat kami nantikan bagi mencapai matlamat ini. Diharapkan agar tuan dapat menunaikan undangan kami yang tidak sepertinya ini.

07. Oleh hal yang demikian, saya bagi pihak Jawatankuasa Pembangunan Mukim Tawau, ingin merayu kepada YAB agar bermurah hati menimbang serta meluluskan permohonan ini demi faedah dan pembangunan masyarakat di sini. Jasa baik YAB berhubung dengan hal ini amat kami hargai.

07. Saya ingin mencadangkan agar sesuatu Unit Rondaan ditubuhkan oleh pihak tuan untuk tujuan memantau keselamatan kemudahan-kemudahan ini agar terpelihara pada setiap masa. Para pelaku musnah ini jika diberkas seharusnya dikenakan hukuman yang setimpal dengan tindakannya. Segala perhatian dan kerjasama yang pihak tuan berikan dalam menangani gejala buruk ini amatlah jami hargai.

TIDAK DINYATAKAN NOMBOR BILANGAN

Kami berharap juga agar bantahan ini mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih.

Saya berharap semoga pihak tuan bersedia menyiasat aduan ini dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasi kekurangan yang sedia ada demi kepentingan para pelajar sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………………………………
(ABD. RAHMAN LO)
Pengerusi,
Taman Muhibbah Bal.
Tawau.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

……………………………………………
(ABD. RAHMAN LO)
Pengerusi,
Taman Muhibbah Bal.
Tawau.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………………
(ABD. RAHMAN LO)
Pengerusi,
Taman Muhibbah Bal.
Tawau.

Wednesday, February 09, 2011

Contoh ayat pengenalan surat kiriman rasmi

1. Berhubungan dengan perkara di atas, saya selaku wakil penduduk di sini ingin membuat bantahan kepada pihak tuan. Bantahan tersebut berhubung dengan rancangan Majlis Perbandaran Tawau yang akan menjadikan kawasan yang berhampiran dengan tempat kediaman kami sebagai tapak pembuangan sisa toksik.

2. Saya selaku setiausaha JKKK, Kampung Tanjung Batu Laut Tawau dengan segala hormatnya ingin menarik perhatian YB Datuk kepada perkara di atas, iaitu membuat permohonan bagi memajukan tanah terbiar di kampong ini.

3. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya sebagai seorang pendudukan di perumahan yang tersebut di atas, ingin membuat aduan tentang masalah penyelahgunaan kemudahan awam seperti taman permainan, tandas awam, kerusi rehat, telefon awam, dan lain-lain. Untuk makluman tuan, kebanyakan prasarana tersebut telah dilaku musnah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan kini tidak dapat digunakan lagi.

4. Merujuk kepada perkara di atas tersebut, saya ARL, Ketua pelajar ingin membawa kepada pengetahuan tuan tentang rasa tidak puas hati pelajar terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pengusaha kantin sekolah kita.

5. Merujuk kepada perkara tersebut di atas, saya selaku Ketua pelajar ingin menarik perhatian YAB kepada beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk di sini. Walaupun terletak dalam kawasan Parlimen Tawau, mukim yang berada di bawah jagaan saya ini telah lama dipinggirka.

6. Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar di sekolah ini mengundang tuan memberikan suatu ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau pada hari Khamis, bersama 24 Mac 2011.

7. Baru-baru ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan pekeliling yang menyatakan bahawa pelajar sekolah dibenarkan untuk membawa telefon ke sekolah. Penggunaan tersebut dibenarkan dengan syarat pelajar mengikut peraturan penggunaan yang telah ditetapkan. Pada pandangan saya, tindakan tersebut tidak praktikal kerana usaha tersebut lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Walaupun keputusan Kementerian Pelajaran membenarkan murid membawa telefon bimbit secara bersyarat ke sekolah, saya tidak yakin bahawa mereka akan mematuhi peraturan itu.

Tuesday, February 01, 2011

GAYA BAHASA

Asonansi
Definisi : Pengulangan huruf "vokal" (a,e,i,o,u)
Contoh : Tika gerimis menabur benih. (pengulangan vokal "i")
Sajak :"Jalan-jalan Raya Kotaku".

Aliterasi
Definisi : Pengulangan huruf "konsonan"
Contoh : Sepanjang malam ia tercengang. (pengulangan konsonan "n")
Sajak : "Derita Pertama".

Diksi
Definisi : Pengunaan bahasa yang indah/berunsur sindiran.
Contoh : Ada rumah bertandang duduk.
"Seloka Pak Kaduk".

Sinkop
Definisi : Pemendekan kata
Contoh : "tidak setulus hatiku"
Sajak "Aku Menjadi Lebih Berani".
Kamu = mu
tidak = tak
engkau = kau

Retoris
Definisi : Penggunaan tanda soal
Contoh : kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa ?
Sajak "Keindahan Yang Hilang".

Paradoks
Definisi : Memperlihatkan satu keadaan atau suasana yang berlawanan atau maksud yang berlainan sama sekali.
Contoh : Anak dipijak dagang dijinjjing.
"Seloka Pandai Pak Pandir"

Anafora
Definisi : Perulangan rangkai kata yang sama pada awalnya/permulaan ayat.
Contoh :
a, Di sini aku pulang
b. Di sini belasan tahun

Responsi
Definisi : Perulangan rangkai kata yang sama di tengah-tengah ayat
Contoh :
Bagus rupanya bunga melur
Putih rupanya bunga pinang
"Pantun Lapan Kerat".

Epifora
Definisi : Perulangan rangkai kata yang sama pada akhir ayat.
Contoh :
Sama sendiri berpecah pecah
Kenyanglah yu bila jong pecah

Repitisi
Definisi :Perulangan rangkai kata yang sama pada baris yang sama.
Contoh : Hias penyata polan si polan

Metafora
Definisi : Perlambangan terus
Contoh : Kelelahan kita semakin parah tenatnya.

Simile
Definisi : Pengunaan bak. ibarat. lagi, umpama, seperi di hadapan sesuat rangkai kata.
Contoh : Seperti bunga semarak api.

Personifikasi
Definisi : Unsur alam yang boleh berlagak seperti manusia.
Contoh : Kebosanan mengigit pangkal rasa.

Hiperbola
Definisi Penggunaan rangkai kata yang keterlaluan dan ada ketikanya tidak masuk akal
Contoh : Kelelahan kita semakin parah rasanya.

Inversi
Definisi : Pembalikan ayat
Contoh : Sudah sekah tempat bergantung/

Simpulan bahasa
Definisi : Mempunyai maksud yang tersirat.
Contoh : ................... brmuka dua

Peribahasa
Definisi : Mempunyai maksud yang tersirat
Conroh :
mendengar guruh di langait
Air di tempayan dicurahkan.

Perlambangan
Definisi : Untuk melambangkan sesuatu.
Contoh :
Pantafsir = Tuhan yg memberi petunjuk jalan kebenaran.
Senja = Usia yang semakin lanjut
Angin = Pancaroba dam perubahan dalam kehidupan
Kelabu = Keraguan dan kekeliruan
Surat = Perjalanan hidup yang sudah ditentukan oleh takdir
Lautan = Kehidupan yang lama dan penuh dengan pencaroba
Buku-buku = Kisah-kisah kehidupan

Alusi
Definisi : Rangkai kata yang ditulis membawa maksud tersendiri.
Contoh : Adam ialah bapa kita
(Adam merupakan manusia pertama yang hidup di atas muka bumi ini).
Sajak : "Derita Pertama".

Sumber rujukan : www.andrewchoo.com

POLA AYAT DAN PENANDA WACANA YANG SESUAI UNTUK MENGHURAIKAN ISI

1. Dalam hal ini, seseorang remaja mengambil tindakan untuk melarikan diri dari rumah kerana tidak sampai hati melihat kemiskinan yang menimpa keluarganya.

2. Pada kakikatnya ...........

3. Di samping itu ...........

4. Kendatipun pelbagai usaha untuk menangani masalah pencemaan alam sekitar, masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai dan lautan.

5. Pihak polis perlu menikatkan rondaan dari semasa ke semasa untuk membendung kejadian jenayah di kawasan-kawasan perumahan. Kendatipun begitu, langkah itu tidak akan berkesan jika orang ramai tidak memberi kerjasama erat kepada pihak polis.

6. Sungguhpun ramai orang datang melamarnya. Eliza tetap menolaknya. Hal ini demikian kerana dia mahu menumpukan kepada peperiksaan SPM yang akan didudukinya pada tahun ini.

7. Hal ini demikian kerana .........

8. Kejayaan ini tidak datang sekelip mata. Dengan kata lain, tidak ada jalan ringkas untuk meraih kejayaan. Pendek kata, hanya orang yang tabah dan gigih sahaja akan mencapai kejayaan.

9. Dalam soal ini, kita tertanya-tanya adakah kita mampu mengatasi masalah perumahan di bandar besar ?

10. Soalnya, apakah kita rela dianggap sebagai ..............

11. Kita sering terdengar ada orang mengatakan bahawa .......

12. Lantaran itu .......

13. Jika kerajaan boleh mengadakan ........., maka tidak ada sebabnya ......

14. Apa yang membimbangkan kita ialah ........

15. Paling malang ......

16. Apa yang menyedihkan kia ialah masih terdapat mereka yang tidak tahu bagaimana penyakit AIDS boleh merebak.

17. "Melentur buluh biarlah dari rebungnya" demikianlah pepatag Melayu. Oleh itu ...

18. Dari segi sosial, kita dapati PTI ini akan menimbulkan masalah kegelisahan dalam kalangan penduduk tempatan.

19. Sudah dikatakan tadi bahawa masalah penceraian ibu bapa menyebabkan anak-anak mereka terumbang-ambing. Oleh itu janganlah mudah lafazkan talak terhadap isteri kerana kesannya amat berat.

20. Pada Umummua .........

21. Walaupun apa pun alasan yang diberikan, kita yakin masalah remaja liar ini mempunyai penyelesaiannya. Dari suatu segi, janganlah kita menyerahkan bulat-bulat kepada pihak kerajaan. Golongan cerdik pandai harus tampil ke hadapan bermusyarawarah dan memikirkan cara untuk mendekati golongan bermasalah ini.

22. Kesannya begitu ketara, bak kata pepatah Melayu "Sebab setitik nila rosak susu sebelanga". Oleh itu, jika kita tidak mahu keluarga dan bangsa, janganlah kita ........

23. Kesan berikutnya .........

24. Jika ditinjau daripada perspektif ( ekonomi/ISlam ) ..................

Sumber rujukan : www.andrewchoo.com

POLA AYAT DAN PENANDA WACANA YANG SESUAI UNTUK BAHAGIAN ISI KARANGAN

1. Terdapat pelbagai (sebab/faktor/punca) yang mengakibatkan berlakunya ......... antaranya ialah .....

1.1 Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah ..... antaranya ialah/adalah ....

2. Selain (sebab/faktor/punca) di atas pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan berlakunya masalah pembuangan bayi.

3. Sikap masyarakat yang materialistik atau mementingkan kebendaan juga merupakan sebab utama berlakunya pembuangan bayi.

4. Bagi mengatasi masalah ini, pihak kerajaan sepatutnya bijak mengorak langkah dari sekarang dengan .........

5. Tidak ada simpul yang tidak boleh diuraikan dan tidak ada lajak yang boleh diundurkan. Oleh itu, langkah sewajarnya yang perlu diambil ialah ........

6. Masalah ini dapat diatasi dengan berkesan sekiranya .....

7. Selain itu. Kita menyeru agar ibu bapa .....

Sumber rujukan : www.andrewahoo.com

CONTOH PENGGUNAAN PENDAHULUAN KARANGAN

Contoh 1:

Sejak akhir-akhir ini isu ....... begitu hangat diperkatakan dalam media massa. Sebelum kita melebarkan perbincangan, apa kata kita fahami dahulu konsep ".......". Menurut Abd. Rahman Lo, ".........." boleh ditakrifkan sebagai .......... Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa ...............

Contoh 2:

Isu ...... bukan lagi soal asing di negara kita. Isu ini hangat dibicarakan sama ada dalam media cetak mahupun media elektronik. Pakar (ekonomi/sosiologi/psikiatri) berpendapat bahawa ...... Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa .......

Contoh 3:

Sebelum kita berbicara dengan labih lanjut, apa kata definisikan dahulu konsep "..........." mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga 1994, "........" ialah ........... Memang tidak dapat dinafikan bahawa .........

Sumber rujukan : www.andrewchoo.com