Monday, January 31, 2011

TIPS UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN YANG BAIK ASPEK PENANDA WACANA DAN POLA AYAT

PERHATIAN
Karangan yang baik perlu mempunyai keragaman dan segi struktur ayat. Oleh hal yang demikian, pastikan anda menggunakan ayat yang pelbagai ragam dan sesuai dengan laras bahasa yang digunakan.

A. SESUAI UNTUK BAHAGIAN PENDAHULUAN KARANGAN

1. ( Dewasa ini / Sejak akhir-akhir ini / Sejak kebelakangan ini / Baru-baru ini ), ( Isu / Soal / masalah ) ........................ begitu hangat diperkatakan dalam media massa.

Contoh:

Sejak kebelakangan ini, masalah budaya lepak dalam kalangan remaja begitu hangat diperkatakan dalam masyarakat kita dan juga media massa.

2. Dalam dekad yang serba mencabar ini, kita berhadapan pula dengan masalah / soal / isu .........................

Contoh:

a. Dalam dekad yang serba mencabar ini, kita berhadapan pula dengan isu pendatang tanpa izin.

b. Dalam dekad yang serba mencabar ini, kita berhadapan pula dengan masalah kenaikan harga minyak Petroleum di seluruh dunia.

3. Dewasa ini / Akhir-akhir ini kita dihantui oleh masalah .................

Contoh:

a. Dewasa ini kita dihantui oleh masalah pembuangan bayi.

b. Akhir-akhir ini kita dihantui oleh masalah buli dalam kalangan pelajar.

4. ( Isu/Masalah/Soal ....... bukan lagi perkara asing di negara kita dan mendapat perhatian setiap lapisan masyarakat. Oleh itu, tidak hairanlah (Isu/Masalah/Soal) ini mendapat liputan meluas dalam televisyen dan surat khabar tempatan.

5. Dalam alaf yang berkembang dengan pelbagai kemajuan sains dan teknologi, kita berhadapan pula dengan soal/isu/masalah ................

6. Gejala ..... sudah sampai ke tahap kritikal dan membimbangkan kita semua. Oleh itu tidak hairanlan jika ia turut menarik perhatian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita ketika berucap merasmikan ......

7. Kita harus akur dan kembali kepada fitrah alam semesta bahawa setiap kejadian Allah SWT itu menjadikan berpasang-pasangan. Ada syurga dan neraka. Ada panas dan sejuk. Ada siang dan malam, dan begitulah juga kesan ...... yang pastinya mempunyai kesan positif dan negatif. ( Karangan ini sesuai untuk tajuk karangan yang meminta kesan pembangunan, teknologi maklumat dll. )

8. Sebelum kita berbincang dengan lebih lanjut, apa kata kita definisikan dahulu maksud "Semangat Kejiranan" .......

9. "Semangat kejiranan" dapatlah didefinisikan sebagai ..........

10. Menurut Hartini Hamzah dalam buku, "Melunas Rindu", ........................

11. Mengikut Kamus Dewan, Edisi Ketiga 1994, "..........." bolehlah ditakrifkan sebagai .........

12. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua Cemarlang, guru-guru, rakan-rakan dan sidang hadirin yang saya kasihi. Assalamualaikum dan salam sejahtera. (ucapan syarahan)

13. (pertandingan bahas)
Enggang bukan sebarang enggang,
Enggang datang dari seberang,
Kedatangan kami memang diundang,
Untuk membidas hujah (pembangkang/pencadang)

14. Dengan segala hormatnya, saya ingin memaklumkan bahawa saya, ............... selaku wakil penduduk Kampung/Taman ......... ingin .......... Dengan segala hormatnya, saya ingin memaklumkan bahawa saya, Encik Abd. Rahman Lo, selaku wakil penduduk Taman Muhibbah Bal, Tawau ingin melahirkan rasa tidak puas hati kami terhadap gangguan anjing liar. (surat rasmi)

15. Merujuk surat tuan yang bertarikh ....., saya ingin memaklumkan bahawa saya ...... (surat rasmi)

16. Menemui Sahabatku, Abd. Rahman Lo yang kini berada di Tawau dengan harapn semoga berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa riang bersama keluarga tercinta. (surat tidak rasmi)

Sumber rujukan : www.andrewchoo.com

No comments:

Post a Comment