Friday, April 27, 2012

KABUS DI PERBUKITAN

PLOT
Bab 2
i. Pada masa yang sama, Faridah dalam perjalanan menuju Raub setelah mengurus program anak-anak istimewa di Bukit Fraser.

ii. Ketika memandu, tiba-tiba Iqbal, seorang kanak-kanak istimewa bertanya hala tuju mereka. Faridah terperanjat kerana tidak menyangka Iqbal boleh berada di dalam van sedangkan sebentar tadi dia bersama-sama Mastura , rakan
sekerja Faridah. Malangnya dia tidak dapat mengawal van yang dipandunya. Van terlanggar pengadang jalan dan terjatuh ke dalam gaung. Pada masa itu, Faridah terkenang ibunya yang keseorangan di rumah..

Perkembangan

1. Operasi mencari Faridah diteruskan oleh pasukan polis, RELA, PERHILITAN dan orang asli Senoi dari Pos
Praak.
2. Ayah Faridah Mejar(B) Kamarudin dimaklumkan oleh Cikgu Raduan tentang kehilangan Faridah
3. Mejar(B) Kamarudin memberitahu kisah Faridah kepada isterinya Hamidah iaitu Faridah ialah kembar Rahayu
yang berpisah sejak berusia 7 tahun
4. Mejar (B) Kamarudin bertolak ke Bukit Fraser
5. Keadaan Rahayu semakin serius .
6. Rahayu sering meracau tentang Faridah, tentang Bukit Kutu
7. Mejar (B) Kamarudin bersama-sama Buyung mesuk ke hutan Bukit Kutu untuk mencari Faridah berdasarkan
maklumat yang diperoleh melalui racauan Rahayu
8. Faridah dan Iqbal berada di Bulit Kutu dan tinggal di banglo milik Tuan Cecil Renking seorang magistrate and
Collector
9. Suasana seperti tahun 40-an pada era P. Ramlee atau R. Azmi
10. Faridah diberitahu dia berada di Bukit Kutu yang berketinggian 3300 kaki dari aras laut.
11. Faridah bertemu Rahayu dalam tidur dan mendapat tahu Rahayu menghidap penyakit kanser
12. Pada masa ini Hamidah ibu tiri Rahayu melihatnya meracau-racau dalam tidur
13. Semasa Rahayu sedang berjuang melawan sakitnya di HUKM, di Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Dareah Raub ,
ACP Ahmad dan bin Mokhtar selaku OCPD daerah Raub mengumumkan Ops PDK yang dilancarkan untuk
menyelamatkan Faridah dan Iqbal ditamatkan
14. Mejar(B) Kamarudin mengambil keputusan untuk mencari Faridah dengan bantuan Buyung,
15. Mereka akhirnya berjaya mengesan Faridah dan Iqbal di Sungai Dua di kawasan perkampungan Orang Asli .
16. Faridah dibawa ke HUKM dan Iqbal dengan helikopter .
17. Semasa berada di bawah minda bawah sedar Faridah dibawa oleh Amah Siti ke Pekan Kubu.
18. Aktiviti perlombongan amat aktif di Hulu Sungai Selangor dan dikawal oleh Penghulu Garang.
19. Faridah juga menyaksikan kejadian Tuan Cecil Renking mengebom lombong timah yang dikatakan berpuaka (
buaya putih )
20. Pada masa itu sebenarnya Faridah telah berada di HUKM. Rahayu sedang menemaninya apabila tiba-tiba
Rahayu mendengar Faridah meminta tolong dan Rahayu sedang merempuh dan menongkah air yang deras.
21. Rahayu dapat menyelamatkan Faridah yang tersepit di bawah almari besar.
22. Rahayu berpesan agar Faridah pulang menemui ibu mereka kerana sudah terlalu lama Faridah meninggalkan
ibunya.
23. Faridah menjerit nama Rahayu sekuat hati dan tersedar dari komanya. Tatapi pada masa itu Rahayu telah
menghembuskan nafasnya.
24. Salmah mengalami tekanan jiwa akibat kematian Rahayu. Dia sentiasa terkenang Rahayu.
25. Salmah memberitahu Faridah tentang Ghazali dan berharap Faridah dapat menerima Ghazali sebagai suami.
26. Azrul kekasih Rahayu, memilih untuk mencebur diri di bidang penternakan
27. Salmah terus mengalami tekanan jiwa . Dia sentiasa mengingati arwah Rahayu,
28. Faridah melahirkan kebimbangannya terhadap kesihatan Salmah kepada Ghazali suaminya.
29. Salmah akhirnya meninggal dunia setelah lama menderita kematian rahayu.
30. 25 tahun setelah berhijrah ke New Zealand dan berkahwin dengan warga New Zealand, Faridah tidak pernah
pulang ke kampung halamannya di Sungai Besar, Malaysia.
31. Dia tinggal di Rosewood berdekatan Christchurch dan memiliki dua orang anak kembar , Melina dan Anne.
32. Anaknya Melina berkahwin dengan Benny seorang bangsa Arab warga Dubai
33. Dan mengikut suaminya berhijrah ke Marang, Terengganu.
34. Melina meneruskan minatnya melukis. Benny mula merapatkan diri dengan Mohammed Attar kerna kagum
dengan kehebatan pengetahuan agama Islam yang dimiliki Mohamed Attar
35. Zain seorang penuntut bidang pertanian menjalinkan hubungan dengan Anne.
36. Di Christchurch pula Soleh Johnsons amat risau akan kegitan vandalisme terhadap umat Islam di situ dan
bercadang meredakan keadaan dengan mengadakan jamuan bersama-sama penduduk tempatan.
37. Zain yang pulang bercuti ke Malaysia menyampaikan hasratnya untuk berkahwin dengan Anne kepada bapanya
Datuk Azrul
38. Zain berkunjung ke rumah Faridah dan asal usul Faridah terbongkar. Zain dan Faridah berasal dari Sungai Besar.
Zain menjemput Faridah pulang ke Sungai Besar .
39. Mohammed Attar cuba mengembangkan pengaruh militannya kepada Ustaz Syukri.
40. Melina mengingatkan Benny tentang sikap Mohammed Attar yang agresif tetapi disangkal oleh Benny. Benny
beranggapan Mohammed Attar seorang yang warak dan mampu membimbing mereka ke arah kebaikan.
41. Faridah dan Soleh Johnsons pulang ke Malaysia untuk menziarahi Melina yang sarat mengandung,
membincangkan perkahwinan Zain dan Anne sambil bercuti di Cameron Highlands.
42. Faridah mendedahkan kisah Rahayu dan dirinya kepada Datuk Azrul. Faridah ingin kembali melihat kampong
halamannya di Sungai Besar.
43. Benny menghilangkan diri setelah mendapat mesej penangkapan Mohammed Attar kerana kegiatan militannya.
44. Melina ke Cameron Highlands untuk bertemu Faridah dan Soleh Johnsons. Faridah telah dimaklumkan tentang
kehilangan Benny.

1. PERUMITAN
1. Benny mula terlibat dengan kegiatan militan Mohammed Attar tanpa sedar.
2. Melina mengalami tekanan perasaan apabila sering ditinggalkan oleh Benny berseorangan kerana kesibukan Benny.
3. Benny, Muhammad Attar tidak sependapat dengan Ustaz Syukri dalam cara mereka memperjuangkan agama Islam.
4. Benny melarikan diri pada awal pagi meninggalkan Melina keseorangan di Marang , Terengganu setelah dimaklumkan Mohammed Attar telah ditahan kerana cuba meletupkan kasino di Pulau Sentosa.
5. Benny menaiki bot di tengah lautan yang disediakan oleh An Anbia Family Limited Company untuk membawanya ke lokasi rahsia.
6. Melina tidak tahu tempat suaminya menghilang dan lebih merumitkan lagi apabila nama Benny tidak disenaraikan oleh polis Malaysia sebagai orang yang dikehendaki.
7. Mejar(B) Kamarudin berlaku curang kepada isterinya Slamah dan berkahwin dengan Hamidah.
8. Mejar(B) Kamarudin memisahkan Rahayu dengan Faridah apabila dia dipindahkan ke Pontianak menyebabkan Rahayu mengalami gangguan emosi pada awal perpisahan.
9. Faridah mengalami kekecewaan apabil putus tunang dengan Azman
10. Rahayu pengsan di perpustakaan dan akhirnya disahkan menghidap kanser paru-paru.
11. Faridah dan Iqbal terlibat dalam kemalangan dan hilang selama sebulan di dalam hutan tanpa dapat dikesan.
2. PUNCAK
a. FARIDAH , SOLEH JOHNSONS DAN ANNE PULANG BERCUTI DI MALAYSIA UNTUK MELAWAT MELINA DAN MEMBINCANGKAN PERKAHWINAN ANNE DENGAN ZAIN. KEPULANGAN FARIDAH TELAH MEMPERTEMUKAN SEMULA FARIDAH DENGAN AZRUL DAN KERINDUAN FARIDAH TERHADAP KAMPUNG HALAMANNYA SUNGAI BESAR SEMAKIN MENDALAM.
b. MUHAMMAD ATTAR DITANGKAP OLEH PIHAK INTERPOL KERANA CUBAAN MELETUPKAN SEBUAH KASINO DI PULAU SENTOSA. PADA MASA YANG SAMA MELINA MELAPORKAN KEHILANGAN BENNY KEPADA PIHAK POLIS DI MARANG, TERENGGANU
C.PERKAHWINAN ZAIN DAN ANNE YANG MELAKAR SEJARAH DUA BUAH NEGARA.TETAMU PELBAGAI BANGASA DARI LUAR NEGARA HADIR.HOTEL, RUMAH TUMPANGAN, RUMAH REHAT, CALET SEKITAR TELUK INTAN, SABAK BERNAM DAN SUNGAI BESAR HABIS DITEMPAH. PERKAHWINAN MENDAPAT LIPUTAN SEBUAH STESEN TELEVISYEN.....
“PERKAHWINAN DUA NEGARA.”
FARIDAH MERUPAKAN INSAN YANG PALING GEMBIRA.
d.SOLEH DAN MELINA KE DUBAI UNTUK BERTEMU BENNY SETELAH DIHUBUNGI OLEH KELUARGA JAAFAR AL ANBIA YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMBAWA BENNY KELUAR DARI MALAYSIA SECARA RAHSIA. BENNY TIDAK BOLEH MENINGGALKAN DUBAI KERANA TELAH DISENARAIKAN SEBAGAI ORANG YANG PALING DIKEHENDAKI OLEH AMERIKA SYARIKAT.
MELINA MENETAP DI DUBAI BERSAMA-SAMA BENNY

3. PELERAIAN
2. Faridah pulang ke Sungai Besar . Pulang ke rumah ibunya. Menikmati dan mengenang semula kampung halamannya yang 25 tahun ditinggalkan
3. Soleh Johnsons dan Melina terbang ke Dubai untuk bertemu Benny .
4. Segala persoalan terungkai...Benny menceritakan pelariannya selama dua minggu sebelum sampai ke Dubai melalui perancangan keluarganya di Dubai.
5. Anne dan Zain pulang ke New Zealand dan megambil alih perniagaan penternakan Soleh Johnsons.
6. Faridah dan Soleh Johnsons menetap di Camerons Hihglands.
7. Soleh Johnsons dan Datuk Azrul mengusahakan kawasan peranginan ala Inggeris berkonsepkan agropelancongan di Tanah Tinggi Lojing.
8. Benny berjanji akan mempromosikan tempat peranginan tersebut di Dubai
9. Melina melahirkan anak lelaki pewaris An Anbia.
10. Anne melahirkan anak kembar – Melinda dan Rahayu ( nama pilihan Faridah)
11. Bukit Kutu kekal menjadi hutan rizab binatang liar seperti Bukit Nanas, Kuala Lumpur
12. Faridah bersyukur kerana telah kembali ke tanah air dan berjanji membina jati diri bangsa.
13. Faridah berharap anak cucunya mewarisi jati diri bangsa dengan berpegang pada tali agama.

NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai ialah unsur-unsur baik yang terdapat dalam novel
Pengajaran ialah unsur-unsur yang negatif untuk dijadikan iktibar kepada kita
Kedua-dua nilai dan pengajaran dikaji untuk menjadi panduan dan teladan dalam kehidupan seharian kita.

A. NILAI

1.KETEGUHAN JATI DIRI BANGSA DAN AGAMA
• Faridah masih kental jati diri Melayunya walaupun telah tinggal di New Zealand selama 25 tahun. Dia masih makan makanan Melayu iaitu kari malah anaknya Anne meminta dia memasak kari.
• Faridah masih mengekalkan panggilan nama Melayunya Idah- nama yang dipanggil oleh suaminya Soleh Johnsons.
• Faridah masih mendengar lagu-lagu Melayu melalui internet.
• Datul Azrul sering berpesan kepada anaknya Zain, agar tidak melupakan kampung halaman dan pulang ke kampung halaman setelah tamat pengajian di New Zealand.
• Melina dan Benny masih berpegang kuat pada ajaran agama iaitu mereka berkahwin setelah saling menyayangi alupun baru 2 minggu berkenalan.
• Faridah dan Soleh Johnsons menghantar Anne dan Melina bersekolah agama di sekolah rendah yang terletak 30km dari Rosewood pada sebelah petang.
• Datuk Azrul solat berjemaah subuh dan mendengar ceramah agama di surau kampungnya.
• Soleh Johnsons mengusahakan pusat penyelembihan untuk membekalkan daging halal kepada umat Islam di New Zealand.

2.KASIH SAYANG
• Salmah amat menyayangi anaknya Rahayu sehingga sering terkenang-kenangkan Rahayu yang sudah meninggal dunia akibat kanser.
• Hamidah menyayangi anak tirinya Rahayu yang dibela sejak berusia 7 tahun, menjaga Rahayu yang sakit di hospital .
• Benny amat menyayangi Melina. Melina dibawa tinggal di Dubai kerana Benny tidak lagi boleh keluar dari Dubai setelah tersenarai sebagai militant oleh Amerika Syarikat.
• Faridah amat menyayangi keluarganya (Soleh Johnsons, Anne dan Melina) sehingga tidak pernah meninggalkan mereka setelah 25 tahun berhijrah ke New Zealand
• Faridah amat menyayangi ibunya Salmah sehingga terlalu sedih selepas Salmah meninggal dunia.

3.KETABAHAN/KECEKALAN
• Faridah tabah menjalani hidup selama 25 tahun di New Zealand tanpa pulang ke Malaysia setelah berkahwin dengan Soleh Johnsons.

4.KEBERANIAN
• Kamarudin berani meredah hutan tebal Bukit Kutu bersama-sama buyung semata-mata mahu mencari anaknya Faridah dan Iqbal yang hilang selepas terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan ke Raub.
• Melina berani memandu seorang diri dari Marang Kuala Terengganu ke Bukit Cameron Highlands untuk bertemu ibunya Faridah.

5.KEBIJAKSANAAN
• Datuk Azrul membuat keputusan yang bijak apabila menceburi bidang pertanian selepas tamat pengajian dari UPM.

6.BERTANGGUNGJAWAB
• Kamarudin seorang bapa yang bertanggungjawab. Walaupun hampir 14 tahun tidak bersua dengan Faridah, dia tetap berusaha mencari Faridah yang hilang dalam hutan.
• Ghazali seorang majikan Faridah yang bertanggungjawab. Ghazali seorang pegawai JKM berada bersama-sama pasukan pemyelamat di Rumah Rehat Gap semasa poerasi mencari Faridah dan Iqbal.

7.KEPRIHATINAN
• Azrul amat prihatin dengan isu alam sekitar. Azrul menyertai kempen Save Our River- S.O.S di KLCC anjuran Persatuan Pencinta Alam
• Soleh Johnsons tidak mahu mengusahakan kebun sayur di Tanah Tinggi Lojing kerana tidak mahu merosakkan ekosistem alam semula jadi sebaliknya membina kawasan peranginan berkonsep semula jadi iaitu kebun teh, padang ragut untuk kuda liar, dusun buah-buahan sitrus dan taman-taman bunga.
• Soleh Johnson amat pritahin akan keinginan Faridahuntuk ;pulang ke kampung halamannya di Malaysia. Dia, akhirnya berhijrah ke Cameron Highlands bersama-sama Faridah.


8.KESETIAAN
• Melina seorang isteri yang setia. Dia berhijarh ke Malaysia mengikut Benny yang bertugas di Marang Trengganu
• Melina seorang isteri yang setia, berhijrah ke Dubai kerana perlu berada di sisi Benny yang telah pulang ke Dubai kerana disyaki sebagai militan.


9. KETAATAN kepada agama
• Faridah taat akan ajaran agama. Bangun bersembahyang Subuh .
• Melina mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Benny selepas
• berkenalan selama 2 minggu kerana masih berpegang kuat pada ajaran Islam
• setelah dipelawa oleh Benny untuk ke Malaysia selama tiga bulan


10. BERBUDI BAHASA
• Zain seorang pemuda yang berbudi bahasa. Dia menziarahi Faridah untuk berkenalan dengan keluarga Faridah dan menyampaikan salam daripada kedua-dua orang tuanya di Malaysia.

11. KEPASRAHAN/KEREDAAN pada takdir tuhan
• Soleh memberitahu Anne, segala yang berlaku dalam keluarga mereka merupakan ketentuan Allh SWT apabila Anne bertanya sebab Faridah meninggalkan kampung halamannya 25 tahun dahulu. Penghijrahan Faridah menjadi penyebab kelahiran Anne ke dunia
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

B.PENGAJARAN

1.Kita mesti mempunyai jati diri yang kental terhadap bangsa sendiri.
• Faridah masih mengekalkan idenditi bangsa Melayunya walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand iaitu masih menggunakan nama Idah.

2. Kita mesti meletakkan pegangan agama sebagai asas kehidupan untuk
berjaya dalam hidup
• Soleh Johnsons berjaya menjadi pengusaha ternakan dan penyembelihan cara Islam di New Zealand .
• Dia amat dikenali dalam kalangan 30.000 orang Muslim di New Zealand.

3. Kita mesti memulihara alam semula jadi agar kerosakan ekologi dapat
dikurangkan
• Soleh Johnsons dan Datuk Azrul tidak mahu mengusahakan ladang sayur demi kelestarian Tanah Tinggi Lojing, sebaliknya mengusahakan pusat peranginan berkonsep agropelancongan.
• Bukit Kutu kekal menjadi Hutan Rizab Hidupan Liar yang telah diwartakan sejak zaman pemerintahan British.

4. Kita mesti berwawasan jauh untuk mencapai kejayaan
• Azrul seorang graduan yang berpandangan jauh tentang masa depan bidang pertanian di negara ini.
• Azrul menyatakan hasratnya untuk menternak kambing selepas tamat pengajian kepada ayahnya setelah melihat pasaran kambing yang tinggi bagi majlis akikah, korban, majlis menyambut kelahiran dan kegunaan masyarakat Hindu.
• 25 tahun kemudian Azrul bergelar Datuk Azrul setelah berjaya memajukan industri pertanian melalui ladang sendiri dan Pertubuhan Peladang.

5. Kita mesti berfikiran terbuka untuk mencapai kejayaan
• Datuk Azrul menghantar anaknya Zain belajar dalam bidang pertanian di New Zealand untuk mengalami sendiri perbezaan cara hidup masyarakat New Zealand yang jauh lebih maju di bidang pertanian dan membezakannya dengan sikap masyarakat tempatan yang tidak berubah walaupun negara sudah maju.
• Datuk Azrul terpaksa berusha gigih meyakinkan penduduk Merbau Berdarah agar menyatukan kebun-kebun mereka untuk membentuk mini estet kelapa sawit dan buah-buahan

6. Kita mesti yakin sektor pertanian mampu memajukan negara
• Datuk Azrul memberitahu Zain bahawa semaju mana pun negara jika tanpa hasil tani, rakyatnya tidak dapat meneruskan kehidupan.
• New Zealand, negara tempat Faridah bermaustatin merupakan negara pertanian dan penternakan biri-biri yang maju. Suaminya Soleh Johnsons mengusahakan industri penternakan dan penyelembihan yang berjaya di Christchurch.

7. Kita mesti beradab dan menghormati golongan tua/veteran
• Faridah menziarahi Pak Talib berusia 80/90 tahun pengusaha belacan semasa pulang ke Sungai Besar.
• Benny menziarahi Faridah dan Soleh Johnsons untuk menyampaikan hasrat melamar Melina sebagai isteri
• Zain menziarahi Faridah untuk berkenalan dengan keluarga Anne setelah berhasrat untuk mengahwini Anne.

8. Kita jangan mengabaikan adat budaya bangsa dalam kehidupan
• Zain menyampaikan hasratnya untuk berkahwin dengan Anne gadis kacukan
Inggeris –Melayu kepada ayahnya bagi mendapatkan persetujuan bapa dan ibunya.
• Datuk Azrul dan Datin Aisyah menziarahi Faridah dan Soleh Johnsons di Cameron Highlands untuk berbincang dan mengurus perkahwinan Zaindan Anne.

9. Kita mesti ingat asal usul keturunan kita
• Faridah sentiasa bercerita tentang sawah bendang, pokok kelapa di kampung halamannya Sungai Besar kepada Melina dan Anne.
• Melina ingin ke Sungai Besar untuk melihat kampung halaman ibunya dan menjejak warisannya yang dirasakan semakin hilang.

10. Kita mesti mengamalkan cara hidup yang sederhana dan harmoni demi
keamanan negara/ berlemah lembut apabila menasihati maasyarakat
• Ustaz Hassan Syukri menyampaikan ajaran agama Islam dengan lemah lembut
• Ustaz Hassan Syukri memberitahu Mohamed Attar orang Melayu Islam di Malaysia mengamalkan cara hidup yang sederhana dan sentiasa berlemah lembut.

11. Kita hendaklah berhati-hati memilih kawan
• Benny terperangkap dalam kumpulan militan Mohammed Attar yang dikenalinya semasa bertugas di Marang. Kepetahan Mohammed Attar berhujah memikat Benny yang masih kurang ilmu pengetahuan Islam tanpa menyedari Mohammed Attar ialah seorang anggota kumpulan militan.

12. Kita hendaklah bijak membuat keputusan apabila berada dalam kesusahan
• Melina bertindak melaporkan kehilangan suaminya Benny kepada pihak polis dengan segera setelah Benny tidak pulang ke rumah selama empat hari. Tindakan bijaknya menyebabkan pihak polis mengeluarkan perintah perlindungan keselamatan kepadanya.

13. Kita mesti ada sifat tolak ansur dalam hidup berkeluarga
• Soleh Johnsons bersetuju untuk tinggal di Cameron Highlands setelah Anne berkahwin dengan Zain .
• Soleh Johnsons mengikut hasrat Faridah untuk tinggal di Cameron Highlands (menetap di Malaysia)

14. Kita jangan terlalu taksub dengan satu-satu pendapat dan pegangan
sehingga menjejas keamanan dan keselamatan orang lain
• Mohammed Attar seorang juruterbang helikopter di syarikat tempat Benny bertugas ialah seorang yang tahfiz Al Quran dari Madrasah al-Husaini, Islamabad , mahir tentang rukun Islam, tauhid tetapi amat benci akan Amerika yang dianggap petualang.
• Dia dipercayai oleh polis republik mahu mengebom kasino yang baru dibina di Pulau Sentosa tetapi berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa republik tersebut.
• Mohammed Attar tidak dapat menerima pendapat Ustaz Hassan Syukri yang menekankan unsur lemah lembut dalam berdakwah dan menegur orang lain.

15. Kita mesti prihatin akan kesusahan orang lain yang berada di sekeliling kita
• Azrul sentiasa menemani Rahayu yang sakit di HUKM
• Pasukan polis Raub menjalankan operasi mencari Faridah dan Iqbal yang hilang selepas kemalangan.
• Ghazali seorang majikan yang prihatin akan keselamatan Faridah dan Iqbal. Ghazali bermalam di Rumah Rehat Gap untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Faridah dan Iqbal

Buku teks
1. KABUS DI PERBUKITAN
2. Panitia Bahasa Malaysia
3. Bengkel BBB Novel KABUS DI PERBUKITAN

No comments:

Post a Comment