Monday, January 31, 2011

TIPS UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN YANG BAIK ASPEK PENANDA WACANA DAN POLA AYAT

PERHATIAN
Karangan yang baik perlu mempunyai keragaman dan segi struktur ayat. Oleh hal yang demikian, pastikan anda menggunakan ayat yang pelbagai ragam dan sesuai dengan laras bahasa yang digunakan.

A. SESUAI UNTUK BAHAGIAN PENDAHULUAN KARANGAN

1. ( Dewasa ini / Sejak akhir-akhir ini / Sejak kebelakangan ini / Baru-baru ini ), ( Isu / Soal / masalah ) ........................ begitu hangat diperkatakan dalam media massa.

Contoh:

Sejak kebelakangan ini, masalah budaya lepak dalam kalangan remaja begitu hangat diperkatakan dalam masyarakat kita dan juga media massa.

2. Dalam dekad yang serba mencabar ini, kita berhadapan pula dengan masalah / soal / isu .........................

Contoh:

a. Dalam dekad yang serba mencabar ini, kita berhadapan pula dengan isu pendatang tanpa izin.

b. Dalam dekad yang serba mencabar ini, kita berhadapan pula dengan masalah kenaikan harga minyak Petroleum di seluruh dunia.

3. Dewasa ini / Akhir-akhir ini kita dihantui oleh masalah .................

Contoh:

a. Dewasa ini kita dihantui oleh masalah pembuangan bayi.

b. Akhir-akhir ini kita dihantui oleh masalah buli dalam kalangan pelajar.

4. ( Isu/Masalah/Soal ....... bukan lagi perkara asing di negara kita dan mendapat perhatian setiap lapisan masyarakat. Oleh itu, tidak hairanlah (Isu/Masalah/Soal) ini mendapat liputan meluas dalam televisyen dan surat khabar tempatan.

5. Dalam alaf yang berkembang dengan pelbagai kemajuan sains dan teknologi, kita berhadapan pula dengan soal/isu/masalah ................

6. Gejala ..... sudah sampai ke tahap kritikal dan membimbangkan kita semua. Oleh itu tidak hairanlan jika ia turut menarik perhatian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita ketika berucap merasmikan ......

7. Kita harus akur dan kembali kepada fitrah alam semesta bahawa setiap kejadian Allah SWT itu menjadikan berpasang-pasangan. Ada syurga dan neraka. Ada panas dan sejuk. Ada siang dan malam, dan begitulah juga kesan ...... yang pastinya mempunyai kesan positif dan negatif. ( Karangan ini sesuai untuk tajuk karangan yang meminta kesan pembangunan, teknologi maklumat dll. )

8. Sebelum kita berbincang dengan lebih lanjut, apa kata kita definisikan dahulu maksud "Semangat Kejiranan" .......

9. "Semangat kejiranan" dapatlah didefinisikan sebagai ..........

10. Menurut Hartini Hamzah dalam buku, "Melunas Rindu", ........................

11. Mengikut Kamus Dewan, Edisi Ketiga 1994, "..........." bolehlah ditakrifkan sebagai .........

12. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua Cemarlang, guru-guru, rakan-rakan dan sidang hadirin yang saya kasihi. Assalamualaikum dan salam sejahtera. (ucapan syarahan)

13. (pertandingan bahas)
Enggang bukan sebarang enggang,
Enggang datang dari seberang,
Kedatangan kami memang diundang,
Untuk membidas hujah (pembangkang/pencadang)

14. Dengan segala hormatnya, saya ingin memaklumkan bahawa saya, ............... selaku wakil penduduk Kampung/Taman ......... ingin .......... Dengan segala hormatnya, saya ingin memaklumkan bahawa saya, Encik Abd. Rahman Lo, selaku wakil penduduk Taman Muhibbah Bal, Tawau ingin melahirkan rasa tidak puas hati kami terhadap gangguan anjing liar. (surat rasmi)

15. Merujuk surat tuan yang bertarikh ....., saya ingin memaklumkan bahawa saya ...... (surat rasmi)

16. Menemui Sahabatku, Abd. Rahman Lo yang kini berada di Tawau dengan harapn semoga berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa riang bersama keluarga tercinta. (surat tidak rasmi)

Sumber rujukan : www.andrewchoo.com

Saturday, January 22, 2011

Pahlawan Buntung (S. Othman Kelantan)

Sinopsis

Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu, Pak Husain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat.

Tema

Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian.

Persoalan

1.Persoalan kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa kesusahan hidup.
2.Persoalan keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang musuh.
3.Persoalan kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan.
4.Persoalan mengenang jasa tokoh yang telah berjasa.
5.Persoalan berusaha membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup.
6.Persoalan hormat kepada warga tua atau warga emas

Plot

Secara keseluruhannya plot cerpen ini mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu;

(i)Permulaan

Watak Pak Husain diperkenalkan melalui imbas kembali Khalid akibat peperangan yang telah berlaku berdasarkan fizikal.

(ii)Perkembangan

Dialog antara Pak Husain dengan Khalid dan imbas kembali Khalid terhadap peperangan yang menyebabkan keluarganya berpindah. Pada ketika itu Pak Husain

berusia 30 tahun dan dia telah membantu orang-orang kampung Pulau Pak Amat yang diserang oleh tentera Jepun.

(iii)Konflik

Adik beradik Khalid memeluk ibu mereka kerana perasaan takuat yang amat sangat. Pak Husain hilang semasa mengetuai perpindahan orang-orang kampung. Pak Husain ditahan askar Jepun untuk menggali kubur ketika dalam perjalanan memeriksa barang-barang di rumahnya.

(iv)Klimaks

Sewaktu Pak Husain melarikan diri dari tahanan askar Jepun dan semangat Pak Husain hilang dan sentiasa meracau apabila teringat kembali tentang mayat-mayat yang dikebumikannya. Ketika pendaratan perompak di kampung Pak Amat, dia telah membedil para perompak dengan senapang yang diambil dari askar Punjabi dan menyebabkan rumah Pak Ngah Isa terselamat termasuklah penduduk kampung.

(v)Peleraian

Setahun selepas Jepun menyerah kalah, Pak Husain terkena saki baki bom yang ditanam dan mengakibatkan kaki Pak Husain dipotong. Khalid mengimbas kembali segala peristiwa yang menimpa Pak Husain dan keberaniannya menentang musuh serta berharap hubungannya dengan Pak Husain terus terjalin.

Teknik Plot

1.Pemerian

ketika kami melangkah ke pintu tadi, cahaya Subuh sudah terpancar dari sebelah timur. Kemerah-merahan. Keheningan malam selalunya masa begini telah membawa langkah para nelayan ke gigi ombak…


2.Dialog

“Jemputlah ke rumah kami, kataku. “ kami tinggal di Jalan ayam. Abang dan Adik kebetulan ada.”
“Terima kasih Khalid!” Pak Hussain menanamkan matanya ke dalam mataku.

3.Suspens

Dia jugalah mengumpulkan ke pengkalan. Dia segala-galanya. Dan dia tetinggal dalam saat akhir bila Pak Ngah memerintahkan kami meninggalkan pengkalan. Tidak seorang pun di antara kami yang sedar bahawa Pak Husain belum turun ke pengkalan. Dan ketika perahu kami melewati Tuk Lukup, Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang dan Sungai Gali, kami belum sedar akan kehilangan Pak Husain. Mak Bidah, isterinya juga tidak sedar. Dan sekarang. Mak Bidah pula meraung…

4.Imbas kembali
…usianya baru kira-kira tiga puluh tahun. Aku berusia lebih sedikit empat belas tahun. Pak Husain tegap sasa. Dia berani. Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis kampungnya…

Latar

Latar Masa
• 30 tahun lalu (situasi perang)
• Tahun 1941 – 1973
• Semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan
• Semasa zaman penjajahan Jepun

Latar Tempat
• Kampung Pulau Pak Amat
• Kampung Tok Lukup
• Sungai Gali
• Kampung Dal
• Jalan Bayam

Latar Masyarakat
• Masyarakat kampung iaitu Kampung Pulau Pak Amat
• Masyarakat nelayan yang bekerja menangkap ikan
• Masyarakat yang hormat menghormati sesama jiran tetangga
• Masyarakat yang setiakawan dalam memberi pertolongan

Watak dan Perwatakan

Watak Utama
Pak Hussain
• Berusia 60 tahun
• Dahinya berparut dan kaki kudung (terkena serpihan bom)
• Berpakaian sederhana (keperibadian desa – suci murni)
• Mengetuai orang kampung semasa peperangan dengan Jepun. Pak Hussain telah mengetuai penduduk kampung berpindah ketika Jepun menyerang Kampong Pulau Pak Amat.
• Berpengalaman dan pernah diseksa oleh tentera Jepun. Pak Hussain dipaksa menggali kubur besar dan menguburkan mayat orang kampung sehari suntuk oleh pihak Jepun sehingga semangat beliau hilang dan dia meracau – racau.
• Berjasa kepada orang –orang kampong. Pak Hussain dengan berani telah memberitahu pihak jepun bahawa semua penduduk telah melarikan diri. Pak hussain juga pernah membedil kawanan perompak bagi menyelamatkan orang kampong.

Watak Sampingan

1. Khalid (aku)

• Anak Pak Hasan
• Menghormati pak Husain. Khalid bergitu mengagumi keberanian dan sikap Pak Hussain yang sanggup membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan penduduk kampong

2. Fatimah

• Ibu Khalid
• Seorang yang penyayang. Semua anak Fatimah memeluk ibu mereka kerana ketakutan apabila Jepun menyerang kampung mereka.

Gaya Bahasa

1. Kata ganda
Contoh: berjabu-jabu

2. Metafora
Contoh : gebar kebingungan

3. Hiperbola
Contoh : diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putus asa

4. Personifikasi
Contoh : ombak pagi yang malas

Nilai

1. Nilai keberanian contohnya Pak Husain berani menghadapi tentera Jepun
2. Nilai kebijaksanaan, contohnya Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun.
3. Nilai kasih sayang, contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka berpindah.
4. Nilai patriotisme, contohnya Pak Husain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air.

Pengajaran

1. Kita hendaklah berani mempertahankan hak di tanah air sendiri.
2. Kita hendaklah bijak memebuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.
3. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga.
4. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas

Sumber rujukan : BKP KPM

Friday, January 21, 2011

Pantun Lapan Kerat + Dirgahayu Bahasaku

Maksud

Rangkap 1

Bersifat sabar ialah tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan terpedaya dengan bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan.

Rangkap 2

Keturunan manusia berasal daripada Nabi Adam. Dipilih menjadi menjadi khalifah/ pemimpin di muka bumi Allah.

Rangkap 3

Kelalaian manusia menyebabkan bumi rosak binasa. Kebudayaan Timur telah dicemari oleh budaya Barat malah bahasa ibunda juga turut diabaikan.

Tema

Keagamaan

Persoalan

1. Persoalan kunci kejayaan ialah bersabar. (rangkap 1)
2. Persoalan keistimewaan sebagai seorang manusia. (rangkap 2)
3. Persoalan pencemaran budaya dan bahasa . (rangkap 3)

Bentuk

1. Mempunyai 3 rangkap.
2. Mempunyai 8 baris dalam setiap rangkap.
3. Jumlah perkataan antara 3 hingga 5 patah perkataan.
Contoh : ikan teluk parang-parang ( 3 perkataan – rangkap 2)
Contoh : biarlah sabar dengan perlahan ( 4 perkataan – rangkap 1)
Contoh : Di tepi halaman menanam kubis ( 5 perkataan – rangkap 1)
4. Terdiri daripada 8 hingga 13 suku kata.
5. Rima akhir abcdabcd
6. Bentuk pantun terikat.

Gaya Bahasa

1.Unsur bunyi
Asonansi - kerana lalai rosak binasa (rangkap 3 baris 6)
Aliterasi – bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)

2.Sinkof
Bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)

3.Kata ganda
Anak ketam disangka lelabi (rangkap 2 baris 2)
Dapat buruan dibelah-belah (rangkap 2 baris 4)
Bukan makhluk sebarang-barang (rangkap 2 baris 5)
Lengkang-lengkung apa dipaku (rangkap 3 baris 1)

4.Unsur alam
Tumbuhan – kubis, papaya
Haiwan – ikan , ketam, lelabi
Alam – hutan, langit, bumi

Nilai

1.Nilai kesabaran. Kesabaran amat penting untuk menepis segala hasutan iblis.
2.Nilai kesyukuran.Bersyukurlah kita dengan segala anugerah Allah kepada kita.
3.Nilai keimanan. Keimanan penting dalam mengharungi kehidupan.

Pengajaran

1.Kita hendaklah sabar dalam menjalani kehidupan agar kita beroleh kejayaan.
2.Kita hendaklah bersyukur apabila dipilih sebagai pemimpin.
3.Kita janganlah merosakkan budaya dan bahasa Melayu.

Sumber rujukan : bbk KPM

Pantun Enam Kerat + Dirgahayu Bahasaku

Maksud

Rangkap 1

Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnya amat mendalam.

Rangkap 2

Sesuatu yang berlaku kepada kita harus diterima dengan perasaan yang reda kerana itu semua sudah suratan takdir bukannya salah ibu yang melahirkan kita.

Rangkap 3

Sudah menjadi kelaziman manusia sering melebihkan orang yang baru sehingga orang lama terasa disisihkan dan tidak diperlukan lagi.

Tema

Kekecewaan dalam hidup.

Persoalan

1.Persoalan menyembunyikan hati yang terluka (rangkap 1)
2.Persoalan menerima suratan takdir (rangkap 2)
3.Persoalan mengutamakan yang baru berbanding yang lama. (rangkap 3)

Bentuk

1.Mempunyai 3 rangkap
2.Mempunyai 6 baris bagi setiap rangkap
3.Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris
Contoh : Putik kelapa menjadi muda ( 4 perkataan – rangkap 1)
Contoh : Sudah mendapat orang yang baru (5 perkataan – rangkap 3)

4.Terdiri daripada 8 hingga 12 suku kata.
5.Rima abcabc
6.Bentuk pantun terikat.

Gaya Bahasa

1.Unsur bunyi
Asonansi – hati luka pura tiada ( rangkap 1 baris 4) – pengulangan vokal ‘a’
Aliterasi – kail tersangkut di tepi batang ( rangkap 3 baris 3) – pengulangan konsonan ‘t’

2.Peribahasa
Ibarat kaca jatuh ke lantai ( rangkap 1 baris 6)
Ibarat melukut di tepi gantang (rangkap 3 baris 6)

3.Sinkope
Rasa pedih buat tak tahu (rangkap 1 baris 5)

4.Repitisi
Sudah takdir sudah suratan (rangkap 2 baris 5)

5.Unsur alam
Haiwan – ikan cencaru, ikan gelama
Tumbuhan – kelapa, kedondong, buluh,

NILAI
1.Nilai keredaaan.Contohnya reda dengan suratan takdir.
2.Nilai ketabahan. Contohnya sentiasa tabah dengan kesedihan yang menimpa diri.

Pengajaran
1.Kita janganlah terlalu menunjukkan rasa kecewa.
2.Kita janganlah sesekali menyalahkan takdir.
3.Kita janganlah melupakan orang yang pernah berjasa kepada kita.

sumber rujukan : bbk KPM

Tuesday, January 18, 2011

Kecek – (V)

Maksud

Rangkap 1
Seorang pengarah syarikat mengumpulkan kekayaannya dengan melakukan penipuan atau pecah amanah dan perkara itu menyusahkan orang lain.

Rangkap 2
Seorang petani di kampung pula berusaha dengan tenaga dan kudrat yang dimilikinya untuk mencari rezeki bagi membesarkan anak-anaknya yang ramai. Namun begitu, dia tidak pernah mengambil harta atau kekayaan orang lain untuk meneruskan kehidupannya yang sekian lama dalam kemiskinan.

Rangkap 3
Seorang nelayan yang hidup miskin meneruskan hidupnya dengan mencari rezeki di laut untuk membesarkan anak-anaknya. Namun begitu, nelayan itu tidak pernah mengambil kesempatan daripada kesenangan orang lain semasa mencari rezeki walaupun dia sudah lama hidup dalam keadaan susah.

Rangkap 4
Walau bagaimanapun, Tuhan tidak pernah mungkir untuk mencatatkan setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia untuk menegakkan keadilan pada hari pembalasan nanti.

Tema
Pertentangan sikap antara orang kaya yang tidak amanah dengan orang miskin yang jujur.

Persoalan
1. sikap orang kaya yang menyusahkan orang lain
2. kegigihan petani yang berusaha untuk mencari rezeki
3. ketabahan nelayan yang mencari rezeki untuk menanggung keluarga
4. hari pembalasan pasti akan dihadapi oleh setiap orang

Gaya Bahasa
1. Metafora
– akaun kemiskinannya
- pagar sengsara
- akaun sengsaranya
- ruang kedaifan
- rahang laut
- pusaran nasib
- rumah keadilan
2. Pengulangan – tetapi, ke dalam, di, ke dalam
3. Asonansi – yang telah lama pecah
4. Aliterasi - dia mencantum kemiskinan

Nada
Sinis

Nilai
1. Kejujuran
2. Kegigihan
3. Ketabahan
4. Keadilan

Pengajaran
1. Kita hendaklah mencari harta kekayaan dengan cara yang halal.
2. Kita haruslah gigih berusaha untuk mencari rezeki untuk keluarga.
3. Kita mestilah percaya akan balasan Tuhan kepada orang yang tidak amanah.
4. Kita tidak patut mengambil kesempatan daripada kesenangan orang lain untuk memperoleh kekayaan.

Bangkitlah

Maksud

Rangkap 1
Anak-anak muda hendaklah bangun daripada tidur kerana hari sudah lama siang.

Rangkap 2
Burung-burung sudah berterbangan di udara pada pagi yang indah ini dengan kehijauan pepohon yang menyegarkan mata memandangnya, tetapi penyajak tidak pasti sama ada anak-anak muda masih belum bangun.

Rangkap 3
Penyajak menyeru anak-anak muda agar bangun dan usahakan tanah yang subur dan galilah hasil yang ada di bumi yang kaya dengan pelbagai hasil agar tidak menyesal kemudian hari.

Rangkap 4
Penyajak bertanya kepada anak-anak muda tentang nasib mereka pada hari esok, sama ada mereka akan dapat makan untuk meneruskan hidup atau menyesali kesilapan mereka sebelum ini.

Rangkap 5
Oleh itu, penyajak menyeru anak-anak muda agar bangun daripada tidur dan berusahalah untuk mencari rezeki kerana hari masih siang dan masih belum terlambat lagi untuk berusaha.

Tema
Seruan kepada rakyat agar berusaha untuk mencari rezeki dan tidak mengabaikan peluang yang ada.

Persoalan
1. Usaha yang gigih untuk mencari rezeki.
2. Kerajinan untuk melakukan sesuatu untuk mendapat hasilnya.
3. Penyesalan pada suatu masa nanti tiada gunanya lagi.
4. Gunakan kesempatan dan peluang yang ada untuk kesenangan hidup

Gaya Bahasa
1. Metafora – madu bumi, perut belantara
2. Sinkof – kaumakan, kau mahu, kau masih
3. Pengulangan - bangkitlah
4. Kata ganda – burung-burung, anak-anak, pepohon
5. Asonansi – Lihat jernihnya pagi ini
6. Aliterasi – tanah atau batu atau debu

Nilai
1. Kerajinan
2. Kegigihan
3. Menghargai masa

Pengajaran
1. Kita hendaklah rajin berusaha untuk mencari kesenangan di negara yang kaya dengan pelbagai sumbernya ini.
2. Kita perlulah menggunakan peluang dan sumber yang ada untuk mencari rezeki.
3. Kita haruslah berusaha sebelum terlambat agar tidak menyesal pada suatu hari nanti.
4. Rebutlah peluang yang ada untuk mencari kesenangan hidup.

Saturday, January 15, 2011

Novel Kabus Di Perbukitan (Mohamad Kholid Hamzah)

SINOPSIS

Novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah, yang mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Apabila Kamarudin ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin dengan Hamidah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya, manakala Faridah dijaga oleh Salmah.

Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria. Rahayu telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan. Rahayu disahkan menghidap kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelum pulang Faridah pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan untuk perjalanan pulang pada pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran lqbal di dalam van, Faridah gagal mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok pengadang jalan lalu menjunam ke dalam gaung. Faridah dan lqbal tidak dapat dikesan oleh pasukan penyelamat. Setelah dua minggu usaha menyelamat gagal, operasi menyelamat dihentikan. Namun, bapanya, Kamarudin dan rakannya, Buyung berusaha meredah hutan mencari Faridah dan lqbal. Mereka dijumpai di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Faridah dimasukkan ke hospital yang sama dengan Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah. Selepas kematian Rahayu dan tamat pengajian di universiti, Azrul berhasrat menjadi penternak kambing yang berjaya, sebagaimana yang dicita-citakan oleh Rahayu semasa mereka sama-sama belajar.

Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat bernama Ghazali. Tidak lama kemudian Salmah, ibu kepada Faridah dan Rahayu meninggal dunia kerana terlalu rindu akan Rahayu. Selepas itu, Ghazali pulai meninggal dunia akibat kemalangan. Kemudian Faridah ditawarkan mengikuti kursus Community Services for Disable People di New Zealand selama enam bulan. Di situlah dia berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dia terus menetap di sana. Mereka mendapat sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne.

Melina berkenalan dengan Jabbar al–Anbia atau dikenali spoagai 'Benny'. Secara tidak sengaja, Anne pula bertemu dengan Zain yang membantunya semasa keretanya rosak. Akhirnya Melina berkahwin dengan Benny di Masjid al-Noor, Christchurch. Mereka berpindah ke Malaysia kerana Benny ditugaskan menerajui operasi minyak di situ. Mereka menetap di Terengganu. Di Malaysia, Benny berkawan baik dengan Mohamed Attar dan Mehmood yang cenderung mencapai sesuatu matlamat berhubung dengan Islam secara kekerasan. Muhamed Attar telah ditangkap oleh pihak berkuasa Interpol kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengganas. Benny yang bimbang akan keselamatan dirinya telah melarikan diri ke Dubai dengan bantuan keluarganya.

Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan Anne dan Zain. Mereka menginap di Cameron Highlands. Di situlah Faridah mengetahui bahawa Zain ialah anak lelaki bekas teman lelaki adiknya. arwah Rahayu. Majlis perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah.

Akhirnya, Melina yang sedang sarat mengandung ke Dubai bersama-sama denga ayahnya, Soleh untuk berjumpa dengan Benny. Melina dan Benny menetap di Dubai. Anne dan Zain pula mengambil alih syarikat penternakan keluarga Johnson di New Zealand. Datuk Azrul dan Soleh Johnsons membuka perniagaan kotej di Cameron Highlands.

Sumber rujukan : Bahagian perkembangan kurikulum KPM

Saturday, January 08, 2011

Hikayat Indera Nata

Cerita ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama Indera Nata, iaitu anak Raja Rom yang mempunyai kehebatan tersendiri. Hal ini diceritakan oleh Indera Jenaka anak Si Batu Hampar yang mengikut Indera Nata.. Dalam pengembaraannya, Indera Nata telah melihat sebuah rumah yang terlalu tinggi dan di sebelahnya terdapat sebuah istana. Di situ dia telah melihat tujuhorang puteri, iaitu Puteri Cendera Kesuma (anak RajaMesir), Puteri Normia (anak Raja Baghdad), Puteri InderaPaksi (anak
Raja Siam), Puteri Ratna Cahaya (anak RajaKufah), Puteri Ratna Bagang (anak Raja Iraq), dan Puteri Cendera Maha Dewi (anak Raja Peringgi). Mereka berada situ untuk dibesarkan oleh raksasa dan seterusnya akan dimakan oleh raksasa tersebut. Indera Nata memberitahu semua puteri itu bahawa dia ke situ

kerana Raja Rom memintanya mencari gajah bergading emas. Kesemua puteri itu sedia untuk dibawa ke benua Rom oleh Indera Nata kerana tidak mahu menjadi mangsa raksasa. Puteri Cendera Kesuma mengatakan bahawa mereka berupaya untuk mendapatkan gajah itu daripada raksasa. Apabila raksasa pulang, dia merasakan bahawa terdapat bau manusia di dalam rumahnya. Indera Nata telah disorokkan oleh Tuan Puteri di dalam
sebuah peti emas dan Tuan Puteri menafikan bahawaterdapat manusia di situ. Tuan Puteri telah memnita raksasa mencarikan gajah yang bergading emas supaya hati mereka lebih cepat besar.Setelah raksasa dan isterinya pulang, Tuan Puteri telah meminta raksasa mencarikan kijang putih bertanduk emas. Mereka juga meminta raksasa dan isteri mencucikan kain hitam sehingga menjadi putih. Setelah usaha mereka gagal,
raksasa dan isterinya pulang ke rumah. Semasa raksasa dan isteri mencari kijang, Indera Nata dan kesemua puteri keluar dari mahligai. Setelah raksasa dan isterinya mendapati kesemua puteri telah tiada, mereka telah mencari kesemua puteri tersebut. Indera Nata telah memperoleh bantuan daripada Betara Gangga yang menyuruh ular sakti dan naga menyeberangkan Indera Nata dan kesemua puteri. Selepas menempu.

WATAK & PERWATAKAN

Indera Nata :-

#anak kepada Raja Rom dan Tuan Puteri Cenderawati.
#anak piatu (tiada bapa).
#gagah dan berani.
#berkebolehan bercakap dengan binatang buas.
#taat kepada perintah raja.
#menolong tujuh orang puteri.

Indera Jenaka :-

#anak kepada Tuanku Syah Alam dan Si BatuKembar.
#seorang pengembara.
#diselamatkan oleh Indera Nata.
#menceritakan tentang Indera Nata kepada Tuanku Syah Alam.

Tuanku Syah Alam ;-

#seorang raja Rom.
#bertanya tentang anak piatu kepada Indera Jenaka.

Tuan Puteri Cendera Kesuma ;-

#anak Raja Mesir.
#seorang yang cantik lagi cerdik.
#pandai berkata- kata
#pandai memperdayakan raksasa.
#terpisah dengan ayahbondanya.
#tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati.

Raksasa Suami- Isteri :-

#bersaiz besar.
#memiliki mahligai yang besar dan mewah.
#mudah diperdaya.
#berkeinginan memakan hati tujuh orang puteri.
#membunuh Raja Rom dan pengikutnya.
#mati lemas di dalam laut.

Bentara Gangga :-
#menolong Indera Nata.
#menyuruh lembur dan naga menyelamakan Indera Nata.

Tuan Puteri Cenderawati :-

#ibu kepada Indera Nata.
#sangat menyayangi anaknya, Indera Nata.
#terlalu merindui anaknya.

PERMULAAN

InderaJenakamenceritakan keberanian InderaNatayang boleh bercakap dengan binatang buas kepada ayahandanya,TuankuSyahAlam yang menanyakannya selepas InderaJenaka
pulang dari mengembara.

PERKEMBANGAN

InderaNata berusaha mencari gajah bergadingkan emas selepas diperintahkan olehRajaRom.Semasa InderaNata sampai di puncak bukit, InderaNata bertemu dengan tujuh
orang puteri yang menjadi tawanan raksasa suami isteri yang inginkan hati puteri- puteri itu. InderaNata bersetuju menyelamatkan mereka daripada dimakan raksasa.

PERUMITAN

Puteri- puteri itu mencari jalan untuk memperdayakan raksasa suami isteri yang menanyakan akan kebesaran hati puteri-puteri itu. Selepas menyorokan InderaNata di dalam sebuah peti emas.TuanPuteriCendana Kesuma meminta raksasa mencari gajah
bergadingkan emas supaya hati mereka cepat membesar.

PUNCAK/ KLIMAKS

InderaNata dan puteri- puteri itu melarikan diri bersama gajah bergading emas ketika raksasa keluar mencari kijang bertandukkan emas dan mencuci kain yang hitam sehingga
menjadi putih. Raksasa marah lalu mengejar mereka sehingga ketepi laut. Raksasa itu dibunuh oleh naga dan lembur atas perintahBetaraGangga.

PELERAIAN

InderaNata membawa ketujuh-tujuh orang puteri ke benuaRom. Mereka pun tinggal bersama-sama dengan bonda InderaNata, iaituTuan PuteriCenderawati.

TEMA

Keberanian luar biasaseorang anak raja yang bernama InderaNata dalam usaha mencari gajah bergadingkan emas dan menyelamatkan tujuh orang puteri daripada menjadi makanan kepada raksasa suami isteri.

PERSOALAN
1. Kehebatan putera rajadalam usaha menyelamatkan nyawa orang.
2. Kebolehanbercakap atauberinteraksi dengan haiwan.
3. kebijaksanaan menghadapi cabaran dengan menggunakan akal.

LATARTEMPAT

1. di negeriRom
2. diPattani
3. di puncak gunung
4. di mahligai raksasa
5. di tepi laut

LATARMASA

1. pada waktu pagi
-waktu raksasa keluar pergi mencari kijang bertandukkan emas.

2. pada waktu malam
-waktu raksasa suami isteri tidur.

LATARMASYARAKAT

1. Masyarakat yang taat kepada raja
-Indera Nata sanggup menjunjung perintah Raja Rom supaya mencari gajah bergadingkan emas.

2. Masyarakat yang memiliki hikmat
-Indera Nata memiliki kesaktian iaitu bercakap dengan binatang.

3. Masyarakat penyayang
-bonda Indera Nata sentiasa merindui anaknya sehingga baginda hilang selera makan