Wednesday, June 06, 2012

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Keindahan Yang Hilang

I
Sayup-sayup undan tua berlagu hiba
Terbang beriringan di rembang petang
Renik-renik mengirai bulu carik
Melayang satu-satu berbaur debu
Lesu berapungan di air lalu.

Daun-daun menghijau alangkah segar
Kemilau danau disinari mentari
Kali tenang betapa lembut mengalir ke muara
Kedamaian melingkar rimba
Lalu tumpah kasih nan jernih
Erat bertaut cinta kasih.

Malam hiba dadanya ungu luka
Pungguk tersedu pilu di atas batu
Bulan tiada lagi mendadan wajah
Bintang malam pudar sinarnya.

II
Orang bicara bulan bintang di makmal
Pada buku, data dan komputer
Lalu bulan dan cekerawala bisa diteroka
Bisa kembara di planet dan angkasa.

Undan patah sayap gugur bulunya bertaburan
Suara siapa parau mendera di malam lara
Kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda
Kepada siapa anak-anak kota desa
Berhutang nyawa?

III
Bulan kini bukan lagi menara kasih jernih
Bintang-bintang bukan lagi saksi sumpah
Kekasih.

Shamsuddin Jaafar,
dalam Antologi Kerusi DBP

i. Apakah yang dimaksudkan dengan Kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa seperti yang terdapat dalam sajak di atas?

ii. Cadangkan beberapa langkah untuk melindungi bumi kita daripada pencemaran yang dilakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

iii. Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.

jAWAPAN

i.
Maksudkan kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa seperti yang terdapat dalam sajak di atas ialah Masyarat sama ada di kota atau di desa terpaksa menanggung kesengsaraan akibat perbuatan orang lain yang tidak bertanggungjawab

ii.
Beberapa langkah untuk melindungi bumi kita daripada pencemaran yang dilakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab ialah pihak bekuasa perlu mengehadkan pengeluaran lesen membalak kepada pengusaha yang berkelayakan sahaja(1) Mengenakan tindakan yang tegas/berat/denda yang tinggi kepada sesiapa yang melakukan pencemaran(2) Orang awam perlu melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada maklumat berkenaan seseorang yang melakukan pencemaran(3) Mengadakan kempen-kempen bumi hijau(4)

iii.
Tiga persoalan yang terdapat dalam sajak di atas ialah kemusnahan alam sekitar akibat penerokaan untuk pembangunan(1) Pada masa akan datang manusia mungkin tidak akan menikmati keindahan alam lagi(2) Penggunaan teknologi canggih membolehkann manusia meneroka angkasa lepas(3) Kepupusan flora dan fauna akibat pencemaran(4).

1 comment:

  1. Salam. Saya seorang guru bahasa melayu bukan opsyen...12 tahun mengajar bahasa berdasarkan kemahiran sedia ada..semoga blog tuan membantu saya menyampaikan ilmu yang benar mengani keperluan keindahan dalam bahasa..

    ReplyDelete