Wednesday, June 06, 2012

Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan
maksudnya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) laki – lelaki
(ii) langit – lelangit
(iii) rambut – rerambut

Contoh jawapan :

a) Membina ayat.

(i) Laki
1. Suami/pasangan hidup isteri.
- Laki Aminah bekerja sebagai guru. [1 markah]

Lelaki
1. Jantan/lawan perempuan.
- Lelaki itu telah dimasukkan ke hospital kerana terlibat dalam kemalangan jalan
raya.[1 markah]

(ii) langit
lengkung yang nampaknya biru dan melingkungi bumi
- Langit yang membiru kelihatan begitu cantik dan saujana mata memandang.[1 markah]

lelangit
1. kain yang dipasang di atas bilik ( di bawah atap ), papan dan lain – lain yang
dipasang di bawah atap, kain bahagian atas kelambu
- Emak menjahit lelangit kelambu di bilik kakak kerana telah terkoyak.

2. bahagian sebelah atas rongga mulut ( ada bahagian lembut dan keras )
- Lelangit saya luka kerana tertikam tulang ikan ketika sedang makan.[1 markah]

(iii) rambut
sejenis bulu yang tumbuh di kepala
- Rambut kakak banyak yang gugur kerana kakak kerap menggunakan syampu
rambut yang berlainan.[1 markah]

rerambut
salur darah yang halus – halus (yang membentuk jaringan dalam tisu), kapilari
- Beberapa rerambut darah kakak di tangan terputus terkena pisau semasa sedang
menghiris daging.[1 markah]

No comments:

Post a Comment