Monday, May 21, 2012

Jangan beli produk tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia




Histamine (hist = bererti ia terdiri dari keladak sisa (residue) histidine, sementara amine = kerana ia adalah vasoactive amine yang menyebabkan beberapa petanda allegik (allergic symptoms) seperti radang dan pencerutan terhadap smooth muscle.

Histamine adalah sejenis protein yang penting yang menyebabkan kesan-kesan alergik. Sementara alergik adalah disebabkan oleh tindak balas immune terhadap bahan-bahan yang kebiasaannya tidak berbahaya seperti debunga dan habuk (biasa dikenali sebagai alergen) yang akan terlekat pada lymphocytes yang disebut sebagai antigen. Antigen yang bertindak balas itu ialah sel masta (mast cell). Sebenarnya untuk berlakunya tindak balas ini molekul antibodi alergi immunoglobulin (IgE) yang bebas terapung, akan terlekat pada penerima permukaan sel masta (mast cell surface receptors). Sel masta tersebut dengan sendirinya bertidak balas dengan melepaskan histamine, leukotrin dan chemoatractants yang akhirnya akan menghasilkan tindak balas alergi.

Oleh kerana tindak balas tersebut hanya disebabkan oleh bahan yang sebenarnya tidak berbahaya pada tubuh, maka membiarkan sistem immunasi berkerja serta bertindakbalas terhadap unsur-unsur penyebab alergik tersebut bererti satu penganiyaan dan gangguan pada tubuh. Dengan itu penggunaan anti histamine akan dapat membantu tubuh supaya dapat hidup dengan lebih selamat dan selesa dengan sistem immune tidak perlu bertindak secara silap.



PENGAMBILAN steroid berlebihan boleh menyebabkan pigmentasi dan badan pesakit ditumbuhi bulu halus. Biasanya pengamal streroid mengalami bengkak anggota badan dan peningkatan berat badan secara tiba-tiba. Pengambilan tiga hingga lima hari berturut-turut sahaja sudah mencukupi untuk melihat kesan ini. Bukan sahaja penyakit sendi yang dialami semakin parah, malah ginjal mereka turut menjadi korban serta mengalami pendarahan usus (peptic ulcer). Selain itu, pesakit juga mengalami peningkatan gula dalam darah yang mengundang penyakit kencing manis serta tekanan darah meningkat (darah tinggi). Steroid boleh menyebabkan tulang rapuh seterusnya mengundang osteoporosis. Sebenarnya, pengambilan steroid berlebihan boleh memberi kesan kepada seluruh tubuh badan termasuk gangguan sistem saraf. Kanak-kanak di bawah usia 14 tahun yang mengambil ubat mengandungi steroid akan terbantut tumbesaran. Sesetengah penyakit yang menyerang kanak-kanak seperti artritis memaksa kanak-kanak terbabit mengambil steroid untuk melegakan kesakitan kerana ia menjejaskan kualiti hidup mereka. Tetapi dos yang diberi adalah kecil. Penyakit berkaitan rheumatologi seperti rheumatik, asma dan sebagainya. Steroid penting dalam ubatan atau bahasa paling mudah, semua jenis ubat mengandungi steroid yang dibenarkan tetapi dalam kuantiti yang kecil.








Hydroquinone ialah sejenis persediaan bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hydroquinone adalah untuk membunuh melanocytes, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih.

Di Malaysia terdapat 2 jenis Hydroquinone yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan iaitu Hydroquinone 2% dan Hydroquinone 4%. Peratusan (2% atau 4%) adalah merujuk kepada kandungan hydroquinone di dalam persediaan itu. Adakalanya peratusan hydroquinone boleh mencapai sehingga 10%.

Mengikut sumber Pusat Racun Negara, syarikat kosmetik hanya dibenarkan menggunakan hydroquinone 2% sahaja. Untuk hydroquinone 4%, ia boleh digunakan dengan arahan atau preskripsi daripada doktor. Pakar kecantikan juga tidak dibenarkan menggunakan hydroquinone 4%.

Cuma Hydroquinone topikal atau jenis sapu di kulit adalah persediaan yang dibenarkan di Malaysia. Pada kebiasaanya ia disapu pada kulit 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.

a tidak boleh digunakan berhampiran mulut atau mata. Ia juga tidak boleh digunakan pada kesan terbakar cahaya matahari (sun burn) ataupun di tempat luka.

Kesan perubahan boleh dilihat di dalam masa 4- 6 minggu. Ketika menggunakan hydroquinone, kulit akan menjadi sensitif dan cahaya matahari hendaklah dielakkan.

Kesan pencerahan hydroquinone bertahan hanya selama 4-6 bulan dan tidak berkekalan. Oleh itu, penggunaan krim haruslah berterusan.

Sekiranya tiada kesan selepas 3 bulan, aplikasi hydroquinone perlu diberhentikan.

Pada tahun 2006, FDA (Food and Drug Association) di Amerika telah mencadangkan untuk mengharamkan penjualan hydroquinone 2% kepada orang ramai tanpa kebenaran doktor. Ini bermakna hanya doktor sahaja yang boleh meluluskan penggunaan hydroquinone walaupun dengan kekuatan 2%. Walaupun ia masih di dalam cadangan, tetapi ini menunjukkan bahan ini boleh mendatangkan bahaya dan tidak sesuai dijual tanpa preskripsi.

Jika digunakan sedikit, antara kesan sampingannya ialah kesan terbakar dan merah pada tempat yang disapu. Adakalanya kulit tersebut menjadi lebih gelap dari sebelumnya sebelum ia lama kelamaan berkurangan.

Kesan allergi kepada hydroquinone juga telah dilihat kepada si pemakai. Allergic contact dermatitis adalah alahan kulit apabila terkena ubat ini. (lihat gambar sebelah)

Ochronosis adalah satu penyakit kulit yang jarang-jarang berlaku ketika menggunakan hydroquinone. Ia menyebabkan kulit menjadi tebal dan hitam di tempat kulit terdedah kepada bahan itu. Ia biasanya berlaku kepada orang kulit hitam.

Walaupun tiada data yang lengkap kepada manusia, eksperimen kepada binatang menunjukkan kaitan di antara hydroquinone dengan kanser kulit. Ada juga hypothesis (belum dibuktikan) yang mengaitkan bahan ini dengan kanser leukemia. Ini adalah kerana hydroquinone adalah hasil metabolite daripada penguraian benzene, sejenis penyebab kanser.

Penggunaan hydroquinone oleh ibu mengandung dan yang sedang menyusu harus dielakkan kerana tidak ada kajian khusus telah dijalankan.



Phenylbutazone adalah sejenis ubat untuk meredakan sakit dan bengkak. Penggunaan tanpa pengawasan boleh mengakibatkan penyakit gastrik, gangguan pendengaran, sesak nafas dan bengkak pada bahagian muka atau bahagian bawah kaki dan masalah darah

Hydroquinone adalah sejenis racun yang hanya boleh dipreskrib oleh doktor. Penggunaan bahan ini tanpa pengawasan doktor boleh mendatangkan kesan sampingan dan masalah kepada kulit, kulit menjadi merah dan rasa pedih; nefropati, leukaemia dan ‘hepatocellular adenoma’.

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak membeli atau memakan ubat-ubatan berkenaan. Kementerian Kesihatan ingin mengingatkan orang ramai bahawa adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Racun untuk menjual apa jua produk yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta berkenaan dan hukuman bagi kesalahan tersebut, apabila didapati bersalah ialah denda sebanyak $8000.00 atau enam bulan penjara.


Sumber rujukan Jabatan Kesihatan Bahagian Tawau

No comments:

Post a Comment