Tuesday, May 15, 2012

Syair Definisi Orang Berakal

TEMA:
•Keistimewaan orang yang bijaksana.

PERSOALAN:

•Orang yang mengikut sifat orang bijaksana akan hidup sejahtera.
•Membiarkan keburukan berlaku di depan mata akan menyebabkan keruntuhan akhlak.
•Perlu bertindak bijak apabila berhadapan dengan orang yang jahat supaya tidak
mendapat malu.
•Menjauhi sifat tamak yang buruk.
•Tidak meninggi diri dalam urusan pekerjaan.
•Berhemah tinggi dalam pergaulan akan disukai orang.
•Banyak berfikir dan belajar sukar diperdaya orang.

NILAI:
•Kerajinan > menuntut ilmu dan meneliti hal kehidupan tanpa jemu.
•Bijaksana > bijak dalam menangani permasalahan seperti ketika berhadapan orang
yang jahat.
•Kesederhanaan > tidak sombong dan meninggi diri.
•Ketabahan > melawan sifat tamak.
•Baik hati > berbudi bahasa dalam pergaulan.

PENGAJARAN:

•Kita mestilah rajin membaca buku dan mengkaji sesuatu agar menjadi orang yang
berilmu.
•Kita hendaklah bijak bertindak apabila menghadapi masalah.
•Kita harus yakin untuk melakukan sesuatu yang baik.
•Kita wajar tabah menghadapi godaan syaitan dan keadaan supaya melakukan hal yang
buruk.
•Kita patut bersikap sederhana dan tidak meninggi diri.
•Kita mestilah berbuat baik dengan semua orang.
•Kita wajib taat akan perintah Tuhan.

RANGKAP MAKSUD
1. Memilih isteri bukan hanya berdasarkan kecantikan wajah sahaja tetapi juga perlu pandai menguruskan rumah tangga.

2. Sesuatu pekerjaan yang dilaksanakan oleh orang yang bukan ahlinya akan ditertawakan atau dicemuh orang.

3. Keanehan berlaku apabila seekor kambing langsung tidak takut akan harimau.

4. Wujud kebimbangan apabila berlaku sesuatu kejadian yang aneh seperti ternampak ikan memanjat kayu.

5. Sesuatu yang luar biasa tidak mustahil berlaku dalam kehidupan kita seperti orang yang tidak berkebolehan telah berjaya melakukan sesuatu yang luar biasa.

No comments:

Post a Comment