Monday, May 21, 2012

Sholat Sunat Dhuha

Sholat Dhuha ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu matahari sedang naik. Sekurang-kurangnya solat Dhuha ialah dua rakaat, enam rakat atau lapan rakaat. Waktu solat Dhuha ini didirikan ialah ketika matahari sedang naik setinggi 7 hasta (pukul lapan sampai masuk waktu Zohor).

Lafaz Niatnya
"Aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taalla"

Doa yang dibaca setelah selesai solat Dhuha:

"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu. Kecantikan itu ialah kecantikan-Mu. Keindahan itu keindahan-Mu. Kekuatan itu kekuatan-Mu. Kekuasaan itu kekuasaan-Mu. Dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu Dhuha-Mu. Keagungan-Mu. Keindahan-Mu. Kekuatan-Mu. Dan Kekuasaan-Mu. Limpahkan kepada kami hamba-hamab-Mu yang soleh.

Kelebihan solat sunat Dhuha

Sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud:

"Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha, akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih lautan.

Amin...ya Allah

Terima kasih......
Sumber rujukan Panduan Ibadah Muslim. Pusat Islam UUM 2005

No comments:

Post a Comment