Friday, April 27, 2012

Pantun Lapan Kerat

Sarang merbah di celah dahan,
Terdapat punai bermain di situ,
Berkejar-kejaran anak rusa,
Tampak dari Tanah seberang;
Bersyukur aku kepada Tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.

Maksud pantun:
-Rasa bersyukur kepada Tuhan tetap ada walaupun menerima nasib yang malang sehingga terpaksa hidup susah dan mengharapkan simpati orang lain.

Bagus rupanya bunga melur,
Putih rupanya bunga pinang,
Berukir bertangkai perak,
Permainan raja perempuan;
Cawan, cerek sudah teratur,
Pinggan, mangkuk sudah terhidang,
Penganan mulia sudah terletak,
Samalah duduk kita makan.

Maksud pantun:
Menerangkan tentang adab penyediaan makanan dan menyambut tetamu dalam rumah serta menyiapkan segala keperluan hidangan sebelum tetamu dijemput makan.

Korek perigi di parit seberang,
Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pokok puding,
Hidup subur kanan dan kiri,
Tuan pergi dagang seorang,
Tiada saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berunding,
Pandai-pandailah membawa diri.

Maksud pantun:
Seseorang yang pergi merantau ke nagara orang lain, mestilah pandai menjaga diri dan menyesuaikan diri dengan suasana budaya tempat orang lain ini adalah kerana seseorang itu akan kehilangan tempat bergantung dan melauhkan masalah sekiranya dihadapinya.

Tema:
1.Kemanusiaan yang menyentuh segenap aspek kehidupan manusia seperti budaya, kasih sayang, dan sebagainya.

Persoalan:
1.Sikap bersyukur atau berterima kasih kepada Tuhan atas apa-apa nasib yang kita terima.
2.Seseorang yang pandai menjaga diri sendiri di tempat orang lain.
3.Tetamu mestilah dihormti dan dilayan dengan baik sebagai tanda hormat dan penghargaan.

Nilai:
1. Bersyukur
2. Bersopan santun
3. Percaya takdir Tuhan

Pengajaran:
1. Hendaklah bersyukur apabila menerima dugaan.
2. Hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
3. Hendaklah pandai menyesuaikan diri.

Hasil perbincangan
Pelajar Tingkatan Lima Jujur

No comments:

Post a Comment