Sunday, October 17, 2010

PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

1 Soalan pemahaman yang dikemukakan berdasarkan petikan soalan rumusan.

2 Terdapat tiga soalan yang perlu dijawab oleh calon. Soalan-soalan itu terdiri daripada:
(a) soalan tentang maksud rangkai kata;
(b) soalan tentang maklumat yang terdapat dalam petikan; dan
(c) soalan tentang KBKK atau pengetahuan talon yang 'berkaitan dengan terra petikan.

3 Sembilan markah diperuntukkan untuk soalan pemahaman ini.

4 Bagi Soalan (a), maksud rangkai kata yang dikemukakan hendaklah dalam bentuk PADANAN KATA dengan kata atau frasa dengan frasa, dan BUKANNYA huraian. Perhatikan soalan contoh yang berikut:

Soalan : terkenang akan zaman lampau
Jawabab : teringat pada masa silam

Jadi, jawaban bagi soalan itu perlu ditulis seperti yang berikut:

CONTOH SOALAN
1a. Maksud rangkai kata "terkenang akan zaman lampau" ialah "teringat pada masa silam".

5 Bagi sesetengah rangkai kata, jawaban hendaklah diberikan berdasarkan makna keseluruhan, bukan dalam bentuk huraian. Perhatikan soalan contoh ini:

CONTOH SOALAN
1a. Apakah maksud rangkai kata "kacang lupa akan kulit"? Jawaban bagi soalan sedemikian ialah:

CONTOH JAWABAN
1a. Maksud rangkai kata itu ialah "orang yang telah melupakan jasa seseorang kepadanya".

6. Bagi Soalan (b) pula, jawaban mestilah diambil daripada petikan. Jika soalan itu memperuntukkan tiga markah, maka pelajar mestilah mencari tiga isi sekurang-kurangnya untuk memperoleh markah penuh. Hal ini demikian kerana kebiasaannya soalan tersebut memperuntukkan satu markah bagi setiap isi. Jika ada kesalahan bahasa, setengah markah akan ditolak daripada jumlah markah yang diperuntukkan dalam soalan itu.

8 Soalan (c) ialah soalan KBKK. Pelajar dikehendaki mengemukakan jawaban berdasarkan pemikiran sendiri. Jika jawaban itu diambil daripada petikan, jawaban tersebut tidak akan diterima. Dan segi jumlah isi pula bergantung pada markah yang diperuntukkan. Jika empat markah diperuntukkan, hal ini bermakna pelajar perlu mengemukakan empat isi sekurang-kurangnya.

Saturday, October 16, 2010

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BINA AYAT

Terdapat tiga bentuk soalan membina ayat, iaitu;

1. membina SATU AYAT daripada setiap perkataan dalam PASANGAN KATA yang diberikan.
2. membina SATU AYAT daripada setiap perkataan yang diberikan.
3. membina DUA AYAT daripada setiap perkataan yang diberikan.

PERHATIAN:

1. Ayat yang dibina mestilah gramastis dan lengkap dari segi SUBJEK dan PREDIKAT.

Contoh ayat tidak gramatis;

a. (Tiada subjek)Agar perniagaan anak sulungnya itu diberkati Allah(ada predikat).

(Ayat ini tidak gramatis kerana tidak mempunyai SUBJEK dan PREDIKAT. Sebaliknya hanya mempunyai keterangan PREDIKAT. Keseluruhan bahagian itu merupakan klausa yak bebas.)

Contoh ayat gramatis;

a. Pak Ismail (ada subjek) berdoa agar perniagaan anak sulunhnya itu diberkati Allah (ada predikat).


2. Fahami terlebih dahulu maksud atau erti perkataan yang diberikan.
3. Perkataan tersebut tidak boleh digunakan sebagai peribahasa dan nama khas.
4. Elakkan sebarang kesalahan EJAAN atau BAHASA semasa membina ayat.
5. Tidak boleh menambah IMBUHAN atau MEMBUANG IMBUHAN pada perkataan yang dikemukakan.
6. Ayat tersebut mestilah menggambarkan maksud perkataan yang diberikan.

CONTOH dan ULASAN

1. Ayat tidak menggambarkan makna yang jelas:

(Membina ayat daripada perkataan mengincar [membidik].)

• Kami tidak tahu bahasa perkataan mengincar memang wujud dalam bahasa Melayu.

ULASAN
Ayat tersebut tidak menggambarkan makna yang jelas.

Ayat yang betul ialah:
Pemanah itu mengincar sasarannya sebelum melepaskan anak panah itu.

CONTOH DAN ULASAN

2. Ayat tidak tepat. (Membina ayat daripada perkataan peluang.)

• Gunakanlah petuang itu dengan sebaik-baiknya.

ULASAN
Ayat itu dianggap tidak tepat dalam pepedksaan kerana tidak diungkapkan dalam cakap ajuk.

Ayat yang betul ialah:
• "Gunakaniah peluang itu dengan sebaik-baiknya," kata Cikgu Lim kepada Sue.

CONTOH DAN ULASAN

3. Menambah imbuhan: (Membina ayat daripada perkataan tembak.)

• "Mengapakah awak menembak tupai itu?" soal Puan Goh kepada suaminya.

ULASAN
Ayat itu salah kerana perkataan tembak telah ditambah dengan imbuhan awalan MeN- menjadi menembak.

Ayat itu bare betul apabila ditulis sebagai:
• "Mengapakah awak tembak tupai itu?"soal Puan Goh kepada suaminya.

CONTOH DAN ULASAN

4. Kesalahan ejaan: (Membina ayat daripada perkataan perasaan.)

• Kata-katanya itu telah mengguris perasaan ibunya.

ULASAN
Ayat itu terjejas kerana terdapat kesalahan ejaan pada perkataan mengguris. Ejaan yang betul ialah menggores.

CONTOH DAN ULASAN

5. Perkataan digunakan sebagai peribahasa: (Membina ayat daripada perkataan meletakkan.)

• Perbuatannya yang menunggang motosikal dengan laju itu seperti meletakkan api di bumbungan.

ULASAN
Ayat itu tidak diterima sebagai betul kerana perkataan meletakkan digunakan sebagai peribahasa.

Ayat yang betul ialah:
• Selepas makan, adik meletakkan pinggan di dalam singki.

CONTOH DAN ULASAN

6. Perkataan digunakan sebagai nama khas: (Membina ayat daripada perkataan perfahanan.)

• Beliau bekerja di Kementerian Pertahanan.

ULASAN
Ayat itu tidak diterima sebagai betul kerana perkataan pertahanan digunakan sebagai nama khas.

Ayat yang betul ialah:
. Kerajaan Malaysia akan membeli kapal selam untuk memperkuat pertahanan negara.

Sumber : Guru Pakar BM dan bahan bacaan

Monday, October 11, 2010

Peribahasa

(e)Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian tuliskan peribahasa yang sesuai pada tempat kosong.
(i) Zainab, Alicia, dan Ida malas menceritakan rahsia tersebut kepada Robert kerana dia ______________.
(ii) Mak menasihati saya agar melupakan hasrat untuk meminang anak gadis orang kaya itu kerana bimbang akan dikata _____________ oleh jiran tetangga nanti.
(iii) Pengantin itu dikatakan____________ kerana kedua-duanya sama cantik

Jawapan

(e)
(i) Zainab, Alicia, dan Ida malas menceritakan rahsia tersebut kepada Robert kerana dia mulut tempayan.
(ii) Mak menasihati saya agar melupakan hasrat untuk meminang anak gadis orang kaya itu kerana bimbang akan dikata pipit hendak menjadi enggang oleh jiran tetangga nanti.
(iii) Pengantin itu dikatakan bagai pinang dibelah dua/bagai cincin dengan permata kerana kedua-duanya sama cantik.

Terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa

d)Dalam setiap ayah di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh meyenaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pihak-pihak sekolah menjemput penceramah itu untuk memberikan khursus motivasi kepada pelajar.
(ii) Amran lari tunggang-terbalik bila dikejar anjing liar itu.
(iii) Lembu Mak Zainab memakan rumput berhampiran dengan kebun Hamzah. [6 markah]

Jawapan

(d)
(i) pihak-pihak - pihak
khusus - kursus
(ii) tunggang-terbalik - lintang pukang
bila - apabila
(iii) memakan - meragut rumput
berhampiran dengan berhampiran kebun.

Tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan

(c)Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i) Pelukis yang dikenal itu lukis potrat seorang gadis.
(ii) Anak-anak Haji Ramlan mempunyai budi perkerti yang mulia serta amat dibanggakan ibu bapanya.
(iii) Pada masa penjajah Ingeris, banyak orang yang terkorban semasa berjuangan menentang penjajah. [6 markah]

jawapan

(c)
(i) dikenal – terkenal (1m)
potrat - protret (1m)
(ii) perkerti - pekerti (1m)
dibanggakan - membanggakan (1m)
(iii) Ingeris – Inggeris (1m)
berjuangan - berjuang (1m) (6m)

Cerakinkan kandungan petikan

b) Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian cerakinkan kandungan petikan ini tidak kurang daripada enam ayat tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

Amalan membaca boleh membuka minda dan menjadikan seseorang itu cinta akan ilmu pengetahuan. Oleh itu, ibu bapa dan kalangan pendidik perlulah memupuk budaya membaca dalam diri kanak-kanak sejak mereka di bangku sekolah lagi. Minat pada buku tidak akan lahir dalam jangka masa satu hari sahaja malah amalan ini perlulah berterusan selagi nyawa dikandung badan. [6 markah]


jawapan

i) Amalan membaca boleh membuka minda.(1m)
ii) Amalan membaca menjadikan seseorang itu cinta akan ilmu pengetahuan.(1m)
iii) Ibu bapa perlulah memupuk budaya membaca dalam diri kanak-kanak sejak mereka di bangku sekolah lagi. (1m)
iv) Pendidik perlulah memupuk budaya membaca dalam diri kanak-kanak sejak mereka di bangku sekolah lagi (1m).
v) Minat pada buku tidak akan lahir dalam jangka masa satu hari sahaja.(1m)
vi) Minat pada buku perlulah berterusan selagi nyawa dikandung badan.(1m) (6m)

Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa (30 Markah)

(a) Tulis satu ayat daripada setiap rangkai kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan maksud imbuhan, serta menggunakan kata itu sebagai peribahasa dan kata nama khas.
i. melarat
ii. melaram
iii. meluat
iv. kemuncak
v. kemaruk
vi. kekebalan

JAWAPAN

(a)
i. melarat – bertambah jauh/berpanjangan/berkait-kait/merebak/menjadi-jadi
ii. melaram – berhias diri dengan memakai pakaian yang cantik/bertujuan untuk menunjuk-nunjuk
iii. meluat – sangat benci/menyampah
iv. kemuncak – bahagian/tempat/tingkatan/paras tertinggi/puncak
v. kemaruk –terlalu terbuka selera hendak makan/berbelanja atau berbuat sesuatu dengan berlebih-lebih
vi. kekebalan – perihal kebal/tidak dapat ditembusi (senjata)/ tidak boleh didakwa (mahkamah)

Sunday, October 10, 2010

Petikan Umum berkenaan faktor-faktor kanak-kanak memilih makanan kurang berkhasiat dan kesan pemakanan tersebut kepada kanak-kanak

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan ayat anda sendiri.

i. Apakah yang dimaksudkan oleh pengarang dengan krisis kekeluargaan seperti yang terdapat dalam petikan

ii. Kemukakan beberapa langkah untuk menarik perhatian anak-anak agar mereka cenderung memilih makanan berkhasiat.

iii. Nyatakan beberapa kandungan makanan yang boleh memudaratkan dan menjejaskan kesihatan kanak-kanak.

Petikan Umum

i. Maksud krisis kekeluargaan - masalah/konflik keluarga

ii. Beberapa langkah untuk menarik perhatian kanak-kanak agar mereka cenderung memilih makanan berkhasiat ialah mengiklankan/membungkuskan makanan berkhasiat dengan cara yang lebih menarik perhatian(1) menyediakan menu yang pelbagai dan berbeza pada setiap hari(2)mencari lokasi yangsesuai untuk makan/tempat makan yang lebih menarik/berbeza semasa kanak-kanak hendah makan(3)menyediakan makanan yang pelbagai/berbeza bentuk dan warna agar lebih menarik(4). (4m)

iii.Beberapa kandungan makanan yang boleh memudaratkan dan menjejaskan kesihatan kanak-kanak ialah makanan segera dan makanan ringan di pasaran (hari ini) yang mengandungi emulsifier, bahan pewarna, dan perisa.(1) Begitu juga dengan kandungan lemak tepu, gula, dan garam yang tinggi (2) serta kandungan serat yang sangat rendah(3)

Soalan latihan Rumusan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan berkenaan faktor-faktor kanak-kanak memilih makanan kurang berkhasiat dan kesan pemakanan tersebut kepada kanak-kanak.

Kecenderungan kanak-kanak memilih makanan segera dan makanan rapu sebenarnya mewujudkan tabiat pemakanan yang tidak sihat. Memburukkan keadaan, hampir saban hari kanak-kanak ini terdedah dan mula tertarik dengan iklan-iklan makanan segera yang mengiurkan. Kebanyakkan makanan segera dan makanan ringan di pasaran hari ini mengandungi emulsifier, bahan pewarna, dan perisa yang antaranya boleh mendatangkan kemudaratan. Begitu juga dengan kandungan lemak tepu, gula, dan garam yang tinggi ditambah kandungan serat yang sangat rendah dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan sesiapa sahaja terutama anak-anak.

Ada ibu bapa yang tidak mengambil pusing akan hal ini, ditambah mereka sendiri mempunyai tabiat pemakanan yang kurang sihat malah, beranggapan tiada salahnya anak-anak tidak dihidangkan makanan sewajarnya seperti sayur-sayuran atau buah-buahan dalam menu harian, lantaran begitu banyak lambakan pil vitamin yang boleh diperoleh di farmasi-farmasi dan ejen-ejen jualan langsung. Ironinya, pakar pemakanan sendiri tidak menggalakkan masyarakat untuk terlalu bergantung kepada pil-pil suplimen seperti ini.

Menurut, Coughlin dalam jurnalnya yang bertajuk ‘Body image dissatisfaction in children: prevalence and parental influence’ terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anak-anak mempunyai tabiat pemakanan yang tidak sihat, antaranya apabila anak-anak mempunyai pilihan makanan ringan yang banyak di rumah yang kononnya bertujuan untuk dinikmati semasa bersantai sambil menonton televisyen bersama keluarga di rumah. Keadaan ini membuka ruang dan pengaruh kepada anak-anak untuk lebih tertarik menikmati makanan ringan tersebut berbanding makanan berat yang lebih berkhasiat. Memang tidak salah untuk sesekali anak-anak makan makanan ringan, namun ibu bapa perlu menyediakan pilihan makanan ringan berkhasiat seperti biskut, roti berkrim, bertih jagung rendah lemak , yogurt atau kismis.

Keperluan anak-anak untuk memilih makanan kegemaran adalah terhad kerana ada ibu bapa yang memaksa anak-anak makan satu-satu jenis makanan sahaja. Ini akan menyebabkan anak-anak kebosanan dan tidak berminat untuk terus menikmati sajian makanan yang serupa. Maka, ibu bapa harus bijak mempelbagai jenis dan cara makanan disajikan namun yang penting, khasiat makanan tetap terpelihara dan mendatangkan manfaat kepada perkembangan minda dan fizikal anak-anak. Jika anak-anak mahu makan burger, sosej atau ayam goreng, seperti yang dijual di restoran makanan segera, ibu bapa sendiri sebenarnya mampu untuk menyediakan makanan segera tersebut dengan jaminan khasiat yang lebih tinggi.

Kanak-kanak juga mempunyai emosi. Kanak-kanak yang mengalami kesedihan, ketakutan atau krisis kekeluargaan cenderung memiliki tabiat kurang makan atau terlebih makan. Jika ibu bapa melihat emosi anak-anak yang terganggu sebegini turut memberi kesan negatif kepada tabiat pemakanan mereka, maka dicadangkan agar masalah yang menghantui anak-anak itu diselesaikan dahulu, bukan terfokus kepada membetulkan kaedah makan mereka. Kesimpulannya pemilihan makanan yang tepat membantu seisi keluarga untuk berjimat-cermat sekali gus memiliki tubuh badan yang sihat.

Dipetik daripada Motivasi dalam Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa
sumber daripada Vijayaletchumy Subramaniam
Pelita Bahasa oktober 2008Soalan 2:Pemahaman

JAWAPAN

Pendahuluan (2m)
Petikan menyatakan sebab-sebab kanak-kanak memilih makanan kurang berkhasiat.

Isi tersurat (tersurat + tersirat 16m)
1. saban hari kanak-kanak ini terdedah dan mula tertarik dengan iklan-iklan makanan segera yang mengiurkan.
2. ada ibu bapa yang tidak mengambil pusing akan hal pemakanan anak-anak,
3. ibu bapa/mereka sendiri mempunyai tabiat pemakanan yang kurang sihat
4. ibu bapa beranggapan tiada salahnya anak-anak tidak dihidangkan makanan sewajarnya (sayur-sayuran atau buah-buahan dalam menu harian)
5. begitu banyak lambakan pil vitamin yang boleh diperoleh di farmasi-farmasi dan ejen-ejen jualan langsung.
6. anak-anak mempunyai pilihan makanan ringan yang banyak di rumah (bertujuan untuk dinikmati semasa bersantai sambil menonton televisyen bersama keluarga di rumah).
7. keperluan anak-anak untuk memilih makanan kegemaran adalah terhad kerana ada ibu bapa yang memaksa anak-anak makan satu-satu jenis makanan.
8. kanak-kanak yang mengalami kesedihan, ketakutan atau krisis kekeluargaan cenderung memiliki tabiat kurang makan atau terlebih makan.

Isi tersirat - kesan
1. pembesaran kanak-kanak terbantut/kekurangan zat.
2. hilang selera makanan.
3. tahap perkembangan otak terhad
4. kesan jangka panjang/penyakit kronik – kanser/jantung/kegendutan/kencing manis.
5. tidak dapat menilai khasiat suatu pemakanan/tidak tahu khasiat makanan seimbang/tidak tahu kandungan makanan seimbang.

Kesimpulan (2m)
Ibu bapa perlulah menjaga khasiat pemakanan anak-anak agar pembesaran anak-anak terjamin/kesihatan anak-anak terjamin

Soalan Latihan karangan Bahasa Malaysia Bahagian B (Karangan Umum)

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Sekolah anda telah mengadakan sambutan ulang tahun kemerdekaan yang ke-53 pada tahun ini. Gambarkan suasana kemeriahan kemerdekaan sepanjang sambutan itu selengkapnya.

2. ‘Hari Ibu’ sering disambut meriah dan jarang dilupakan oleh anak-anak. Namun begitu, mereka sering mengabaikan ‘Hari Bapa’. Pada pendapat anda, perlukan usaha-usaha untuk memperingati ‘Hari Bapa’ diuar-uarkan seperti ‘Hari Ibu’. Beri pendapat anda.

3. Kad kredit dikatakan sebagai alat penyelesaian kewangan segera, namun penggunaan nya yang melampau akan meningkatkan beban pengguna akhirnya. Selaku pengarang sebuah majalah anda dikehendaki menulis komentar anda dalam bentuk rencana berkenaan isu tersebut. Sediakan rencana tersebut selengkapnya..

4. Andaikan anda bertugas sebagai pemberita di sebuah akhbar. Anda telah ditugaskan untuk menemuramah seorang pakar perubatan berkenaan penyakit berbahaya yang sering melanda negara kita akhir-akhir ini. Tulis hasil temu ramah anda itu selengkapnya.

5. Sekolah anda telah menganjurkan pertandingan menulis cerpen bertemakan semangat patriotisme. Anda ingin menyertai pertandingan tersebut. Tulis cerpen berkenaan selengkapnya.


JAWAPAN

1. Soalan gambaran/keperihalan.

Pendahuluan
- kepentingan sambutan Hari Kemerdekaan. Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan ke-53

Isi
- Calon perlu huraikan secara kronologi suasana sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-53 dari
perhimpunan rasmi sehingga tamat perhimpunan dan acara-acara yang dijalankan spanjang
sambutan tersebut seperti laungan kemerdekaan/sketsa tandatangan perjanjian
kemerdekaan/nyanyian Lagu Negaraku dan acara-acara lain yang sesuai. Calon perlu tekankan
kemeriahan acara tersebut.

Penutup
- pentingnya masyarakat khasnya remaja diterap dengan budaya menyambut Hari Kemerdekaan
Peribahasa yang sesuai; Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing/Di mana bumi
berpijak di situ langit dijunjung/Bahasa Jiwa Bangsa

2. Soalan pendapat.

Pendahuluan
- Calon boleh huraikan apa maksud ‘Hari Ibu’ dan ‘Hari Bapa’/cerita suasana/pengalaman
menyambut hari istimewa secara ringkas.

Isi
- peranan bapa dalam keluarga/kepentingan menguar-uarkan Hari Bapa kerana bapa ialah
peneraju keluarga/mencari nafkah/ melindungi keluarga/ menyediakan kemudahan dan keperluan keluarga.

- anak-anak perlu dididik/asuh untuk menghormati ibu dan bapa secara sama rata. Meraikan Hari
Bapa sama seperti Hari Ibu perlu dilaksanakan supaya bapa rasa dihargai/sayangi. Bapa rasa lebih bertanggungjawab/merasai kehadiranya diperlukan dalam keluarga. Menyedarkan bapa anak-anak sayangkan mereka. Bapa merasakan mereka perlu menunjukkan contoh yang lebih baik/menjadi idola anak-anak apabila anak-anak mengingai tarikh penting dalam hidup mereka.

Penutup – penegasan perlunya diraikan Hari Ibu dan Hari Bapa. Peribahasa/cogan kata yang sesuai; Menghormati yang tua dan menyayangi yang muda.

3. Format rencana

Pendahuluan – huraikan apa dan fungsi kad kredit.

Isi
- objektif/fokus asal sebagai alat penyelesaian kewangan segera seperti menyelesaikan bil kerana hal kecemasan contohnya mendapatkan rawatan/ semasa dalam perjalanan (jarak jauh) apabila berlaku kerosakan / tidak dapat mengeluarkan wang tunai kerana bank tutup/kad ATM rosak/ tiada wang tunai yang mencukupi

- sikap berbelanja yang berubah kepada boros menyebabkan penggunaan yang melampau menyebabkan meningkatnya beban pengguna contohnya membeli barangan yang kurang penting tetapi berharga mahal/ makan di tempat mewah/ bercuti(melancong) lebih daripada yang sepatutnya. Mula menggunakan/memakai barangan berjenama.

- cadangan/langkah mengatasi iaitu kurangkan bilangan/gunakan satu sahaja kad kredit
/senaraikan barangan yang hendak dibeli/ keluar berbelanja apabila perlu sahaja/ kurangkan makan di luar/melancong.Mula menabung/beli barangan buatan tempatan yang sama kualiti tetapi lebih murah harganya

Penutup – penegasan amalan berjimat cermat

Peribahasa yang sesuai; berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian / Jimat membawa berkat.

4. Format wawancara

Pendahuluan
- ucapan alu-aluan dan terima kasih kedua-dua pihak. Nyatakan nama akhbar yang diwakili pemberita/tarikh/masa/tempat/tajuk temu ramah.

Isi
- jenis penyakit berjangkit iaitu sars/selesema burung/AIDS/kuku dan mulut dan yang terkini H1N1. Dari segi sejarah asal penyakit-penyakit tersebut contohnya selesema burung dari negara China dan H1N1 dari Spanyol.

- Huraikan faktor merebak contohnya tiada kesedaran sivik/kurang pengetahuan/ tiada tindakan
pantas oleh pihak berkuasa. Orang ramai yang mementingkan diri sendiri/ bersikap sambalewa.

-Kesan penyakit menyebabkan kematian/kos perubatan yang meningkat/fobia mangsa atau keluarga mangsa/penduduk panik/menjejaskan aktiviti harian/pelajaran anak-anak terjejas.

- Langkah mengatasi amalan gaya hidup sihat/uar-uar melalui media/iklan/mengawal kawasan
sempadan/kawal kemasukan pelancong/orang tempatan yang baru pulang dari luar negara.
Rawatan segera/tingkatkan bekalan ubat-ubatan atau vaksin.

Penutup - harapan hasil temubual/ucapan terima kasih Peribahasa yang sesuai; sediakan payung sebelum hujan.

5. Format cerpen dan nama pengarang.

Isi – bertemakan semangat patriotisme.

Soalan latihan Bahasa Malaysia ( Karangan Berpandu)



Arahan:
Berdasarkan ilustrasi di bawah, huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah mengatasi gejala ponteng sekolah. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.


Langkah-langkah mengatasi gejala ponteng sekolah:

1. Ibu bapa sentiasa memantau pergerakan anak-anak/memerhati tindak-tanduk anak-anak.
2. Ibu bapa mengenali siapa rakan anak-anak
3. Ibu bapa sentiasa berhubung dengan pihak sekolah berkenaan perkembangan anak-anak.
4. Ibu bapa sentiasa bersama-sama anak-anak/meluangkan masa dengan anak-anak.
5. Ibu bapa mengambil tahu berkenaan masalah anak-anak.
6. Menerapkan nilai bertanggungjawab dalam diri remaja/menerapkan pengetahuan agama dalam diri
anak-anak.
7. Pihak sekolah memberi maklumat berkenaan pelajar yang bermasalah kepada ibu bapa.
8. Minta kerjasama daripada pihak berkuasa memerhatikan pelajar yang ponteng.
9. Pihak sekolah adakan aktiviti/P&P yang menarik agar pelajar tidak bosan

Pilih 3 @ 4 isi sahaja. Sertakan peribahasa yang sesuai seperti;
*Sudah terantuk baru terngadah
*Melentur buluh biarlah dari rebungnya
*sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Friday, October 08, 2010

KAEDAH MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN PUISI (SAJAK/ PANTUN/ SYAIR/ GURINDAM/ SELOKA/ DLL)

1. Gunakan Bahasa Melayu Moden. Tukarkan bahasa puisi kepada bahasa Melayu Moden.

2. Gunakan ayat yang lengkap. Jangan gunakan poin atau tidak mengulas ayat soalan.

3. Pastikan isi cukup berdasarkan jumlah markah yang diberi.

4. Sebaiknya, 1 ayat 1 isi. (Maksimum 1 ayat, 2 isi)

5. Gunakan penanda wacana untuk menyambung setiap ayat.

6. Jika soalan berbentuk umum, jangan rujuk petikan puisi. Fikirkan jawapan sendiri.

7. Soalan nilai/ persoalan/ pengajaran/ perwatakan : Lihat bentuk perkataan atau kunci kata soalan sama ada perlukan contoh atau tidak. (sila rujuk "Latihan Pemahaman Prosa Tradisional dalam blog ini)

Kaedah Menjawab Prosa Klasik/ Tradisional.

1. Ayat yang digunakan mestilah ditukar menjadi bahasa Melayu moden. Jangan gunakan ayat bahasa klasik lagi kerana akan ditolak 50% markah.

2. Pastikan jumlah isi cukup seperti diminta berdasarkan jumlah yang diberi di kanan soalan. Jangan berpuas hati memberi satu isi dan berharapkan pemeriksa memberi markah yang banyak.

3. Gunakan ayat yang lengkap semasa menjawab. Jangan gunakan kaedah 'point form' atau terus memberi isi tanpa mengulas ayat dari soalan,

4. Jika soalan "berdasarkan pendapat anda" atau soalan yang tidak dirujuk pada petikan, binalah isi sendiri tanpa merujuk petikan diberi. Biasanya ada satu soalan berbentuk umum begini dalam setiap petikan soalan yang diberi.

5. Amalkan menggunakan "satu ayat, satu isi" atau maksimum "satu ayat, dua isi" untuk jawapan anda. Untuk ayat baru/ sambungan isi, gunakan penanda wacana yang sesuai.

6. Jaga struktur ayat, ejaan dan aspek tatabahasa dalam ayat jawapan anda. Selalunya jika terlalu banyak kesalahan, markah akan ditolak 50% daripada jumlah markah.

7. Bagi soalan aspek komsas (nilai/ persoalan/ pengajaran/ bahasa) pastikan:
i. Jika soalan berbunyi "nyatakan" atau "berikan" : anda hanya perlu menyenaraikan nilai/ persoalan/ pengajarannya sahaja tanpa memberi contoh atau huraian.
ii. Jika soalan berbunyi "Jelaskan/ huraikan/ bincangkan/ terangkan" : anda perlu menulis nilai/ persoalan/ pengajaran dan sebagainya DAN memberi contoh atau huraiannya sekali. Jika tiada huraian diberi, anda hanya akan diberi 1/2 markah. Jika anda hanya memberi contoh tetapi tidak menulis nilai dll, tiada markah akan diberi.

Tuesday, October 05, 2010

Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.
Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan. Biasanya, ayat jenis ini panjang. Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya.

Perhatikan contoh-contoh di bawah.

Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan; ayat kecil ditandakan 'K' dan bilangannya dinomborkan.

Friday, October 01, 2010

Maksud peribahasa dan penggunaan

1. Acuh tak acuh (sikap tidak ambil peduli terhadap sesuatu perkara)
Usahawan dalam bidang kraf tangan tidak boleh bersikap acuh tak acuh ketika merekabentuk hasil kraf tangan.

2. Ada nama (terkenal)
Usahawan bidang kraf tangan perlu berusaha gigih untuk mempastikan produk keluaran mereka ada nama bukan sahaja di dalam negara bahkan ke persada antarabangsa.

3. Ada bakat. (Berkebolehan)
Usahawan bidang kraf tangan perlu berkebolehan dalam pelbagai bidang termasuk merekabentuk produk, memasarkan produk dan mengurus kewangan.

4. Akal panjang. ( berfikiran matang )
Usahawan bidang kraf tangan ini perlu mempunyai akal panjang dalam menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa.

5. Dalam tangan. (Sesuatu yang pasti akan dimiliki)
Usahawan bidang ini akan menikmati untung dalam tangan jika sentiasa gigih dan tabah dalam mengusahakan perniagaan.

Sunday, July 25, 2010

Menukarkan ayat cakap ajuk kepada cakap pindah

“Apa hal cikgu jemput saya?” tanya Aishah sambil menatap wajah Cikgu Tipah.
“Cikgu jemput Aishah ke bilik ni bertujuan murni. Anggaplah pertemuan ini sebagai
seorang kakak dengan adik,” jelas Cikgu Tipah sambil tersenyum manis.
“Maksud cikgu?” Aishah ingin kepastian.
“Saya sebenarnya ingin mendapat penjelasan daripada Aishah kenapa keputusan
ujian bulanan merosot,” kata Cikgu Tipah sambil merenung ke wajah Aishah. [6 markah]

Contoh jawapan;

Aishah menanyakan tujuan Cikgu Tipah menjemputnya. Cikgu Tipah memberitahu
Aishah bahawa dia bertujuan murni menjemput Aishah ke biliknya. Cikgu Tipah
menyatakan bahawa Aishah hendaklah menganggap pertemuan itu sebagai
pertemuan seorang kakak dengan adik. Aishah menanyakan maksud kata – kata
Cikgu Tipah itu. Sambil merenung wajah Aishah, Cikgu Tipah menyatakan bahawa
dia sebenarnya ingin mendapatkan penjelasan daripada Aishah tentang
kemerosotan keputusan ujian bulanannya.(6 markah)

Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif

Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Kerana kesuntukan masa, mereka tidak sempat membincangkan perkara lain dalam
mesyuarat semalam.

(ii) Pelajar lelaki itu mengirimkan e-mel kepada gurunya untuk menanyakan masalah
pelajarannya.

(iii) Cikgu Ramlah mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu di sebuah sekolah di luar
bandar. [6 markah]

Contoh jawapan:

(i) Perkara lain tidak sempat dibincangkan oleh mereka dalam mesyuarat semalam
kerana kesuntukan masa.

(ii) E-mel dikirimkan oleh pelajar lelaki itu kepada gurunya untuk menanyakan masalah
pelajarannya.

(iii) Mata pelajaran Bahasa Melayu diajarkan oleh Cikgu Ramlah di sebuah sekolah di
luar bandar.

Tuesday, July 20, 2010

Sajak Harga Remaja

TEMA:-

Harapan dan amanat kepada golongan remaja agar mengisi kehidupan remaja dengan amalan yang sihat. Remaja mestilah mempunyai hala tuju dan matlamat hidup.

PERSOALAN:-

1.Zaman remaja merupakan zaman yang sangat berharga.
2.Remaja harus memanfaatkan usia remaja dengan menuntut ilmu.
3.Remaja mestilah mempunyai pendirian, keberanian dan ketabahan dalam mencari ilmu.
4.Remaja perlu mempunyai hala tuju yang jelas dalam kehidupan mereka.

NILAI:-

1.Tabah = remaja perlu tabah menuntut ilmu.
2.Keberanian = perlu berani berhadapan pelbagai dugaan.
3.Berhati-hati = perlu berhati-hati supaya tidak dikelirukan oleh perasaan cinta pada usia remaja.
4.Bijak = menggunakan peluang ketika remaja yang serba bertenaga.
5.Rasional = mesti rasional dalam apa-apa jua tindakan.

RANGKAP MAKSUD

1.Keadaan kehidupan remaja yang serba muda dan bertenaga serta bebas daripada runtunan masalah.

2.Kehidupan remaja yang perlu memilih sama ada memilih untuk leka bercinta atau berusaha menuntut ilmu.

3.Usia remaja sebenarnya sangat berharga dan tidak boleh dijual beli. Harga usia remaja ialah keteguhan hati, keberanian menempuh cabaran dan kegigihan menuntut ilmu.

4.Remaja perlu memenuhi usianya dengan hala tuju hidup yang jelas dan menjadi insan yang berguna.

Sunday, July 11, 2010

Seloka Emak Si Randang

MAKSUD:
Emak Si Randang yang baik hati sanggup menanakkan nasi kepada orang dagang yang lalu di depan rumahnya. Kerana ketiadaan kayu api, dia telah merobohkan rumahnya untuk mendapatkan kayu api. Disebabkan nasi telah dijamu kepada orang lain, anak sendiri yang kelaparan. Hal ini diibaratkan seperti kera di hutan disusukan, anak sendiri kelaparan. Apabila dagang itu pergi, dia kerugian ditambah pula kerana beras habis dan tanaman padi juga tidak menjadi.

TEMA:
Sindiran kepada orang yang suka bertindak tanpa berfikir baik buruknya.

PERSOALAN:
1. Lebih mementing orang daripada diri sendiri.
2. Menghulurkan bantuan sehingga membebankan diri.
3. Bertindak tanpa menggunakan akal yang bijak.
4. Sentiasa bersedia menghadapi kesukaran hidup.

NILAI:
1. Berfikiran rasional
2. Baik budi
3. Bijaksana dalam tindakan
4. Berhati-hati

GAYA BAHASA:
1. Sinkope /singkof > Beras habis padi tak jadi.
2. Asonansi > Anak pulang kelaparan.
3. Aliterasi > Dagang pergi awak terhutang.
4. Anafora > Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan.
5. Hiperbola > Tiada kayu rumah diruntuhkan.

Gurindam 12 Fasal yang keenam

Cahari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan ubat.

maksud
Saranan agar mencari rakan yang baik dan boleh memberikan manfaat kepada kita.

Cahari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan setiap seteru.

maksud
Saranan agar mencari guru yang mahir tentang muslihat musuh.

Cahari olehmu akan isteri,
Yang boleh menyerahkan diri.

maksud
Saranan agar memilih isteri yang taat setia akan suami.

Cahari olehmu akan kawan,
Pilih segala orang setiawan.

maksud
Saranan agar memilih kawan yang tahu erti setia kawan.

Pantun Jenaka dan Sindiran

Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal,
Apa guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.

maksud
Isteri yang cantik tidak dianggap sempurna jika dia tahu melakukan kerja-kerja dapur.

Dari Kelang lalu ke Jawa,
Naik sigai ke atas atap,
Ikan kering lagi ketawa,
Mendengar tupai membaca kitab.

maksud
Kitab selalunya dibaca oleh orang yang berpengetahuan. Oleh sebab itu, jika orang yang dianggap tidak berilmu menunjukkan kemahirannya, pihak lain pasti akan ketawa kerana tidak percaya.

Ambil segulung rotan saga,
Suruh diambil mari diurut,
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.

maksud
Orang yang pernah berkuasa tidak akan berbuat apa-apa kepada rakyat biasa apabila kuasanya telah hilang,

Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu,
Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.

maksud
Keupayaan seseorang yang biasanya dianggap hanya layak berada di bawah akan menimbulkan kebimbangan kepada orang atasan.

Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan,
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.

maksud
Apabila orang bawahan mendapat kuasa dan berjaya menjatuhkan orang yang berada di tempat yang tinggi dan berpengaruh, tentulah akan menimbulkan kehairanan pada pandangan umum.

Tema
menyampaikan sindiran untuk memberikan pengajaran kepada kita.

Persoalan
i) Kepentingan membuat kerja-kerja dapur bagi kaum wanita.
ii) Sesuatu yang luar biasa itu akan membawa petanda buruk dan memberi kebimbangan kepada orang yang melihatnya.
iii) kekuasaan yang tidak akan kekal kuasanya.
iv) keupayaan orang yang lazimnya dianggap lemah, tetapi mampu melakukan perkara yang mengagumkan.

Asonasi – Pengulangan huruf vokal (A, E,I,O,U)
Aliterasi – Pengulangan huruf konsonan (selain daripada huruf vokal)
Jeda – Pemberhentian di tengah baris semasa membaca.
Bahasa kiasan / perlambangan – Simbol yang merujuk kepada sesuatu benda atau perkara
Pengulangan kata / Repetisi – Pengulangan perkatan dalam rangkap atau baris yang sama.

Unsur Keindahan
i) Repetisi = Apa guna berkain batik, kalau tidak memakai capal, apalah guna beristeri cantik, kalau tak pandai...
ii) Jeda = Ambil segulung / rotan saga, Suruh diambil / mari diurut, Duduk termenung / harimau tua...
iii) Bahasa kiasan = Apalah guna beristeri cantik, kalau tak pandai menumbuk sambal – menumbuk sambal menggambarkan wanita itu tidak sempurna.
iv) Asonasi = Hairan sekali hati saya. (a)
v) Aliterasi = Ikan kering lagi ketawa (k)

Nilai
i) Nilai nasihat-menasihati – golongan wanita mestilah mahir dalam urusan masak memasak.
ii) Nilai merendah diri. Sesuatu perkara yang bukan dalam bidang kemahiran kita perlulah dirujuk kepada mereka yang lebih arif.
iii) Nilai keyakinan diri – membuktikan kebolehan diri supaya tanggapan negatif orang lain terhadap keupayaan kita dapat dihapuskan.

Pengajaran
i) Kaum wanita hendaklah belajar tentang urusan-urusan di dapur.
ii) Seseorang itu perlulah gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang rendah.
iii) Janganlah memperoleh kuasa melalui saluran yang salah

STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSURAT

STRATEGI 1:

Baca dan fahamkan petikan rumusan yang diberi sekurang-kurangnya 2 kali,
- Bacaan kali pertama untuk dapatkan gambaran keseluruhan petikan.
(masa dicadangkan 2 minit)
- Bacaan kali kedua untuk dapatkan pemahaman.
(masa dicadangkan 5 minit)

STRATEGI 2:

Tentukan kata tugas dalam soalan (Fokus 1 dan Fokus 2) dan gariskan
perkataan-perkataan tersebut.
Fokus 1 = Isi tersurat
Fokus 2 = Isi tersirat

Sebagai contoh dalam petikan contoh 1 Fokus 1 iaitu faedah-faedah hidup berjiran merupakan fokus untuk isi tersurat manakala Fokus 2 iaitu cara-cara memupuk semangat kejiranan pula merupakan fokus untuk isi tersirat.

CONTOH 1

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang
faedah-faedah hidup berjiran [ISI TERSURAT] dan cara-cara memupuk
semangat kejiranan. [ISI TERSIRAT] Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

STRATEGI 3:

Baca perenggan 1 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemamtapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam (menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni). [ISI 1]

Baca perenggan 2 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.

Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling (mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana) [ISI 2]. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. (Jiran yang berbeza latar belakang) pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan (memberikan manfaat yang besar kepada kita) [ISI 3]. Hal ini kerana (mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama).[ISI 3-PILIHAN 2] Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu (mampu menjamin keselamatan setempat) [ISI 4] daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.

Baca perenggan 3 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.

(Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah) [ISI 5] dengan semangat kerjasama dan keperihatinan seama jiran. (Gejala sosial) seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah (dapat dibendung) [ISI 6] jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya (dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat).[ISI 7] Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.

Baca perenggan 4 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.

Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. (Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran). [ISI 8] Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya (memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka). [ISI 9] Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

Baca perenggan 5 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam (menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara) [ISI 10] Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

STRATEGI 4:

Senaraikan Fokus 1 (isi-isi tersurat) yang terdapat dalam petikan tersebut dan
kira jumlah perkataannya.

Isi-isi Tersurat : faedah-faedah hidup berjiran

- Dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni [ 8 ]
- Mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. [ 8 ]
- Jiran yang berbeza latar belakang memberikan manfaat yang besar kepada kita. [ 11 ]
Atau
- Dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka [ 8 ]
- Mampu menjamin keselamatan setempat. [ 4 ]
- Dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan
kesejahteraan masyarakat. [ 9 ]
- Gejala sosial dapat dibendung. [4 ]
- Dapat menjana program yang menyumbang kabijakan kepada masyarakat
setempat. [ 9 ]
- Melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 4 ]
- Memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan
perkongsian pintar sesama mereka. [ 11 ]
- Menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. [ 6 ]

STRATEGI 5:

Tulis isi-isi tersurat tersebut menjadi sebuah perenggan yang lengkap.

PERINGATAN:
- Maksimum isi untuk fokus 1 ialah 6 isi. Oleh itu anda tidak perlu
memasukkan kesemua isi kerana jumlah perkataan yang agak terhad.
Adalah dicadangkan jumlah perkataan untuk fokus 1 ialah 60 – 65 patah
perkataan.
- Anda perlu menulis kata tugas untuk Fokus 1 dalam ayat pertama
perenggan isi tersurat.

CONTOH:

Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, dapat membendung gejala sosial serta melahirkan perpaduan sesama jiran.
[ 46 patah perkataan ]

B : STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSIRAT

STRATEGI:

- Isi tersirat dibina berdasarkan Fokus 2 soalan. Isi ini tidak terdapat dalam
petikan yang diberikan. Contoh dalam Petikan 1 Fokus 2 ialah: cara-cara
memupuk semangat kejiranan.
- Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan analisis yang mendalam berdasarkan
isi tersurat dan Fokus 2 dalam arahan soalan.
- Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 isi
tersirat.
- Kata tugas untuk Fokus 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan
isi tersirat.

STRATEGI 1:

Kenal pasti dan senaraikan isi tersirat berdasarkan fokus 2 iaitu cara-cara
memupuk semangat kejiranan.

CONTOH :

- Mengadakan majlis gotong royong / aktiviti kemasyarakatan / bersedia
memberi pertolongan / tolong menolong [ konsep: bekerjasama ]

- Mengadakan rumah terbuka / majlis keraian / ziarah menziarahi / perihatin
atau ambil berat hal ehwal jiran / bertanya kabar / pelihara hubungan
kejiranan / bertegur sapa / saling mengenali [ konsep : Interaksi tidak formal ]

- Membuat rondaan bersama pada waktu malam / rukun tetangga.

- Mengadakan tabung kebajikan / kursus/ kempen kejiranan / tabung khairat.

- Mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat / tubuhkan sektor rukun
tetangga / persatuan belia / JKKK [ Konsep : Interaksi formal ]

- Mengadakan hari keluarga / sukaneka / riadah / pertandingan

- Mengikis sikap negatif dalam diri individu / jangan mementingkan diri / tidak
sombong / berbaik sangka dengan jiran .

STRATEGI 2:

Membina perenggan isi tersirat.

CONTOH PERENGGAN ISI TERSIRAT

Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan.
[ 23 patah perkataan ]

C : STRATEGI MENGHASILKAN PENDAHULUAN RUMUSAN

STRATEGI :

- Fahami maksud keseluruhan petikan yang diberikan.
- Kenal pasti Fokus 1 petikan tersebut kerana berdasarkan Fokus 1 itulah
penfahuluan rumusan karangan dapat kita hasilkan.
- Anda perlu melakukan pengubahsuaian supaya ayat yang anda bina itu
menjadi ayat anda sendiri.
- Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja.
- Mulakan ayat pendahuluan dengan ; Petikan membincangkan /
membicarakan …….

CONTOH PENDAHULUAN:

Fokus 1 : Faedah-faedah hidup berjiran

Pendahuluan:

Petikan membincangkan peranan jiran dalam kehidupan bermasyarakat di
negara kita.

atau

Petikan membincangkan kebaikan / kepentingan / kelebihan / manfaat / hidup
berjiran dalam masyarakat

D : STRATEGI MENGHASILKAN KESIMPULAN RUMUSAN

- Kaji semula fokus soalan sama ada Fokus 1 dan Fokus 2.
- Kesimpulan rumusan hendaklah berdasarkan fokus soalan tersebut.
- Kesimpulan merupakan cadangan / harapan anda terhadap fokus tersebut
berserta kesan atau akibat cadangan / harapan tersebut.
- Anda juga perlu menghubungkan antara cadangan / harapan dengan kesan
atau akibat cadangan dengan menggunakan kata hubung, ‘agar, supaya,
demi’.
- Gunakan penanda wacana atau rangkai kata, frasa yang menunjukkan
bahawa ayat tersebut merupakan ayat kesimpulan.
- Contoh : Kesimpulannya, ….Justeru, …

CONTOH KESIMPULAN:

Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang
sejahtera dapat diwujudkan

Atau

Justeru, semua pihak perlu menjalankan tanggung jawab mereka dalam
masyarakat dengan berkesan agar sebuah komuniti yang sejahtera dapat
diwujudkan.

CONTOH PETIKAN RUMUSAN YANG LENGKAP

Petikan membincangkan kebaikan hidup berjiran dalan sesebuah masyarakat.

Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, serta dapat membendung gejala sosial dan melahirkan perpaduan sesama jiran. Hidup berjiran juga dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan.

Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan.
[ 100 patah perkataan]

Rumusan ( panduan mudah menjawab soalan rumusan )

Rancang perenggan anda dengan teliti. Pastikan hanya ada EMPAT PERENGGAN sahaja.

1. 10 patah kata untuk pendahuluan.
2. 70 kata untuk isi tersurat.
3. 25 patah kata untuk isi tersirat, dan
4. 15 patah kata untuk kesimpulan.

Pendahuluan, sila semak kata-kata SINONIM untuk faktor, kepentingan, kesan dan sebagainya. Apakah makna perkataan ini? Natijah, kekangan, kemaslahatan, manfaat, gejala, strategi, . Sila cari makna yang tepat daripada kamus dewan.

Contoh:
Petikan membincangkan tentang sebab-sebab(cari sinonim bagi perkataan ini) kewajiban guru di sekolah (Tema soalan kalau boleh jangan diubah).

Mulakan isi tersurat dengan (rujuk soalan, tema soalan, katakanlah faktor)
Salah satu faktor keracunan makanan ialah (isi pertama).
Selain itu, (isi ke-2),
Seterusnya, (isi ketiga),
Seperkara lagi,(isi ke-4),
malahan (isi ke-5).
Di samping itu(isi ke-6) dan
juga, (isi ketujuh).
Justeru bukan penanda wacana.

isi tersurat dah tulis 6 isi, kira jumlah kata. Kalau baru 60, boleh tambah satu isi lagi. Kalau sudah 65 ke atas, semak semula kalau-kalau ada perkataan yang tak perlu untuk dibuang dan boleh tambah satu isi lagi. Kalau tidak, ada teruskan saja ke perenggan seterusnya iaitu menuliskan isi tersirat.

isi tersirat dengan menuliskan kembali soalan untuk isi tersirat.
contohnya usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan.
Contoh: usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan ialah (isi 1) dan (isi 2). Kalau belum cukup 25 patah kata, boleh tambah isi. Selain itu, (isi 3).

Kesimpulan hendaklah satu ayat sahaja yang terdiri daripada 2 unsur. Unsur pertama ialah cadangan anda iaitu apa/siapa yang patut melakukan sesuatu. Unsur kedua ialah mengapa cadangan itu patut dilaksanakan/kesan daripada cadangan itu. Contoh: Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk mengelakkan keracunan makanan (unsur pertama) agar keselamatan awam terjamin. (unsur kedua).

Kira balik jumlah perkataan dan kalau sudah berpuas hati, tuliskan jumlah perkataan yang benar di bawah rumusan anda.

Ingat, di samping itu dikira 2 perkataan. (di dan ke tidak dikira) Nama khas, walau panjang mana sekalipun dikira 1 perkataan dan kata ganda juga 1 perkataan.

KESAN AYAT TIDAK GRAMATIS

Soalan 2 (a), 2(b), 2(c) dan 2(d).

Kesilapan calon ketika menjawab soalan pemahaman.
1. Isi jawaban dalam bentuk nota.
2. Ayat tidak lengkap kerana tiada subjek.

Sebab-sebab berlakunya kesilapan :
1. Pelajar degil dan cuai walaupun telah diberi ingatan.
2. Tidak belajar merancang masa untuk menjawab soalan.
3. Terikut-ikut dengan gaya penulisan dalam buku kerja pelajar.

Kesan kesilapan:
Contoh soalan 2(a)(ii) SPM 2008.

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa bukti yang menunjukkan penglibatan Malaysia dalam bidang penerokaan angkasa lepas. Nyatakan bukti-bukti tersebut.KK : Nyatakan.

Jawaban contoh :
-Pembabitan Malaysia bermula pada awal tahun 1980-an.
-Melaksanakan program penghantaran angkasawan pertama ke angkasa lepas
-Pelancaran tiga buah satelit ke angkasa lepas.

Isi betul - 3
Ayat tidak gramatis
Markah : 2
Pelajar hilang 1 markah.

Contoh soalan 2(a)(ii) SPM 2008.

Jawaban contoh :
a. Persediaan dari segi fizikal supaya tubuh badan saya cukup sihat untuk menjalankan tugas sebagai angkasawan.

b. Cari maklumat yang banyak berkaitan bidang angkasa lepas daripada internet, buku ilmiah mahu pun media massa supaya pengetahuan saya cukup mantap dalam bidang ini.

c. Persediaan mental supaya sedia bersaing dan sanggup berkorban demi menjayakan tugas sebagai angkasawan.

Isi betul : 4 ( 2 isi dan 2 huraian )
Ayat tidak gramatisMarkah : 3
Pelajar hilang 1 markah.

Andaian :

Pelajar yang sama biasanya akan mengulangi setiap jawaban dengan cara memberi isi berbentuk nota ringkas. Pelajar mungkin akan kehilangan antara 6 hingga 8 markah untuk soalan 2(a) hingga 2(d) jika diandaikan pelajar ini dapat memberi isi dan huraian yang tepat tetapi ayat tidak gramatis.

Maka :
1. Jawab dalam bentuk ayat yang gramatis.
2. Ayat gramatis mempunyai subjek.
3. Subjek jawaban diperoleh daripada predikat soalan.
4. Gandingkan predikat soalan dengan isi jawaban lengkap.
5. Ayat gramatis boleh terdiri daripada ayat tunggal atau ayat majmuk.

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BINA AYAT

1. Boleh bina ayat majmuk.

Pelajar dilarang :

1. Menambah atau menggugurkan imbuhan.
2. Jadikan perkataan diuji sebagai kata nama khas.
3. Jadikan perkataan diuji sebagai peribahasa.
4. Membina ayat yang tidak jelas/ tidak difahami maksud

Contoh soalan dan jawaban:

(i) Suka duka.
Ketika bertugas di kawasan pedalaman itu, saya terpaksa menempuh pelbagai suka duka sebelum saya berjaya membawa kejayaan untuk sekolah dan penduduk di kawasan itu.
( Ayat Majmuk )

(ii) Baik buruk.
Kejadian kesan buruk yang tidak disedari atau tidak dilaporkan akan hanya memberikan gambaran yang tidak tepat tentang baik buruk sesuatu ubat itu.
( Ayat Majmuk )

(iii) Penat lelah
Segala penat lelah beliau terbayar apabila beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan itu.
( Ayat Majmuk )

(iv) Melayari laman web
Pelajar-pelajar digalakkan supaya melayari laman web Kementerian Pngajian Tinggi untuk mendapatkan maklumat tentang kemasukan ke Institsui Pengajian Tinggi Awam (IPTA). ( Ayat Majmuk )

(v) Pembangunan mesra alam
Kerajaan akan memastikan bahawa setiap pemaju perumahan mestilah mengutamakan pembangunan mesra alam untuk mengelakkan pencemaran dan kejadian tanah runtuh yang semakin berleluasa.( Ayat Majmuk )

(vi) Semangat setia kawan
Walaupun kita terpaksa bersaing sesama sendiri untuk merebut jawatan itu, semangat setia kawan dan persahabatan perlulah dipelihara.
( Ayat Majmuk )

Monday, June 28, 2010

Syair Definisi Orang Berakal

Orang berakal sangatlah mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.

Rangkap 1
orang yang berakal/cerdik dianggap mulia oleh masyarakat dan menyamai orang alim. Sesiapa yang menjadi pengikut orang yang berakal akan dapat hidup bahagia.

Kerana ia akalnya tajam
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihat kekejaman,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.

Rangkap 2
Orang yang berakal akan membela sesiapa sahaja yang dianiayai. Si pelakunya pula akan menerima balasan yang setimpal dengan kekejaman yang telah dilakukannya.

Telek pandangan dengan makrifat, Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.

Rangkap 3
Orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh. Dia akan bersahabat dengan orang yang baik sahaja dan mengetepikan orang yang jahat.

Sebagai lagi tanda berakal,
Perintah syarak tidak menyangkal,
Menjauhkan tamak hendak tawakal,
Ibanya tahu dunia tak kekal.

Rangkap 4
Orang yang berakal akan mengikut hukum-hukum agama. Selain berserah kepada Allah, orang yang berakal juga tidak bersikap tamak haloba kerana dia sedar bahawa dunia ini tidak akan kekal.

Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.

Rangkap 5
Orang yang berakal tidak mengada-ada walaupun dikasihi oleh pihak atasan. Dia tidak sombong, sebaliknya sentiasa berbaik-baik dengan rakan-rakan.

Apabila raja kasih sangat,
Makin itu, makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.

Rangkap 6
Jika pihak atasan memberikan perhatian yang lebih kepadanya, orang berakal itu makin berusaha merapatkan hubungan dengan rakan-rakannya, tetap bersikap merendah diri dan makin kuat bekerja.

Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.

Rangkap 7
Orang yang berakal tidak berasa bosan dalam mengejar ilmu pengetahuan. Dia ingin memahami sesuatu bidang ilmu secara mendalam.

Tema
Sesuatu yang difikirkan adalah berdasarkan akal fikiran.

Persoalan
i) Orang yang terbaik merupakan orang yang berakal.
ii) Orang yang berakal bersimpati terhadap nasih orang yang dizalimi.
iii) Orang yang berakal tidak memihak kepada orang yang jahat.
iv) orang yang berakal taat kepada agama dan tidak sombong.

Unsur Keindahan
i) Inversi – Tiadalah ia melanja-lanja
ii) Asonasi = (e) – merendahkan diri serta berkhidmat. (e = 4 kali)
iii) Aliterasi = (n) sangat mengasihi tuan dan sahabat. (n = 4 kali)

Inversi – Penggunaan ayat-ayat songsang. Contoh: Hati di dalam – sepatutnya di dalam hati.
Asonasi – Pengulangan huruf vokal (A, E,I,O,U)
Aliterasi – Pengulangan huruf konsonan (selain daripada huruf vokal)

Nilai –
i)Berilmu. Contohnya, ilmu yang diperolehi daripada orang yang berilmu dan berakal.

ii) Menegakkan keadilan. Contohnya, seseorang itu tidak rela membiarkan orang lain dianiaya.

iii) Merendah diri. Contohnya, seseorang itu akan sentiasa merendah diri walaupun dipuji dan dikasihi oleh orang lain.

iv) Reda – Sentiasa redah dengan apa yang berlaku.

Pengajaran –
i) Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup.

ii) Ilmu – Setiap orang hendaklah mencari ilmu agar menjadi orang yang berakal.

iii) Menegakkan keadilan - Kita hendaklah menegakkan keadilan apabila melihat orang teraniaya.

iv) Merendah diri – Kita haruslah merendah diri kerana ia adalah sifat yang baik.

v) Janganlah kita mendekati orang jahat.

Sumber rujukan
1. Buku Teks Harga Remaja
2. Encik Asrul

Sunday, June 27, 2010

Prosa Tradisional : Merah Silu

SINOPSIS:-

* Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telah dikurniakan 2 orang anak iaitu yang sulung ialah Merah Silu dan yang kedua, Merah Hasum.

* Merah Gajah telah melanggar larangan Puteri Betong dengan mencabut sehelai rambut keemasan miliknya menyebabkan mereka terpaksa berpisah. (Puteri Betong telah ghaib)

* Raja Muhammad amat marah apabila mendapat tahu bahawa anaknya hilang dan mengerahkan askarnya membunuh Merah Gajah.

* Raja Ahmad dengan askarnya menyerang Raja Muhammad apabila mengetahui anaknya Merah Gajah telah dibunuh.

* Merah Silu dan Merah Hasum lari meninggalkan negeri Semerlanga ke Beruana dan membuka perkampungan baru di sebelah-menyebelah sungai.

* Merah Silu memasang bubu setelah melihat ikan yang banyak di sungai tetapi apabila keesokan harinya, didapati bubunya penuh dengan cacing gegelang.

* Merah Silu merebusnya dan cacing itu bertukar menjadi emas, buihnya menjadi perak. Baginda menjadi kaya raya.

* Akibat orang tidak menyukainya (kerana suka bermain dengan haiwan yang tidak berguna), Merah Silu pun berpindah dengan membawa segala harta dan kerbaunya ke hulu Sungai Pasangan, kemudian ke hulu Karang. Malangnya habis tanaman orang dimakan kerbaunya. Merah Silu terpaksa berpindah lagi.

* Merah Silu ke hulu Semenda dan tiba di negeri Buluh Telang.

* Megat Iskandar melayannya dengan baik dan memintanya tinggal di situ kerana terdapat padang yang luas untuk kerbaunya mendapatkan makanan.

* Megat Iskandar tetap hendak merajakan Merah Silu kerana dia disukai rakyat walaupun mendapat tentangan orang besar-besar termasuklah Tun Aria Benong.

* Sultan Maliku’l-Nasar iaitu adik Megat Iskandar datang ke Rimba Jerun lalu berperang dengan Merah Silu tetapi tewas.

* Merah Silu pun dirajakan oleh Megat Iskandar di Rimba jerun.

TEMA:-

* Perjalanan hidup Merah Silu sejak lahir sehingga menjadi raja di Rimba Jerun.

PERSOALAN:-

* Kehilangan ibu dan ayah menyebabkan anak-anaknya mengembara.
* Persengketaan terjadi akibat perasaan dendam dan marah.
* Kejadian aneh yang berlaku menunjukkan watak utama memiliki kehebatan dan
keistimewaan.
* Pembukaan sesebuah negeri dimulakan oleh golongan bangsawan.
* Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun.


Sumber rujukan :
1. Buku teks Harga Remaja
2. Encik Azsmis

Wednesday, June 23, 2010

Panduan penulisan pengenalan karangan rumusan Bahasa Melayu.

Contoh pengenalan rumusan

Petikan menyatakan punca-punca berlakunya perlumbaan motorsikal haram dalam kalangan remaja.

Jawapan pengenalan rumusan, terdapat EMPAT perkara yang perlu ada.

Pertama
1. Petikan menyatakan

Huraian
Bahagian ini perlu ada dalam setiap jawapan pengenalan. Contoh
-Petikan ini tentang ……..
-Petikan ini membicarakan …………
-Petikan memperkatakan ……. dan sebagainya.

Latihan 1

Kedua
2. punca-punca

Huraian
Dalam format pengenalan. Pelajar dikehendaki menggunakan perkataan yang SINONIM dengan unsur atau kata kunci isi tersurat yang terdapat dalam soalan. Contoh kata-kata kunci;
-faktor ditukar kepada punca/sebab
-masalah ditukar kepada halangan
-peranan ditukar kepada tanggungjawab
-peranan ditukar kepada kewajipan
-usaha-usaha ditukar kepada langkah/cara/strategi/

Ketiga
3. berlakunya perlumbaan motorsikal haram

Huraian
Bahagian ini merupakan TEMA soalan yang terdapat dalam soalan rumusan. Bahagian WAJIB ditulis dalam jawapan pengenalan.

Keempat
4. dalam kalangan remaja.

Huraian
Bahagian ini perlu ditulis berdasarkan kandungan petikan. Namum, bukan semua pengenalan rumusan yang memerlukan bahagian ini.

Latihan 1 Rumusan BM

Soalan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang peranan guru di sekolah dan cara-cara untuk membalas jasa guru.

Jawapan

Petikan membincangkan tentang kewajipan/tanggungjawab guru di sekolah.

(Sinonim bagi perkataan peranan ialah kewajipan atau tanggungjawab (kosa kata)

Soalan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang usaha-usaha untuk menyebarluaskan bahasa Melayu dan kekangan-kekangan yang mungkin dihadapi.

Jawapan

Petikan menjelaskan tentang ikhtiar untuk menyebarluaskan bahasa Melayu.

(Sinonim bagi perkataan usaha-usaha ialah daya upaya, ikhtiar, kegiatan, perbuatan, tenggang)

Soalan 3
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang gejala chikungunya dan usaha-usaha yang perlu diambil untuk menanganinya.

Jawapan

Petikan ini membicarakan tentang gelagat chikungunya.

(Sinonim bagi perkataan gejala ialah tanda-tanda, petanda, pertanda, gelagat, alamat, isyarat)

Soalan 4
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang langkah-langkah untuk menghadapi kesan kenaikan harga barang dan punca-punca berlakunya inflasi.

Jawapan

Petikan memperkatakan tentang tindakan untuk menghadapi kesan kenaikan harga barang.

(Sinonim bagi perkataan langkah-langkah ialah tindakan, perbuatan, ikhtiar, usaha, jalan, cara )

Semoga panduan ini dapat membantu para pelajar. Sekiranya ada apa-apa cadangan sila kemukakan kepada saya untuk diperbaiki. Terima kasih

Saturday, June 19, 2010

Peribahasa SPM

Peribahasa yang wajib diketahui pelajar Bahasa Melayu SPM

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Dengan adanya kerjasama dalam masyarakat, keadaan masyarakat itu akan menjadi kuat dan sebarang pekerjaan dapat dilaksanakan dengan mudah.

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
Susah dan senang harus ditanggung bersama-sama.

Darah daging.
Anak yang ada pertalian darah dengan ibu atau bapanya. Adat atau sesuatu kelaziman pada sesuatu kaum ataupun seseorang.

Seperti lembu dicucuk hidung.
Orang bodoh yang mengikut perintah sahaja.

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Generasi pelapis yang akan memikul tanggungjawab terhadap negara pada masa depan dan masing-masing mempunyai peranan yang sama penting.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
Seimbang dari segi kedudukan dan sama tarafnya.

Jika melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Jika hendak mendidik anak hendaklah bermula sejak kecil lagi.

Tinggi gunung, tinggi lagi harapan kami.
Hajat atau harapan yang begitu besar.

Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Apabila melakukan sesuatu pekerjaan, hendaklah dilakukan secara bersungguh-sungguh dan diusahakan sehingga berjaya.

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.
Sesuatu keputusan bergantung pada diri sendiri untuk melakukannya.

Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.
Sesuatu yang sentiasa dikenang atau diingati dan sukar untuk dilupakan.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Setiap keinginan tentu ada cara untuk mencapainya.

Lintah darat.
Peminjam wang yang mengenakan faedah yang tinggi pada peminjam.

Jauh perjalanan luas pengalaman;
banyak berjalan luas pengalaman.
Semakin banyak pengalaman baru yang diperoleh jika kita pergi ke tempat orang.

Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
Sikap bersatu padu yang mementingkan semangat tolong-menolong antara satu sama lain.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.
Susah dan senang harus ditanggung bersama-sama

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Jika ada perpaduan, rakyat akan menjadi kuat, dan kalau berpecah belah, negara akan hancur.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Sikap bersatu padu yang mementingkan semangat tolong-menolong antara satu sama lain.

Seperti kacang lupakan kulit.
Orang yang tidak tahu mengenang budi.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Susah dan senang harus ditanggung bersama-sama.

Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.
Perlu mengikut adat dan kepercayaan tempat kita berada pada masa itu.

Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak.
Walau di mana sekalipun kita berada, kita hendaklah mengikut cara hidup masyarakat di mana kita menetap kerana setiap masyarakat mempunyai adat resam serta cara hidup mereka yang tertentu.

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.
Orang yang bermuafakat akan tetap setia antara satu dengan yang lain (jika seorang mendapat kesusahan, yang lain turut sama merasakannya.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang.
Seseorang itu perlu berusaha untuk memperoleh sesuatu.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Kalaulah kita hendakkan sesuatu kejayaan atau kesenangan, kita hendaklah sanggup menempuh kesusahan dan juga bekerja dengan cara yang bersungguh-sungguh.

Rajin dan usaha tangga kejayaan.
Kejayaan akan dicapai jika disertai dengan usaha dan kerajinan.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Sikap berjimat-cermat akan membolehkan seseorang itu menjadi kaya-raya.

Bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Sesuatu perkara yang terlalu banyak pada satu-satu masa.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Bersusah payah terlebih dahulu supaya dapat mengecap kesenangan pada masa akan datang..

Sediakan payung sebelum hujan.
Hendaklah bersiap sedia dan beringat-ingat sebelum mendapat kesusahan.

Memerah otak.
Memikirkan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh.

Genggam bara api, biarlah sampai jadi arang.
Melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya.

Bagai aur dengan tebing.
Saling membantu antara satu sama lain.

Mencari jalan.
Mencari ikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Biar mati anak, jangan mati adat.
Sikap menghormati dan sayangkan adat tradisi itu lebih daripada menghormati dan menyayangi anak sendiri.

Sumber rujukan :
Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan Empat dan Lima
Encik Mohd. Khir Kassim

Thursday, June 17, 2010

Panduan Menjawab Karangan Kertas Satu Bahasa B (Bahasa Melayu SPM)

Bahagian (b)

Karangan Umum (100 markah)

Bahagian ini akan mengemukakan 5 soalan karangan yang berdasarkan 3 bidang kemahiran iaitu intrapersonal atau interpersonal, maklumat dan estetik. Berdasarkan trend soalan semasa, soalan yang keempat biasanya merujuk kepada isu serantau atau antarabangsa. Sementara itu soalan yang kelima pula berdasarkan bidang estetik. Pelajar dikehendaki menulis sebuah karangan yang panjangnya hendaklah melebihi 350 perkataan berdasarkan 5 soalan yang dikemukakan.
Untuk menghasilkan karangan yang baik, empat proses yang berikut perlu diikuti oleh pelajar, iaitu:
1. Membaca semua soalan
2. Membuat pemilihan dan perancangan
3. Menulis karangan
4. Membuat semakan

Membaca Semua Soalan (5 minit)
i. Baca semua soalan yang dikemukakan dan buat pilihan yang tepat berdasarkan
pengetahuan pelajar tentang soalan tersebut.

Membuat Perancangan (10 minit)
i. Pelajar perlu membaca soalan yang dipilih itu dengan teliti sekali lagi.
ii. Pelajar perlu memahami dan menentukan kehendak soalan serta formatnya.
iii. Pelajar perlu memikirkan dan menyenaraikan isi atau maklumat yang berkaitan dengan isu atau maklumat yang berkaitan dengan isu atau perkara yang hendak ditulis.
iv. Pelajar perlu menyediakan isi yang sesuai iaitu lima atau enam isi yang benar-benar relevan dan benar-benar diketahui oleh pelajar.
v. Pelajar perlu mencatatkan maklumat sokongan, misalnya statistik, contoh-contoh yang relevan daripada isu-isu semasa, pendapat tokoh yang berwibawa, peribahasa dan maklumat-maklumat sokongan yang lain yang sesuai dan berkaitan dengan isi yang hendak ditulis.

Menulis Karangan (65 minit)
i. Pelajar perlu menulis satu perenggan pendahuluan karangan berserta huraiannya.
ii. Pelajar perlu menulis isi (lima atau enam isi) berserta huraiannya.
iii. Pelajar perlu menulis penutup atau kesimpulan karangan.

Catatan:
• Pelajar perlu ingat bahawa setiap isi karangan hendaklah ditulis dalam perenggan yang berlainan (satu isi, satu perenggan).
• Setiap isi dalam perenggan tidak seharusnya dihuraikan terlalu panjang (meleret-leret) dan tidak pula terlalu ringkas dan pastikan setiap perenggan seimbang.

Membuat Semakan (10 minit)

i. Ayat
(a) Tiada ayat tergantung.
(b) Tiada ayat yang terlalu panjang sehingga maksudnya kabur.
(c) Ayat perlulah gramatis iaitu mengikut sistem bahasa yang betul.

ii. Istilah
(a) Gunakan istilah atau perkataan yang sesuai
(b) Gunakan imbuhan yang sesuai
(c) Sistem ejaan mestilah betul.

iii. Tanda Bacaan
(a) Gunakan tanda bacaan yang sesuai.

Sumber Rujukan Guru Pakar Bahasa Melayu
Encik Mohd. Khir Kassim

Panduan Menjawab Karangan Kertas Satu Bahasa A (Bahasa Melayu SPM)

Kertas 1 : Karangan [130 markah]

(a) Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan (30 markah)

Soalan bahagian ini akan memaparkan bahan rangsangan iaitu berbentuk grafik sebagai panduan kepada pelajar untuk menulis karangan. Bahan rangsangan tersebut mungkin berbentuk gambar tunggal, gambar bersiri, ilustrasi, carta, jadual, graf, peta, dialog dan sebagainya. Pelajar dikehendaki menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan tersebut yang panjangnya antara 200 hingga 250 patah perkataan berdasarkan tema atau tajuk yang diberikan.
Untuk menghasilkan karangan berpandu yang baik, empat proses yang berikut perlu diikuti oleh pelajar, iaitu:

Membuat penelitian
Membuat perancangan
Menulis karangan
Membuat semakan

1. Membuat Penelitian (5 minit)

i. Pelajar perlu meneliti bahan rangsangan yang dikemukakan.
ii. Pelajar perlu memahami dan menentukan perkara yang dikehendaki berdasarkan bahan rangsangan yang dikemukakan.

2. Membuat Perancangan (5 minit)

i. Pelajar perlu memikirkan serta menyenaraikan isi-isi yang berkaitan dengan bahan rangsangan tersebut.
ii. Pelajar perlu menyediakan sekurang-kurangnya 3 isi yang utama berdasarkan bahan rangsangan tersebut.
iii. Pelajar perlu menghuraikan perkara-perkara yang tersirat di samping perkara yang tersurat pada bahan rangsangan.

3. Menulis Karangan Berpandu (30 minit)

i. Pelajar perlu menulis perenggan pendahuluan.
ii. Pelajar perlu menulis isi (sekurang-kurangnya 3 isi) dan menghuraikan atau mengembangkannya.
iii. Pelajar perlu menulis menutup atau kesimpulan karangan berpandu.

4. Membuat semakan (5 minit)

i. Jumlah Perkataan – pastikan jumlah perkataan karangan berpandu ini dipatuhi. Jangan tulis melehihi had yang telah ditetapkan iaitu 200 hingga 250 perkataan.

ii. Ayat
(a) Tiada ayat yang tergantung.
(b) Tiada ayat yang terlalu panjang sehingga boleh menyebabkan maksudnya kabur.
(c) Tiada ayat yang salah tatabahasanya.

iii. Istilah
(a) Gunakan istilah atau perkataan yang sesuai
(b) Gunakan imbuhan yang sesuai
(c) Gunakan sistem ejaan yang betul

iii. Tanda Bacaan
(a) Gunakan tanda bacaan yang sesuai.

Sumber Rujukan Guru Pakar Bahasa Melayu
Encik Mohd. Khir Kassim

Thursday, April 22, 2010

PANDUAN MENULIS RUMUSAN BERKESAN

A. MENULIS PENGENALAN:

1. Tulis dan ubah perkataan daripada kunci kata soalan pertama sahaja. (tidak boleh ada perkataan ‘dan’ dalam pengenalan.

2. Mengubah maksud perkataan kunci kata pertama soalan:
* faktor = punca = sebab = penyebab = perkara yang mempengaruhi
* langkah = inisiatif = cara = kaedah = tindakan
* kesan = implikasi = kebaikan = keburukan = kesan positif = kesan negatif
* ciri = sifat = bentuk
* masalah = halangan = cabaran = kekangan

3. Contoh:
1. Rumuskan langkah-langkah mengatasi hakisan tanah dan faedahnya kepada masyarakat.

Pengenalan rumusan :
Rencana membincangkan cara-cara mengatasi hakisan tanah.

2. Buat satu rumusan tentang faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan Bandar dan implikasinya kepada pembangunan di kawasan Bandar tersebut.

Pengenalan rumusan :
Petikan membincangkan punca-punca yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan bandar.

3. Rumuskan ciri-ciri yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang dan langkah melahirkan pelajar cemerlang. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.

Pengenalan rumusan :
Rencana membincangkan sifat-sifat yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang.

4. Baca petikan di bawah dan buat satu rumusan tentang kepentingan sektor pertanian kepada Negara kita dan langkah untuk memajukan sektor pertanian negara. Panjang karangan mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengenalan rumusan :
Rencana tersebut membincangkan faedah sektor pertanian kepada negara.

5. Buat satu rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan cara-cara untuk mencegahnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengenalan rumusan :
Rencana tersebut membincangkan kesan negatif makanan ringan kepada kanak-kanak.

PANDUAN MENULIS RUMUSAN BERKESAN

B. MENULIS ISI TERSURAT:

1. Isi jawapan berdasarkan kunci kata soalan yang pertama. (gunakan kunci kata dalam soalan. Jangan ubah)
2. Isi hanya yang terdapat dalam petikan sahaja.
3. Beri maksimum 6 isi. (Jumlah isi tersurat dan tersirat ialah 8 isi)
4. Jika kurang isi tersurat, jangan panik. Tambah isi tersirat anda.
5. Jika jumlah perkataan masih kurang 120 perkataan, anda digalakkan tambah isi tersurat.
6. Pastikan maksimum 2 isi dalam satu ayat. SEBAIK-BAIKNYA 1 isi dalam I ayat.
7. Gunakan penanda wacana untuk menggabungkan setiap ayat.

8. Contoh penggunaan ayat:
Contoh 1: Rumusan yang baik.(Katakanlah faktor banjir kilat)
-Faktor utama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang tersumbat.
-Selain itu, faktor yang lain termasuklah kurangnya kadar serapan air di kawasan bandar.
-Sementara itu, hujan lebat yang berterusan juga turut menjadi faktor fenomena tersebut.
-Terdapat juga faktor kurangnya sistem perangkap sampah di kawasan sungai berhampiran.
-Di samping itu, kekurangan tumbuhan di bandar menyebabkan banjir kilat terjadi.
-Faktor penyebab yang terakhir ialah hakisan tanah yang dihasilkan oleh pembinaan di Bandar.

Contoh 2 : Rumusan kurang baik. (akan ditolak 1 markah bahasa)
-Faktor pertama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang sempit.
-Faktor kedua ialah kurangnya kadar serapan di kawasan bandar.
-Faktor ketiga ialah hujan lebat yang berterusan di bandar.
-Faktor keempat ialah kekurangan tumbuhan di bandar.
-Faktor terakhir ialah hakisan tanah dari kawasan pembinaan.

9. JANGAN gunakan perkataan ‘harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah’ dan lain-lain yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan)
Salah : Langkah mengatasinya ialah kerajaan harus menguatkuasakankan undang-undang.
Sepatutnya : Langkah mengatasinya ialah kerajaan menguatkuasakan undang-undang.

Salah : Selain itu, kerajaan harus mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik.
Sepatutnya : Selain itu kerajaan mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik.

10. Contoh :
Contoh 1 :Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya.

"Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu dibendung dan sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba harus disekat. "

Isi tersurat :
-Faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba.

Contoh 2 : Rumuskan kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah yang dihadapi.

"Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi. Pelbagai jenis ciptaan turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang dilaksanakan oleh orang ramai menjadi lebih mudah."

Isi tersurat :
- Selain itu, kesan kemajuan teknologi kepada negara ialah tugas yang dijalankan oleh orang ramai menjadi lebih mudah.

Contoh 3 : Rumuskan ciri-ciri tanaman kontan di negara kita dan kepentingannya.

"Antara tanaman kontan tersebut termasuklah getah dan kelapa sawit. Tanaman ini banyak ditanam di sini kerana tanah lateritnya yang subur. Hasil tanaman ini adalah digunakan untuk jualan yang memberi keuntungan kepada negara."

Isi tersurat :
- Ciri-ciri pertanian kontan yang lain termasuklah digunakan sebagai jualan bagi memberi keuntungan kepada negara.

Contoh 4 : Rumuskan kesan negatif kafe siber dalam kalangan remaja dan langkah mengatasinya.

"Umum mengetahui perkembangan kafe siber begitu pesat sehingga seperti cendawan tumbuh. Banyak pihak berpendapat bahawa perkembangan ini amat wajar bagi meningkatkan kemajuan IT dalam kalangan penduduk. Namun segelintir kecil menentangnya dengan alasan bahawa tempat ini akan menjadi tempat berkembangnya gejala sosial dalam kalangan remaja. "

Isi tersurat :
- Kesan negatif yang terakhir ialah kafe siber akan menjadi tempat berkembangnya masalah sosial dalam kalangan masyarakat.

PANDUAN MENULIS RUMUSAN BERKESAN

C. MENULIS ISI TERSIRAT:

1. Berdasarkan kunci kata soalan yang kedua.
2. Isi bahagian ini perlu anda fikir sendiri dan bukan diambil dari petikan juga.
3. Jika isi tersirat yang anda fikirkan sudah ada dalam petikan juga, jangan ambil sebagai isi anda.
4. Penggunaan ayat dan penanda wacana adalah sama dengan isi tersurat.
5. Jumlah minimum ialah 2 isi tetapi jika isi tersurat kurang, bahagian isi ini perlu ditambah.
6. JANGAN gunakan perkataan ‘harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah’ dan lain-lain yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan)

7. Contoh :
Contoh 1 : Rumuskan kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah yang dihadapi.

"Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi. Pelbagai jenis ciptaan turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang dilaksanakan oleh orang ramai menjadi lebih mudah."

Isi tersirat :
- Masalah yang dihadapi dalam menyebarkan kemajuan teknologi ialah kekurangan pakar yang mampu memberi perkhidmatan dalam bidang ini kerana masih baru di negara kita.

Contoh 2 : Rumusan tentang kepentingan sektor pertanian kepada negara kita dan langkah untuk memajukannya.

Isi tersirat :
-Langkah untuk memajukan sektor pertanian yang seterusnya ialah kerajaan memberi kemudahan subsidi baja kepada para petani.

Contoh 3 : Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya.

"Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu dibendung dan sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba harus disekat."

Isi tersirat :
- Langkah mengatasi kemalangan jalan raya yang terakhir adalah dengan menguatkuasakan undang-undang jalan raya kepada pemandu yang menyalahi peraturan di jalan raya.

Contoh 4 : Rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan cara-cara untuk mencegahnya.

Isi tersirat :
- Untuk mengatasi masalah ini, langkah lain ialah ibu bapa memberi didikan agar anak-anak memilih makanan yang seimbang.

PANDUAN MENULIS RUMUSAN BERKESAN

MENULIS PENUTUP / ULASAN:

1. 3 aspek perlu ditulis iaitu:
i. siapa bertindak ii. apa tindakan iii. tujuan tindakan
2. Ayat mesti mengandungi perkataan berikut:
i. Kesimpulannya / Oleh itu / Justeru / Maka / Jadi
ii. harus / patutlah / mestilah / wajarlah / harus / patut
iii. supaya / agar
3. Ayat seharusnya berbunyi begini :

Contoh 1 :
Kesimpulannya, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan).

Contoh 2 :
Oleh itu, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan).

4. Contoh jawapan ulasan rumusan anda:
Contoh 1 :
Rumuskan faktor penyalahgunaan dadah dan langkah membanterasnya.

Ulasan rumusan:
Kesimpulannya, kerajaan dan masyarakat harus berganding bahu agar masalah penyalahgunaan dadah dapat diatasi.

Contoh 2 :
Buat rumusan tentang ciri makanan seimbang dan kebaikan makanan tersebut.

Ulasan rumusan:
Oleh itu, ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka agar bijak memilih makanan yang seimbang.

Contoh 3 :
Rumuskan inisiatif untuk menggalakkan pelajar membaca dan masalah yang dihadapi.

Ulasan rumusan:
Oleh hal yang demikian, para pelajar patut bijak memilih buku yang dibaca agar mendapat pengetahuan yang berfaedah.

Contoh 4 :
Rumuskan faedah penggunaan Bahasa Inggeris dalam sains dan matematik serta permasalahannya.

Ulasan rumusan:
Kesimpulannya, para pelajar haruslah menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran mata pelajaran tersebut agar mutu bahasa Inggeris mereka dapat dipertingkatkan.

Sumber rujukan ismiaa@gmail.com

Tuesday, March 02, 2010

Nilai Pengorbanan Novel Melunas Rindu

Novel Melunas Rindu ada menerapkan nilai pengorbanan iaitu Fuad sanggup berkorban wang ringgit demi masa depan adik-adik sepupunya. Hal ini dapat dibuktikan apabila dia sanggup mengnanggung segala perbelanjaan persekolahan Mei Lin dan Ah Soh kerana mehamami keperitan hidup bapa saudaranya, Peter Kim dan Swee Lan. Seterusnya nilai pengorbanan yang kedua ialah Fuad terpaksa berkorban dari segi masa dan tenaga samata-mata untuk melihat anak bangsanya berjaya dalam pelajaran. Setiap hari Fuad pulang lewat, tidak kira terlibat dalam kelas lanjutan ataupun tidak. Fuad turut memberi tunjuk ajar dan membaiki kesilapan pelajarnya satu persatu.

sumber rujukan:
Mohd Salleh Hassan