Friday, September 04, 2009

Analisis Kesalahan Bahasa STPM

Kaji ayat-ayat berikut dan kenal pasti kesalahan penggunaan perkataan, nyatakan sebabnya, serta buat pembetulan dengan menggantikannya.

1. Ibu marah kerana kami terlambat hingga makanan yang disediakannya di atas meja menjadi sejuk.

2. Walaupun hari itu hujan sejak pagi-pagi lagi, hampir 90 peratus daripada penduduk di kampung kecil itu datang mengundi.

3. Setelah habis pengajiannya di universiti itu, dia bekerja selama dua tahun untuk mengumpulkan pengalaman sebelum balik ke tanah air.

4. Sebelum sempat saya bercakap, dia sudah memaki dan menghamum saya.

5. Kejadian tanah runtuh itu menghasilkan keruntuhan lima buah rumah serta kematian dua orang penduduk rumah berkenaan.

Silalah jawab soalan ini sebagai latihan anda. Terima kasih.

2 comments:

  1. 1. Ibu marah kerana kami terlambat sehingga makanan yang disediakannya di atas meja menjadi sejuk.

    2. Walaupun hari itu hujan sejak pagi lagi, namun 90 peratus penduduk di kampung kecil itu datang mengundi.

    3. Selepas habis pengajiannya di universiti itu, dia bekerja selama dua tahun untuk mengumpul pengalaman sebelum balik ke tanah air.

    4. Sebelum sempat saya bercakap, dia sudah memaki hamun saya.

    5. Kejadian tanah runtuh itu menyebabkan keruntuhan lima buah rumah serta kematian dua orang penduduk rumah berkenaan.

    ReplyDelete
  2. Salam 1Malaysia. Terima kasih kerana melayari blog saya.

    Soalan ini menghendaki pelajar mengenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan yang diberikan, kemudian jelaskan sebab kesalahan itu, dan pelajar membetulkannya.

    Contoh jawapan soalan 1 ialah ;

    KESALAHAN : disediakannya
    SEBAB : Bukan maksud 'memasak' tetapi
    maksud 'menghidangkan'.
    PEMBETULAN: dihidangkannya

    Cuba jawab soalan seterusnya sebagai latihan anda. Saya sentiasa menyediakan soalan.
    Selamat menjawab.

    ReplyDelete