Wednesday, December 30, 2009

PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA secara UMUM

Penggunaan FSN dalam ayat, dua KSN yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, dan tetapi. Contoh:

1. Serangan itu datang dari dalam dan dari luar kota.

2. Cahaya itu menuju ke kiri atau ke kanan.

3. Ali bukan ke Singapura tetapi ke Johor.

4. Bungkusan ini dikirim oleh abang atau oleh kakak.

5. Tanda harga ada di dalam dan di luar kotak.

Sunday, December 27, 2009

FRASA SENDI NAMA sebagai KETERANGAN

FSN boleh wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa nama.

1. FSN keterangan FRASA KERJA boleh mendukung beberapa makna, antaranya keterangan masa, tempat, bandingan, tujuan, hal, peryertaan, dan alat. Contohnya:

a. Kereta api bertolak(subjek)pada(FSN) pukul lima.(FSN keterangan)
(keterangan tentang masa)
Kereta api bertolak pada pukul lima.

b. Dia berbicara(subjek) tentang(FSN) perkara itu. (FSN keterangan)
(keterangan tentang sesuatu hal)
Dia berbicara tentang perkara itu.

c. Budak-budak itu berehat(subjek) di(FSN) bawah pokok. (FSN keterangan)
(keterangan tentang tempat)
Budak-budak itu berehat di bawah pokok.

d. Saya datang(subjek) dengan(FSN) isteri.(FSN keterangan)
(keterangan tentang pernyataan)
Saya datang dengan isteri.

e. Bapanya memukul ular itu(subjek) dengan(FSN) kayu.(FSN keterangan)
(keterangan tentang menggunakan alat)
Bapanya memukul ular itu dengan kayu.

f. Pembahas itu bercakap(subjek) seperti(FSN) murai. (FSN keterangan)
(keterangan tentang perbandingan)
Pembahas itu bercakap seperti murai.

g. Kita haruslah berusaha (subjek) demi(FSN) keutuhan kita. (FSN keterangan)
(keterangan tentang tujuan)
Kita haruslah berusaha demi keutuhan kita.

2. FSN keterangan FRASA ADJEKTIF boleh mendukung beberapa makna, antaranya keterangan bandingan, hal, masa, dan tujuan. Contohnya:

a. Budak itu kurus(subjek) seperti(FSN) galah.(FSN keterangan)
(keterangan tentang bandingan)
Budak itu kurus seperti galah.

b. Pelajar itu bijak(subjek) dalam(FSN) semua mata pelajaran.(FSN keterangan)
(keterangan tentang sesuatu hal)
Pelajar itu bijak dalam semua mata pelajaran.

c. Rumah itu cantik(subjek)seperti(FSN)mahligai.(FSN keterangan)
(keterangan tentang perbandingan)
Rumah itu cantik seperti mahligai.

d. Dia selalu sibuk(subjek) dengan(FSN) pekerjaannya.(FSN keterangan)
(keterangan tentang sesuatu hal atau perkara)
Dia selalu sibuk dengan pekerjaannya.

e. Mereka binggung(subjek) pada(FSN) mulanya.(FSN keterangan)
(keterangan tentang masa)
Mereka binggung pada mulanya.

Bayi itu selalu lapar(subjek) pada(FSN) waktu pagi.
(keterangan tentang masa)
Bayi itu selalu lapar pada waktu pagi.

f. Pekerja-pekerja harus cekap(subjek) demi(FSN) ketinggian hasil pengeluaran.
(FSN keterangan)
Pekerja-pekerja harus cekap demi ketinggian hasil pengeluaran.

3. FSN keterangan FRASA NAMA boleh mendukung beberapa makna, antaranya keterangan tempat,pembuat,masa,asal,dan tujuan. Contohnya:

1. Rumah-rumah(subjek) di(FSN) bandar(FN) tidak semuanya besar.
(keterangan tentang tempat)

2. Panggilan telefon(subjek) untuk(FSN) ayah(FN) itu datang dari Singgapura.
(keterangan tentang tujuan)

3. Itu sejenis pakaian(subjek) pada(FSN) zaman(FN) kerajaan Melaka.
(keterangan tentang masa)

4. Perbelanjaan(subjek) di(FSN) Mekah(FN) pada(FSN) musim(FN) haji sangat tinggi.
(keterangan tentang tempat dan masa)

5. Kain(subjek) daripada(FSN) sutera(FN) mahal harganya.
(keterangan tentang asal sesuatu benda)

6. Sumber bekalan air penduduk Singapura adalah dari(FSN) Johor(FN).
(keterangan tentang sesuatu sumber)

7. Lukisan oleh(FSN) Ibrahim(FN) telah memenangi hadiah pertama.
(keterangan tentang pembuat)

PREDIKAT FRASA SENDI NAMA

Predikat FSN ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang mempunyai susunan yang biasa. Contohnya:

1. Mereka(subjek)ke sawah setiap pagi(predikat FSN).
2. Hadiah itu (subjek)untuknya(predikat FSN).
3. Surat itu (subjek)daripada ibunya(predikat FSN).
4. Kain itu(subjek)daripada benang sutera.
5. Rumahnya(subjek)di bandar(predikat FSN).

Friday, December 25, 2009

FRASA SENDI NAMA

FSN ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu KSN dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada KSN itu.

KSN ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasan nama. KSN yang sering digunakan dalam bahasa Malaysia seperti:

BINAAN FRASA SENDI NAMA
FSN boleh terbentuk daripada salah satu binaan berikut:
a. KSN + Frasa Nama
b. KSN + Kata Nama Arah + Frasa Nama
c. KSN + Kata Nama Arah + Frasa Nama + (Frasa Keterangan)

A. KSN + FRASA NAMA
KSN wujud sebagai perkataan yang letaknya d hadapan frasa nama. Contoh:
a. di (KSN) jambatan (FN) = di jambatan
b. ke (KSN) sekolah rendah (FN) = ke sekolah rendah
c. dari (KSN) Johor Baharu (FN) = dari Johor Baharu
d. kepada (KSN) ibu Fatimah (FN) = kepada ibu Fatimah
e. pada (KSN) waktu itu (FN) = pada waktu itu

1. untuk(KSN) pelajar-pelajar baharu (FN) = untuk pelajar-pelajar baharu
2. dengan (KSN) kebijaksanaannya (FN) = dengan kebijaksanaannya
3. sejak (KSN) zaman dahulu (FN) = sejak zaman dahulu
4. tentang (KSN) negara maju (FN) = tentang begara maju
5. sampai (KSN) subuh (FN) = samapi subuh
6. bagi (KSN) kanak-kanak cacat = bagi kanak-kanak cacat

B. KSN+(Kata Nama ARAH)+FRASA NAMA
KSN wujud juga sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama yang didahului satu unsur Kata Nama Arah (KNA)
a. Di(KSN)belakang(KNA)rumah(FN)= Di belakang rumah.
b. ke(KSN)dalam(KNA)bilik gelap(FN)= ke dalam bilik gelap.
c. dari(KSN)dalam(KNA)hatinya(FN)= dari dalam hatinya.
d. dengan(KSN)belakang(KNA)parang(FN)= dengan belakang parang.
e. untuk(KSN)dalam(KNA)negeri(FN)= untuk dalam negeri.

KSN boleh juga wujud tanpa Kata Nama Arah (KNA)
a. Di(KSN)rumah(FN)= Di rumah.
b. ke(KSN)bilik gelap(FN)= ke bilik.
c. dari(KSN)hatinya(FN)= dari hatinya.
d. dengan(KSN)parang(FN)= dengan parang.
e. untuk(KSN)negeri(FN)= untuk negeri.

C. KSN+KNA+FN+(keterangan)
FSN terbentuk apabila Frasa nama menjadi pelengkap kepada KSN itu diikuti keterangan. Contoh:

a. ke(KSN) utara(KNA) negeri Jepun(FN) pada tahun lalu(Keterangan)
Ali ke utara negeri Jepun pada tahun lalu.
b. dari(KSN)selatan(KNA)Johor(FN)dengan bapanya(keterangan)
dari selatan Johor dengan bapanya.
c. di(KSN)atas(KNA)pangkuan ibunya(FN)setiap waktu(keterangan)
di atas pangkuan ibunya setiap waktu.

Unsur keterangan dalan ayat di atas dapat disongsangkan bagi membentuk ayat berikutt:

a. Pada tahun lalu(keterangan) Ali(KN) ke((KSN) utara(KNA) negeri Jepun(FN).
b. Dengan bapanya budak itu merantau ke selatan Johor.
c. Setiap waktu kanak-kanak itu di atas pangkuan ibunya.

BENTUK PERKATAAN (bentuk kata ganda)

Bentuk kata yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar. Proses pengulangan ini sama ada melibatkan seluruh kata dasar (penggandaan penuh) atau sebahagian kata dasar (penggandaan separa).

Penggandaan penuh
a. gedi-gedi
b. besar-besar
c. budak-budak

Penggandaan separa
a. le-laki (lelaki)
b. je-jari (jejari)
c. re-rambut (rerambut)

BENTUK PERKATAAN (bentuk kata majmuk)

Kata majmuk, bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah.

Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Contoh, air hujan, duta besar, dan telefon dail terus.

Dalam bahasa melayu kata majmuk dieja terpisah, tetapi terdapat beberapa kecualian oleh sebab kelaziman penggunaan. Contoh:
Lazim
a. jalan raya
b. daya serap
c. campur tangan
d. tujuk ajar
e. ambil alih

kelaziman
a. antarabangsa
b. bumiputera
c. jawatankuasa
d. kakitangan
e. tanggungjawab

BENTUK PERKATAAN (bentuk kata terbitan)

BENTUK KATA TERBITAN
Kata terbitan terhasil daripada proses pengimbuhan iaitu proses yang menambahkan atau menggandingkan imbuhan pada kata dasar yang kemudiannya membentuk kata terbitan.

Kata dasar yang menerima imbuhan ialah morfem bebas semantara imbuhan merupakan morfem terikat.

Kata terbitan mempunyai kata dasar daripada jenis morfem bebas. Contoh:
a. ber + jalan (berjalan)
b. lukis + an (lukisan)

Bentuk kata seperti (ber + tapa), (ke + mudi), dan (ter + tawa), terdiri daripada satu akar kata dan satu imbuhan. Perkataan-perkataan demikian telah sebati sehingga dianggap sebagai satu perkataaan yang tersendiri.

Proses pengimbuhan boleh juga berlaku pada kata dasar daripada jenis kata terbitan dan juga kata majmuk. Contoh, perkataan yang mengandungi kata dasar daripada jenis kata terbitan dan kata majmuk.

a. Imbuhan dengan kata dasar terbitan
1. peN + ketua = pengetua
2. meN + ketepi + kan = mengetepikan

b. imbuhan dengan kata dasar majmuk
1. ber + darah panas = berdarah panas
2. peN + kuat kuasaan = penguatkuasaan
3. meN + anak emas + kan = menganakemaskan

BENTUK PERKATAAN (bentuk kata tunggal)

Bentuk kata boleh terdiri daripada satu morfem atau susunan beberapa morfem.

Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk-bentuk kata yang berikut:
a. bentuk kata tunggal
b. bentuk kata terbitan
c. bentuk kata majmuk
d. bentuk kata ganda

BENTUK KATA TUNGGAL

Kata tunggal jika dilihat dari segi persukuan kata boleh mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata.

Sesuatu suku kata boleh dibentuk oleh satu vokal (V) sahaja, atau satu (V) disertai satu konsonan (K) atau beberapa (K). Contoh:
KV = yu ( ikan yu)
KV = ru ( pokok ru)
KVKK = teks
KVK = roh, cat, bab, bah.
KKVK = stor, skel, draf.

Kata tunggal dengan dua suku kata yang mempunyai berbagai-bagai susunan (K) dan (V).
Contoh:
a. a-ku 1. ma-kan
b. a-las 2. sung-guh
c. du-a 3. kom-pleks
d. su-a 4. syah-du

Kata tunggal dengan tiga suku kata. Contoh:
a. ba-ha-ya 1. ceng-ke-rik
b. ge-la-gat 2. bi-a-wak
c. gem-bi=ra 3. sem-bi-lam
d. cem-pe-dak 4. ca-ca-tan

Kata tunggal dengan empat suku kata. Contoh:
a. a-nu-ge-rah 1. bi-da-da-ri
b. hu-lu-ba-lang 2. ma-sya-ra-kat
c. per-ka-ta-an

BENTUK KATA TUNGGAL JENIS AKRONIM
Bentuk yang dihasilkan umumnya melalui pencantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan atau pencantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu. Contoh:

a. cer-pen = cerita pendek
b. jen-tolak = jentera tolak
c. ha-kis = habis kikis
d. ta-di-ka = taman didikan kanak-kanak
e. ABIM = Angkatan Belia Islam Malaysia
f. Petronas = Petroleum Nasional
g. Proton = Perusaha Otomobil Nasional

Thursday, December 24, 2009

KATA AKRONIM

Tergolong dalam kata tunggal. Perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh.

Bentuk singkatan terdiri daripada :
a. suku kata
b. huruf-huruf tertentu

Mara = Majlis Amanah Rakyat
pawagam = panggung wayang gambar
NATO = North Atlantik Tready Organization
motel = motor hotel

IMBUHAN

Imbuhan dimaksudkan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.

Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosng dan bentuk fleksi. imbuhan kosong dan bentuk fleksi tidak wujud dalam bahasa Melayu kecuali beberapa bahasa asing seperti bahasa Inggeris.

IMBUHAN AWALAN
imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar. Contoh,
ber- contoh berjalan
ter- contoh terambil

IMBUHAN AKHIRAN
imbuhan yang ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar. Contoh,
-an contoh lautan
-kna contoh panjangkan

IMBUHAN SISIPAN
imbuhan yang diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar. Contoh,
-em- contoh g+em+uruh (gemuruh)

IMBUHAN APITAN
imbuhan yang ditambahkan serentak pada hadapan dan pada belakang kata dasar. Contoh,
ke-...-an contoh kedudukan, keadaan,
pe-...-am comtoh pedalaman

PERKATAAN

PENGENALAN PERKATAAN

Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah :

1. Proses penyusunan morfem menurut peratutaran sistem morfologi bahasa itu. iaitu struktur kata, bentuk kata dan penggolongan kata.

2. Proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.
- Awalan - sisipan - morfem kosong
- Akhiran - apitan - bentuk fleksi

PERKATAAN

Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada bentuk dasar, iaitu bentuk kata kecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk terbitan, atau bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata.

Perkataan unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa.

Perkataan dimula dan diakhir oleh sempadan perkataan. Contoh:
(+)Pelajar(++)itu(++)bakal(++)menjadi(++)mahasiswa.

Sempadan perkataan ii bersifat abstrak iaitu hanya wujud dalam fikiran kita, dan tidak ditandai apabila kita menggunakan perkataan itu dalam tulisan ataupun pertuturan.

Perkataan mengandungi berbagai-bagai bentuk yang dapat dijeniskan sebagai yang berikut:
a. kata tunggal
b. kata terbitan
c. kata majmuk
d. kata ganda

KATA TUNGGAL
Bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Contoh itu, bakal, atau makan. Terdapat dua jenis kata tunggal iaitu :
a. kata tunggal bebas dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat. contoh:
itu? Bakal! Saya.

b. kata tugas. Iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit kata tunggal bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.
Contoh:
di mana ?
untuk siapa ?
ke mana ?

Perkataaan di, untuk dan ke merupakan kata tugas.

KATA TERBITAN
Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan. Contoh
a. mendukung (men+dukung)
b. dipukul (di+pukul)
c. mengakui (meng+aku+i)
d. pertunjukan (per+tunjuk+an)
e. gemuruh (g+em+uruh)

KATA MAJMUK
Bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Contoh:
a. air mata 1. sudut tepat
b. meja makan 2. kata kunci
c. kerani sekokah 3. hati batu
d. bendahari kehormat 4. muka tembok

KATA GANDA
Bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Contoh:
a. kanak-kanak
b. lelaki
c. bertubi-tubi
d. membohong-bohongi
e. memperkecil-kecilkan

Wednesday, December 23, 2009

MORFEM

Unit-unit tatabahasa menjadi unsur perkataan disebut morfem.

Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu.

Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih morfem. Contohnya ;

Ajar(perkataan) / Satu(Morfem)
Mengajar(perkataan) / Dua(Morfem)
Berkakikan(perkataan) / Tiga(Morfem)/Ber + kaki + kan(contoh)

Morfem boleh bersifat bebas dan bersifat terikat

Morfem bebas dapat wujud bersendirian.
Contoh = sekolah, laut, kapal, pisau, kuih, rumah.

Morfem terikat ialah morfem yang wujud bersama-sama morfem yang lain. Contoh =
ber + sekolah (bersekolah)
laut + an (lautan)
pakai + an (pakaian)

morfem / morfem Perkataan / Bentuk kata terbitan
ber(imbuhan) / sekolah (kata dasar)/ bersekolah
laut(kata dasar)/ an (imbuhan)/ lautan
pakai(kata dasar)/ an (imbuhan)/ pakaian

*Morfem terikat (ber- dan -an) tidak boleh wujud tanpa kata dasar*

Jelas terdapat perbezaan antara perkataan dengan morfem terletak pada sifat bebasnya.

Perkataan ialah bentuk bebas yang bermakna dan dapat berdiri sendiri. Contoh rumah, ajaran, pengundi, sekolah dan lain-lain.

Perkataan / Morfem
rumah 1 morfem
sekolah 1 morfem
undi 1 morfem
-an 1 morfem
peng- 1 morfem

Pengundian terdapat 3 morfem

Jelas di sini bahawa perkataan-perkataan terdiri daripada morfem tetapi tidak semua morfem itu perkataan. Contoh imbuhan -an dan peng-.

Morfologi

Bidang ilmu bahasa yang mengkaji

a) struktur kata
b) bentuk kata, dan
c) penggolongan kata.

Struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.

Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan.

Penggolongan kata Ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Morfologi Bahasa Melayu

Bidang yang mengkaji struktur, bentuk, dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

Monday, September 14, 2009

AYAT-AYAT SYIFA

Imam Abu Qasim Qushairi rah. telah dilaporkan berkata: "seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga dia hampir maut. Di waktu itu aku bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: "Mengapakah kamu tidak ambil berat pada ayat-ayat syifa'? Mengapa tidak kamu amal ayat-ayat itu dan memohon (kepada Allah s.w.t.) disembuhkan?" Setelah jaga aku mula memikirkan peristiwa itu. Setelah diteliti (al-Quran) maka aku temui ayat-ayat itu pada ENAM tempat. Ianya adalah seperti berikut:

Surah At-Taubah: ayat 14


Surah Yunus: ayat 57


Surah An-Nahl: ayat 69


Surah Al-Isra' :ayat 82


Surah Asy-Syua'ara' : ayat 80


Surah Fushshilat: ayat 44


http://www.penawar.com/ayat_syifa.html
Ustaz Suhaimi

Friday, September 11, 2009

CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS

1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :

a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2
- Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
- Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.
- Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai
- Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan
( Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti : ……………… Tuliskan laporan mengenai lawatan tersebut. )

Contoh :
Perhatikan soalan di bawah ini.
Soalan 1
Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan sebuah karangan mengenainya.

Soalan 2
Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Komen : Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza.
Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.

Tip
Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar.

b. Menyusun rangka karangan
- Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi
- Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
- susun isi mengikut urutan kepentingannya.
- Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.
- Isi penting jangan diulang-ulang

c. Menulis karangan
- Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan.
- Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya.

( Bahagian-bahagian karangan yang ideal )
Perenggan Pendahuluan
Perenggan isi pertama
Perenggan isi kedua
Perenggan isi ketiga
Perenggan isi keempat
Perenggan Penutup

- Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.

d. Menyemak karangan
- Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
- baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.

e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan
a. 4 minit mencari isi
b. 24 minit menulis karangan
c. 2 minit menyemak semula karangan
Jumlah = 30 minit

Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan.
Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi 30 minit beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan yang baik.

Tip
Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa.
Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.

Tahukah kamu ?
Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik ?
Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda.
Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh :

Contoh A ( dicadangkan )
"Kamu baru pulang ?"
"Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya."
"Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal , lembut.

Contoh B ( mengelirukan )
"Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal , lembut.

http://skdarau.tripod.com/

Ayat Sintaksis

Sintaksis – kajian berkenaan binaan/struktur ayat.

Definisi

Ayat ialah struktur (susunan perkataan) yang mengandungi topik cerita (subjek) dan cerita mengenai topik tersebut (predikat), serta mempunyai makna yang lengkap dan logik.


Unsur/Komponen Ayat

Sesuatu ayat mesti mengandungi subjek dan predikat. Dalam struktur dasarnya, ayat terbentuk daripada susunan subjek diikuti oleh predikat.

Ayat → subjek + predikat

Contoh: Siti + membaca buku di dalam biliknya.
Siti - subjek.
Membaca buku di dalam biliknya - predikat.

Selain subjek dan predikat, sesuatu ayat mungkin juga mengandungi objek, pelengkap dan keterangan/penerang. Objek ialah unsur yang hadir selepas frasa kerja transitif. Oleh itu, objek ialah sebahagian daripada predikat.

Contoh: Ali + memukul ular itu.
Ali - subjek
Memukul ular itu - predikat
Memukul - frasa kerja transitif
Ular itu - objek

Pelengkap pula ialah unsur yang hadir selepas sesetengah frasa kerja tak transitif. Oleh itu, pelengkap juga ialah sebahagian daripada predikat.

Contoh: Siti + pergi ke sekolah.
Siti - subjek
Pergi ke sekolah – predikat
Pergi - frasa kerja tak transitif
Ke sekolah - pelengkap

Keterangan boleh hadir dalam pelbagai posisi ayat tetapi ia boleh dibahagikan kepada dua kategori utama, iaitu keterangan subjek dan katerangan predikat. Keterangan subjek hadir sebelum/selepas subjek dan membentuk sebahagian daripada subjek.

Contoh: Seorang pelajar + dipilih untuk menyertai program itu.
Seorang pelajar - subjek
Seorang - keterangan (bilangan)

Contoh: Pelajar itu + dipilih untuk menyertai program tersebut.
Pelajar itu - subjek
Itu - keterangan (ketentuan)

Contoh: Dua orang pelajar USM + dipilih untuk menyertai program itu.
Dua orang pelajar USM - subjek
Dua orang - keterangan (bilangan dan penjodoh bilangan)
USM - keterangan (pemilik)

Keterangan predikat dapat dibahagikan kepada beberapa subkategori. Antaranya adalah keterangan frasa kerja (adverba), keterangan FN objek dan keterangan pelengkap.

(1) a. Siti menelaah bersungguh-sungguh pelajarannya..
b. Siti membaca novel kegemarannya.
c. Dia menjadi pensyarah universiti.

Dalam (1a), frasa “bersungguh-sungguh” ialah keterangan bagi frasa kerja “menelaah”. Dalam (1b), frasa “kegemarannya” ialah keterangan bagi FN objek “novel”. Dalam (1c), frasa “universiti” ialah keterangan frasa nama pelengkap “pensyarah”. Ayat asalnya adalah seperti yang berikut:

(1) a’. Siti menelaah pelajarannya..
b’. Siti membaca novel.
c’. Dia menjadi pensyarah.

Jenis-jenis Ayat

Pada umumnya terdapat dua jenis ayat sahaja iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.

Ayat Dasar

Ayat yang belum melalui proses transformasi, iaitu penyisipan/penambahan, pengguguran atau pergerakan unsur (perkataan/frasa/klausa). Ia ialah ayat asal yang daripadanya diterbitkan ayat jenis lain (ayat terbitan).

Ada empat pola ayat dasar (berdasarkan susunan subjek + predikat).

a) FN + FN
Siti + guru.

b) FN + FAdjektif
Siti + pandai.

c) FN + FSN (sendi nama)
Siti + di dalam bilik.

d) FN + FKerja
Siti + tidur.


Ayat Terbitan

Ayat terbitan diterbitkan daripada ayat dasar melalui mana-mana proses transformasi. Dari segi bilangan klausa yang terdapat di dalamnya, ayat terbitan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Dari segi tujuan pula, ayat terbitan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya adalah penyata, ayat soal, ayat perintah dan ayat seru.

a) Ayat Tunggal

Ayat yang mengandungi satu klausa/ayat sahaja.

Contoh: Siti guru sekolah rendah.
Siti tidur di dalam biliknya.

b) Ayat Majmuk

Ayat yang mengandungi dua atau lebih klausa di dalamnya. Berdasarkan status klausa
yang menganggotainya, ayat majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu
gabungan, pancangan dan campuran.

a) Ayat majmuk gabungan

Ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat/klausa yang sama taraf (tiada
ayat/klausa induk). Sebagai contoh, enam ayat yang berikut boleh digabungkan
menjadi satu ayat majmuk.

1. Dia pandai menyanyi.
2. Dia pandai berlakon.
3. Dia pandai menggubah lagu.
4. Dia pandai mengarah filem.
5. Dia pandai menulis skrip.
6. Dia pandai berlawak.

Ayat majmuk: Dia pandai menyanyi, berlakon, menggubah lagu, mengarah filem,
menulis skrip dan berlawak.

b) Ayat majmuk pancangan

Ayat yang mengandungi dua ayat yang tidak sama taraf (satu ayat induk dan satu
lagi ayat kecil / klausa).

Nota: Ayat induk ialah ayat yang wujud secara bebas (tidak bergantung pada kewujudan
ayat lain) sementara ayat kecil ialah ayat yang wujud secara terikat (kewujudannya
bergantung pada kewujudan ayat induk).

Dari segi jenis kata hubung yang berfungsi menghubungkan klausa induk dengan
klausa kecil di dalamnya, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada dua
jenis, iaitu komplemen dan relatif.

i) Ayat majmuk pancangan komplemen (”bahawa”, ”supaya”/”agar”)

Dia menegaskan bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha dan pengorbanan.

Ayat induk : Dia menegaskan ”sesuatu”.
Ayat kecil : bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha dan pengorbanan.

Perhatikan: Kewujudan ayat kecil ”bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha
dan pengorbanan” adalah terikat dengan kewujudan ayat induk ”dia
menegaskan sesuatu”.


ii) Ayat majmuk pancangan relatif (”yang”)

Orang yang meminjam buku itu (ialah) Ali.

Ayat induk : Orang meminjam buku itu.
Ayat kecil : Orang itu (ialah) Ali.


c) Ayat Majmuk Campuran

Ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat pelbagai jenis.

Contoh: Ali membaca buku tetapi kawan-kawannya yang keletihan telah tidur
nyenyak di dalam bilik masing-masing.

Ali membaca buku. – ayat dasar.
Kawan-kawannya yang keletihan .... – ayat majmuk pancangan relatif.


Proses Penerbitan Ayat

Terdapat tiga proses penerbitan ayat, iaitu penambahan/penyisipan, pengguguran dan penyusunan semula/pemindahan unsur. Dalam bahagian ini akan dibincangkan proses yang dapat menerbitkan ayat yang posisi pangkalnya tidak diisi oleh frasa nama. Dengan kata lain, ayat yang tidak bermula dengan frasa nama. Hal ini perlu dijelaskan kerana ada orang berpandangan bahawa sesetengah jenis perkataan/frasa, misalnya kata tunjuk dan frasa sendi nama, tidak boleh mengisi posisi ini.

Nota: Istilah yang biasa digunakan untuk proses penerbitan ayat ialah proses sintaksis
atau transformasi.


a) Ayat bermula dengan FK, FA dan FSN

Proses transformasi yang dapat menjana ayat seperti ini ialah penyusunan semula urutan subjek dan predikat. Dalam proses ini, seluruh predikat atau sebahagian unsurnya akan dipindahkan ke pangkal ayat, lalu mengubah pola ayat menjadi predikat + subjek atau predikat (sebahagian) + subjek + predikat (sebahagian). Oleh sebab predikat ayat mungkin terdiri daripada frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) atau frasa sendi nama (FSN), ayat yang terjana akan bermula dengan jenis frasa ini.

(2) a. Berdamai juga mereka akhirnya.
b. Sungguh indah pemandangan di pantai ini.
c. Di sinilah rumah saya.

Ayat (2a) bermula dengan FK ”berdamai”, ayat (2b) bermula dengan FA ”sungguh indah” dan ayat (2c) bermula dengan FSN ”disinilah”. Ayat (2a) diterbitkan melalui pemindahan sebahagian unsur predikat ”berdamai juga akhirnya” manakala ayat (2b) dan (2c) diterbitkan melalui pemindahan seluruh predikat. Ayat asalnya adalah seperti yang berikut:

(2) a’. Mereka berdamai juga akhirnya.
b’. Pemandangan di pantai ini sungguh indah.
c’. Rumah saya di sinilah.

Nota: Oleh sebab ayat yang melalui proses transformasi penyusunan semula ini
berstruktur terbalik, iaitu predikat + subjek, ia juga dikenali sebagai ayat songsang.
Proses yang menerbitkannya dikenali juga sebagai penyongsangan ayat.

b) Ayat bermula dengan kata kerja, kata adjektif, kata tunjuk dan kata hubung

Proses transformasi yang dapat menjana ayat seperti ini ialah pengguguran perkataan. Dalam proses ini, perkataan yang menjadi inti bagi FN yang berfungsi sebagai subjek sesuatu ayat digugurkan, meninggalkan unsur keterangan bagi FN berkenaan untuk mengisi posisi subjek ayat. Oleh sebab keterangan bagi sesuatu FN boleh terdiri daripada KK, KA, kata tunjuk atau kata hubung, ayat yang terjana akan bermula dengan jenis perkataan ini.

(3) a. Membaca meluaskan pengetahuan.
b. Putih melambangkan kesucian dan keikhlasan.
c. Itu menara Kuala Lumpur.
d. Yang tinggi itu menara Kuala Lumpur.

Semua ayat (3a-d) telah melalui pengguguran kata nama yang menjadi inti FN subjek. Dalam ayat (3a), KN yang digugurkan ialah ”hobi” (daripada FN ”hobi membaca”). Dalam ayat (3b) KN yang digugurkan ialah ”warna” (daripada FN ”warna putih”).

Dalam ayat (3c), KN yang digugurkan ialah ”bangunan” (daripada FN ”bangunan itu”). Perlu dijelaskan bahawa FN bentuk ini hanya boleh melalui pengguguran KN inti jika predikat ayat ialah FN (”menara Kuala Lumpur” ialah FN). Jika tidak, ayat (4a’) dan (4b’) yang dijana tidak gramatis.

(4) a. Bangunan itu sangat cantik.
a’. *Itu sangat cantik.
b. Bangunan itu di Kuala Lumpur.
b’. *Itu di Kuala lumpur.

Pengguguran KN ”bangunan” daripada FN ”bangunan itu” menyebabkan ayat yang dijana tidak gramatis kerana predikat ayat berkenaan ialah FA ”sangat cantik (4a) dan FSN ”di Kuala Lumpur” (4b).

Dalam ayat (3d) KN yang digugurkan ialah ”bangunan” (daripada FN ”bangunan yang tinggi itu”). Perlu dijelaskan bahawa FN bentuk ini hanya boleh melalui pengguguran KN inti jika predikat ayat ialah FN (”menara Kuala Lumpur” ialah FN). Jika tidak, ayat (5a’) dan (5b’) yang dijana tidak gramatis.

(5) a. Bangunan yang tinggi itu sangat cantik.
a’. *Yang tinggi itu sangat cantik.
b. Bangunan yang tinggi itu di Kuala Lumpur.
b’. *Yang tinggi itu di Kuala lumpur.

Pengguguran KN ”bangunan” daripada FN ”bangunan yang tinggi itu” menyebabkan ayat yang dijana tidak gramatis kerana predikat ayat berkenaan ialah FA ”sangat cantik (5a) dan FSN ”di Kuala Lumpur” (5b).

Ayat asal bagi (3a-d) adalah seperti yang berikut:

(3) a’. Hobi membaca meluaskan pengetahuan.
b’. Warna putih melambangkan kesucian dan keikhlasan.
c’. Bangunan itu menara Kuala Lumpur.
d’. Bangunan yang tinggi itu menara Kuala Lumpur.

http://kitaberbahasa.blogspot.com/2008/09/ayat-sintaks.html

Ayat Sintaksis

Sintaksis – kajian berkenaan binaan/struktur ayat.

Definisi

Ayat ialah struktur (susunan perkataan) yang mengandungi topik cerita (subjek) dan cerita mengenai topik tersebut (predikat), serta mempunyai makna yang lengkap dan logik.


Unsur/Komponen Ayat

Sesuatu ayat mesti mengandungi subjek dan predikat. Dalam struktur dasarnya, ayat terbentuk daripada susunan subjek diikuti oleh predikat.

Ayat → subjek + predikat

Contoh: Siti + membaca buku di dalam biliknya.
Siti - subjek.
Membaca buku di dalam biliknya - predikat.

Selain subjek dan predikat, sesuatu ayat mungkin juga mengandungi objek, pelengkap dan keterangan/penerang. Objek ialah unsur yang hadir selepas frasa kerja transitif. Oleh itu, objek ialah sebahagian daripada predikat.

Contoh: Ali + memukul ular itu.
Ali - subjek
Memukul ular itu - predikat
Memukul - frasa kerja transitif
Ular itu - objek

Pelengkap pula ialah unsur yang hadir selepas sesetengah frasa kerja tak transitif. Oleh itu, pelengkap juga ialah sebahagian daripada predikat.

Contoh: Siti + pergi ke sekolah.
Siti - subjek
Pergi ke sekolah – predikat
Pergi - frasa kerja tak transitif
Ke sekolah - pelengkap

Keterangan boleh hadir dalam pelbagai posisi ayat tetapi ia boleh dibahagikan kepada dua kategori utama, iaitu keterangan subjek dan katerangan predikat. Keterangan subjek hadir sebelum/selepas subjek dan membentuk sebahagian daripada subjek.

Contoh: Seorang pelajar + dipilih untuk menyertai program itu.
Seorang pelajar - subjek
Seorang - keterangan (bilangan)

Contoh: Pelajar itu + dipilih untuk menyertai program tersebut.
Pelajar itu - subjek
Itu - keterangan (ketentuan)

Contoh: Dua orang pelajar USM + dipilih untuk menyertai program itu.
Dua orang pelajar USM - subjek
Dua orang - keterangan (bilangan dan penjodoh bilangan)
USM - keterangan (pemilik)

Keterangan predikat dapat dibahagikan kepada beberapa subkategori. Antaranya adalah keterangan frasa kerja (adverba), keterangan FN objek dan keterangan pelengkap.

(1) a. Siti menelaah bersungguh-sungguh pelajarannya..
b. Siti membaca novel kegemarannya.
c. Dia menjadi pensyarah universiti.

Dalam (1a), frasa “bersungguh-sungguh” ialah keterangan bagi frasa kerja “menelaah”. Dalam (1b), frasa “kegemarannya” ialah keterangan bagi FN objek “novel”. Dalam (1c), frasa “universiti” ialah keterangan frasa nama pelengkap “pensyarah”. Ayat asalnya adalah seperti yang berikut:

(1) a’. Siti menelaah pelajarannya..
b’. Siti membaca novel.
c’. Dia menjadi pensyarah.

Jenis-jenis Ayat

Pada umumnya terdapat dua jenis ayat sahaja iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.

Ayat Dasar

Ayat yang belum melalui proses transformasi, iaitu penyisipan/penambahan, pengguguran atau pergerakan unsur (perkataan/frasa/klausa). Ia ialah ayat asal yang daripadanya diterbitkan ayat jenis lain (ayat terbitan).

Ada empat pola ayat dasar (berdasarkan susunan subjek + predikat).

a) FN + FN
Siti + guru.

b) FN + FAdjektif
Siti + pandai.

c) FN + FSN (sendi nama)
Siti + di dalam bilik.

d) FN + FKerja
Siti + tidur.


Ayat Terbitan

Ayat terbitan diterbitkan daripada ayat dasar melalui mana-mana proses transformasi. Dari segi bilangan klausa yang terdapat di dalamnya, ayat terbitan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Dari segi tujuan pula, ayat terbitan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya adalah penyata, ayat soal, ayat perintah dan ayat seru.

a) Ayat Tunggal

Ayat yang mengandungi satu klausa/ayat sahaja.

Contoh: Siti guru sekolah rendah.
Siti tidur di dalam biliknya.

b) Ayat Majmuk

Ayat yang mengandungi dua atau lebih klausa di dalamnya. Berdasarkan status klausa
yang menganggotainya, ayat majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu
gabungan, pancangan dan campuran.

a) Ayat majmuk gabungan

Ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat/klausa yang sama taraf (tiada
ayat/klausa induk). Sebagai contoh, enam ayat yang berikut boleh digabungkan
menjadi satu ayat majmuk.

1. Dia pandai menyanyi.
2. Dia pandai berlakon.
3. Dia pandai menggubah lagu.
4. Dia pandai mengarah filem.
5. Dia pandai menulis skrip.
6. Dia pandai berlawak.

Ayat majmuk: Dia pandai menyanyi, berlakon, menggubah lagu, mengarah filem,
menulis skrip dan berlawak.

b) Ayat majmuk pancangan

Ayat yang mengandungi dua ayat yang tidak sama taraf (satu ayat induk dan satu
lagi ayat kecil / klausa).

Nota: Ayat induk ialah ayat yang wujud secara bebas (tidak bergantung pada kewujudan
ayat lain) sementara ayat kecil ialah ayat yang wujud secara terikat (kewujudannya
bergantung pada kewujudan ayat induk).

Dari segi jenis kata hubung yang berfungsi menghubungkan klausa induk dengan
klausa kecil di dalamnya, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada dua
jenis, iaitu komplemen dan relatif.

i) Ayat majmuk pancangan komplemen (”bahawa”, ”supaya”/”agar”)

Dia menegaskan bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha dan pengorbanan.

Ayat induk : Dia menegaskan ”sesuatu”.
Ayat kecil : bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha dan pengorbanan.

Perhatikan: Kewujudan ayat kecil ”bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha
dan pengorbanan” adalah terikat dengan kewujudan ayat induk ”dia
menegaskan sesuatu”.


ii) Ayat majmuk pancangan relatif (”yang”)

Orang yang meminjam buku itu (ialah) Ali.

Ayat induk : Orang meminjam buku itu.
Ayat kecil : Orang itu (ialah) Ali.


c) Ayat Majmuk Campuran

Ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat pelbagai jenis.

Contoh: Ali membaca buku tetapi kawan-kawannya yang keletihan telah tidur
nyenyak di dalam bilik masing-masing.

Ali membaca buku. – ayat dasar.
Kawan-kawannya yang keletihan .... – ayat majmuk pancangan relatif.


Proses Penerbitan Ayat

Terdapat tiga proses penerbitan ayat, iaitu penambahan/penyisipan, pengguguran dan penyusunan semula/pemindahan unsur. Dalam bahagian ini akan dibincangkan proses yang dapat menerbitkan ayat yang posisi pangkalnya tidak diisi oleh frasa nama. Dengan kata lain, ayat yang tidak bermula dengan frasa nama. Hal ini perlu dijelaskan kerana ada orang berpandangan bahawa sesetengah jenis perkataan/frasa, misalnya kata tunjuk dan frasa sendi nama, tidak boleh mengisi posisi ini.

Nota: Istilah yang biasa digunakan untuk proses penerbitan ayat ialah proses sintaksis
atau transformasi.


a) Ayat bermula dengan FK, FA dan FSN

Proses transformasi yang dapat menjana ayat seperti ini ialah penyusunan semula urutan subjek dan predikat. Dalam proses ini, seluruh predikat atau sebahagian unsurnya akan dipindahkan ke pangkal ayat, lalu mengubah pola ayat menjadi predikat + subjek atau predikat (sebahagian) + subjek + predikat (sebahagian). Oleh sebab predikat ayat mungkin terdiri daripada frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) atau frasa sendi nama (FSN), ayat yang terjana akan bermula dengan jenis frasa ini.

(2) a. Berdamai juga mereka akhirnya.
b. Sungguh indah pemandangan di pantai ini.
c. Di sinilah rumah saya.

Ayat (2a) bermula dengan FK ”berdamai”, ayat (2b) bermula dengan FA ”sungguh indah” dan ayat (2c) bermula dengan FSN ”disinilah”. Ayat (2a) diterbitkan melalui pemindahan sebahagian unsur predikat ”berdamai juga akhirnya” manakala ayat (2b) dan (2c) diterbitkan melalui pemindahan seluruh predikat. Ayat asalnya adalah seperti yang berikut:

(2) a’. Mereka berdamai juga akhirnya.
b’. Pemandangan di pantai ini sungguh indah.
c’. Rumah saya di sinilah.

Nota: Oleh sebab ayat yang melalui proses transformasi penyusunan semula ini
berstruktur terbalik, iaitu predikat + subjek, ia juga dikenali sebagai ayat songsang.
Proses yang menerbitkannya dikenali juga sebagai penyongsangan ayat.

b) Ayat bermula dengan kata kerja, kata adjektif, kata tunjuk dan kata hubung

Proses transformasi yang dapat menjana ayat seperti ini ialah pengguguran perkataan. Dalam proses ini, perkataan yang menjadi inti bagi FN yang berfungsi sebagai subjek sesuatu ayat digugurkan, meninggalkan unsur keterangan bagi FN berkenaan untuk mengisi posisi subjek ayat. Oleh sebab keterangan bagi sesuatu FN boleh terdiri daripada KK, KA, kata tunjuk atau kata hubung, ayat yang terjana akan bermula dengan jenis perkataan ini.

(3) a. Membaca meluaskan pengetahuan.
b. Putih melambangkan kesucian dan keikhlasan.
c. Itu menara Kuala Lumpur.
d. Yang tinggi itu menara Kuala Lumpur.

Semua ayat (3a-d) telah melalui pengguguran kata nama yang menjadi inti FN subjek. Dalam ayat (3a), KN yang digugurkan ialah ”hobi” (daripada FN ”hobi membaca”). Dalam ayat (3b) KN yang digugurkan ialah ”warna” (daripada FN ”warna putih”).

Dalam ayat (3c), KN yang digugurkan ialah ”bangunan” (daripada FN ”bangunan itu”). Perlu dijelaskan bahawa FN bentuk ini hanya boleh melalui pengguguran KN inti jika predikat ayat ialah FN (”menara Kuala Lumpur” ialah FN). Jika tidak, ayat (4a’) dan (4b’) yang dijana tidak gramatis.

(4) a. Bangunan itu sangat cantik.
a’. *Itu sangat cantik.
b. Bangunan itu di Kuala Lumpur.
b’. *Itu di Kuala lumpur.

Pengguguran KN ”bangunan” daripada FN ”bangunan itu” menyebabkan ayat yang dijana tidak gramatis kerana predikat ayat berkenaan ialah FA ”sangat cantik (4a) dan FSN ”di Kuala Lumpur” (4b).

Dalam ayat (3d) KN yang digugurkan ialah ”bangunan” (daripada FN ”bangunan yang tinggi itu”). Perlu dijelaskan bahawa FN bentuk ini hanya boleh melalui pengguguran KN inti jika predikat ayat ialah FN (”menara Kuala Lumpur” ialah FN). Jika tidak, ayat (5a’) dan (5b’) yang dijana tidak gramatis.

(5) a. Bangunan yang tinggi itu sangat cantik.
a’. *Yang tinggi itu sangat cantik.
b. Bangunan yang tinggi itu di Kuala Lumpur.
b’. *Yang tinggi itu di Kuala lumpur.

Pengguguran KN ”bangunan” daripada FN ”bangunan yang tinggi itu” menyebabkan ayat yang dijana tidak gramatis kerana predikat ayat berkenaan ialah FA ”sangat cantik (5a) dan FSN ”di Kuala Lumpur” (5b).

Ayat asal bagi (3a-d) adalah seperti yang berikut:

(3) a’. Hobi membaca meluaskan pengetahuan.
b’. Warna putih melambangkan kesucian dan keikhlasan.
c’. Bangunan itu menara Kuala Lumpur.
d’. Bangunan yang tinggi itu menara Kuala Lumpur.

http://kitaberbahasa.blogspot.com

Tuesday, September 08, 2009

Penulisan rumusan petikan umum Bahasa Malaysia SPM

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah pengurusan masa yang berkesan dan kesan-kesannya dalam kehidupan seseorang pelajar. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan masa yang berkesan? Pengurusan masa bermaksud pembahagian masa dengan betul supaya aktiviti harian seseorang dapat dijalankan dengan baik dan tidak terganggu atau boleh dimaksudkan sebagai pembahagian masa yang cekap. Dewasa ini, kita sering mendengar berita tentang pelajar yang terjerumus ke dalam kancah kemaksiatan ataupun penyalahgunaan dadah. Mengapakah hal ini boleh berlaku dalam kalangan pelajar? Hal ini berlaku disebabkan pelajar itu mudah terpengaruh oleh anasir-anasir buruk. Pelajar yang terlibat dalam kegiatan ini tidak dapat mengurus masa dengan cekap. Justeru, mereka sering membuang masa dengan sia-sia sahaja. Oleh itu, pengurusan masa amat penting dalam kehidupan seseorang pelajar.

Langkah pertama untuk mengendalikan masa secara berkesan ialah pelajar digalakkan menyediakan jadual waktu belajar masing-masing. Namun begitu, terdapat juga pelajar yang menyediakan jadual waktu belajar persendirian tetapi tidak mengikutnya. Jadual waktu belajar dapat membantu pelajar mengurus masa dengan berkesan supaya mereka memanfaatkan masa untuk mengulang kaji pelajaran secara menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Hal ini dapat mengelakkan pelajar daripada kesuntukan masa untuk mengulang kaji pelajaran apabila peperiksaan sudah hampir. Pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada mereka yang membuat persediaan awal. Bagi pelajar yang tidak membuat persediaan awal kerana sibuk membuang masa tentulah tidak dapat menghabiskan semua tajuk sebelum peperiksaan. Justeru, pengurusan masa yang cekap memandu pelajar untuk membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan.

Di samping itu, masa yang terluang hendaklah digunakan untuk aktiviti yang berfaedah dan tidak membiarkan masa itu berlalu begitu sahaja. seperti yang kita ketahui bahawa masa itu amat berharga dan sedar masa yang terbuang tidak akan dapat dikembalikan semula, bak kata pepatah "masa itu emas". Seandainya pelajar mengurus masa dengan lebih cekap, masa yang terluang boleh digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang berfaedah seperti membaca majalah ilmiah. Pelajar bukan sahaja dapat menggunakan masa dengan berfaedah, tetapi juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

Peruntukkan juga masa untuk aktiviti sampingan seperti berenang, bersenam, bermain, bersiar-siar, menonton televisyen, mendengar radio, beribadat, tidur, dan sebagainya. Melalui cara ini, pelajar dapat memanfaatkan masa dengan keluarga tersayang bagi memupuk sikap kasih sayang dan mengeratkan hubungan sesama keluarga. Pelajar sering digalakkan menjalankan kegiatan riadah supaya mempunyai badan yang sihat dan otak yang cerdas.

Pengurusan masa yang berkesan juga dapat menanam sikap bertanggungjawab dan berupaya mendisiplinkan diri sendiri. Pelajar berpeluang berdikari dalam mengurus masa. Melalui cara ini, pelajar dapat mengamalkan hidup yang berdisiplin dan bermakna. Para pelajar juga dinasihatkan supaya menggunakan masa pada cuti sekolah dengan berfaedah. Masa senggang ini patut digunakan oleh pelajar untuk membaiki kelemahan diri dalam pelajaran. Hal ini boleh dilakukan dengan membuat latihan, mencari maklumat di perpustakaan, dan menghadiri kelas tambahan. Selain itu, masa cuti sekolah bertujuan untuk memberi pelajar peluang untuk menenangkan fikiran setelah bertungkus-lumus sepanjang tahun. Para pelajar boleh membuat kebajikan atau mencari kerja sambilan untuk mendapatkan kemahiran dan wang. Wang yang diperoleh dapat menampung perbelanjaan sekolah.

Kesimpulannya, sebagai pelajar, kita bukan sahaja perlu berjaya dalam pelajaran tetapi juga perlu berjaya dalam bidang sukan, aktiviti kokurikulum, dan agama. Oleh itu, kita perlu mengurus masa dengan betul supaya aktiviti harian dapat dijalankan dengan berkesan seterusnya melahirkan modal insan yang bermoral selaras dengan Wawasan 2020. Akhirnya, ingin ditegaskan bahawa pelajar yang pandai mengurus masa biasanya akan berjaya dalam kehidupan. Mereka juga berani menghadapi cabaran dan rintangan hidup. Hal ini akan menjamin kehidupan yang bahagia pada masa hadapan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada "Pengurusan Masa yang Berkesan", Sham al-Johori, Minda Pelajar, Januari 2008)

1. Kancah = Kawah, gelanggang, medan.
2. Anasir = Segala yang terdapat di dunia, makhluk, unsur, faktor, bahagian
daripada suatu keseluruhan.
3. Senggang = Tidak sibuk, lapang, terluang
4. Riadah = Segala kegiatan yang dilakukan pada waktu lapang untuk menyihatkan
badan dan fikiran, rekreasi.

Pemahaman Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i) Nyatakan maksud rangkai kata sibuk membuang masa. ( 2 markah )

ii)Berikan tiga faedah sekiranya pelajar itu bijak mengendalikan masa. ( 3 markah )

iii) Bersetujukah anda dengan pendapat bahawa pengurusan masa yang baik dapat membantu kecemerlangan seseorangan pelajar ? ( 4 markah )

Sunday, September 06, 2009

Alih Bentuk Teks STPM

Mengalih bentuk teks/bahan Laras Moden (Laras Undang-undang):

1.Dokumen undang-undang merupakan dokumen khusus tentang undang-undang. Bahasa undang-undang nyata berbeza daripada bahasa biasas dengan ungkapan dan istilah yang tersendiri. Ayat-ayat yang digunakan biasanya panjang dan disertai oleh klausa penerang dan keterangan. Kerap kali juga ayat pasif digunakan dengan banyak.

2.Undang-undang dimulai dengan tajuk dan dibahagikan kepada pecahan-pecahan yang bernombor. Subtajuk juga digunakan untuk sesuatu perkara dan kerap kali pula terdapat pernyataan rujuk si¬lang.

3.Untuk mengalih bentuk dokumen undang-undang, baca keseluruhan petikan yang diberi. Kemudian kenal pasti:

i tajuk dan subtajuk petikan
ii bahagian, perkara, dan fasal undang-undang
iii isi utama
iv isi lanjutan atau syarat atau peraturan
v penggunaan kata dan frasa tertentu

Soalan 1
Kaji dokumen undang-undang yang berikut yang dipetik daripada Bahagian H berkenaan dengan Kebebasan Asasi dalam Perlembagaan Malaysia.

BAHAGIAN II KEBEBASAN ASASI

Larangan buangan negeri, dan kebebasan bergerak
(1) Tiada seorang warganegara pun boleh dibuang negeri atau ditahan daripada masuk ke dalam Persekutuan.

(2) Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-un¬dang mengenai keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagi¬annya, ketenteraman awam, kesihatan awam atau hukuman bagi pesalah-pesalah, tiap-tiap warganegara adalah berhak bergerak dengan bebasnya di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya.

(3) Selagi sesuatu Negeri lain ada dalam kedudukan istimewa di ba¬wah Perlembagaan ini berbanding dengan Negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh dengan undang-undang mengenakan sekatan, antara Negeri itu dengan Negeri-negeri yang lain, ke atas hak¬hak yang diberi oleh Fasal (2) berkenaan dengan bergerak dan bermastautin.

Soalan 2
UNDANG-UNDANG PEMELIRARAAN HAIWAN

Seksyen 9, Ordinan Kesalahan-kesalahan Kecil 1955

Barang siapa, yang menjadi tuan punya atau beitanggungjawab ke atas mana-mana kuda, lembu, atau kambing, membiarkan haiwan tersebut merayau-rayau pada mana-mana jalan awam, boleh dikenakan denda tidak melebihi seratus ringgit bagi setiap haiwan, dan dikehendaki membayar semua kerosakan yang dilakukan oleh haiwan tersebut yang akan ditaksirkan oleh majistret.

UNDANG-UNDANG JENAYAH DAN HAIWAN

a) Barang siapa, yang bermaksud mengambil apa-apa haiwan dengan curangnya daripada milik mana-mana orang tanpa kerelaan orang itu, mengalih haiwan itu dengan tujuan hendak mengambilnya, dikatakan melakukan kesalahan mencuri.

b) Barang siapa, yang melakukan khianat dengan membunuh, meracun, mencacatkan, atau menjadikan tidak berguna, seekor haiwan yang berharga lima ringgit atau lebih, hendaklah dihukum penjara selama tempoh sehingga dua tahun, atau didenda, atau kedua-duanya.

Dipetik dan diubahsuaikan daripada Undang-Undang Jenayah dan Haiwan, Abdul Aziz Hussin, 1990, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, halaman 5 dan 47)

Silalah jawab soalan ini, sebagai latihan anda.

Saturday, September 05, 2009

Penggunaan kata dalam ayat (PMR)

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.





Mengesan kesalahan dalam ayat PMR

1. Bantuan segera akan disalurka(A) kepada mangsa(B) kebakaran di kampung itu dengan secepat mungkin apabila badan ini menerima peruntukkan(C). Tiada kesalahan(D)

2. Kebolehannya(A) melukis potret amat dikaguminya(B) oleh masyarakat setempat(C)
serta para pelancong. Tiada kesalahan(D)

3. Setelah seharian membantingkan(A) tulang di sawah, Pak Abu berehat-rehat(B) di rumah usangnya(C). Tiada kesalahan(D)

4. Barang-barang elektrik buatan(A) tempatan memang setanding(B) dengan barang-barang
elektrik yang diimport(C) dari negara-negara lain, khususnya dari Jepun. Tiada kesalahan(D)

5. Kenaikan harga petroleum(A) yang berterusan(B) akan menyebabkan harga barangan(C)
meningkat. Tiada kesalahan(D)

6. Keadaan di kedua-dua buah negara yang bersempadan itu bertambah(A) tegang dengan
terbukanya laluan(B) yang menghubungkan kedua-dua(C) buah bandar yang menjadi rebutan itu. Tiada kesalahan(D)

7. Memang sudah menjadi lumrah alam(A) sejak zaman-berzaman,(B) yang hilang pasti digantikan.(C) Tiada kesalahan(D)

8. Pihak Tentera Bersekutu(A) membedil(B) kubu kubu perjuangan(C) tentera pemberontak di kawasan pergunungan itu sejak awal pagi
semalam. Tiada kesalahan(D)

9. Jurulatih bola sepak Selangor telah mengenengahkan(A) lima orang pemain baharu
dan mengetepikan(B) lima orang pemain senior.(C) Tiada kesalahan(D)

10.Semakin lama keadaan di negara yang bergolak itu makin(A) buruk(B) walaupun PBB telah menghantar pasukan pengamannya ke situ.(C) Tiada kesalahan(D)

Pelajar PMR silalah jawab soalan ini sebagai latihan anda. Terima kasih.

Friday, September 04, 2009

Analisis Kesalahan Bahasa STPM

Kaji ayat-ayat berikut dan kenal pasti kesalahan penggunaan perkataan, nyatakan sebabnya, serta buat pembetulan dengan menggantikannya.

1. Ibu marah kerana kami terlambat hingga makanan yang disediakannya di atas meja menjadi sejuk.

2. Walaupun hari itu hujan sejak pagi-pagi lagi, hampir 90 peratus daripada penduduk di kampung kecil itu datang mengundi.

3. Setelah habis pengajiannya di universiti itu, dia bekerja selama dua tahun untuk mengumpulkan pengalaman sebelum balik ke tanah air.

4. Sebelum sempat saya bercakap, dia sudah memaki dan menghamum saya.

5. Kejadian tanah runtuh itu menghasilkan keruntuhan lima buah rumah serta kematian dua orang penduduk rumah berkenaan.

Silalah jawab soalan ini sebagai latihan anda. Terima kasih.

Thursday, September 03, 2009

Latihan rumusan SPM

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh sektor perubatan awam di Malaysia dan langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak welebihi 120 patah perkataan.


Pertumbuhan pesat pusat-pusat perubatan swasta di negara ini telah mewujudkan fenomena penghijrahan kakitangan perubatan dan kesihatan dari sektor awam ke sektor swasta. Penghijrahan ini bukan sahaja melibatkan doktor dan doktor pakar, malah turut melibatkan jururawat dan juruteknik. Keadaan yang berlaku ini sudah tentu menimbulkan masalah kekurangan tenaga kerja di hospital kerajaan. Penghijrahan ini menjejaskan mutu perkhidmatan kesihatan untuk rakyat, terutama yang berpendapatan rendah dan tidak mampu mendapatkan perkhidmatan di pusat perubatan swasta.

Jika kita tinjau hospital-hospital di luar bandar khususnya, bilangan doktor di sini tidak cukup dan tidak dapat memenuhi keperluan orang ramai. Fenomena tidak cukup doktor nampaknya sudah berlarutan sejak sekian lama walaupun setiap tahun ribuan doktor telah lulus dari pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), sebelum tahun 1980, kira-kira 45 peratus doktor berkhidmat dalam sektor swasta. Namun, apabila kerajaan menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam perkhidmatan perubatan dan kesihatan pada tahun tersebut, jumlah doktor yang berhijrah semakin meningkat. Antara tahun 1983 hingga tahun 1997, bilangan hospital swasta, wad ibu bersalin, dan pusat latihan kejururawatan bertambah daripada 119 buah kepada 216 buah. Kebanyakan pusat rawatan ini hanya terdapat di bandar besar dan menyediakan perkhidmatan untuk penjagaan sekunder dan tertian. Pada pertengahan tahun 1990-an pula, terdapat 55 peratus doktor yang berdaftar telah berkhidmat dalam sektor swasta. Universiti Sains Malaysia telah kehilangan 19 orang tenaga pengajar Fakulti Perubatan pada tahun 1988. Pada tahun itu juga kekurangan tenaga dan kualiti tenaga pengajar turut menjadi isu.

Persatuan Perubatan Malaysia menganggarkan bahawa terdapat kira-kira 30 peratus jawatan doktor di hospital awam yang masih belum diisi. Selain itu, terdapat juga kekurangan kakitangan dalam paramedik.

Perkembangan pesat pusat perubatan swasta telah menggalakkan perpindahan doktor kanan dan doktor pakar dari hospital kerajaan. Perpindahan ini disebabkan oleh hasrat mereka untuk mendapatkan gaji yang lebih baik dalam sektor swasta. Keadaan ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan sumber tenaga manusia dalam sektor perubatan awam. Perpinclahan doktor kanan dan doktor pakar ini turut menjejaskan latihan untuk bakal doktor pakar clan menjejaskan perkhidmatan perubatan yang kebanyakannya dilaksanakan oleh doktor dalam perkhidmatan awam.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada "Faktor Penghijrahan Doktor Kerajaan ke Sektor Swasta", Dewan Masyarakat, Oktober 2001)

SIla komen tentang kelemahan karangan Bahasa Malaysia SPM ini.







Hubungan baik pelbagai kaum di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai rakyat yang terdiri daripada berbagai kaum. Pada zaman dahulu, penempatan penduduk antara kaum terpisah antara satu sama lain mengikut pekerjaan yang mereka lakukan. Misalnya masyarakat Melayu tinggal di kampung-kampung sebagai petani. masyarakat India tinggal di ladang-ladang getah, manakala kaum Cina menetap di kawasan Bandar dan lombong bijih timah. Situasi tersebut walau bagaimanapun kian berubah apabila semakin banyak kawasan perumahan baru dibuka.

Cara hidup penduduk masa kini banyak dipengaruhi oleh bidang pekerjaan masing-masing. Bagi pekerja pejabat contohnya, mereka akan keluar pada awal pagi dan pulang ke rumah pada lewat petang. Setengah daripada mereka mengambil sikap tidak mengambil tahu tentang perihal jiran sekeliling meskipun tinggal berdekatan. Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil agar dapat menimbulkan kemesraan dan hubunagan baik di kalangan masyarakat

Antara aktiviti yang dapat dilakukan adalah bergotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal, terutamanya di kawasan awam yang menjadi milik masyarakat bersama seperti balai raya dan taman permainan.
Selain itu, penduduk setempat boleh mengadakan Hari Keluarga dengan menjadikan sukaneka sebagai acara utama. Penduduk harus menghadirkan diri sama ada sebagai peserta ataupun sebagai penonton. Dengan cara ini, kemesraan antara mereka dapat dijalin. Aktiviti ini perlu dirancang supaya semua penduduk dapat hadir, misalnya dengan mengadakan aktiviti pada masa cuti umum apabila semua orang tidak bekerja.
Untuk menjaga kawasan tempat kediaman pula, mereka boleh bergilir-gilir menjaga kawasan tempat tinggal pada waktu malam dengan mengambil bahagian dalam Rukun Tetangga. Dengan cara ini, kawasan kediaman mereka terhindar daripada kes pecah rumah atau kecurian yang lazimnya melakukan pada waktu tersebut.
Hubungan baik antara kaum juga dapat dijalin melalui amalan kunjung-mengunjungi pada hari perayaan. Konsep rumah terbuka yang kerap diadakan pada musim perayaan oleh penduduk yang menyambut perayaan tersebut membolehkan tetamu yang berlainan bangsa dan agama turut meraikan perayaan itu bersama-sama.
Sikap penyayang dan mengambil berat tentang masalah masyarakat setempat perlu diterapkan, misalnya menziarahi jiran yang sakit. Budaya bertegur sapa dengan jiran harus dijadikan amalan setiap hari bagi merapatkan hubungan.
Sebagai rakyat sebuah negara yang berbilang kaum, kita perlu melahirkan masyarakat yang Baling berkompromi. Oleh itu, peranan ibu bapa, kerajaan, dan pihak swasta penting dalam mewujudkan sebuah negara yang sejahtera dan makmur.

Tuesday, September 01, 2009

3. Pemahaman Petikan PMR

Aktiviti industri hiburan tanah air mengalami kemerosotan mendadak sebagai kesan daripada aktiviti cetak rompak. Antara barangan cetak rompak yang terlaris di negara ini ialah cakera padat (CD), cakera padat video (VCD), dan cakera video digital (DVD). Fenomena ini dapat dilihat melalui penjualan CD, VCD, clan DVD cetak rompak yang berlaku dengan leluasa di pasar¬pasar malam dan pasar-pasar raya serta di kaki-kaki lima.

Aktiviti cetak rompak telah menyebabkan pendapatan keseluruhan industri hiburan di negara ini merosot. Sebagai contohnya, pendapatan keseluruhan industri hiburan pada tahun 1996 adalah RM80 juta tetapi pendapatan ini telah merosot kepada RM20 juta pada tahun 2000. Berdasarkan statisitik hiburan pula, kira-kira 60% daripada keseluruhan nilai industri hiburan negara ini dikuasai oleh lanun cetak rompak.
Golongan artis juga turut merasai kesan daripada aktiviti cetak rompak ini. Sebagai contohnya hasil jualan album artis popular seperti Raiha dan Siti Nurhaliza telah mengalami kemerosotan yang teruk dari tahun ke tahun, iaitu daripada 300 000 unit kepada 100 000 unit. Keadaan ini mengakibatkan pendapatan golongan artis seperti mereka semakin kurang. Berikutan daripada kemerosotan hasil pendapatan itu banyak syarikat rakaman takut untuk mengambil artis rakaman baharu. Hal ini telah membantutkan usaha untuk mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam industri hiburan tanah air.

Oleh sebab, negara kita merupakan antara negara yang paling teruk dilanda masalah cetak rompak, banyak pelabur asing yang tidak yakin untuk melabur dalam industri hiburan di negara ini. Malah, pengeluar dari negara asing juga kurang berminat untuk menempatkan hasil mereka di Negara kita. Hal ini demikian kerana mereka tidak mahu berdepan dengan risiko kerugian Semua fenomena ini telah menjejaskan imej negara kita di mata dunia.

Aktiviti cetak rompak juga telah mengakibatkan rakyat yang terlibat dalam industri ini kehilangan pekerjaan. Hal ini demikian kerana, syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri ini telah mengalami kerugian dan terpaksa menghentikan atau mengurangkan operasi mereka. Selain itu, oleh sebab aktiviti cetak rompak dilakukan secara haram, maka kerajaan tidak memperoleh cukai daripada mereka. Sebagai akibatnya, kerajaan mengalami kerugian daripada kutipan hasil cukai.

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1) Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata mengalami kemerosotan mendadak? [2 markah ]

2) Apakah yang dialami oleh artis sebagai akibat daripada kegiatan ini? [4 markah ]

3) Apakah yang dialami oleh kerajaan daripada, aktiviti cetak rompak ini? [4 markah ]







2. Pemahaman Petikan PMR

Industri kraftangan adalah antara industri pelancongan yang mempunyai potensi besar untuk dimajukan. Hal ini demikian kerana hasil kraftangan sangat diminati oleh para pelancong asing dan juga pelancong tempatan. Kerajaan telah melancarkan beberapa banyak program demi meningkatkan nilai kraftangan yang terdapat di negara ini.

Antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan termasuklah memberikan galakan kepada para belia dan pihak yang beminat dan berkemahiran supaya menceburi bidang ini. Dalam hal ini, kerajaan telah menyediakan bantuan kewangan melalui proses IKS. Melalui program IKS ini, mereka yang ingin memulakan perusahaan boleh mendapat bantuan modal daripada kerajaan dan juga institusi-institusi kewangan yang lain. Kepada mereka yang baru menceburi bidang ini, kerajaan, melalui agensi-agensinya menyediakan latihan¬latihan dan bengkel-bengkel denganmenggunakan bantuan kepakaran golongan yang berpengalaman. Tenaga pengajar dan penceramah yang luas pengalaman mereka telah diundang untuk memberikan pendedahan kepada pengusaha baru.

Kerajaan turut mengadakan pertandingan dan pameran kraftangan bagi mengetengahkan bakat ahli kraftangan. Sebagai hasilnya, banyak hasil kraftangan yang bermutu yang menyerlahkan kreativiti ahli kraftangan berjaya dihasilkan. Kerajaan juga, melalui Kementerian Pelancongan serta agensi-agensi pelancongan swasta dan kerajaan, telah mengadakan promosi secara besar¬besaran di luar negara. Sesetengah agensi pelancongan ini telah membeli barangan kraftangan ini untuk dijadikan cenderamata kepada para pelancong. Walaupun diberikan secara percuma, usaha ini dapat menggalakkan jualan hasil kraftangan negara.

Selain usaha yang telah dilakukan itu, kerajaan perlu mengambil langkah awal supaya kraftangan diminati dan dikenali oleh generasi akan datang sejak mereka kecil lagi. Dalam hal ini, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran, perlu menjadikan kraftangan sebagai kerja kursus dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup atau Pendidikan Seni. Usaha ini dapat mengasah kreativiti anak-anak lebih awal sekali gus memungkinkan pelajar yang lemah dalam akademik membuat pilihan terhadap masa depan mereka.

Berdasarkan petikan di atas jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1) Apakah yang dimaksudkan dengan, rangkai kata menyerlahkan kreativiti? [2 markah]

2) Apakah yang dilakukan Kerajaan bagi membantu pihak yang baru menceburi bidang ini?
[41markah]

3)Mengapakah kraftangan perlu diajarkan kepada masyarakat sejak awal lagi? [4 markah]

1. Pemahaman Petikan PMR

Masalah kepupusan beberapa jenis hidupan liar seperti seladang, tenuk, harimau, burung kuang, rusa, napuh, tuntung, dan sebagainya mencetuskan benih kerisauan di dalam hati pencinta alam sekitar. Wujudnya masalah ini sebenarnya berpunca daripada manusia sendiri - manusialah yang memusnahkan hutan dan mencemarkan habitat hidupan itu dan manusia jugalah yang telah memburu dan membunuh hidupan itu.

Untuk memastikan hidupan itu terus dapat menghuni alam ini, kerajaan, telah mengambil beberapa langkah. Antaranya (kerajaan - melalui Kementerian Alam Sekitar - telah meminda Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Pindaan itu menetapkan bahawa sesiapa yang menembak dan membunuh haiwan-haiwan yang dilindungi secara haram akan dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun manakala yang memiliki lebih daripada 25 buah jerat akan dikenakan hukuman penjara tidak melebihi sepuluh tahun.

Pindaan itu juga membenarkan pihak Perhilitan membuat sekatan jalan raya dengan kerjasama pihak polis. Dalam hal ini, mereka boleh menahan dan memeriksa kenderaan yang disyaki terlibat dalam kegiatan itu serta menangkap mereka yang melanggar Akta tersebut. Selain itu, peraturan mendapatkan lesen atau permit untuk aktiviti pemburuan diketatkan lagi. Pihak Perhilitan berhak sepenuhnya dalam menentukan masa dan tempat berburu kepada pemohon lesen dan permit tersebut.

Pihak Perhilitan juga bertanggungjawab untuk membiakkan species hidupan liar yang dilindungi ke satu tahap populasi yang sihat sebelum dilepaskan ke habitat asalnya semula Beberapa buah pusat pembiakan telah didirikan di Pahang, Perak, Johor, Selangor, Kelantan, dan Melaka. Di samping itu, untuk memastikan fauna negara terus dipelihara, Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perhilitan menggalakkan Kerajaan Negeri untuk mewartakan kawasan-kawasan hutan bagi tujuan tersebut, sama ada diwartakan melalui perundangan Persekutuan ataupun perundangan Negeri.

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1)Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata mencetuskan benih kerisauan?[2 markah]

2)Apakah aktiviti yang dilakukan oleh manusia sehingga menyebabkan belakunya kepupusan hidupan liar ? [4 markah]

3)Apakah yang dapat dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kepupusan
ini? [4 markah]